wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Imbasan Modul 2 TS25

Total questions: 21

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

a)

BETUL

b)

SALAH

2.

Objektif-objektif Program Transformasi Sekolah 2025(TS25) adalah berfokuskan kepada (1) Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik, (2) Membangunkan kepakaran dalaman kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan dan (3) Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan.

a)

BETUL

b)

SALAH

3.

Terdapat empat komponen dalam dalam konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) iaitu (1) Persekitaran PdP bermakna, (2) Guru berkualiti, (3) Pemimpin berkesan dan (4) Sokongan PIBG & komuniti.

a)

BETUL

b)

SALAH

4.

Terdapat lima aspirasi murid seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu (1) Pengetahuan, (2) Kemahiran berfikir, (3) Kemahiran Memimpin, (4) Etika dan kerohanian, serta (5) Identiti nasional.

a)

BETUL

b)

SALAH

5.

Aspirasi ke-10 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah untuk memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang boleh dicapai dengan merasionalisasikan program berimpak rendah serta mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.

a)

BETUL

b)

SALAH

6.

Mentor adalah seorang individu dengan pengalaman dan pengetahuan luas yang komited untuk memberikan sokongan dan saranan kerjaya atau pekerjaan kepada individu lain yang kurang berpengalaman

a)

BETUL

b)

SALAH

7.

Coach adalah seorang individu yang membantu individu lain untuk berusaha berterusan dalam meningkatkan kompetensi atau prestasi kerja.

a)

BETUL

b)

SALAH

8.

Kaunselor adalah seorang individu yang terlibat dalam proses memberi sokongan kepada individu lain untuk mengenal pasti dan mengatasi masalah peribadi atau kemahiran yang memberi kesan terhadap prestasi

a)

BETUL

b)

SALAH

9.

Seseorang coach yang baik kebiasaannya mempunyai kemahiran dalam (1) membina rapport dengan coachee, (2) Mendengar, (3) Menyoal, (4) Memparafrasa dan (5) memberi maklum balas

a)

BETUL

b)

SALAH

10.

Di antara faedah-faedah yang berkaitan dengan coaching ialah memberi kuasa kepada coachee dan menggalakkan mereka untuk mengambil tanggungjawab sendiri.

a)

BETUL

b)

SALAH

11.

Semasa sesi coaching, apakah yang sepatutnya berlaku?


Coach berkongsi situasi atau masalah dengan coachee, menimbulkan soalan, memberi cadangan di mana keputusan muktamad dibuat.

a)

BETUL

b)

SALAH

12.

Agar sesi coaching dapat dijalankan dengan berkesan, perubahan set minda yang diperlukan seorang coach ialah berubah daripada banyak menyoal kepada memberi nasihat dan memberitahu.

a)

BETUL

b)

SALAH

13.

Bertanggungjawab dan boleh dipercayai adalah antara nilai yang diperlukan bagi membina hubungan dan kepercayaan tersebut dalam sesi coaching.

a)

BETUL

b)

SALAH

14.

Semasa sesi coaching. Soalan bersifat menghukum adalah dielakkan dengan menggantikannya dengan soalan neutral. Berikut adalah soalan neutral.


“Mengapakah cikgu mengambil masa yang begitu banyak menyediakan laporan post mortem peperiksaan? Tarikh akhirnya, esok.”

a)

BETUL

b)

SALAH

15.

“Apakah yang ingin dicapai semasa sesi ini?” adalah soalan yang sesuai di peringkat MATLAMAT (Goals - G).

a)

BETUL

b)

SALAH

16.

“Apakah yang akan dilakukan? Bilakah akan melakukannya?” adalah soalan yang sesuai sesuai di peringkat REALITI (Reality - R).

a)

BETUL

b)

SALAH

17.

“Apakah yang boleh dilakukan untuk mengubah situasi ini? Apakah yang berfungsi?” adalah soalan yang sesuai di peringkat PILIHAN (Options - O).

a)

BETUL

b)

SALAH

18.

“Apakah yang akan dilakukan? Bilakah akan melakukannya?” adalah contoh soalan yang sesuai di peringkat AKAN LAKUKAN (Will Do - W).

a)

BETUL

b)

SALAH

19.

Perbualan dalaman adalah perangkap yang sering timbul semasa mendengar coachee bercakap.

a)

BETUL

b)

SALAH

20.

Salah satu tindakan atau tugas kita semasa mendengar adalah menyatakan semula atau paraprasa apa yang diungkapkan oleh coachee. Berikut adalah antara pernyataan awal coach semasa parafrasa. *


“Saya tertanya-tanya, apakah yang sedang berlaku dalam fikiran cikgu sekarang?”

a)

BETUL

b)

SALAH

21.

Perbualan dalaman adalah perangkap yang sering timbul semasa mendengar coachee bercakap.

a)

BETUL

b)

SALAH