NEW
Font size
WorksheetsF4 EKO BAB 3 POTONGAN WAJIB
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Antara yang berikut, manakah yang benar tentang PERKESO?
I. Menjamin pembayaran kepada pekerja apabila berlaku kecelakaan.
II. Membiayai kos rawatan perubatan pekerja.
III. Menjamin perlindungan kewangan apabila bersara.
IV. Membolehkan pekerja mengeluarkan wang untuk membayar pinjaman perumahan.
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Penyataan yang berikut menerangkan tentang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),kecuali…
Membiayai pembelian rumah
Melibatkan pekerja swasta dan kerajaan
Memberikan perlindungan kewangan apabila telah bersara
Memberikan perlindungan terhadap kejadian di luar jangka
Butiran manakah yang merupakan pelepasan cukai pendapatan perseorangan?
Caruman PERKESO
Perubatan ibu bapa
Faedah atas pinjaman
Premium insurans kenderaan
Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan boleh guna.
Pendapatan yang diterima oleh individu dalam setahun
Pendapatan yang diterima selepas dikenakan kadar cukai yang ditetapkan oleh kerajaan
Pendapatan yang diterima selepas potongan wajib
Pendapatan yang diterima selepas ditolak tabungan
Bilakah pencarum KWSP mengeluarkan kesemua carumannya sebelum berumur 55 tahun?
Membeli rumah kedua
Berhijrah ke luar negara
Membeli komputer riba
Membeli kereta terpakai
Apakah kesan caruman KWSP kepada negara?
Ekonomi negara terjejas
Pinjaman luar negara meningkat
Merangsang ekonomi negara
Penurunan aktiviti ekonomi
Apakah tujuan caruman KWSP?
I. Meningkatkan pendapatan boleh guna
II. Menjamin hari tua setelah bersara
III. Meningkatkan tabungan pencarum
IV. Meningkatkan pendapatan kerajaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah boleh dibiayai oleh pendapatan boleh guna?
I. Membayar cukai pendapatan
II. Membayar ansuran kereta
III. Membayar yuran tuisyen
IV. Membayar zakat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Tindakan manakah yang boleh meningkatkan pendapatan boleh guna Puan Zulaikha?
Kadar caruman KWSP meningkat
Kadar faedah atas pinjaman meningkat
Kadar cukai pendapatan meningkat
Jumlah pelepasan cukai pendapatan meningkat
Apakah akan terjadi jika perbelanjaan seseorang melebihi pendapatan boleh gunanya?
I. Tabungan di dalam bank akan berkurang
II. Pinjaman harus dibuat daripada saudara atau institusi kewangan
III. Pelaburan yang dibuat di pasaran akan meningkat
IV. Caruman Kumpulan Wang Simpanan pekerja terpaksa dikurangkan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berdasarkan petikan di atas, apakah kesan kenaikan harga barang kepada pengguna?
I. Jumlah tabungan berkurangan
II. Pendapatan benar berkurangan
III. Jumlah pinjaman berkurangan
IV. Jumlah pendapatan boleh guna meningkat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Penyataan manakah yang menerangkan konsep kehendak?
Diperlukan untuk keselesaan hidup
Diutamaan dalam perbelanjaan penggunaan
Pilihan terhad
Diperlukan untuk terus hidup
Pernyataan yang manakah benar tentang keperluan individu?
I. Dipengaruhi oleh tingkat pendapatan
II. Barang yang pelbagai jenis
III. Mempunyai unsur kemestian
IV. Ada kawalan harga
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan konsep keperluan?
Sama untuk semua individu
Mempunyai barang pengganti
Dimiliki untuk keselesaan hidup
Dipengaruhi oleh tingkat pendapatan
Persamaan berikut merupakan satu rumus dalam ekonomi.
Tabungan = Pendapatan boleh guna - U
Apakah U?
Cukai pendapatan perseorangan
Perbelanjaan penggunaan
Zakat
Pelaburan
