NEW
Font size
WorksheetsSejarah Tahun 5 mns1
Total questions: 71
Worksheet time: 36mins
Seni Khat merupakan kaligrafi yang menggunakan tulisan _______.
rumi
jawa
jawi
serani
Menurut ___________ Persekutuan Malaysia, agama Islam ialah Agama Persekutuan.
Undang - Undang
Parti Perikatan
Kanun Undang - Undang
Perlembagaan
Sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu dikaitkan dengan negara Arab, _______ , India dan Sumatera Utara.
Melaka
Sri Lanka
China
Bangladesh
Gambar dua ekor harimau pada Jata Negara bermaksud ___________.
kekuatan
kekuasaan
keberanian
ketangkasan
Apakah kuasa luar yang terawal menjajah dan campur tangan di negara kita?
Portugis.
Belanda.
Jepun.
British.
Siapakah Bapa Kemerdekaan yang telah banyak berjasa kepada negara kita ?
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Dato’ Onn bin Ja’afar.
Tun Abdullah bin Ahmad Badawi.
Tun Abdul Razak.
Nyatakan iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa penjajahan kuasa luar ke atas negara kita ?
Meminta pertolongan kuasa luar untuk menyelesaikan masalah Negara.
Kita perlu berbaik-baik dengan kuasa luar tanpa prasangka.
Berbangga kerana kuasa luar berminat dengan negara kita.
Rakyat harus bersatu-padu mempertahankan kedaulatan negara.
Pada tahun 1841, James Brooke telah menjajah ________.
Johor
Sarawak
Melaka
Sabah
Bagaimanakah masyarakat berbilang kaum boleh hidup dalam suasana rukun dan damai di Malaysia ?
Tidak mencampuri urusan orang lain.
Bertoleransi sesama bangsa sahaja.
Saling menghormati antara satu sama lain.
Mengelak daripada bergaul dengan jiran tetangga.
Berikut adalah kesan sosiekonomi akibat penjajahan British kecuali __________.
Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan
Perkembangan sistem pendidikan
Perkembangan ekonomi
Perkembangan agama Hindu
Berikut merupakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong kecuali __________.
melantik Perdana Menteri
pemerintah tertinggi angkatan tentera Malaysia
menggubal undang-undang negara
Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja
Bendera Malaysia telah diberi nama Jalur Gemilang pada tahun 1997. Siapakah yang mengisytiharkan nama tersebut?
Tunku Abdul Rahman.
Tun Hussein Onn.
Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Siapakah Perdana Menteri Malaysia ketiga ?
Tunku Abdul Rahman.
Tun Hussein Onn.
Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Nyatakan tujuan utama Bulan Bahasa Kebangsaan yang diadakan pada setiap bulan Oktober.
Menggalakkan penggunaan bahasa Melayu.
Memperkayakan kosa kata bagi nahasa Melayu.
Mengembangkan bahasa Melayu.
Memantap dan membentuk semangat jati diri dalam jiwa orang Melayu.
Dol Said mengetuai perjuangan menentang British di __________ pada tahun 1831.
Klang
Ranau
Pasir Salak
Naning
Pada tahun 1853 _________ telah berjuang menentang James Brooke di Nanga Skrang, Sarawak.
Yam Tuan Antah
Rentap
Dato' Maharaja Lela
Tok Janggut
Institusi raja di negara kita telah wujud sejak _____________.
Zaman Pentadbiran British
Zaman batu
Zaman Penjajahan jepun
Zaman kerajaan Melayu awal
Sistem pemerintahan yang diamalkan di negara kita ialah sistem __________.
Sistem Beraja
Yang di-Pertuan Agong
Demokrasi berparlimen
Pilihan raya
Siapakah yang berkuasa mutlah pada zaman kerajaan Melayu awal?
Yang di-Pertuan Agong
Sultan
Perdana Menteri
Residen
Antara negeri berikut, yang manakah tidak mempunyai sultan?
Kedah
Pahang
Kelantan
Sarawak
Yang di-Pertua Negeri adalah ketua bagi negeri ________.
Sabah
Selangor
Terengganu
Wilayah persekutuan
Istana adalah lambang ______________ dan simbol budaya bagi setiap negara .
Kediaman
Kemegahan
Keharmonian
Kesejahteraan
Berikut merupakan kesenian islam di Malaysia kecuali __________.
Muzium Negara
Alat muzik islam
Seni bina islam
Seni khat
Bahasa Melayu berperanan sebagai simbol ________________ di negara kita.
ketaatan
perpaduan
kemegahan
kemakmuran
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka penting untuk ____________ bahasa Melayu.
mengindahkan
memartabatkan
mengharmonikan
mengekalkan
Lingua franca ialah bahasa _______ antara masyarakat yang berlainan bahasa.
Francis
British
perantaraan
istana
Tanah Melayu pernah dijajah oleh negara-negara berikut kecuali __________.
Jepun
Belanda
Portugis
Singapura
Perlantikan Yang di-Pertuan Agong dibuat oleh ___________.
Perdana Menteri
Majlis Raja - Raja
Rakyat
Menteri Besar
Dalam istiadat pertabalan, Yang di-Pertuan Agong akan melakukan semua yang berikut KECUALI ______________.
mengucup keris
melafazkan sumpah
menandatangani surat sumpah
mengisytiharkan perlantikan
Pilih peranan Yang di-Pertuan Agong.
Mentadbir negara.
Mempertahankan negara dari serangan luar.
Memilh Raja setiap negeri.
Melantik Perdana Menteri.
Berikut adalah alat kebesaran diraja KECUALI ______________.
tali leher kuning
Gandik Raja
Tengkolok Diraja
Muskat
Jata Negara merupakan __________ negara Malaysia yang telah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu.
logo
maskot
identiti
cogan kata
Cogan kata yang terdapat pada Jata Negara ialah ___________.
Merdeka!
Sayangi Malaysiaku
Bersekutu Bertambah Mutu
Berkhidmat Setiap Masa
Lima keris yang terdapat pada Jata Negara bermaksud ____________.
lima tahun pertukaran Yang di-Pertuan Agong.
lima buah negeri yang pernah menjadi Negeri - Negeri Melayu Tidak Bersekutu
lima negeri yang pernah dijajah
lima orang pahlawan melaka yang terkenal iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.
Sejak bilakah bendera Jalur Gemilang digunakan?
31 Ogos 1957
16 September 1963
28 Julai 1956
11 Mei 1960
Siapakah yang memilih nama Jalur Gemilang?
Tunku Abdul Rahman
Tun Abd Razak
Tun Dr. Mahathir
Tun Abdullah Badawi
Apakah makna warna biru pada Jalur Gemilang?
Kesetiaan rakyat kepada raja dan negara
Keberanian
Keluhuran dan keikhlasan
Perpaduan rakyat berbilang kaum
Berikut adalah peranan Bahasa Melayu KECUALI __________.
bahasa pentadbiran
bahasa undang-undang
bahasa ilmu
bahasa kaum minoriti
Bunga raya dipilih sebagai bunga kebangsaan Malaysia kerana ______________________________.
cantik
dikenali di seluruh dunia
mudah ditanam
murah
Bilangan kelopak bunga raya disimbolikkan kepada ______________.
keris yang ada pada Jata Negara
Prinsip Rukun Negara.
hulubalang terkenal Negeri Melaka
tahun kegemilangan Malaysia
Berapa ekor harimaukah yang terdapat pada Jata Negara?
2
3
4
5
Bendera yang memenangi pertandingan mencipta bendera Persekutuan Tanah Melayu adalah milik __________.
Encik Mohamed bin Hamzah
Encik Hamzah bin Abdulah
Encik Hamzah bin Dolmat
Encik Mohamed bin Abdullah
Pada tahun bilakah lagu kebangsaan dicipta?
1956
1957
1960
1958
Apakah mesej yang ingin disampaikan melalui lagu Negaraku ?
Sejarah negara
Doa untuk keselamatan negara
sikap pemimpin dan pemerintah
rakyat yang ingin dihasilkan
Bunga kebangsaan kita telah diisytiharkan pada _____________.
28 Mei 1960
28 Julai 1960
28 Ogos 1960
28 Mei 1961
Nama sebenar Tok Janggut ialah ______________.
Haji Mamat Hassanol bin Iman Rasul
Haji Mat Hassan bin Munas
Haji Mad Hussain bin Haji Lebai
Haji Madi Hassang bin Kassimin
