NEW
Font size
WorksheetsLatihan Tatabahasa PdPR
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Guru itu sering dipuji ________ rajin bekerja.
atau
jika
agar
kerana
Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah _________ baik hati.
dan
tetapi
manakala
walaupun
Nurul Izzah bersorak terlalu kuat _________ suaranya serak.
hingga
tatkala
setelah
supaya
Pencuri memasuki rumah itu ________ penghuninya sedang tidur nyenyak.
agar
ketika
hingga
setelah
Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kluang pada minggu hadapan _________ bulan hadapan?
dan
lalu
atau
maka
Kenalpasti kesalahan bahasa atau tiada kesalahan bahasa dalam ayat ini. Hari Keluarga anjuran keluarga Dato' Azman akan diadakan di sebuah pusat bowling terkenal di ibu kota.
anjuran
bowling
kota
tiada kesalahan
Kenalpasti kesalahan bahasa atau tiada kesalahan bahasa dalam ayat ini. Kerja-kerja memperindahkan kawasan pesisiran pantai itu terpaksa ditangguhkan kerana masalah kekurangan tenaga kerja.
memperindahkan
pesisiran
ditangguhkan
tiada kesalahan
Kenalpasti kesalahan bahasa atau tiada kesalahan bahasa dalam ayat ini. Puan Lisa pergi ke kedai Tauke Wong untuk membeli satu kilogram setengah ikan kembung bagi memasak kuah laksa.
pergi
untuk
satu kilogram setengah
tiada kesalahan
Kenalpasti kesalahan bahasa atau tiada kesalahan bahasa dalam ayat ini. Tujuan PIPOA ditubuhkan adalah untuk menyediakan kemudahan pembelajaran bagi masyarakat orang Asli.
tujuan
adalah
kemudahan
tiada kesalahan
Kenalpasti kesalahan bahasa atau tiada kesalahan bahasa dalam ayat ini. Para pekerja itu akan diberikan komisen sekiranya mereka berjaya menarik hati pelanggan untuk membeli penapis air yang dijual.
komisen
pelanggan
penapis air
tiada kesalahan
Kenalpasti kesalahan bahasa atau tiada kesalahan bahasa dalam ayat ini. Rakyat di seluruh negara berasa kehilangan yang amat besar dengan pemergian seorang lagenda unggul tanah air.
pemergian
lagenda
unggul
tiada kesalahan
Kenalpasti kesalahan bahasa atau tiada kesalahan bahasa dalam ayat ini. Para pendaki ini bercadang untuk mendaki Gunung Everest yang merupakan gunung paling tertinggi di dunia.
paling tinggi
paling tertinggi
terpaling tinggi
paling amat tinggi
Kenalpasti kesalahan bahasa atau tiada kesalahan bahasa dalam ayat ini. Anggota bomba itu mengingatkan mereka agar menggunakan tangga dan bukannya lif jika berlaku kebakaran.
mengingatkan mereka agar
agar mengingatkan mereka
mengingatkan agar mereka
mereka mengingatkan mereka
Kenalpasti kesalahan bahasa atau tiada kesalahan bahasa dalam ayat ini. Mereka saling berpandang-pandangan apabila dimarahi oleh jurulatih selepas tewas dalam perlawanan itu.
Saling pandang
Saling berpandangan
Saling pandang-memandang
Saling berpandang-pandangan
Kenalpasti kesalahan bahasa atau tiada kesalahan bahasa dalam ayat ini. "Sila jangan bertangguh untuk menghantar tugasan yang telah diberikan," nasihat Encik Stanley kepada pekerjanya.
Jangan bertangguh
Sila jangan bertangguh
Usah jangan bertangguh
Harap jangan bertangguh
Kenalpasti kesalahan bahasa atau tiada kesalahan bahasa dalam ayat ini. Melalui pembelajaran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya, pelajar dapat mempelajari tentang peraturan-peraturan jalan raya.
peraturan-peraturan dipelajari
dipelajari tentang peraturan-peraturan
tentang mempelajari peraturan-peraturan
mempelajari tentang peraturan-peraturan
Kenalpasti kesalahan bahasa atau tiada kesalahan bahasa dalam ayat ini. "Sila jemput datang ke rumah saya hujung minggu ini kerana ada kenduri kesyukuran," kata Puan Wawa kepada rakan sekerjanya.
Sila ke rumah saya
Mari datang ke rumah saya
Jemput datang ke rumah saya
Sila jemput datang ke rumah saya
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Umairah sudah dapat biasa diri dengan persekitaran di sekolah baharunya.
II. Azmawati enggan membeli kain batik di kedai itu kerana coraknya biasa sahaja.
III. Pemudah yang mengalami kecacatan itu tidak dapat berjalan seperti manusia biasa.
IV. Farhana biasa tidur di rumah ibu saudaranya apabila rakan-rakan serumahnya tiada.
I dan II
III dan IV
I, II, dan III sahaja
II, III, IV sahaja
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Barulah Sufian menyedari hikmah di sebalik kemalangan yang menimpa dirinya tahun lalu.
II. Sekumpulan ahli agama menyebarkan dakwah kepada orang ramai dengan penuh hikmah.
III. Peniaga itu hikmah dalam memperuntukkan perbelajaan agar perniagaannya tidak muflis lagi.
IV. Azman dilantik menjadi pengerusi persatuan penduduk kerana sikapnya yang hikmah.
I dan II
III dan IV
I, II, III sahaja
II, III dan IV sahaja
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Matanya memandang segenap bilik yang sudah berisi perabot itu dengan liar.
II. Program konservasi itu melibatkan beberapa jenis haiwan yang hidup liar di kawasan tersebut.
III. Misai pelakon itu dibiarkan liar bagi menjiwai watak terbaharunya sebagai seorang gelandangan.
IV. Ketua kampung itu berasa curiga akan tindak-tanduk seorang pemuda yang liar di kampung mereka.
I dan II
III dan IV
I, II, dan III
II, III, dan IV
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Pada tahun lepas, gaji Danial bertambah sebanyak RM200.00 hasil keuntungan syarikatnya.
II. Hujan yang bertambah lebat menyebabkan pengadil menangguhkan perlawanan bola sepak.
III. Perbelanjaan persekolahan anak Puan Ani telah bertambah sejak mereka berpindah ke bandar.
IV. Pemidato itu bertambah pantun bagi menyerikan hujah-hujah pidato yang disampaikannya.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai. Bagai melepaskan batuk di tangga.
menyempurnakan perintah pihak atasan tanpa bersungut
melaksanakan tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan amanah
membuat sesuatu kerja itu biarlah sehingga selesai dan sempurna.
menyiapkan sesuatu tugasan itu mengikut kriteria yang ditetapkan.
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai. Muafakat membawa berkat.
semua orang perlu berbincang selepas sesuatu tindakan diambil.
sikap berunding membolehkan kita berkomunikasi antara satu sama lain.
idea bernas dapat dikemukakan oleh setiap orang ketika bermesyuarat.
amalan bermusyawarah dan kerjasama membawa faedah kepada semua
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai. Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan seseorang yang amat cetek pengetahuannya ialah
seperti ular kena palu
seperti rusa masuk kampung
seperti mengajar itik berenang
seperti katak di bawah tempurung
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai. Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan sikap seseorang yang selalu menurut kemahuan orang lain ialah
seperti hujan jatuh ke pasir
seperti aur ditarik songsang
seperti kerbau dicucuk hidung
seperti embun dihujung tanduk
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai. Peribahasa yang boleh dikaitkan dengan perbezaan yang sangat ketara ialah
seperti abu di atas tunggul
seperti langit dengan bumi
seperti tikus jatuh ke beras
seperti rumput di tepi jalan
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai. Nasihat ayah kepada abang ________ kerana abang langsung ridak mempedulikannya.
bagai bertepuk sebelah tangan
bagai melepaskan batuk di tangga
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai menatang minyak yang penuh
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai. Selepas kehilangan isteri akibat kemalangan jalan raya, Encik Ahmadi diuji lagi dengan kehilangan anak kesayangan yang lemas di kolam mandi. Situasi ini bersesuaian dengan peribahasa?
sudah jatuh ditimpa tangga
bagai anjing menyalak bukit
seperti hujan jatuh ke pasir
bagai mencurah garam ke dalam laut
Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan peristiwa dalam gambar di atas ialah
bagai isi dengan kuku
bagai aur dengan tebing
kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan peristiwa dalam gambar di atas ialah
bagai lebah menghimpunkan madu
sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
dimana ada kemahuan, di situ ada jalan
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
