NEW
Font size
WorksheetsPenggunaan Perkataan yang Tepat
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Sabit digunakan oleh para pesawah untuk _________ padi.
menuai
memotong
mengerat
mengambil
Untuk memperoleh tubuh badan yang sihat serta otak yang cerdas , kita memerlukan makanan yang
berzat
bermutu
seimbang
berkhasiat
“ Baginda ____ dan kini sedang dirawat oleh ahli nujum negara , ” kata datuk Bendahara
beradu
gering
santap
bersiram
______ nya akan singgah di rumah neneknya untuk bertanya khabar , tetapi pada pagi yang malang itu , dia terus ke pejabat .
Tentu
Lazim
Ketika
Mesti
Penduduk di kawasan tersebut terpaksa _______ air hujan di dalam tong dan tempayan untuk kegunaan harian setelah sekian lama keputusan bekalan air .
menyimpan
mengambil
menadah
menahan
Api yang ________ tinggi itu dapat dipadamkan dengan bantuan pihak bomba.
menaik
menjulang
melambung
menyala
Pakaian yang digayakan oleh peragawati terkenal itu kelihatan sungguh ________ dan berjaya menarik perhatian para penonton.
ayu
canggih
jelita
anggun
_________ dia tidak dapat melelapkan matanya kerana teringatkan perisitiwa-peristiwa yang ditempuhinya pada siang hari .
Bermalaman
Semalaman
Bermalam
Semalam
________ nya sudah tidak bermakna lagi dan terpaksalah dia menanggung risiko atas segala perbuatannya.
Penyesalan
Disesali
Kesesalan
Menyesal
Salimah segera dibawa ke hospital kerana _______ serpihan tulang ayam yang terdapat di dalam rendang yang dimakannya .
tertelan
menelankan
menelan
ditelan
Daud _________ semua sijil yang diperolehinya bersama-sama borang permohonannya .
menyertai
menyertakan
disertai
disertakan
Dengan _______ yang tidak seberapa , amat sukar baginya untuk membiayai pengajian anak-anaknya .
dapatan
kedapatan
pendapat
pendapatan
______ penting itu akan disampaikan oleh pengurusnya dalam mesyuarat yang bakal diadakan pada minggu hadapan .
Maklumat
Makluman
Pengetahuan
Isu
Pemandu teksi yang _____ itu telah mengembalikan dompet penumpangnya yang tercicir.
ikhlas
tegas
pemurah
amanah
Tok Marzuki pulang dari kebun dengan _______ bakul yang sarat berisi buah cempedak di atas bahunya .
menjinjng
menjunjung
mendukung
memikul
Penjenayah yang berjaya diberkas itu akan ______ di mahkamah
didakwa
disaksi
dituduh
dihukum
Kemelesetan ekonomi menyukarkan kehidupan rakyat , apatah lagi yang ________ sepenuhnya pada hasil pertanian sebagai sumber pendapatan
berharap
bergantung
berkait
bertumpu
Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna selalu membuat pemeriksaan _______ terhadap premis-premis perniagaan .
serentak
terkejut
mengejut
semasa
Gerai kopi di tepi jalan itu ________ apabila sebuah lori yang membawa kayu balak lalu di situ .
berbua
bergetar
bergegar
bergoyang
Beberapa ekor anjing yang menyelongkar tong sampah itu ________ apabila dibaling dengan batu.
berhamburan
bertempiaran
berkeliaran
bertaburan
