wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latih Tubi Tatabahasa 1(UPSR)

Total questions: 25

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Baginda telah berkenan ________ untuk menghadiri majlis pecah tanah bagi penubuhan sebuah masjid di kampung itu.

a)

mencemar duli

b)

merafak sembah

c)

menjunjung titah

d)

menerima mengadap

2.

"Bolehkah ______menyertai pertandingan menulis cerpen itu, cikgu?" tanya Hazmi dan Jeya.

a)

mereka

b)

saya

c)

dia

d)

kami

3.

"Izinkan _______ menumpang berteduh di pondok _______ ini buat seketika," kata Pak Malau kepada Penghulu.

a)

hamba ... tuan hamba

b)

hamba ... baginda

c)

patik ... baginda

d)

patik ... hamba

4.

Kerja-kerja mengikat _______ bangunan itu agak perlahan kerana kekurangan pekerja yang mahir.

a)

jejari

b)

kekuda

c)

kekisi

d)

tetulang

5.

Pisau yang baru saja diasah tajam oleh ayah akhirnya ______ kerana ibu terhiris jarinya ketika memotong sayur.

a)

makan angin

b)

makan hati

c)

makan tuan

d)

makan lawan

6.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Baju-baju yang sudah ketat itu diberikan kepada adiknya untuk dipakai.

b)

BIskut di dalam tin itu menjadi lemau kerana tidak ditutup ketat.

c)

Fikah menunjukkan muka ketat setelah dimarahi ibunya.

d)

Tali ampaian itu tidak diikat ketat menyebabkan baju-baju yang disidai mencecah tanah.

7.

Qayum berjaya merangkul lima pingat emas dan tiga pingat perak dalam kejohanan sukan peringkat negeri.


Perkataan sinonim bagi merangkul ialah

a)

menjuarai

b)

memenangi

c)

menggondol

d)

menjulang

8.

Tabiat Hakimi yang suka meniru itu tidak disukai oleh rakan-rakannya.


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat tersebut.

a)

Kawan-kawan Hakimi tidak menggemari sikap Hakimi yang gemar meniru itu.

b)

Hakimi yang gemar meniru kawan-kawannya itu tidak disenanginya.

c)

Hakimi yang tidak disenangi rakan-rakannya itu suka meniru.

d)

Tabiat Hakimi kurang disenangi oleh rakan-rakannya yang suka menirunya itu.

9.

Hadiah jam tangan ini adalah untuk ibu saya.

a)

BETUL

b)

SALAH

10.

Kami bertolak daripada kampung pada tengah hari tadi.

a)

BETUL

b)

SALAH

11.

Puan Sharifah merebus ubi kayu itu sehingga lembik.

a)

BETUL

b)

SALAH

12.

Kempen kitar semula telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak.

a)

BETUL

b)

SALAH

13.

Kenal pasti kesalahan yang terdapat dalam ayat berikut:


Ayah menggantung kalendar baharu 2021 di dinding rumah.

a)

kalendar

b)

menggantung

c)

di

14.

Kenal pasti kesalahan yang terdapat dalam ayat berikut:


Pertandingan melukis poster itu telah diuar-uarkan daripada minggu lepas lagi.

a)

daripada

b)

telah

c)

diuar-uarkan

15.

Kenal pasti kesalahan yang terdapat dalam ayat berikut:


Pasukan bola sepak sekolah perlu berlatih bersungguh-sungguh kerana memenangi perlawanan itu.

a)

perlu

b)

kerana

c)

memenangi

16.

Pegawai perhutanan itu menggunakan _____ senapang untuk menembak ubat pelali kepada gajah yang sedang mengamuk itu.

a)

selaras

b)

sebatang

c)

sepucuk

d)

sekaki

17.

Sufi membeli ______ setem untuk dilekatkan pada ______ surat yang hendak dipos.

a)

senaskhah ... sehelai

b)

secebis ... sekeping

c)

sehelai ... sepucuk

d)

sekeping ... sepucuk

18.

Lengkapkan frasa berikut supaya menjadi peribahasa:


Bagai pinang _____

a)

dibelah-belah

b)

dibelah dua

c)

dengan kacip

19.

Pilih 3 jawapan yang sesuai untuk lengkapkan frasa berikut supaya menjadi peribahasa:


Seperti anjing _______

a)

menyalak bukit

b)

masuk kampung

c)

dengan bayang-bayang

d)

dengan kucing

20.

Lia berlatih bersungguh-sungguh demi untuk memenangi pertandingan itu.

a)

BETUL

b)

SALAH

21.

Puan Fatimah menyediakan pelbagai jenis kuih untuk dijual setiap hari di gerainya.

a)

BETUL

b)

SALAH

22.

Para petani-petani mendapat sumbangan baja untuk mengusahakan kebun mereka.

a)

BETUL

b)

SALAH

23.

Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.

a)

BETUL

b)

SALAH

24.

Kami sekeluarga gemar makan di Muhibah Restoran kerana makanannya enak dan harganya yang murah.

a)

BETUL

b)

SALAH

25.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya berikut:


Bagaimanakah kemalangan itu boleh berlaku?

a)

Lima orang cedera ringan dan telah dibawa ke hospital.

b)

Saya tidak pasti tentang kejadian tersebut.

c)

Kemalangan itu berlaku antara sebuah kereta dengan sebuah lori.

d)

Kejadian itu berlaku di simpang tiga hujung jalan sana.