Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Peribahasa PKP

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Jurang perbezaan yang terlalu besar

a)

Bagai tikus jatuh ke beras

b)

Bagai bulan jatuh ke riba

c)

Bagai dihiris dengan sembilu

d)

Bagai langit dengan bumi

2.

Orang yang selalu bertengkar

a)

Bagai aur dengan tebing

b)

Air dicincang tidak akan putus

c)

Seperti anjing dengan kucing

d)

Bagai dihiris sembilu

3.

Seseorang yang dianggap tidak berguna dan tidak dipedulikan

a)

Seperti rumput di tepi jalan

b)

Bagai tikus jatuh ke beras

c)

Berpantang maut sebelum ajal

d)

Yang lama dikelek, yang baharu didukung

4.

Kecelakaan yang terjadi secara tiba-tiba tanpa diduga.

a)

Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

b)

Malang tidak berbau

c)

Bagai telur di hujung tanduk

d)

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

5.

Bagai tikus jatuh ke beras bermaksud

a)

Seseorang yang berada dalam keadaan bahaya.

b)

Seseorang yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

c)

Orang yang mendapat keuntungan dan kedudukan yang mewah.

d)

Seseorang yang mengalami kerisauan.

6.

Bagai dihiris dengan sembilu bermaksud

a)

keadaan yang pilu, sedih atau sakit sekali

b)

Keadaan kesakitan yang tiba-tiba

c)

Muka pucat kerana kesakitan

d)

Mencari arah tujuan

7.

Berpantang maut sebelum ajal bermaksud

a)

tidak akan menyerah kalah walaupun ajal

b)

berusaha untuk mengelak sesuatu

c)

tidak akan meninggal dunia jika belum tiba waktunya

d)

berjaga-jaga dengan kehidupan mendatang.

8.

Apakah maksud peribahasa di bawah


Bagai cincin dengan permata

a)

Pasangan yang sama tetapi tidak cantik dan sepadan

b)

Pasangan yang sama cantik dan sepadan

9.

Apakah maksud peribahasa di bawah


Bagaimana acuan begitulah kuihnya

a)

Kelakuan anak mengikut kelakuan ibu bapanya

b)

Kelakuan anak megikut adik-beradiknya

10.
Amin membuka _______________ apabila mereka dikejar anjing gila.
a)
jalan buntu
b)
membawa diri
c)
langkah seribu
d)
angkat kaki
11.
Penduduk Kampung Siantan telah mendapat  _____________ sebagai sebahagian daripada pampasan selepas tanah mereka diambil untuk pembinaan jalan raya.
a)
wang muka
b)
wang kopi
c)
wang hangus
d)
wang saku
12.
Sikap Mak Munah yang _____________ itu menyebabkan jiran - jirannya berpecah-belah.
a)
angkat muka
b)
muka tembok
c)
bermuka-muka
d)
tebal muka
13.
Mat Jenin _______________ untuk memperisterikan puteri raja.
a)
iri hati
b)
hati kering
c)
makan hati
d)
ada hati
14.

Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan bercerita itu

a)

makan hati

b)

jatuh hati

c)

Iri hati

d)

ambil hati

15.

Kamil suka menghabiskan masanya dengan membaca.

a)

ulat air

b)

ulat bulu

c)

ulat beluncas

d)

ulat buku

16.

Pak Mat jika membuat sesuatu pekerjaan, dia akan buat dengan bersungguh-sungguh

a)

Bulat kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

b)

Pipit pekak makan berhujan

c)

Burung terbang dipipihkan lada

d)

telinga kuali

17.

Mak Munah menangis mengenangkan kedegilan anaknya, apakan daya inilah akibatnya dia tidak mendidik anaknya dengan baik. Seperti kata pepatah

a)

Masak lemang carilah buluh muda

b)

Buluh tua banyak miangnya

c)

Lagi tua buluh lagi banyak gunanya

d)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

18.

Sudah berbuih mulut Pak Lasim menasihati Daud, namun daud tetap juga suka mengunjungi Pusat Siber Kafe itu.

a)

Mencurah air ke dalam baldi

b)

Mencurah air tempayan apabila guruh berbunyi

c)

Mencurah air di daun keladi

d)

Mencurah air bunga ke badan

19.

Khaleeda tidak suka membazir masa kerana

a)

Masa itu pencuri masa

b)

Masa itu boleh diganti

c)

Masa itu tidak akan berulang

d)

Masa itu emas

20.

Ramai orang muda ingin ke kuala Lumpur kerana di sana ada banyak peluang pekerjaan.

a)

Ada semut ada sarang

b)

Ada ubi ada batas

c)

Ada gula ada semut

d)

ada semut ada gula.

21.

bagai tikus membaiki labu

a)

orang yang cuba memiliki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya

b)

orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya

c)

orang yang cuba menerima sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya

d)

orang yang cuba menjual sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya

22.

berani mati

a)

sangat tekal

b)

sangat tekad

c)

sangat tertekan

d)

sangat teguh

23.

Apakah peribahasa yang sesuai dengan maksud gambar di atas?

a)

Bagai menatang minyak yang penuh

b)

Bagai gergaji dua mata

c)

bagai cincin dengan permata

d)

Bagai anjing dengan kucing

24.
Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
a)
Kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan.
b)
Seseorang yang hidup di dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain.
c)
Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu, menghargai sifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang.
d)
Orang yang mulia akan tetap mulia walau ke mana juga dia berada.
25.
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
a)
Bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai. (sepakat)
b)
Manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak akan mungkir janji.
c)
Lain negeri lain adat resam dan cara pemerintahannya.
d)
Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
26.
Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.
a)
Apabila bertukar ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun berubah juga.
b)
Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong). 
c)
Tiada berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu.
d)
Sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa.
27.

Apakah simpulan bahasa berdasarkan gambar tersebut?

a)

ulat buku

b)

tangan panjang

c)

mulut murai

d)

kaki bangku

28.

Apakah simpulan bahasa berdasarkan gambar tersebut?

a)

puteri lilin

b)

kaki botol

c)

mandi peluh

d)

kepala batu

29.

Emak menyediakan _______ untuk kami selepas makan malam.

a)

pencuci mulut

b)

mulut tempayan

c)

buah mulut

d)

mulut murai

30.

Cikgu Tan _______ apabila mendapati beberapa orang murid tidak menyiapkan kerja sekolah.

a)

kera sumbang

b)

naik darah

c)

darah daging

d)

buruk siku