NEW
Font size
WorksheetsSOALAN SPM 2013
Total questions: 40
Worksheet time: 50mins
1. Gambar 1 berkaitan dengan simbol Yin dan Yang. T4 m/s 33
Apakah maksud simbol tersebut ?
A. Mandat dari syurga
B. Pemujaan roh nenek moyang
C. Unsur alam yang saling melengkapi
D. Ramalan peristiwa yang akan berlaku
2. Sistem pemerintahan di Mesopotamia berasaskan sistem beraja. T4 m/s 12
Apakah bentuk sistem beraja tersebut ?
A. Oligarki
B. Demokrasii
C. Aristokras
D. Teokrasi
Tokoh berikut telah menyumbang kepada peningkatan tamadun China. T4 m/s 67
o Lao Tze
o Confucius
Apakah sumbangan mereka ?
A. Pengasas ajaran
B. Perancang bandar
C. Mengatur strategi peperangan
D. Menggubal kod undang-undang
4. Jadual 1 berkaitan dengan kejayaan seorang tokoh dalam tamadun awal di China. T4 m/s 49
Tokoh Kejayaan
Apakah faktor yang membantu kejayaan tokoh tersebut ?
I. Pemerintahan secara autokratik
II. Penghapusan kuasa bangsawan
III. Kemajuan perdagangan
IV. Sokongan rakyat
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Raja Indravarman I memerintah kerajaan Angkor mulai tahun 877 Masihi. T4 m/s 77
Apakah sumbangan baginda terhadap kerajaan Angkor ?
A. Menyediakan kemudahan pelabuhan
B. Memajukan perusahaan perkapalan
C. Menghapuskan cukai tanaman
D. Membina takungan air
6. Dalam kerajaan awal Asia Tenggara, rakyat biasa takut untuk menderhaka kepada raja. T4 m/s 85
Mengapakah mereka bersikap demikian ?
A. Raja menguasai empayar
B. Raja menjadi ketua pendeta
C. Raja adalah bayangan tuhan
D. Raja memiliki kekuatan tentera
7. Pada 6 Ogos 610 Masihi, bersamaan 17 Ramadhan, Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama. T4 m/s 107
Apakah kesan peristiwa tersebut ?
A. Penyebaran agama Islam
B. Kemunculan kerajaan baharu Islam
C. Penentangan orang Arab Quraisy terhadap Islam
D. Pemisahan antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam
Maklumat berikut berkaitan dengan kehidupan masyarakat Arab pada zaman Jahiliah. T4 m/s 102
o Menyembah berhala
o Menanam bayi perempuan yang baru lahir
o X
Apakah X ?
A. Membina petempatan kekal
B. Mahir membina sistem pengairan
C. Mengamalkan semangat assabiah
D. Mempunyai susun lapis masyarakat
Rajah 1 menunjukkan syarat Perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani antara Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat Quraisy Makkah pada tahun 628 Masihi (6 Hijrah). T4 m/s 133
o Syarat Pertama Perjanjian Hudaibiyah
o Mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun
Rajah 1
Apakah kesan perjanjian tersebut ?
A. Penghijrahan penduduk berkurangan
B. Pertambahan wilayah jajahan
C. Perluasan penyebaran Islam
D. Pengukuhan amgkatan tentera
Orientalis Barat menganggap hijrah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Makkah ke Madinah sebagai pelarian. T4 m/s 120
Apakah alasan untuk menyangkal anggapan tersebut ?
I. Diberi sambutan meriah
II. Dijemput penduduk tempatan
III. Galakan oleh pemimpin Quraisy
IV. Mendapat bantuan masyarakat Arab
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan r.a. berjaya meluaskan wilayah Islam ? T4 m/s 147
A. Semangat jihad dipupuk
B. Armada laut diperkukuh
C. Perkahwinan politik digalakkan
D. Perjanjian dengan pemimpin tempatan dimeterai
Kerajaan Islam berikut mempunyai pengaruh terhadap kerajaan Islam di Asia Tenggara. T4 m/s 185
o Abbasiyah
o Turki Uthmaniyah
Apakah pengaruh tersebut ?
A. Sistem Pembesar Empat Lipatan
B. Perluasan kawasan empayar
C. Pembentukan Majlis Syura
D. Amalan institusi kesultanan
Pedagang Islam berjaya menarik minat penduduk tempatan di Asia Tenggara untuk mendalami ajaran Islam. T4 m/s 180
Bagaimanakah mereka dapat berbuat demikian ?
A. Menulis kitab agama
B. Mandirikan madrasah
C. Mengamalkan sikap jujur
D. Memuliakan kedudukan raja
Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah mengubah sistem pemerintahan dan pentadbiran. T4 m/s 85,186
Apakah bukti pernyataan di atas ?
I. Wazir dilantik mentadbir wilayah
II. Institusi kesultanan diperkenalkan
III. Undang-undang syariah dilaksanakan
IV. Jawatan tradisional dimansuhkan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Rajah 2 menunjukkan perubahan konsep dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi. T4 m/s 186
Dewa Raja → Zilullah fil-alam
Rajah 2
Mengapakah perubahan tersebut berlaku ?
A. Perluasan wilayah
B. Perubahan pemimpin
C. Pengiktirafan kerajaan
D. Pengislaman pemerintah
Undang-undang berikut wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. T4 m/s 186
o Hukum Kanun Melaka
o Undang-Undang Laut Melaka
Apakah kepentingan undang-undang tersebut ?
I. Menentukan struktur kerajaan
II. Menetapkan sempadan wilayah
III. Menyekat pengaruh budaya luar
IV. Memajukan kegiatan perdagangan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Apakah tujuan penjelajahan orang Eropah ke Asia pada abad ke-16 ? T4 m/s 223
A. Mengaut keuntungan
B. Memperoleh hamba abdi
C. Menyebarkan ilmu pengetahuan
D. Memperkenalkan sistem pemerintahan
Jadual 2 menerangkan tentang seorang tokoh yang telah memperkenalkan satu sistem tanaman di Britain semasa Revolusi Pertanian. T4 m/s 228
Tokoh : Lord Townshend
Sumbangan : Memperkenalkan sistem penanaman secara bergilir
Jadual 2
Apakah kelebihan sistem tersebut ?
I. Kesuburan tanah dikekalkan
II. Penggunaan jentera digalakkan
III. Tanaman yang sama diusahakan
IV. Tanah digunakan sepanjang tahun
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
. Garaf 1 menunjukkan pengeluaran bijih timah oleh pelombong Cina di Tanah Melayu pada abad ke-20. T4 m/s 252
Graf 1
Mengapakah pengeluaran tersebut merosot ?
A. Imigran dihantar pulang
B. Tenaga kerja mahir kurang
C. Kapal korek diperkenalkan
D. Cukai eksport meningkat
Pelombong Eropah menguasai perusahaan perlombongan bijih timah pada abad ke-20. T4 m/s 251
Mengapakah pelombong Eropah berjaya menguasai perusahaan tersebut ?
I. Teknologi moden
II. Sokongan pembesar
III. Buruh mencukupi
IV. Modal besar
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Penjajah Barat telah melaksanakan sistem birokrasi Barat di tanah jajahan mereka di Asia Tenggara. T5 m/s 8
Apakah ciri sistem birokrasi tersebut ?
A. Pengekalan pemerintahan beraja
B. Pelantikan pembesar daerah
C. Pengenalan sistem ufti
D. Pentadbiran melalui biro
British telah memperkenalkan jawatan berikut di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. T5 m/s 12
o Residen
o Penasihat British
Apakah persamaan tugas pegawai yang menjawat jawatan tersebut ?
A. Menjaga kepentingan penduduk tempatan
B. Menasihati sultan dalam pentadbiran
C. Memperkukuh pentadbiran tradisional
D. Melatih pembesar tempatan mentadbir
Rajah 3 menunjukkan perubahan corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. T5 m/s 18
o Tahap Pertama : Bercorak sederhana
o Tahap Kedua : Bercorak radikal
Rajah 3
Mengapakah gerakan tersebut bercorak radikal pada tahap kedua ?
A. Sokongan pemerintah tempatan
B. Kekurangan sumber kewangan
C. Sekatan pengaruh dari luar
D. Perjuangan tidak berkesan
Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islah di Negeri-Negeri Melayu pada awal abad ke-20 ? T5 m/s 50
I. Mengugut pemimpin
II. Menyekat kegiatan dakwah
III. Menghalang kemasukan risalah
IV. Menyekat peluang belajar ke luar negara
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Tokoh berikut telah berjuang menentang penjajah. T5 m/s 44
o Mat Salleh
o Dato' Bahaman
Mengapakah perjuangan mereka gagal ?
A. Senjata tidak lengkap
B. Tenaga tentera kurang
C. Kemudahan asas kurang
D. Sokongan pembesar tidak cukup
Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan perlembagaan yang dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu. T5 m/s 84
Mengapakah perlembagaan tersebut diluluskan ?
A. Meluaskan wilayah pengaruh
B. Mengekalkan kedaulatan negeri
C. Membentuk kerajaan demokrasi
D. Mengukuhkan hubungan dengan Siam
Maklumat berikut merujuk kepada perlembagaan kerajaan Melayu. T5 m/s 81,85
o Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
o Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu
Apakah persamaan kandungan kedua-dua perlembagaan tersebut ?
I. Raja dipilih melalui sistem giliran
II. Cukai tanah dikuatkuasakan
III. Islam sebagai agama rasmi
IV. Raja mesti berbangsa Melayu
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Apakah hasrat British membentuk sebuah bangsa Malayan Union ? T5 m/s 96
A. Menumpukan taat setia
B. Menguatkan pasukan tentera
C. Membantu dalam pentadbiran
D. Membanteras ancaman komunis
Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Brirish. T5 m/s 110
Apakah kesan sekiranya penyerahan tersebut tidak dilaksanakan ?
A. Kemasukan kaum imigran akan berterusan
B. Pembentukan kerajaan sendiri menjadi kenyataan
C. Pembubaran Majlis Mesyuarat Negeri dilaksanakan
D. Hak istimewa penduduk peribumi terjejas
Pada bulan Februari 1952, UMNO Kuala Lumpur dan MCA telah menjalin kerjasama dalam bidang politik. T5 m/s 121
Apakah kesan kerjasama tersebut terhadap UMNO dan MCA ?
A. Ditentang hebat oleh Parti Kemerdekaan Malaya
B. Mendapat bantuan kewangan daripada British
C. Gagal mendapat sokongan semua kaum
D. Menang dalam pilihan raya majlis perbandaran
Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ? T5 m/s 103
A. Kekuatan perpaduan orang Melayu
B. Pertambahan bilangan kaum imigran
C. Memenuhi desakan orang dagang
D. Akur tuntutan golongan radikal
Jadual 3 menerangkan tentang hubungan tegang antara Malaysia dengan Indonesia. T5 m/s 146
o Tarikh : 20 Januari 1963
o Peristiwa : Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia
o Kempen : Ganyang Malaysia
Jadual 3
Apakah tindakan Indonesia semasa peristiwa tersebut ?
I. Menceroboh ruang udara
II. Menghantar bantahan rasmi
III. Melancarkan pemberontakan
IV. Menyerang kapal-kapal nelayan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Jadual 4 berkaitan dengan perkembangan politik di Singapura. T5 m/s 141
o Tahun : 1959
o Peristiwa : Lee Kuan Yew mencadangkan supaya
Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu
Jadual 4
Mengapakah Lee Kuan Yew membuat cadangan tersebut ?
A. Mengawal kemasukan imigran
B. Melemahkan parti berhaluan kiri
C. Memperkukuh semangat setia kawan
D. Mengamalkan konsep pengagihan kuasa
Apakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia ? T5 m/s 168
A. Membubarkan Parlimen
B. Menggubal undang-undang
C. Memilih ahli Dewan Rakyat
D. Menetapkan tarikh pilihan raya
Apakah syarat untuk menjadi Ahli Dewan Negara dalam sistem pemerintahan di Malaysia ? T5 m/s 172
A. Menang dalam pilihan raya
B. Aktif dalam pertubuhan politik
C. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
D. Cemerlang dalam perkhidmatan awam
Mengapakah Majlis Perundingan Negara mengisytiharkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 ? T5 m/s 211
A. Menyusun semula masyarakat
B. Memperkukuh perpaduan rakyat
C. Meningkatkan kemajuan ekonomi
D. Mamartabatkan bahasa kebangsaan
Pernyataan berikut adalah cabaran kelapan Wawasan 2020. T5 m/s 222
o Menjamin masyarakat yang adil dan saksama
ekonominya
Bagaimanakah cabaran tersebut dapat dipenuhi oleh kerajaan ?
A. Kekayaan negara dikongsi bersama
B. Pelaburan asing dipertingkatkan
C. Memantapkan jati diri rakyat
D. Membangunkan modal insan
Perang Dunia Pertama tercetus di Eropah mulai tahun 1914 hingga tahun 1918. T5 m/s 231
Mengapakah Amerika Syarikat turut terlibat dalam perang tersebut ?
A. Menguji senjata
B. Permintaan Britain
C. Mempertahankan Serbia
D. Menyekat ideologi komunis
. Blok dunia berikut terbentuk semasa Perang Dingin. T5 m/s 235
Apakah ciri blok kapitalis ?
I. Mengamalkan pemerintahan demokratik
II. Mengamalkan sistem satu parti
III. Memiliknegarakan perniagaan
IV. Menjamin kebebasan individu
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Deklarasi Langkawi dihasilkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur pada tahun 1989. T5 m/s 244
Apakah persetujuan yang dicapai dalam deklarasi tersebut ?
A. Penyelarasan bantuan teknikal
B. Menyediakan dana pendidikan
C. Mangatasi masalah pencemaran
D. Membanteras penyalahgunaan dadah
