wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

quiz kimia 3

Total questions: 50

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

ciri-ciri. zarah disusun padat ,rapat dan teratur . daya tarikan antara zarah adalah kuat. Apakah keadaan jirim bagi ciri-ciri ini?

a)

pepejal

b)

cecair

c)

gas

d)

atom

2.

ciri -ciri . Zarah disusun secara padat tetapi tidak teratur. Daya tarikan antara zarah adalah kuat,tetapi kurang kuat daripada pepejal. Apakah keadaan jirim bagi ciri-ciri ini?

a)

pepejal

b)

cecair

c)

gas

d)

molekul

3.

Zarah zarah ini mempunyai daya tarikan antara zarah yang lemah. Apakah keadaan jirim yang sesuai bagi zarah ini?

a)

pepejal

b)

cecair

c)

gas

d)

atom

4.

Pepejal berubah menjadi gas melalui proses P. Apakah proses P?

a)

peleburan

b)

pendidihan

c)

pemejalwapan

d)

pengendapan

5.

Apakah maksud yang tepat bagi takat lebur?

a)

takat apabila suatu bahan bertukar daripada pepejal kepada cecair

b)

suhu apabila suatu bahan bertukar daripada pepejal menjadi cecair

c)

suhu malar apabila suatu bahan bertukar daripada pepejal menjadi cecair pada tekanan tertentu

d)

takat apabila suatu bahan bertukar daripada pepejal menjadi cecair pada tekanan tertentu

6.

Lili mengeringkan rambut yang basah menggunakan pengering rambut. Namakan proses yang terlibat semasa rambut dikeringkan

a)

peleburan

b)

pendidihan

c)

pengewapan

d)

pemejalwapan

7.

Semasa peleburan. berikut adalah ciri-ciri yang berlaku pada suatu pepejal kecuali

a)

suhu meningkat

b)

suhu malar

c)

tiada peningkatan suhu

d)

tenaga haba diserap digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah sehingga pepejal berubah menjadi cecair

8.

semasazarah bahan pepejal mengalami peleburan menjadi cecair. Manakah antara berikut tidak berlaku?

a)

suhu malar

b)

haba diserap

c)

haba dibebaskan

d)

tiada peningkatan suhu

9.

Semasa proses pembekuan suatu bahan . Manakah antara berikut?

a)

suhu menurun

b)

suhu malar

c)

haba dibebaskan ke persekitran diimbangi haba dibebaskan apabial zarah menarik antara satu sama lain untum membentuk pepejal

d)

tiada penurunan suhu

10.

asid laurik C12H24O2 dipanaskan daripada suhu bilik ke suhu 50oC . Pada suhu 430C asid laurik mula melebur. Apakah keadaan fizik asid ini pada 300 C?

a)

pepejal

b)

cecair

c)

pepejal dan cecair

d)

gas

11.

Asid Laurik dipanaskan daripada suhu bilik ke 500C . Pada suhu 430C asid laurik mula melebur. Apakah keadaan fizik asid laurik pada suhu 500C ?

a)

pepejal

b)

cecair

c)

gas

d)

pepejal dan cecair

12.

Manakah ciri-ciri bagi subatom proton dalam suatu atom neutral?

a)

simbol : p

b)

cas relatif = 1

c)

jisim relatif = 1

d)

cas relatif = 0

13.

Manakah ciri-ciri bagi subatom neutron dalam suatu atom neutral?

a)

simbol : n

b)

cas relatif = 0

c)

jisim relatif = +1

d)

jisim relatif = 1

14.

Pilih ciri ciri penemuan oleh JJ Thomsom untuk struktur atom

a)

menemui zarah bercas negatif digelar elektron

b)

menemui zarah bercas positif digelar proton

c)

atom sfera bercas positif dengan beberapa elektron terbenam didalamnya

d)

elektron bergerak di luar nukleus

15.

Siapakah saintis yang menemui proton suatu atom ?

a)

John Dalton

b)

JJ Thomson

c)

Ernest Rutherford

d)

Niels Bohr

16.

Nombor nukleon atom Kalium ialah 39. Atom Kalium mempunyai 19 proton. Manakah antara berikut benar tentang atom Kalium?

a)

bilangan elektron = 19

b)

bilangan proton = 19

c)

bilangan neutron =39

d)

nombor nukleon = 39

17.

Nombor nukleon = bilangan proton + nombor neutron. Betul atau salah ?

a)

Betul

b)

salah

18.

Nombor neutron = bilangan proton + bilangan neutron . Betul atau salah?

a)

betul

b)

salah

19.

Nombor nukleon = bilangan proton + bilangan neutron . Betul atau salah?

a)

betul

b)

salah

20.

Hasil tambah bilangan proton dan bilangan neutron di dalam nukleus suatu atom disebut

a)

bilangan nukleon

b)

bilangan neutron

c)

nombor neutron

d)

nombor nukleon

21.

Atom Kalium mempunyai nombor nukleon 39, mempunyai 19 proton. Manakah yang salah bagi ion Kalium ?

a)

bilangan proton =19

b)

bilangan elektron =19

c)

bilangan neutron = 20

d)

nombor nukleon =39

22.

Nombor proton aluminium =13. Manakah berikut susunan elektron bagi atom aluminium ?

a)

13

b)

2.11

c)

2.8.3

d)

2.8.8.3

23.

Nombor proton oksigen ialah 8. Manakah antara berikut susunan elektron bagi atom oksigen?

a)

8

b)

2.4

c)

2.6

d)

2.8.6

24.

susunan elektron bagi Aluminium 2.8.3 . bilangan elektron valens ialah

a)

2

b)

8

c)

3

d)

13

25.

atom Natrium susunan elektron 2.8.1. atom kalium mempunyai susunan elektron 2.8.8.1. Unsur unsur ini mempunyai sifat kimia yang sama. Betul atau salah?

a)

betul

b)

salah

26.

atom aluminium memunyai susunan elektron 2.8.3 atom oksigen mempunyai susunan elektron 2.6. unsur unsur ini mempunyai sifat kimia yang sama . betul atau salah?

a)

betul

b)

salah

27.

Atom Klorin mempunyai susunan elektron 2.8.7. Atom flourin mempunyai susunan elektron 2.7. Unsur unsur ini mempunyai bilangan elektron valens yang sama . betul atau salah?

a)

betul

b)

salah

28.

Apakah maksud isotop yang tepat ?

a)

unsur yang sama mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza

b)

atom-atom unsur yang sama mempunyai bilangan proton yang sama tetapi nombor neutron yang berbeza

c)

atom-atom unsur yang sama mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza

d)

atom-atom unsur yang berbeza mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan elektron yang berbeza

29.

Manakah isotop yang digunakan untuk menetapkan umur lapisan pasir dan tanah sehingga 80 tahun ?

a)

uranium -235

b)

karbon- 14

c)

plumbum-210

d)

natrium-24

30.

Manakah perwakilan piawai bagi platinum . atom platinum mempunyai nombor nukleon sebanyak 195, dan nombor proton ialah 78.

a)

195Pt78

b)

78Pt195

c)

74Pt78

d)

97Pt78

31.

Hitung jisim molekul relatif bagi O2 [ jisim atom relatif O =16]

a)

8

b)

16

c)

32

d)

64

32.

Hitung jisim molekul relatif bagi glukosa , C6H12O6. [jisim atom relatif C =12,O=16,H=1]

a)

72

b)

96

c)

160

d)

180

33.

Hitung jisim formula relatif bagi Aluminium sulfat Al2(SO4)3. Jisim atom relatif Al=27, S=32,O=16]

a)

54

b)

96

c)

136

d)

342

34.

Satu atom magnesium adalah dua kali lebih berat daripada satu atom karbon-12. Apakah jisim atom relatif bagi magnesium ?

a)

2

b)

10

c)

12

d)

24

35.

Jisim atom relatif tiada unit. betul atau salah?

a)

betul

b)

salah

36.

Unit SI bagi kuantiti suatu bahan ialah

a)

mol

b)

molar

c)

jisim

d)

nombor Avogadro

37.

bilangan mol,n = bilangan zarah / NA . Apakah NA ?

a)

bilangan Avogadro

b)

Nombor Avogadro

c)

Pemalar Avogadro

d)

Amedeo Avogadro

38.

Berapakah bilangan atom yang terdapat dalam 0.2 mol Magnesium , Mg? [Pemalar Avogadro,NA=6.02 X 1023 mol-1]

a)

0.2 x 6.02 x 1023

b)

0.2 / [6.02 x 1023]

c)

1.204 x 1021

d)

1.204 x 1022

39.

Sebuah balang berisi 2 mol gas oksigen, O2. Berapakah bilangan atom O2 ?

a)

1.204 x 10 24 atom

b)

6.02 x 10 23 atom

c)

2 x 6.02 x 1023 atom

d)

2 x 2 x 6.02 x 1023 atom

40.

Manakah antara berikut yang benar? .Diberi Jisim atom relatif karbon, C ialah 12

a)

jisim molar karbon = 12

b)

jisim karbon =12

c)

jisim molar karbon = 12 g mol-1

d)

Karbon terdiri daripada atom karbon

41.

Jisim molar air , H2O = 18 g mol-1. Manakah benar pernyataan ini?

a)

air terdiri daripada atom air

b)

air terdiri daripada molekul air

c)

jisim molekul relatif air = 18

d)

jisim molekul relatif air = 18 g mol-1

42.

Jisim formula relatif bagi natrium klorida = 58.5 . Jika jisim atom relatif bagi Na ialah 23. Berapakah jisim atom relatif bagi klorin ?

a)

17.5

b)

35.5

c)

22.4

d)

24

43.

Berapakah isipadu 0.01 mol gas ammonia ,NH3 dalam dm3 pada keadaan bilik. [isipadu molar : 24 dm3 mol -1 pada keadaan bilik ]

a)

24dm3

b)

0.24dm3

c)

0.024dm3

d)

0.0024dm3

44.

Manakah formula kimia yang betul ?

a)

H2O air

b)

NH2 ammonia

c)

C6H6 benzena

d)

Al2O3 alumnium oksida

45.

Manakah antara berikut mempunyai formula empirik yang sama?

a)

C4H8O2

b)

C4H8

c)

C5H12

d)

C5H10

46.

Berapakah bilangan mol bagi 32 g sulfur dioksida,SO2? [ jisim atom relatif : S =32, O=16}

a)

48

b)

0.4

c)

0.5

d)

2,048

47.

berapakah bilangan mol bagi 4.7 gram Kalium oksida,[ jisim atom relatif ; K=39, O=16]

a)

94

b)

0.05

c)

0.005

d)

78

48.

formula isipadu/isipadu molar adalah formula untuk mencari?

a)

bilangan zarah

b)

kepekatan

c)

jisim molar

d)

bilangan mol

49.

formula jisim molar x bilangan mol adalah formula untuk mencari ?

a)

bilangan zarah

b)

isipadu molar

c)

jisim

d)

kepekatan

50.

Berikut adalah 1mol bahan mengandungi 6.02 x 10 23 zarah kecuali

a)

H2

b)

He

c)

Fe

d)

2NaCl