wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah merupakan komponen utama konsep asas perniagaan?

a)

Memuaskan keperluan dan kehendak

b)

Organisasi berasaskan untung

c)

Organisasi bukan berasaskan untung

d)

Barang dan perkhidmatan

2.

Apakah maksud perniagaan?

a)

Menawarkan barang atau perkhidmatan oleh peniaga kepada pembeli

b)

Menjual beli barang atau perkhidmatan untuk memaksimumkan keuntungan

c)

Menyediakan barangan dan perkhidmatan

d)

Melibatkan urus niaga jual beli antara penjual dan pembeli

3.

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan Syarikat Awam Berhad?

a)

Bilangan ahli 2 hingga 50 orang

b)

Pemegang syer menanggung liabiliti tidak terhad

c)

Laporan kewangan tahunan perlu diumumkan

d)

Syer tidak boleh dipindah milik secara bebas

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan autonomi dalam prinsip koperasi?

a)

Kerjasama yang dijalinkan dengan koperasi-koperasi lain untuk mengukuhkan ekonomi koperasi

b)

Setiap anggota dalam koperasi berhak terlibat dalam aktiviti yang dijalankan oleh koperasi yang disertainya

c)

Ahli koperasi berhak bersuara dan menyatakan pendapat dalam sesuatu perkara

d)

Keanggotaan dalam koperasi adalah secara sukarela dan tanpa paksaan

5.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang hubungkait antara ketiga-tiga sektor?

a)

Sektor kedua memerlukan sektor utama untuk membekalkan bahan mentah

b)

Sektor pertama memerlukan sektor ketiga untuk membekalkan pekerja

c)

Sektor ketiga membantu untuk memproses bahan mentah sektor kedua

d)

Sektor ketiga membantu untuk memasarkan produk sektor kedua

6.

Antara yang berikut, kriteria yang manakah menentukan saiz perniagaan?

a)

Bilangan pekerja mahir

b)

Bilangan pekerja tetap

c)

Jumlah jualan tahunan

d)

Jumlah keuntungan tahunan

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan.


Perusahaan Kek Murni menjalankan aktiviti penghasilan dan penjualan pelbagai jenis biskut dan kek. Selain menjual hasilnya di premis sendiri, perusahaan ini juga membekalkan produknya kepada restoran dan kedai runcit di kawasan sekitarnya. Perusahaan Kek Murni mempunyai pekerja tetap seramai 80 orang. Pada tahun 2017, jumlah jualan yang diperolehi oleh perusahaan ini adalah sebanyak RM 35 juta.


Apakah saiz dan sektor perniagaan tersebut?

(a)  

8.

Agensi manakah yang terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan?

a)

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

b)

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

c)

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

d)

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

9.

Antara berikut yang manakah merupakan faktor dalaman dalam sesebuah perniagaan?

a)

Pemasaran

b)

Persaingan

c)

Politik

d)

Perundangan

10.

Bagaimanakah dasar fiskal boleh dilaksanakan sebagai kaedah menangani situasi deflasi?

a)

Kerajaan mengawal harga semua barangan bagi memastikan perniagaan kekal mencatat keuntungan

b)

Meningkatkan permintaan seterusnya meningkatkan harga barang dan merancakkan aktiviti jualan

c)

Mengurangkan kadar cukai yang dibayar oleh pengguna bagi meningkatkan pendapatan boleh guna

d)

Kerajaan mendidik para peniaga agar menggunakan setiap sumber secara optimum

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan faktor luaran perniagaan.

Apakah kesan langkah tersebut ke atas sesebuah perniagaan?

a)

Peningkatan kos bil elektrik pejabat

b)

Penggunaan lebih banyak kenderaan diesel

c)

Pemasangan lebih banyak panel tenaga solar

d)

Pembelian kertas pada skala besar

12.

Apakah tumpuan pertubuhan sukarela?

a)

Bercorak kebajikan dan faedah bersama

b)

Menjaga kebajikan dan kesejahteraan masyarakat

c)

Berusaha mendapatkan derma hadiah atau sumbangan demi menambahkan dana organisasi

d)

Menawarkan barang atau perkhidmatan untuk membiayai perbelanjaan operasi harian

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri objektif.


Kuantitatif adalah kaedah pengukuran yang menggunakan data bernombor yang boleh diukur secara objektif dan tepat.

Manakah yang mewakili ciri objektif bagi pernyataan di atas?

a)

Munasabah

b)

Jangka masa

c)

Boleh diukur

d)

Boleh dicapai

14.

Usahawan yang mempunyai wawasan mampu menyampaikan visi organisasi perniagaan bagi dihayati semua pekerja. Mengapakah pekerja perlu menghayati visi organisasi perniagaan?

a)

Menjaga kebajikan pekerja

b)

Mengelakkan sebarang pembaziran

c)

Menilai aktiviti perniagaan yang dijalankan

d)

Bekerjasama ke arah hala tuju organisasi yang sama

15.

Daya saing merupakan kemampuan sesebuah perniagaan untuk mengekalkan operasi perniagaannya dalam industri. Apakah faktor kemampuan perniagaan bertahan dalam industri?

a)

Kewangan

b)

Sumber manusia

c)

Saiz perniagaan

d)

Keusahawanan

16.

Antara yang berikut, faktor yang manakah boleh mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif sesebuah perniagaan?

a)

Persaingan

b)

Sosiobudaya

c)

Kewangan

d)

Politik

17.

Apakah peranan bahagian fungsian pengurusan sumber manusia?

a)

Membuat perancangan kewangan

b)

Menyimpan maklumat dan data perniagaan

c)

Membentuk sistem tidakan yang berkaitan dengan disiplin

d)

Menerima tempahan belian daripada pengurus jualan.

18.

Bahagian fungsian manakah yang bertanggungjawab menambahbaik produk sedia ada?

a)

Bahagian fungsian pemasaran

b)

Bahagian fungsian pengagihan

c)

Bahagian fungsian sumber manusia

d)

Bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan

19.

Gambar menunjukkan aplikasi teknologi maklumat dalam perniagaan.


Apakah kaedah yang digunakan?

a)

e-pemasaran

b)

e-dagang

c)

e-government

d)

e-banking

20.

Pernyataan berikut berkaitan dengan satu proses komunikasi.


Satu proses pihak penerima menterjemahkan mesej yang dihantar oleh penghantar selepas menerima mesej.


Apakah proses komunikasi tersebut?

a)

Enkod

b)

Dekod

c)

Saluran

d)

Maklum balas