wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganda ( tahun 6 )

Total questions: 16

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

1.______ tingkap di bilik abang reput kerana dimakan oleh anai-anai.

a)

kekuda

b)

kekisi

c)

tetupai

d)

pepatung

2.

1.Pak Cik Maniam meletakkan ______ di tengah sawahnya untuk menakutkan burung-burung yang makan padinya.

a)

kupu-kupu

b)

orang-orang

c)

mata-mata

d)

kuda-kuda

3.

3.Seekor ___________ mempunyai sepasang sesungut

a)

rama-rama

b)

kuda-kuda

c)

tupai-tupai

d)

kura-kura

4.

4._______ digunakan oleh pejalan kaki untuk melintas jalan.

a)

jejari

b)

jejarum

c)

jejantas

d)

jejentik

5.

5.Astin suka makan ________ikan yang dimasak oleh nenek.

a)

cecair

b)

kekura

c)

bebola

d)

sesiku

6.

6.Di dalam tin yang berisi air itu ada beberapa ekor _____________.

a)

kekura

b)

tetupai

c)

jejari

d)

jejentik

7.

7.Yee Hong sedang menonton televisyen sambil makan ________.

a)

kunang-kunang

b)

jemput-jemput

c)

epok-epok

d)

agar-agar

8.

8.Perjalanan ke rumah nenek di kampung mengambil masa yang lama kerana jalan menuju ke sana _______

a)

lalu-lalang

b)

simpang-siur

c)

mundar-mandir

d)

bengkang-bengkok

9.

9.Ayah tersesat ketika hendak mencari jalan ke rumah kawan karibnya yang sudah lama tidak berjumpa kerana jalan ke sana _____

a)

lalu-lalang

b)

mundar-mandir

c)

bengkangk-bengkok

d)

bersimpang-siur

10.

10.Badan Jasmin gatal kerana terkena _____ ketika berenang di pantai.

a)

ampai-ampai

b)

anai-anai

c)

api-api

d)

epok-epok

11.

11.Sarvesh tidak dapat makan kerana _______nya sakit.

a)

kekuda

b)

lelabah

c)

lelabu

d)

lelangit

12.

12.Kapal itu _________ di dalam laut yang bergelora.

a)

terumbang-ambing

b)

terkial-kial

c)

terketar-ketar

d)

teresak-esak

13.

13.Jon ketawa ______ semasa menonton komedi itu.

a)

teresak-esak

b)

tersedan-sedu

c)

terketar-ketar

d)

terbahak-bahak

14.

14.Rambut Danesh ________ kerana tidak disikat.

a)

kering-kontang

b)

kusut-masai

c)

compang-camping

d)

comot-momot

15.

15.Jun Han tidak menunggang basikal ke sekolah kerana ______ basikalnya patah.

a)

kekisi

b)

jejari

c)

kekuda

d)

tetupai

16.

16.Petani di kampung itu tidak dapat menjalankan aktiviti tanaman kerana tanah di situ _______ akibat kemarau.

a)

kusut-masai

b)

kering-kontang

c)

bengkang-bengkok

d)

comot-momot