Font size
WorksheetsPerniagaan SPM 6
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Apakah rancangan perniagaan?
Dokumen yang merekodkan urus niaga perniagaan sama ada secara tunai atau kredit
Dokumen yang mengandungi catatan penerimaan dan pembayaran yang dilakukan
Dokumen yang mengandungi catatan aktiviti jual beli yang dilakukan
Dokumen yang menerangkan maklumat perniagaan secara menyeluruh
Salah satu kaedah promosi adalah menyalurkan maklumat sesuatu produk dan perkhidmatan melalui media massa.
Apakah kaedah tersebut?
Promosi Jualan
Pengiklanan
Publisiti
Jualan langsung
Pernyataan manakah benar tentang tanggungjawab antara perniagaan dan syarikat.
Perniagaan diuruskan oleh pemilik manakala syarikat oleh pemegang syer
Perniagaan diuruskan oleh pemilik manakala syarikat oleh pelabur
Perniagaan diuruskan oleh pemilik manakala syarikat oleh rakan kongsi
Perniagaan diuruskan oleh pemilik manakala syarikat oleh lembaga pengarah
Perniagaan yang manakah merupakan milikan tunggal?
Restoran Sayyid dan Shah
Kedai Runcit Rahmah
Koperasi Berkat
Maju Bumi Sdn Bhd
Manakah yang merupakan kelebihan perniagaan francais kepada francaisor?
Menjimatkan kos promosi
Tidak perlu banyak pengalaman
Tidak terikat dengan sebarang perjanjian
Mengembangkan perniagaan secara global
Manakah antara berikut sektor primer?
Pembuatan dan perkilangan
Pembekalan tenaga
Pembinaan
Pertanian
Manakah antara berikut cabaran perniagaan bersaiz besar?
Wujud pengkhususan
Meningkatkan hasil
Kos overhed yang tinggi
Undang-undang dan peraturan kerajaan
Apakah perniagaan antarabangsa?
Aktiviti yang tidak melepasi sempadan negara
Aktiviti yang melibatkan pemborong dan peruncit
Aktiviti yang berlaku di dalam negara yang sama
Aktiviti yang berlaku melepasi sempadan negara
Apakah maksud deflasi?
Satu keadaan di mana permintaan barang dan perkhidmatan meningkat
Satu keadaan kejatuhan harga barang atau perkhidmatan yang berterusan
Satu fenomena kekurangan barang atau perkhidmatan di dalam pasaran
Satu situasi di mana harga barang atau perkhidmatan meningkat mendadak
Aspek undang-undang manakah tidak memberi kesan terhadap persekitaran perniagaan ?
Kawalan
Persaingan
Perancangan
Kesihatan dan keselamatan
Apakah kebaikan menguasai syer pasaran yang terbesar?
Memperoleh pendapatan yang tinggi
Aktiviti promosi dapat dikurangkan
Meningkatkan kualiti barang
Meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan
Apakah faktor luaran yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi dan objektif perniagaan?
Teknologi maklumat dan komunikasi
Demografi
Kewangan
Sosiobudaya
Apakah ciri struktur organisasi berdasarkan geografi?
Dikenal sebagai sistem berbilang arahan
Sesuai untuk organisasi yang bersaiz kecil
Diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelanggan
Untuk tujuan penyelarasan jabatan di pelbagai wilayah
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?
Mewujudkan faedah kepada pihak pengguna
Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna
Menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan
Melakukan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan
Apakah dokumen perniagaan yang perlu disimpan oleh dalam perniagaan?
Rekod transaksi bank, rekod jualan, rekod pembelian, rekod operasi & rekod ambilan dan modal
rekod transaksi bank, rekod perubatan, rekod insurans dan rekod moda
rekod jualan , rekod pemasaran, rekod untung dan rekod jualan
rekod transaksi bank, rekod untung, rekod belian dan rekod rugi
Namakan 3 akta yang berkaitan dengan penubuhan sebuah entiti perniagaan
Akta Jual Beli, Akta Sewa & Akta Koperasi
Akta Pendaftaran Perniagaan, Akta Perkongsian Liabiliti & Akta Syarikat
Akta Syarikat, Akta SewaBeli & Akta Perniagaan
Akta Syarikat, Akta Perkongsian & Akta Perkongsian Liabiliti
Antara berikut, manakah merupakan kategori stok bergerak pantas?
Beras
Kereta
Perabot
Baju
Bil elektrik, bil telefon dan bil air merupakan dokumen...
rekod jualan
rekod transaksi bank
rekod operasi
rekoad pembelian
Perniagaan milikan tunggal mestilah berdaftar dengan....
Suruhanjaya Perniagaan Malaysia
Suruhanjaya Pilihanraya
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Kementerian Kewangan Malaysia
Dokumen ini diguna pakai apabila jualan barang niaga dilakukan secara hutang..... Apakah dokumen perniagaan ini...
Resit
Invois
Bil tunai
Penyata bank
Antara perniagaan berikut, milikan pernigaaan yang manakah tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956?
Maju Enterprise
Syarikat Neelofar Berhad
Syarikat Cergas PLT
Koperasi Maju
Apakah ciri-ciri jenama yang baik?
Tahan lama
mudah diingati
senang dibawa
senang dikunjungi
Antara berikut, yang manakah persamaan antara pemasaran dan jualan?
Aktiviti menyalurkan produk dan perkhidmatan
Aktiviti yang mementingkan kualiti barang
Aktiviti memenuhi permintaan pengguna
Aktiviti menjana keuntungan
Apakah matlamat promosi?
Mendapat sasaran pengguna
Memperkenalkan produk
Mendapat hak paten
Mendapat untung
Yang manakah merupakan campuran pemasaran yang terdapat dalam perniagaan ?
Pelanggan
Pembekal
Produk
Pesaing
