Font size
WorksheetsBahasa Melayu Tahun 3
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Para pelajar yang belajar di luar negeri tinggal di ____________.
asrama
hotel
rumah
sekolah
Monyet itu sedang _______________pokok kelapa itu.
memanjat
mendaki
menaiki
bergayut
Kapal tangki minyak itu singgah di _______________.
stesen
pelabuhan
kapal terbang
perhentian
Banduan - banduan itu ditahan di dalam ______________.
makmal
pentas
penjara
istana
Kereta - kereta yang rosak dihantar ke ______________ untuk dibaiki.
zoo
klinik
kilang
bengkel
Jururawat itu memakai topeng separuh muka untuk mengelakkan _______________ wabak penyakit H1N1.
berjangkit
dijangkit
jangkitan
menjangkiti
Dewan serbaguna itu _______________ oleh wakil rakyat kawasan itu.
merasmikan
dirasmikan
perasmian
merasmi
Penduduk kawasan rumah tanah runtuh itu ________________ ke penempatan baru oleh pihak berkuasa.
berpindah
dipindahkan
memindahkan
perpindahan
David ________________ perhatian terhadap gurunya semasa pembelajaran.
menumpukan
bertumpu
ditumpukan
pertumpuan
Rani menumpukan perhatian terhadap _________________ gurunya.
pengajaran
diajarkan
mengajarkan
ajaran
Pelajar itu telah ____________untuk mewakili sekolah di dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah.
memilih
pemilihan
terpilih
pilihan
Nasi lemak merupakan sajian _____________rakyat Malaysia.
digemari
penggemar
menngemari
kegemaran
Kumpulan pelajar itu berkumpul untuk ______________ tentang masalah Matematik itu.
berbincang
perbincangan
dibincangkan
membincangkan
Ali terjatuh selepas kakinya ___________tunggul kayu.
menyepak
penyepak
disepak
tersepak
"Usahlah _____________radio itu jikalau kamu tidak tahu berbuat demikian," kata abang kepada Dou Yoon.
diperbaik
dibaiki
membaiki
memperbaiki
Kami sekeluarga menjadi ______________ abang untuk berjaya dalam pelajaran
dorongan
pendorong
didorong
mendorong
Ayah Ahmad bekerja sebagai seorang ______________ di Hospital Besar Sarawak .
tentera
jururawat
polis
ahli bomba
Encik Muthu membeli sebuah jam tangan berjenama ___________ untuk anaknya.
Samsung
Swatch
Ikea
Philip
Dalam cerita kanak-kanak, harimau juga dikenali sebagai ____________.
Sang Bedal
Si Belang
Sang Kancil
Si Tompok
Si Jalak
Ibu telah membeli ________________ payung yang berwarna-warni.
dua kaki
dua pasang
dua batang
dua ikat
Se___________pisang itu telah masak ranum
tandan
gugus
tangkai
buah
"Maaf Cikgu Ramli, semalam _____________tidak hadir ke sekolah , " kata Hock Lee.
saya
kami
dia
beliau
____________________ merupakan Perdana Menteri kita yang ke-empat.
Beliau
Patik
Dia
Tuan
" _____________ mestilah rajin bekerja untuk mendapatkan keuntungan ," ujar pengurus kilang kepada semua pekerjanya.
Mereka
Kalian
Dia
Kamu
" ___________akan menurut perintah Tuanku," kata Hang Tuah kepada Sultan Melaka.
Beta
Hamba
Baginda
Patik
Amin dan Amirul berkawan baik. ____________ sering kelihatan bersama.
Mereka
Kalian
Kami
Kita
" ___________ berasa sangat bersyukur kerana dapat hidup aman damai di sini," titah Sultan Melaka.
Tuan
Beta
Baginda
Aku
Air di tasik itu sangat ______________.
nyaman
tenang
deras
ceria
Kami sungguh _________________ melawat Bandar Sandakan di Sabah.
seronok
selesa
letih
panas
Emak ______________ ikan di dapur.
memotong
menyiang
menghiris
mencincang
Menara Berkembar Kuala Lumpur merupakan menara ___________ di Malaysia.
tertinggi
terendah
terkecil
terbesar
Laksamana Leon menggunakan _______________ keris semasa bersilat di istana.
sebilah
seutas
sepucuk
sedas
Pasukan bola jaring tewas dalam pertandingan itu. Pilih perkataan seerti untuk tewas
kalah
seri
menang
berjaya
Sayur yang dibeli oleh emak di pasar tani ini sungguh segar. Pilih perkataan berlawanan untuk segar.
layu
sihat
sedap
buruk
Johan telah menerima sekeping poskad ___________ keluarganya.
di
dari
pada
daripada
Tini mengikat rambutnya dengan kemas , sebelum pergi ke sekolah. Pilih perkataan seerti dengan kemas
rapi
cantik
tampan
bersih
Hal itu diketahui ____________ tengah malam lagi.
dari
pada
daripada
ke
Bongkah ais di kutub sudah mula mencair. Pilih perkataan berlawanan bagi mencair
mengalir
mengecil
membeku
mengeras
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul
Awan mendung alamat hari akan hujan.
Saya meminta alamat rumahnya yang baru sebelum berpindah.
Ibu memasak alamat di rumah.
Doktor alamat pesakitnya dengan teliti.
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris yang betul
Kak Siti memasukkan tiga buah telur ke dalam adunan itu.
Pak Cik Rahmat mempunyai tiga buah rumah teres dua tingkat di Serian.
Kemalangan ngeri itu melibatkan dua buah lori yang besar.
Encik Chee membeli dua buah komputer riba untuk anak-anaknya sebagai hadiah harijadi.
