wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Percubaan NSDK 2020

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

"Melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan yang tidak mempunyai ikatan penikahan yang sah"


Penyataan di atas merujuk kepada pengertian ____________.

a)

zina

b)

liwat

c)

qazaf

d)

musahaqah

2.

Berikut adalah himah pengharaman riba kecuali

a)

menghindari sifat dendam dan benci-membenci antara satu sama lain.

b)

membenteras manusia yang bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri.

c)

mengelakkan penindasan terhadap golongan miskin

d)

menjaga keturunan zuriat manusia.

3.

"Beriktikad bahawa imam mereka Muhammad bin al-Hanafiyyah masih hidup"


Penyataan di atas merujuk kepada pegangan _________.

a)

Syiah Imamiyyah

b)

Syiah Batiniyyah

c)

Syiah Zaidiyyah

d)

Khawarij

4.

Jenis dam yang dikenakan jika mengerjakan haji Tamattu' ialah _____.

a)

tertib dan takdir

b)

tertib dan takdil

c)

takhyir dan takdir

d)

takhyir dan takdil

5.

Antara berikut yang manakah syarat sah binatang sembelihan?

a)

Halal dimakan.

b)

Alat sembelihan yang tajam.

c)

Putus urat halkum dan marik.

d)

Penyembelih beragama Islam.

6.

Berikut adalah hikmah gadaian kecuali

a)

menggalakkan umat Islam berbelanja.

b)

mengembangkan ekonomi umat Islam.

c)

memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang.

d)

memberi kemudahan kepada orang yang memerlukan bantuan.

7.

Antara yang berikut yang manakah benar tentang qadak dan qadar menurut pandangan Ahli Sunnah Waljamaah?

a)

semua perkara sama ada baik atau buruk ditentukan manusia.

b)

Perbuatan manusia dilakukan oleh manusia dan bukan Allah SWT.

c)

Semua yang berlaku di alam ini terjadi dengan kebijaksanaan Allah SWT.

d)

Allah SWT yang berkuasa mengatur segala yang terjadi di alam ini.

8.
  • Memecat pegawai yang kurang cekap.
  • Menghapus cukai jizyah bagi golongan Mawali.
  • Melaksanakan hukuman yang adil.


Tujuan utama Khalifah Umar bin Abdul Aziz memperkenalkan polisi di atas ialah _______.

a)

merapatkan hubungan pemimpin dengan rakyat.

b)

menangani kegawatan ekonomi.

c)

mengukuhkan ekonomi negara.

d)

melicinkan pentadbiran negara.

9.

"Ketua negara yang bertindak sebagai pemimpin tertinggi dalam wilayah-wilayah Islam."


Penyataan di atas adalah merujuk kepada pengertian _______.

a)

al Dawawin

b)

al Khalifah

c)

al Kuttab

d)

al Wazir

10.

Berikut adalah contoh aktiviti rekreasi aktif kecuali

a)

berkhemah

b)

mendaki bukit

c)

menunggang kuda

d)

bersiar-siar

11.

Kesan li'an terhadap suami dan isteri ialah ______.

a)

suami dapat mempertahankan kesucian nasabnya.

b)

isteri dapat menjaga maruahnya dari tercemar.

c)

suami dan isteri terpisah selepas sumpah li'an.

d)

suami dan isteri boleh berkahwin semula.

12.

Hikmah larangan membin dan membintikan anak angkat kepada bapa angkat ialah _____.

a)

memelihara hak wali nikah oleh bapa angkat.

b)

memelihara hak anak angkat dalam mewarisi harta pusaka bapa angkat.

c)

menjaga batas pergaulan antara anak angkat dengan keluarga bapa angkat.

d)

mengiktiraf dan mengekalkan pertalian nasab dengan keluarga bapa angkat.

13.

Bidang kuasa mal Mahkamah Syariah adalah mendengar dan memutuskan prosiding-prosiding berikut kecuali

a)

pertunangan dan perkahwinan

b)

pemberian ketika hampir mati

c)

minum arak dan khalwat

d)

kesahtarafan anak

14.

X dalam rajah di atas (gambar) ialah punca-punca berlakunya pencemaran _______

a)

air

b)

tanah

c)

bunyi

d)

udara

15.

Perbuatan yang boleh dilakukan untuk menjaga nama baik negara ialah _______.

a)

memberi bantuan senjata kepada negara yang bertelagah.

b)

membuat ciptaan baru yang berfaedah untuk rakyat.

c)

membangunkan negara mengikut acuan barat.

d)

mengadakan konsert.

16.

Yang manakah berikut merupakan sumbangan al-Batani dalam bidang ilmu Falak?

a)

Membuat jadual pergerakan bulan dan bintang.

b)

Mengukur jarak antara bumi dengan matahari.

c)

Mencipta alat pengukur sudut yang dikenali sebagai 'astrobe'

d)

Memberi ukuran yang tepat tentang keluasan permukaan bumi.

17.

Berikut adalah padanan yang betul antara istilah dengan keterangan kecuali

a)

Fasakh : Pembatalan perkahwinan melalui kuasa mahkamah

b)

Khuluk : Penceraian suami isteri yang dikaitkan dengan bayaran tertentu.

c)

Talak : Memutuskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talak.

d)

Rujuk : Suami mengambil kembali isteri yang telah diceraikan pada bila-bila masa.

18.

Penyataan di atas (gambar) merujuk kepada tokoh_________.

a)

HAMKA

b)

al-Sheikh Tahir Jalaluddin

c)

al-Sheikh Muhammad Abduh

d)

al-Sayyid Jamaluddin al-Afghani

19.

Siapakah tokoh 'Y' ?

a)

Imam Ahmad bin Hanbal ra

b)

Imam Abu Hanifah ra

c)

Imam Bukhari ra

d)

Imam al-Ghazali ra

20.

Tujuan Islam memerintahkan umatnya agar melakukan perkara-perkara di atas ialah untuk __________.

a)

menjaga kebersihan diri

b)

mengelak penyakit

c)

menyegarkan diri

d)

kelihatan cantik.

21.

Nifak ialah berpura-pura menzahirkan (a)   sedangkan hatinya tetap kufur kepada Allah SWT.

22.

Hukum memakan harta anak yatim ialah (a)   .

23.

Mengherdik ibu bapa adalah berdosa besar yang hanya terampun dengan memohon maaf kepada ibu dan bapa dan (a)   kepada Allah SWT.

24.

Antara ciri-ciri orang yang bertambah iman ialah benar-benar mengenali Allah SWT dan RasulNYA serta banyak melakukan ibadah (a)   .

25.

Orang yang tidak beragama digelar (a)   .

26.

Tawaf (a)   dilakukan sebaik sahaja sampai ke Kota Mekah.

27.

Satu perjanjian untuk memiliki manfaat dari suatu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai adalah maksud (a)   .

28.

Wukuf bermaksud berada di padang Arafah walaupun sekejap di antara (a)   matahari 9 zulhijjah hingga terbit fajar 10 zulhijjah.

29.

Saksi adalah penting untuk menjamin sesuatu perkahwinan itu (a)   .

30.

Ibu tiri, ibu mertua dan menantu perempuan adalah contoh golongan wanita yang haram dikahwini kerana faktor persemendaan, perkahwinan atau (a)   .

31.

(a)   sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah SWT untuk menolak hukum qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isteri.

32.

(a)   ialah perbuatan suami menyamakan isteri atau anggota isteri dengan ibunya atau perempuan yang haram dikahwini.

33.

Hukum memakai bau-bauan bagi lelaki apabila hendak ke masjid adalah (a)   .

34.

Umat Islam pada zaman kerajaan Abasiah berjaya menguasai ilmu sains dan teknologi daripada tangan orang Rom, (a)   dan Parsi.

35.

Penyataan di atas (gambar) merujuk kepada pegangan (a)   .

36.

Kitab al-Mukaddimah adalah antara kitab karya (a)   yang terkenal.

37.

Pada zaman Umar bin al-Khattab satu majlis syura khas ditubuhkan bagi menentukan pelantikan (a)   .

38.

Hukum bermusafir tanpa mempunyai tujuan dan matlamat adalah _________.

a)

makhruh

b)

wajib

c)

harus

d)

sunat

39.

Hamid mengambil anak angkat. Hukumnya adalah _________.

a)

makhruh

b)

wajib

c)

harus

d)

sunat

40.

Hak hadanah _______ dilaksanakan walaupun berlaku penceraian antara suami dan isteri.

a)

makhruh

b)

wajib

c)

harus

d)

sunat