NEW
Font size
WorksheetsEkonomi Objektif
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Ilmu ekonomi mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber ekonomi yang....... 1(SPM 2007)
A Terhad untuk memenuhi kehendak yang terhad
B Tidak terhad untuk memenuhi kehendak yang terhad
C Terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad
D Tidak terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad
Ilmu ekonomi mengkaji tentang bagaimana manusia ..................... 1(SPM 2012)
A Menggunakan wang bagi meningkatkan tabungan pada masa hadapan
B Menyeimbangkan pelbagai kehendak dengan sumber ekonomi yang ada
C Mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan miskin
D Menghasilkan keluaran dengan menggunakan faktor pengeluaran secara maksimum
Apakah yang dikaji dalam ilmu ekonomi? 1(SPM 2014)
A Mengimbangi tingkat keuntungan dengan kos pengeluaran
B Menjalankan projek pembangunan untuk kebajikan rakyat
C Menyelesaikan masalah kehendak dan keperluan dalam kehidupan
D Menggunakan faktor pengeluaran yang terhad bagi memenuhi kehendak yang tidak terhad
Pernyataan berikut merujuk kepada suatu masalah kos lepas.
Unit ekonomi yang manakah mengalami masalah kos lepas itu? 1(SPM 2004)
A Seorang suri rumah
B Tuan punya sebuah kilang
C Kementerian Pertanian Malaysia
D Perbadanan Pembangunan Infrastruktur Negara
Jadual 1 menunjukkan dua barang X dan Y keluaran suatu firma.
Tingkat pengeluaran bergantung kepada kaedah pengeluaran yang digunakan. Jika pengurusan firma itu mengambil keputusan mengubah kaedah pengeluaran daripada kaedah P kepada kaedah Q, berapakah unit barang X terpaksa dilepaskan untuk mengeluarkan 75 unit barang Y? 3(SPM 2004)
A 15
B 20
C 30
D 45
Apakah tujuan membuat pilihan apabila melaksanakan sesuatu projek? 1(SPM 2005)
A Meminimumkan kos pengeluaran.
B Memaksimumkan kepuasan pengguna.
C Memaksimumkan kebajikan masyarakat.
D Mengikut keutamaan dan dilaksanakan apabila perlu.
Apakah tujuan isi rumah membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah ekonomi? 2(SPM 2013)
A Mengutamakan kehendak
B Mengutamakan keselesaan
C Memaksimumkan kepuasan
D Memaksimumkan perbelanjaan
Maklumat berikut menunjukkan pilihan teknik pengeluaran Syarikat X.
Apakah kos lepas yang dihadapi oleh Syarikat X sekiranya teknik intensif modal digunakan? 3(SPM 2018)
A 40 unit baju
B 60 unit baju
C 100 unit seluar
D 160 unit seluar
Rajah 1 menunjukkan sumber-sumber ekonomi yang diperlukan untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan.
Y ialah suatu daripada sumber tersebut.Apakah ganjaran yang diberi kepada penyumbang Y?
2(SPM 2004)
A Upah
B Sewa
C Faedah
D Untung
Usahawan menerima ganjaran untung kerana .......
2(SPM 2008)
I Membenarkan orang lain menguruskan untung
II Menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang
III Kecekapannya menyelaraskan sumber ekonomi
IV Sanggup menanggung risiko
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Pasangan manakah yang betul tentang sumber ekonomi? 2(SPM 2014)
A
B
C
D
Untung adalah ganjaran yang diterima oleh usahawan kerana ..... 5(SPM 2015)
A Menangguhkan perbelanjaan pada masa sekarang
B Membenarkan orang lain mengurus perniagaannya
C Menabung dalam institusi kewangan Islam
D Menyelaras faktor-faktor pengeluaran
Rajah 1 berkaitan dengan faktor pengeluaran.
Faktor X menerima ganjaran ...... 1 (SPM 2016)
A Upah
B Untung
C Faedah
D Untung
Encik Yusuf membuka sebuah kilang perabot berasaskan kayu getah di kampung Teluk Enas.
Beliau mampu memberi peluang pekerjaan kepada 20 orang penduduk di kampung tersebut.
Pernyataan manakah yang betul tentang Encik Yusuf?
2(SPM 2018)
A Mendapat ganjaran dalam bentuk sewa
B Menggabungkan input-input pengeluaran bagi menghasilkan output
C Menyumbangkan tenaga mental dan fizikal dalam proses pengeluaran
D Merupakan sumber ekonomi yang diperlukan untuk melicinkan proses pengeluaran
Rajah 1 berkaitan dengan Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)
Pernyataan manakah yang bentuk berkaitan dengan KKP di atas? 4(SPM 2018)
I Titik W menunjukkan kombinasi pengeluaran yang cekap
II Titik P menunjukkan berlaku kos lepas terhadap jam
tangan sebanyak 8000 unit
III Titik Y menunjukkan ketidakupayaan ekonomi dalam
mengeluarkan jam tangan dan pakaian
IV Titik MNOPQ menunjukkan masalah pilihan di sepanjang
KKP
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Rajah 1 menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran Firma Mysarah Sdn Bhd
Pada titik manakah berlakunya kekurangan?
A W
B X
C Y
D Z
Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi dua barang
Pergerakan titik manakah menunjukkan masalah pilihan? 2 (PPSPM Negeri Sembilan 2018 )
A R ke S
B Q ke S
C P ke Q
D R ke P
Andaian yang digunakan untuk membina sebuah keluk kemungkinan pengeluaran ialah .......
I Tingkat guna tenaga penuh telah dicapa
II Ekonomi mengeluarkan barangan
III Tingkat teknologi sentiasa berkembang
IV Sumber ekonomi tetap dan terhad
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan syarikat Z.
Apakah masalah asas yang telah diselesaikan oleh Syarikat Z? 4(SPM 2004)
I Apakah yang hendak dikeluarkan?
II Berapakah yang hendak dikeluarkan?
III Untuk siapa hendak dikeluarkan?
IV Bagaimanakah hendak dikeluarkan?
A I, II dan III
B I,II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah merujuk kepada “untuk siapa hendak dikeluarkan” dalam penyelesaian masalah asas ekonomi? 3(SPM 2006)
I Agihan pendapatan
II Penentuan kualiti
III Agihan barangan
IV Jenis barangan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi sebuah firma
Apakah masalah asas ekonomi yang dapat diselesaikan oleh firma tersebut? 4(SPM 2014)
I Apa yang hendak dikeluarkan
II Berapa yang hendak dikeluarkan
III Bagaimana hendak dikeluarkan
IV Untuk siapa dikeluarkan
A I dan II
B Idan IV
C II dan III
D III dan IV
Pilih pasangan yang betul. 5(SPM 2018)
A
B
C
D
Maklumat berikut berkaitan dengan masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh Dapur Rayhan Sdn Bhd
Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh Dapur Rayhan? 2(SPM 2017)
I Apa yang hendak dikeluarkan
II Berapa yang hendak dikeluarkan
III Bagaimana hendak dikeluarkan
IV Untuk siapa dikeluarkan
A I dan II
B II dan IV
C III dan IV
D I dan III
Berikut adalah perbualan antara rakyat dua negara, X dan Y.
A
B
C
D
Kawasan berlorek menunjukkan persamaan ciri Sistem ekonomi Perancangan Pusat dan Sistem Ekonomi Islam.
Apakah ciri tersebut? 6(SPM 2006)
A Memaksimumkan keuntungan
B Wujud persaingan antara firma
C Harga ditentukan oleh kerajaan
D Mengutamakan kebajikan rakyat
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi bagi dua buah negara.
Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara A dan Negara B
A Negara A = Sistem Ekonomi Campuran
Negara B = Sistem Ekonomi Islam
B Negara A = Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
Negara B = Sistem Ekonomi Kapitalis
C Negara A = Sistem Ekonomi Kapitalis
Negara B = Sistem Ekonomi Campuran
D Negara A = Sistem Ekonomi Islam
Negara B = Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
Mengapakah sistem ekonomi pasaran bebas lebih baik daripada sistem ekonomi perancangan pusat?
A Sumber diagihkan secara adil
B Keseimbangan agihan pendapatan
C Pengeluaran barang berskala besar
D Kecekapan dalam penggunaan sumber
Golongan kaya berupaya memperoleh lebih banyak barangan dalam sistem ekonomi kapitalis berbanding golongan miskin.
Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan?
A Apa barangan yang dikeluarkan
B Bagaimana barangan dikeluarkan
C Berapa barangan yang dikeluarkan
D Untuk siapa barangan dikeluarkan
Pilih pasangan yang benar tentang cara penyelesaian masalah asas ekonomi oleh dua sistem ekonomi.
A
B
C
D
Bagaimanakah sistem ekonomi kapitalis menyelesaikan masalah asas ekonomi? 3(SPM 2017)
I Jenis barang ditentukan oleh pengeluar
II Kuantiti barang ditentukan oleh pengguna
III Kaedah pengeluaran berdasarkan maksimum untung
IV Agihan barang berdasarkan corak agihan pendapatan
masyarakat
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
