wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOALAN PAI TINGKATAN 2

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Perpaduan dan persaudaraan dalam Islam adalah sesuatu yang ______dihayati oleh setiap muslim

a)

sunat

b)

wajib

c)

harus

d)

makhruh

2.

Kaum aus dan ______adalah kaum yang selalu berperang sebelum kedatangan islam

a)

Musyrik

b)

Khazraj

c)

Yahudi

d)

Majusi

3.

Kaum aus dan khazraj telah dipersaudarakan dalam Islam dan dikenali dengan nama kaum _____

a)

muhajirin

b)

ansar

c)

mubahirin

d)

anfal

4.
Rasulullah dan para sahabat bersama orang bukan islam mempertahankan kota ______daripada ancaman musuh
a)
mekah
b)
madinah
c)
singa
d)
malaya
5.

Contoh berkenalan dalam islam seperti

a)

bersangka baik

b)

sering mendoakan kesejahteraan

c)

memaafkan kesilapan

d)

bermanis muka

6.

Bersangka baik terhadap orang lain adalah contoh mengukuhkan persaudaraan terhadap

a)

individu

b)

masyarakat

c)

negara

d)

bangsa

7.

Prihatin masalah jiran tetangga adalah cara mengukuhkan persaudaraan dalam

a)

individu

b)

masyarakat

c)

negara

d)

bangsa

8.

Tali Allah bermaksud agama Islam secara keseluruhan.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Cara mengukuhkan persaudaraan dalam Islam. KECUALI..

a)

Bertanya khabar dan bertegur sapa apabila berjumpa.

b)

Membantu mereka yang memerlukan.

c)

Menjaga perasaan orang lain dengan tidak bersangka buruk kepadanya.

d)

Mengikat perjanjian persefahaman.

10.

Dari Abu Musa al-Asy'ari, Nabi SAW bersabda: "Seorang mukmin dengan mukmin yang lain umpama satu ____________ yang saling memperkukuh antara satu sama lain.

a)

Bangunan

b)

Binaan

c)

Tali

d)

Rangka

11.

Maksud taubat: kembali mentaati Allah setelah melakukan maksiat atau dosa

a)

Betul

b)

Salah

12.

Kita dituntut untuk segera bertaubat kerana

a)

Kita mesti segera melakukan sesuatu

b)

Kita tidak tahu saat ajal kita tiba

c)

Supaya kita tidak rasa bersalah

d)

Kita mesti berlumba mengejar kebaikan

13.

Taubat ialah _________________________.

a)

Berdoa dan memohon maaf kepada Allah.

b)

Memohon maaf kepada manusia.

c)

Kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat atau dosa.

d)

Menyesal dengan dosa yang dilakukan.

14.

Berikut merupakan syarat taubat kecuali _________________.

a)

Memohon keampunan dan rahmat Allah.

b)

Berazam tidak mengulangai dosa.

c)

Melakukan solat hajat supaya Allah nampak usaha kita.

d)

Berhenti melakukan dosa.

15.

Kita dituntut untuk segera bertaubat setelah melakukan dosa kerana ________________.

a)

Ibu bapa kita akan menanggung segala dosa kita.

b)

Semakin banyak dosa, Allah semakin sayang kepada kita.

c)

Allah menyediakan syurga untuk orang yang bertaubat.

d)

Kita tidak tahu bila kita akan meninggal.

16.

Hukum bertaubat setelah melakukan dosa ialah ______________.

a)

Sunat

b)

Wajib

c)

Fardu Kifayah

d)

Harus

17.

Apakah tindakan yang betul sekiranya melakukan kesalahan kepada manusia?

a)

Mencari dan memohon maaf kepada individu tersebut.

b)

Minta supaya dihalalkan saki baki yang tidak dapat dipulangkan.

c)

Memulangkan hak yang diambil.

d)

Semua di atas.

18.

Apakah yang kita perlu lakukan apabila melakukan dosa?

a)

Teruskan melakukan dosa

b)

Memohon keampunan

c)

Endahkan

d)

Buat tak heran

19.

Maksud halal ialah:

a)

Sesuatu yang dibenarkan oleh syarak

b)

Sesuatu yang dilarang oleh syarak

c)

Sesuatu yang tidak diyakini halal atau haram

20.

Maksud haram ialah:

a)

Sesuatu yang dibenarkan oleh syarak

b)

Sesuatu yang dilarang oleh syarak

c)

Sesuatu yang tidak diyakini halal atau haram

21.

Maksud syubhah ialah:

a)

Sesuatu yang dibenarkan oleh syarak

b)

Sesuatu yang dilarang oleh syarak

c)

Sesuatu yang tidak diyakini halal atau haram

22.

Berikut contoh perkara halal KECUALI:

a)

Haiwan yang disembelih dengan cara Islam

b)

Pakaian yang menutup aurat

c)

Makanan seperti gandum,kurma,beras

d)

Minum arak

23.

Berikut merupakan contoh perkara haram KECUALI:

a)

Minum arak

b)

Makan babi

c)

Makan buah-buahan

d)

Makanan yang dicuri

24.

Contoh perkara syubhah ialah:

a)

Makanan dimasak oleh orang Islam

b)

Membeli makanan yang tiada logo JAKIM

c)

Makan khinzir

d)

Menutup aurat

25.

Berikut ciri-ciri makanan yang halal KECUALI

a)

Tiada dalil yang mengharamkannya

b)

Binatang haram dan disembelih

c)

Bersih dan tidak memudaratkan

d)

Tumbuhan yang tidak beracun

26.

Hikmah menjauhi perkara haram dan syubhah ialah menjaga kesucian dan kemuliaan agama

a)

Betul

b)

Salah

27.

Menjamin kewarasan akal daripada mabuk dan gila kerana tidak minum arak. Pernyataan berikut merupakan________menjauhi perkara haram dan syubhah

a)

Peranan

b)

Kesan

c)

Hikmah

d)

Faktor

28.

Hikmah:Memelihara_________tubuh badan daripada kemudaratan

a)

Kesihatan

b)

Keturunan

c)

Harta

d)

Kecerdasan

29.

Hikmah:Memelihara______daripada sumber yang haram

a)

Harta

b)

Keturunan

c)

Kesihatan

d)

Kesucian

30.

Pengajaran Hadis: Mencari yang______kerana perbuatan itu adalah ketaatan kepada Allah

a)

Haram

b)

Halal

c)

Syubhah

d)

Harus

31.

Pengajaran Hadis: Berusaha untuk menghindari perbuatan yang syubhah kerana boleh membawa kepada______

a)

Denda

b)

Kafarah

c)

Pahala

d)

Dosa

32.

Peranan hati dalam kehidupan manusia ialah: Melahirkan________kepada Allah SWT

a)

Kecintaan

b)

Kesayangan

c)

Kesucian

d)

Kemuliaan

33.

Kecerdasan akal datang dari minda yang sihat kerana hasil daripada pemakanan yang baik mempengaruhi akal yang waras.

a)

Salah

b)

Betul

34.

Pilih 2 penyataan yang tepat tentang Saidatina Khadijah R.A.

a)

Bangsawan Quraisy daripada suku Bani Asad

b)

Diberi gelaran Az-Zahra

c)

Wafat pada usia 28 tahun

d)

Seorang tokoh perniagaan yang kaya dan berjaya

35.
  • Gelaran : Al Humaira
  • Perkahwinan: Berkahwin dengan Rasulullah SAW pada bulan Syawal,3 tahun sebelum hijrah
  • Wafat pada tahun 58 hijrah

Siapakah beliau?

a)

Saidatina Khadijah R.A

b)

Saidatina Aisyah R.A

c)

Saidatina Fatimah R.A

d)

Saidatina Sumayyah R.A

36.

Apakah gelaran yang diberikan kepada Saidatina Fatimah R.A?

a)

At-Tahirah

b)

Al-Humaira

c)

Az-Zahra

d)

As-Sadiqah

37.

Siapakah bapa kepada Saidatina Aisyah R.A?

a)

Saidina Abu Bakar As-siddiq

b)

Saidina Uthman bin Affan

c)

Saidina Umar Al Khattab

d)

Saidina Ali bin Abi Talib

38.

Siapakah tokoh wanita yang diberi gelaran Saidatus Syuhada (Penghuluwati Para Syahid)?

a)

Saidatina Khadijah R.A

b)

Saidatina Aisyah R.A

c)

Saidatina Fatimah R.A

d)

Saidatina Sumayyah R.A

39.

Berikut ialah sumbangan yang pernah diberikan oleh Saidatina Aisyah R.A kecuali....

a)

meriwayatkan tidak kurang daripada 2210 hadis Rasulullah SAW dalam pelbagai bidang.

b)

Tempat rujukan para sahabat dan umat Islam selepas kewafatan Baginda Muhammad SAW terutama dalam hal kewanitaan dan kekeluargaan.

c)

Menyediakan bekalan makanan Rasululullah SAW sewaktu baginda di Gua Hira'

d)

Pakar dalam pelbagai bidang ilmu termasuklah ilmu al-Quran,Hadis,Fekah terutama fekah kewanitaan ,Bahasa Arab dan Syair.

40.

Pilih dua sumbangan yang telah diberikan oleh Saidatina Fatimah Az-Zahra.

a)

Membelanjakan semua hartanya untuk Islam.

b)

Mengurus makan dan minum ayahandanya selepas kewafatan ibunya Saidatina Khadijah R.A.

c)

Berjaya mendidik anak-anaknya sehingga menjadi muslim yang soleh.

d)

Sanggup disiksa ditengah padang pasir demi mempertahankan akidah Islam.

41.

Siapakah suami kepada Sumayyah R.A?

a)

Saidina Abu Bakar R.A

b)

Saidina Ali bin Abi Talib

c)

Yasir bin Amir

d)

Ammar bin Yasir

42.

Pilih dua pernyataan yang tepat tentang Saidatina Sumayyah R.A

a)

Keluarga Sumayyah R.A antara yang terawal memeluk Islam.

b)

Sanggup membelanjakan seluruh hartanya demi Islam

c)

Meriwayatkan tidak kurang 2210 hadis Rasulullah SAW dalam pelbagai bidang

d)

Merupakan bekas hamba kepada Abu Huzaifah Al-Mahzumi

43.

Berikut adalah iktibar yang boleh kita pelajari daripada kisah perjuangan kempat-empat tokoh wanita dalam tajuk ini kecuali.....

a)

Tegas menegakkan kebenaran.

b)

Malu menyebarkan dakwah Islam.

c)

Belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi pakar dalam bidang yang dipelajari.

d)

Rajin bersedekah dan suka membantu.

44.

Cara-cara beradab kepada ibu bapa dan keluarga adalah seperti berikut kecuali

a)

A. Tingkah laku

b)

B. Hati

c)

C. Berdoa

d)

D. Percakapan

45.

رضى الرب في رضى الوالد، وسخط الرب في سخط الوالد


Berdasarkan hadis di atas, apakah contoh salahlaku terhadap ibu bapa melalui percakapan?

a)

A. Berkata dengan kasar

b)

B. Menziarahi mereka

c)

C. Tidak menjaga mereka ketika tua

d)

D. Tidak bertanya khabar

46.

"Alif tidak mengendahkan panggilan ibunya dan asyik dengan permainan komputer"


Berdasarkan situasi di atas, apakah kesan tindakan tersebut terhadap individu?

a)

A. Mendapat murka Allah

b)

B. Tidak dihormati oleh jiran

c)

C. Gejala sosial yang buruk

d)

D. Susah untuk mendapat kepercayaan rakan

47.

Antara adab-adab baik kepada ibu bapa dan keluarga melalui hati adalah

a)

A. Prihatin dan mengambil berat

b)

B. Bersopan santun

c)

C. Mendengar kata-kata mereka

d)

D. Merawat ibu bapa ketika sakit

48.

Pilih pernyataan yang betul berkaitan kepentingan beradab kepada ibu bapa dan

keluarga


I – Melakasakan perintah Allah dan rasul

II – Membina kewibaan diri.

III- Menjadi contoh teladan yang baik

IV- Membina keluarga yang bahagia

a)

A. I dan II sahaja

b)

B. I dan IV sahaja

c)

C. I, III dan IV sahaja

d)

D. Semua di atas

49.

"Alif sibuk bekerja di ibu kota sehingga tidak dapat menjenguk ibunya yang tua di kampung"


Berdasarkan situasi di atas, apakah tindakan yang sepatutnya yang perlu dilakukan ?

a)

A. Menelefon ibunya bertanyakan khabar

b)

B. Mengambil cuti dan menziarahi ibunya

c)

C. Mendoakan pada setiap kali solat

d)

D. Menyelesaikan urusan kerjanya

50.

Mengapakah adab terhadap ibu bapa perlu diutamakan dalam masyarakat Islam?

a)

A. Agar dipandang rendah oleh masyarakat luar

b)

B. Agar individu,masyarakat dan negara dapat hidup makmur

c)

C. Mudah mendapat kerjasama negara bukan Islam

d)

D. Supaya menghindari rahmat Allah