Font size
WorksheetsR.I.C.E
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Pertolongan cemas merupakan ________ yang diberikan kepada mangsa sebelum ketibaan pakar perubatan.
perubatan awal
bantuan awal
pertolongan awal
R.I.C.E merupakan kaedah bantuan awal untuk kecederaan pada _______
tisu lembut
tulang
luka terbuka
R.I.C.E merupakan singkatan bagi perkataan
R - REST
I - ICE
C - CIRCULATION
E - ELEVATION
R - REST
I - ICE
C - COMPRESSION
E - ELEVATION
Apakah penjelasan yang betul untuk R - Rest?
Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh menghadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.
Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.
Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/oedema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.
Apakah penjelasan yang betul untuk I- Ice?
Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh menghadkan pendarahan dan proses bengkak
Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/oedema.
Apakah penjelasan yang betul untuk C - Compression?
Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/oedema
Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh menghadkan pendarahan dan proses bengkak.
memberikan tekanan, balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage bagi mengelakkan bengkak
Apakah penjelasan yang betul untuk E - Elevation?
ampu sedikit tinggi, ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung untuk mengurangkan bengkak
memberikan tekanan, balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage bagi mengelakkan bengkak
tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
Apakah pertimbangan tempoh masa, rawatan lain dan penggunaan ais terhadap prosedur R.I.C.E?
Harus dilakukan selama 48 jam kerana pendarahan ke atas tisu lembut lazimnya berlaku dalam tempoh tersebut
Jangan beri rawatan lain seperti urutan di bahagian tercedera dalam tempoh masa antara 48 jam hingga 72 jam
Membuat urutan dibahagian yang cedera bagi mengurangkan kesakitan
Ais tidak boleh diletakkan pada kulit secara langsung
Antara yang berikut yang manakah betul mewakili A B C D?
A - REST
B - COMPRESSION
C - ICE
D - ELEVATION
A - REST
B - ICE
C - COMPRESSION
D - ELEVATION
A - ELEVATION
B - ICE
C - COMPRESSION
D - REST
Antara berikut yang manakah jenis kecederaan yang sesuai dirawat menggunakan R.I.C.E?
Kecederaan dalaman
Terseliuh
Luka luar
Ketegangan
