wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KEPENGGUNAAN KELAB PENGGUNA SEKOLAH TAHUN 2020

Total questions: 30

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

KPDNHEP menyediakan talian hotline untuk pengguna membuat aduan sekiranya tidak berpuas hati terhadap peniaga. Apakah Hotline Talian Aduan tersebut?

a)

1800-75-2525

b)

1800-886-600

c)

1300-886-800

d)

1800-886-800

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Kuasa Pengguna'?

a)

Pengguna mempunyai kuasa luar biasa menjual barang perkhidmatan

b)

Pengguna mampu mempengaruhi dan menentukan harga serta penawaran dalam pasaran

c)

Pengguna boleh membeli apa sahaja mengikut kemahuan hati

d)

Pengguna ada wang dan boleh membeli apa sahaja ikut kehendaknya

3.

Mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999, "Pengguna" ditakrifkan sebagai ?

a)

Individu yang menggunakan sesuatu barang

b)

Individu yang membeli barang untuk tujuan berniaga

c)

Individu yang membeli barang atau perkhidmatan untuk kegunaan sendiri atau isi rumah

d)

Seseorang yang membeli perkhidmatan untuk kegunaan sendiri atau isi rumah

4.

Antara berikut, yang manakah bukan barang kawalan di bawah KPDNHEP ?

a)

Tepung beras

b)

Topeng muka

c)

Gula

5.

Mendapat Keperluan Asas, Membuat Pilihan, Menuntut Ganti Rugi, Mendapatkan Maklumat, Mendapat Pendidikan Pengguna, Mendapat Barang dan Perkhidmatan Selamat, Menyuarakan Pendapat, Hidup Dalam Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat.


Kenyataan dia atas berkaitan?

a)

Tanggungjawab Pengguna

b)

Hak-Hak Pengguna

c)

Hak Asasi Manusia

d)

Kuasa Pengguna

6.

Kesedaran Mengkritik

Penglibatan Tindakan

Tanggungjawab Sosial

Tanggungjawab Alam Semulajadi

Bersatu Padu


Kenyataan atas berkaitan?

a)

Tanggungjawab Pengguna

b)

Hak- Hak Pengguna

c)

Hak Asasi Manusia

d)

Kuasa Pengguna

7.

Kebelakangan ini banyak produk kecantikan dan kesihatan diperkenalkan oleh pengasas kecantikan bagi menarik perhatian pengguna yang ingin kelihatan cantik. Setiap produk yang dikeluarkan mestilah mempunyai pelabelan yang betul dan mengikut standard serta menyediakan maklumat produk yang mencukupi bagi rujukan pengguna.


Apakah hak pengguna yang boleh dikaitkan dengan situasi ini?

a)

Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas

b)

Hak Untuk Membuat Pilihan

c)

Hak Untuk Mendapat Maklumat

d)

Hak Untuk Mendapat Ganti Rugi

8.

Aminah membeli sebuah peti sejuk di Syarikat Song Hong. Selepas sebulan menggunakannya, peti sejuk itu rosak. Pihak syarikat tidak mahu bertanggungjawab terhadap kerosakan itu. Aminah telah membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.


Apakah akta yang berkaitan dengan situasi di atas?

a)

Akta Perihal Dagangan 1972

b)

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

c)

Akta Kawalan Bekalan 1961

d)

Akta Perlindungan Pengguna 1999

9.

Ajis, Sudin dan Ramlee telah pergi ke Restoren Sharon Lai untuk makan malam. Mereka pun memesan makanan Charkoteow dan air suam. Selesai makan mereka hendak membayar dan dikenakan caj RM20.00 sepinggan Charkoteow dan RM2.00 segelas air suam. Mereka tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan terlalu mahal dan mendapati restoren tersebut juga tidak mempamerkan tanda harga.


Apakah akta yang berkaitan situasi di atas?

a)

Akta Sewa Beli 1967

b)

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

c)

Akta Perlindungan Pengguna 1999

d)

Akta Perihal Dagangan 1972

10.

Perlakuan mengelirukan berhubung dengan barangan / perkhidmatan yang dibekalkan iaitu mengenai sifat, proses pengilangan serta ciri-ciri kesesuaian sesuatu barangan/perkhidmatan.


Representasi palsu / mengelirukan berhubung dengan barang/perkhidmatan yang dibekalkan.


Harga barang yang dibekalkan melebihi harga diiklankan.


Barang / perkhidmatan yang dibekalkan tidak selamat atau tidak mematuhi piawai yang ditetapkan.


Barangan tidak diterima dalam masa yang dijanjikan walaupun pembayaran telah dibuat.


Sekiranya anda menghadapi situasi di atas, sebagai pengguna anda boleh menuntut ganti rugi di _________ ?

a)

Mahkamah Tuntutan Kecil

b)

Mahkamah Sesyen

c)

Biro Bantuan Guaman

d)

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

11.

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia adalah badan bebas yang diwujudkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 untuk mendengar tuntutan pengguna terhadap pembekal barangan/perkhidmatan. Bidang Kuasa tribunal adalah membicarakan tuntutan tidak melebihi RM 50,000.00. Had masa membuat tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga tahun dari tarikh pembelian.


Berpakah kadar fi/yuran pemfailan yang dikenakan?

a)

RM 10.00

b)

RM 3.00

c)

RM 5.00

d)

RM 20.00

12.

Sebagai seorang pengguna bijak, hak pengguna yang berikut perlu digunakan sebelum membuat pembelian barangan atau perkhidmatan kecuali?

a)

Hak Menuntut Ganti Rugi

b)

Hak Untuk Membuat Pilihan

c)

Hak Untuk Mendapatkan Maklumat

13.

Puan Siti mula berjinak-jinak untuk menjahit pakaian bagi menambah pendapatan keluarganya. Disebabkan beberapa kekangan, beliau tidak dapat untuk pergi membeli mesin jahit di kedai. Beliau telah membuat keputusan untuk membeli secara atas talian. Namun, setelah Puan Siti menerima mesin jahit tersbut, beliau mendapati mesin jahit itu rosak.


Berdasarkan situasi ini, apakah hak penguna yang sepatutnya digunakan oleh Puan Siti sebagai seoarang pengguna bijak?

a)

Hak Untuk Menyuarakan Pendapat

b)

Hak Untuk Menuntut Ganti Rugi

c)

Hak Untuk mendapat Barang dan Perkhidmatan Selamat

d)

Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas

14.

Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik

Kempen Kitar Semula

Kempen Cintailah Sungai Kita

Kempen "Sabtu Tanpa Beg Plastik"


Berdasarkan kempen di atas, ianya adalah berkaitan Hak?

a)

Hak Untuk Menyuarakan Pendapat

b)

Hak Untuk Menuntut Ganti Rugi

c)

Hak Untuk mendapat Barang dan Perkhidmatan Selamat

d)

Hak Untuk Hidup Dalam Alam Sekitar Yang Menjaminkan Kesihatan

15.

Akta Timbang dan Sukat 1972 menyatakan bahawa setiap alat timbangan mahupun sukatan yang baru perlu ditentusah dahulu sebelum boleh digunakan. Pesalah boleh didakwa, didenda da alat timbang sukat ini boleh disita ataupun dirampas oleh pihak kerajaan.


Alat-alat ini perlu ditentusah semula setiap _______ bulan.

a)

24

b)

12

c)

36

d)

18

16.

Vitamin A berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.


Berikut merupakan makanan yang membekalkan Vitamin A kecuali

a)

Telur

b)

Bayam

c)

Susu

d)

Hati

17.

Kumpulan makanan kekacang dan daging dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.


Kumpulan makanan ini membekalkan Vitamin ?

a)

Vitamin A

b)

Vitamin B

c)

Vitamin C

d)

Vitamin D

18.

Vitamin C membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, meyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.


Makanan yang merupakan sumber vitamin ini adalah?

a)

Tomato, Avocado,Limau, Pisang, Nenas

b)

Sayuran Berdaun Hijau, Kacang Soya dan Gandum

c)

Ubi Kentang, Sardin dan Tuna

d)

Telur, Susu, Hati

19.

Ubi Kentang, Sardin dan Tuna berfungsi meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

a)

Vitamin A

b)

Vitamin E

c)

Vitamin K

d)

Vitamin D

20.

Vitamin E penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.


Sumber Vitamin ini terhasil dari makanan berikut

a)

Tomato, Avocado, Limau, Pisang, Nenas

b)

Sayuran Berdaun Hijau, Kacang Soya, dan Gandum

c)

Ubi Kentang, Sardin dan Tuna

d)

Telur, Susu, Hati

21.

Kubis dan daun salad bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.


Jenis sumber vitamin makanan ini adalah Vitamin?

a)

Vitamin A

b)

Vitamin B

c)

Vitamin E

d)

Vitamin K

22.

Sebagai salah satu langkah untuk menjaga alam sekitar, Kerajaan menggalakkan amalan 3R. Apakah maksud 3R

a)

Research, Reproduce, Report

b)

Reprint, Recycle, Record

c)

Reduce, Reuse, Recycle

d)

Ready, Restock, Reverse

23.

Pengurangan kuantiti sisa yang dijana di punca, dengan mengurangkan jumlah produk dan jenis produk yang digunakan. Ia merujuk kepada pengurangan penggunaan produk semula jadi. Ini bermakna kita perlu memberi perhatian kepada barang-barang yang dibeli, dihasilkan dan dibuang.


Kenyataan di atas berkaitan?

a)

Reduce(Pengurangan)

b)

Reuse(Guna Semula)

c)

Recycle(Kitar Semula)

24.

Mengasingkan sisa, dan kemudian menyalurkan kepada organisasi atau kilang yang memprosesnya semula supaya menjadi produk baru untuk kegunaan kita.


Kenyataan di atas berkaitan?

a)

Reuse(Guna Semula)

b)

Reduce(Pengurangan)

c)

Recyle(Kitar Semula)

25.

Penggunaan semula barangan berulang kali, dan dengan berbuat demikian, penjanaan sisa dan pembuangannya dapat dikurangkan.


Kenyataan di atas berkaitan?

a)

Reuse(Guna Semula)

b)

Reduce(Pengurangan)

c)

Recycle(Kitar Semula)

26.

Terdapat 3 warna tong kitar semula yang disediakan oleh pihak berkuasa. pengguna diminta mengelas dan membuang sampah ke dalam tong yang betul bagi memudahkan proses kitar semula dijalankan.


Pilih Kenyataan yang tepat berkaitan jenis sampah dan warna tong kitar semula yang bersesuaian.

a)

Buku dibuang ke dalam tong warna biru manakala botol kicap kaca dibuang ke dalam tong berwarna oren

b)

bekas kuih plastik dibuang ke dalam tong warna coklat manakala tin air dibuang ke dalam tong warna biru.

c)

Kalendar kertas Tahun 2017 dibuang ke dalam tong biru manakala beg plastik membeli belah dibuang di dalam tong oren

27.

Menulis Rancangan Perbelanjaan Anda Menilai Tabiat Berbelanja Anda Jejaki Aliran Wang Anda Menetapkan Matlamat Kewangan Anda


Susun semula mengikut turutan yang betul langkah perancangan kewangan seperti disyorkan oleh Bank Negara Malaysia.

a)

3,2,4,1

b)

4,3,2,1

c)

2,4,3,1

28.

Salah satu langkah dalam perancangan kewangan yang disyorkan oleh Bank Negara adalah 'Menilai Tabiat Berbelanja Anda'. Setiap perbelanjaan mesti mengutamakan keperluan berbanding kehendak.


Antara berikut yang manakah adalah kehendak ?

a)

Membeli pakaian untuk kegunaan harian.

b)

Membeli buku-buku rujukan untuk perskolan

c)

Membeli telefon bimbit terkini dan tercanggih

d)

Membeli makanan semasa rehat di kantin sekolah

29.

Anda disarankan menyimpan dalam Akaun Simpanan .......... yang memberikan pulangan dividen lebih tinggi berbanding Akaun Simpanan ........... .

a)

Biasa, Tetap

b)

Tetap, Biasa

c)

Semasa, Biasa

30.

Apakah formula pergiraan Body Mass Index(BMI) ?

a)

Berat (KG)

Tinggi (m) x Tinggi (m)

b)

Berat (KG)

Tinggi (cm) x Tinggi (cm)

c)

Berat (KG)

Tinggi (m) x Berat (kg)