Font size
WorksheetsTATABAHASA PKP oh PKP
Total questions: 25
Worksheet time: 1hrs 15mins
Kesilapan penggunaan imbuhan akhiran yang lazim diberikan dalam hantaran ini.
soalan 1
Jangan guna tandas itu.
Jangan gunakan tandas itu.
soalan 2
Sila tuliskan nama kami dalam borang itu.
Sila tulis nama kamu dalam borang itu.
soalan 3
Para penonton diharap supaya tidak berasak-asak memasuki pekarangan stadium.
Para penonton diharapkan supaya tidak berasak-asak memasuki pekarangan stadium.
soalan 4
Para pekerja diarahkan supaya bekerja dengan mematuhi langkah-langkah keselamatan
Para pekerja diarah supaya bekerja dengan mematuhi langkah-langkah keselamatan.
soalan 5
Kami menantikan ketibaan Yang di-Pertuan Agong di pekarangan istana.
Kami menanti ketibaan Yang di-Pertuan Agong di pekarangan istana.
soalan 6
Segerombolan penjenayah ditangkap kerana kesalahan menyeludup dadah dari Singapura.
Segerombolan penjenayah ditangkap kerana kesalahan menyeludupkan dadah dari Singapura.
soalan 7
Segala persiapan sambutan hari ulang tahun kelahiran Fiza akan kami urus.
Segala persiapan sambutan hari ulang tahun kelahiran Fiza akan kami uruskan.
soalan 8
Sesiapa yang menceroboh ke kawasan berpagar itu akan didakwa.
Sesiapa yang mencerobohi kawasan berpagar itu akan didakwa.
soalan 9
Tuan Abdul diberkas oleh polis kerana memperhamba dan menganiaya dua orang pembantu rumahnya.
Tuan Abdul diberkas oleh polis kerana memperhamba dan menganiayai dua orang pembantu rumahnya.
soalan 10
Sila isi jawaban pada ruangan itu
Sila isikan jawaban pada ruangan itu
Pilih ayat yang gramatis.
Antara langkah penjagaan alam sekitar ialah penjagaan kebersihan sungai.
Antara langkah penjagaan alam sekitar termasuklah penjagaan kebersihan sungai.
Pilih ayat yang berpola FN+FSN
Encik Ali daripada Pejabat Tanah Segamat akan menyampaikan ucapan itu.
Murid-murid di dalam kelas itu dari luar bandar.
Pilih ayat songsang yang betul
Yang berbaju kurung merah itu kakak sulung Adnan.
Dialah yang menghias kelas dengan bahan kitar semula.
Pilih ayat pasif yang betul.
Saya baca semula buku itu.
Buku itu saya akan baca semula.
Pilih ayat yang mempunyai kata kerja tak transitif.
Adriana ingin menjadi juruterbang setelah menjalani latihan di institusi itu
Ayah saya bancuhkan secawan kopi pekat.
Pilih ayat pasif yang betul.
Murid yang nakal itu kena rotan.
Majlis itu berjalan dengan lancarnya.
Pilih ayat majmuk yang betul.
Ibu memotong sayur menggunakan pisau yang tajam itu.
Hadiah hari jadi ini dibeli untuk rakannya di universiti.
Pilih ayat yang menggunakan kata majmuk yang betul.
Cahaya lampu menerangi kawasan bukit bukau itu.
Penduduk Tanah Melayu tidak dapat melupai pemerintahan kuku besi penjajah asing.
Pilih ayat aktif yang betul.
Uniform sekolah adik masih belum berbasuh.
Para pengunjung tertarik kepada keindahan Pulau Jeju.
Pilih ayat yang betul.
Murid-murid dinasihati agar belajar sungguh-sungguh demi memperoleh keputusan yang cemerlang.
Murid-murid dinasihati agar belajar bersungguh-sungguh demi memperoleh keputusan yang cemerlang.
Pihak yang ______ (ceroboh) kawasan itu akan didakwa.
menceroboh
mencerobohi
Beberapa orang remaja ditahan oleh polis kerana ______ (seludup) rokok dari luar negara.
menyeludup
menyeludupkan
Encik Firdaus ______ (pagar) kawat berduri di sekeliling kebunnya.
memagari
memagarkan
Kakak Zila ______ (nyanyi) lagu itu dalam majlis hari ulang tahun perkahwinan Siti.
menyanyi
menyanyikan
Hazimah bercadang untuk ______ (temu) Ali dengan Abu yang berselisih faham dalam mesyuarat tempoh hari.
menemui
mempertemukan
