wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SET 2: SAINS TINGKATAN 2 SIDDIQ

Total questions: 50

Worksheet time: 4hrs 10mins

Name
Class
Date
1.

Penyakit seperti SARS, H1N1 dan TB ialah contoh penyakit

a)

BAWAAN AIR

b)

BAWAAN UDARA

c)

TIDAK BERJANGKIT

d)

DISEBABKAN VEKTOR

2.

Organisma yang menyebabkan penyakit dipanggil

a)

ANTIGEN

b)

KOLAGEN

c)

MIKROB

d)

PATOGEN

3.

Gambar menunjukkan contoh

a)

PATOGEN

b)

VEKTOR

c)

ANTIGEN

d)

VAKSIN

4.

Vektor ialah

a)

contoh patogen

b)

sejenis nyamuk penyebab penyakit

c)

haiwan yang memindahkan patogen

d)

penyakit berjangkit

5.

Fagositosis pada barisan pertahanan kedua badan dijalankan oleh

a)

SEL DARAH PUTIH

b)

SEL DARAH MERAH

c)

KULIT

d)

MEMBRAN MUKUS

6.

barisan pertahanan pertama badan terdiri daripada

a)

operasi fagositosis

b)

kulit dan membran mukus

c)

sistem keimunan

d)

ubat-ubatan

7.

berikut adalah benar mengenai antigen kecuali

a)

berfungsi melawan patogen

b)

merangsang penghasilan antibodi

c)

jasad asing yang bukan daripada badan

d)

terdapat pada patogen

8.

suntikan BCG diambil untuk memberi perlindungan terhadap

a)

polio

b)

difteria

c)

measles

d)

tuberkulosis

9.

Antiserum ialah

a)

ampaian patogen yang dilemahkan atau mati

b)

darah cecair jernih mengandungi antibodi

c)

contoh patogen

d)

sejenis antibiotik

10.

Berdasarkan graf, pesakit mengambil

a)

suntikan vaksin

b)

susu ibu

c)

antibiotik

d)

suntikan antiserum

11.

Seorang murid sering makan tidak mengikut masa. Terangkan bagaimana tabiat ini boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perutnya?

4 lines
12.

Cadangkan jenis makanan yang sesuai diambil oleh seseorang yang mengalami kesukaran membuang air besar?

4 lines
13.
Antara masalah kesihatan berikut, yang manakah disebabkan oleh pengambilan nasi yang berlebihan?.
a)
Kegendutan
b)
Tekanan darah tinggi
c)
Masalah jantung
d)
Kegagalan ginjal
14.
Nilai kalori bagi roti putih ialah 11.34 kJ/g. Kira nilai kalori bagi 50 gram roti putih.
a)
56.7 kJ
b)
113.4 kJ
c)
567 kJ
d)
1134 kJ
15.

Jadual menunjukkan keputusan ujian makanan yang dijalankan ke atas satu sampel makanan X. Sumber makanan yang manakah mengandungi kelas makanan yang sama dengan sampel makanan X?

a)

Ikan dan daging

b)

Pisang dan jem

c)

Nasi dan telur

d)

Roti dan mentega

16.
Rajah menunjukkan sistem pencernaan manusia. Di manakah pencernaan protein bermula? 
a)
P
b)
Q
c)
R
d)
S
17.
Diagram menunjukkan beberapa organ yang terlibat dalam pencernaan makanan. Apakah kelas makanan yang seseorang itu harus elakkan jika organ W dibuang? 
a)
Lemak
b)
Protein
c)
Garam mineral
d)
Karbohidrat
18.

Jadual menunjukkan keputusan ujian makanan.

Sampel makanan tersebut mengandungi....

a)

lemak dan kanji

b)

kanji dan glukosa

c)

protein dan lemak

d)

kanji dan protein

19.

Rajah menunjukkan seseorang mengalami malnutrisi.

Kekurangan mineral yang manakah menyebabkan keadaan ini?

a)

Iodin

b)

Zat besi

c)

Kalsium

d)

Magnesium

20.
Rajah di bawah menunjukkan susunan radas untuk satu eksperimen. Larutan X di dalam salur Visking telah diuji dengan dua jenis larutan dan keputusan eksperimen ini telah ditunjukkan dalam Jadual 2. Antara yang berikut, yang manakah mewakili X dalam Rajah? 
a)
Kanji
b)
Glukosa 
c)
Karbohidrat 
d)
Protein 
21.

Manakah pernyataan yang TIDAK TEPAT berkaitan kitar air?

a)

Tumbuh-tumbuhan memerlukan kitar air untuk berfotosintesis

b)

Akar tumbuhan yang mencengkam tanah menjadikan aliran air di dalam tanah menjadi perlahan

c)

Hutan yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan membentuk Kawasan tadahan air

d)

Haiwan dan manusia memerlukan air utk minum sahaja

22.

Apakah pengertian yang paling tepat bagi SPESIES?

a)

Sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dan boleh saling membiak

b)

Sekumpulan organisma yang berada di habitat dan mempunyai ciri yang sama

c)

Sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri penyesuaian terhadap iklim sekitar yang sama

d)

Sekumpulan organisma yang saling berinteraksi dengan persekitaran tetapi tidak memudaratkan alam sekitar

23.

Manakah ciri-ciri adaptasi tumbuhan di kawasan tropika?

a)

Mempunyai akar banir yang mampu menyokong pokok

b)

Mempunyai akar pendek untuk menyerap air

c)

Ketinggian pokok tidak melebihi 1 meter

d)

Daun yang berlilin untuk membenarkan air hujan jatuh ke tanah

e)

Terdapat pokok yang memanjat pokok lain untuk mendapatkan cahaya matahari

24.

Apakah interaksi

organisma dalam gambar ini?

a)

Parasitisme

b)

Mutualisme

c)

Komensalisme

d)

Persaingan

25.

Yang manakah BUKAN faktor-faktor yang mempengaruhi saiz populasi dalam satu ekosistem?

a)

Serangan penyakit

b)

Kehadiran pemangsa

c)

Sumber makanan terhad

d)

Sumber pasangan untuk membiak terhad

26.

Haiwan yang tinggal di kawasan _____ mempunyai kulit yang boleh membuat penyamaran

a)

Tundra

b)

Gurun

c)

Tropika

d)

Sejuk

27.

Penyahutanan boleh menyebabkan

a)

Kesan rumah hijau

b)

Kepupusan flora dan fauna

c)

Penipisan ozon

d)

Banjir kilat

e)

Pencemaran bau

28.

Bab 1: Biodiversiti


Apakah haiwan yang mempunyai ciri-ciri sepunya berikut?

-mempunyai sirip dan ekor

-poikiloterma

-bertelur

-melakukan persenyawaan luar

a)

Iguana

b)

Salamander

c)

Platipus

d)

Ikan

29.

Bab 1: Biodiversiti


Tumbuhan tidak berbunga terdiri daripada:

I - Lumut

II - Rumput

III - Paku pakis

IV - Konifer

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

I, II dan IV

d)

Semua di atas

30.

Bab 2: Ekosistem (Kitar Karbon dan Oksigen)


Tumbuhan dan haiwan yang telah mati diuraikan oleh bakteria dan kulat di dalam tanah menggunakan ____ dan membebaskan ____ .

a)

karbon dioksida, oksigen

b)

tenaga, oksigen

c)

oksigen, karbon dioksida

d)

tenaga, karbon dioksida

31.

Manakah yang berikut sifat fizik air tulen?

a)

Takat didih 100oC

b)

Takat beku 0oC

c)

Tidak berwarna

d)

Ketumpatan 1 kg/cm3

e)

Tiada bau dan rasa

32.

Kutu air boleh terapung di permukaan air kerana

a)

daya gravitinya lemah

b)

wujudnya daya lekatan antara molekul air dan kaki kutu air

c)

wujudnya tegangan permukaan air

d)

tindakan daya apungan

33.

Air merupakan suatu sebatian kerana ...

a)

molekul air terdiri daripada lebih satu jenis unsur

b)

oksigen dan hidrogen dalam molekul air terikat secara kimia

c)

unsur oksigen dan unsur hidrogen dalam air boleh dipisahkan melalui kaedah penyulingan

d)

nisbah unsur oksigen dan unsur hidrogen pada molekul air adalah tetap

34.

Dalam proses eletrolisis air, ...

a)

gas hidrogen terhasil di anod

b)

hisbah gas oksigen dan gas hidrogen yang terhasil adalah sama (1:1)

c)

asid sulfurik cair ditambahkan sedikit untuk membolehkan arus elektrik mengalir dalam air

d)

pengasingan unsur oksigen dan hidrogen adalah secara fizikal

35.

Kehadiran bendasing dalam air ....

a)

menurunkan takat lebur ais

b)

menaikkan takat didih air

c)

boleh merubah rasanya

d)

boleh merubah nisbah oksigen dan hidrogen pada molekul air

e)

boleh merubah warnanya

36.

Manakah antara yang berikut benar berkaitan penyejatan air?

a)

Penyejatan air berlaku di permukaan air.

b)

Antara faktor yang mempengaruhi kadar sejatan air adalah kelembapan udara, suhu persekitaran, luas permukaan yang terdedah dan kehadiran cahaya.

c)

Pergerakan udara (angin) di permukaan air mempengaruhi kadar sejatan.

d)

Penyejatan air berlaku pada sebarang suhu.

e)

Pembuatan aiskrim melibatkan proses sejatan.

37.

Manakah yang benar tentang larutan dan ampaian?

a)

Larutan dan ampaian adalah sejenis sebatian

b)

Larutan dan ampaian adalah keruh.

c)

Larutan dan ampaian akan menghasilkan sisa apabila dituras

d)

Serbuk kapur dalam air adalah contoh ampaian

38.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar keterlarutan adalah

a)

kehadiran cahaya

b)

suhu pelarut

c)

kadar kacauan

d)

saiz zat terlarut

39.

Manakah yang bukan kaedah pembersihan air?

a)

Pendidihan

b)

Penurasan

c)

Penyulingan

d)

Pembekuan

e)

Pengklorinan

40.

Beikut adalah antara penyebab pencemaran air:

a)
b)
c)
d)
e)
41.

Manakah antara yang berikut merupakan sifat asid?

a)

Nilai pH kurang daripada 7

b)

Berasa pahit

c)

Menukar kertas litmus biru ke merah

d)

Bertindak balas dengan logam menghasilkan gas karbon dioksida.

42.

Bahan-bahan di rumah yang bersifat alkali:

a)
b)
c)
d)
e)
43.

Penunjuk ialah sejenis pewarna atan campuran beberapa jenis pewarna yang berubah warna berdasarkan bahan yang dikaji. Penunjuk-penunjuk berikut boleh digunakan untuk menentukan sama ada suatu bahan adalah neutral, berasid atau beralkali:

a)

Fenolftalein

b)

Kertas litmus biru atau merah

c)

Air kapur

d)

Metil jingga

e)

Larutan iodin

44.

Minuman yang bergas mengandungi asid

a)

tartarik

b)

karbonik

c)

sulfurik

d)

asetik

45.

Label botol bahan bersifat asid atau alkali mempunyai simbol seperti berikut:

a)
b)
c)
d)
46.

Manakah persamaan peneutralan yang betul?

a)

Garam + Air -------> Asid + Alkali

b)

Asid + Air -------> Alkali + Garam

c)

Alkali + Asid -------> Air + Garam

d)

Asid + Garam -------> Alkali + Air

47.

Apakah sifat-sifat asid?


i - Nilai pH kurang daripada 7

ii - Berasa pahit

iii - Mengakis

iv - Menukarkan kertas litmus biru kepada merah

v - tidak bertindak balas dengan logam

a)

i, ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan v

d)

Semua di atas

48.

Apakah sifat-sifat alkali?


i - Nilai pH kurang daripada 7

ii - Berasa pahit

iii - Mengakis

iv - Menukarkan kertas litmus biru kepada merah

v - tidak bertindak balas dengan logam

a)

i, ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan v

d)

Semua di atas

49.

Asid dan alkali hanya boleh menunjukkan sifatnya dengan kehadiran?

a)

asid etanoik

b)

air

c)

natrium hidroksida

d)

asid hidrokolik

50.

Bahan manakah adalah bahan berasid?

a)
b)
c)
d)