wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 4 KSSM

Total questions: 50

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

  1. Manakah antara berikut merupakan ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu?

a)

Pemangku raja

b)

Wilayah pengaruh

c)

Lambang-lambang

d)

Pembesar berempat

2.

Raja merupakan pemerintah tertinggi dalam Kesultanan Melayu Melaka. Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja tersebut dikukuhkan?

a)

Melalui upacara adat istiadat

b)

Melalui taat sumpah setia

c)

Melalui permintaan suara rakyat

d)

Melalui sistem pembesar empat lipatan

3.

Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 Fasal yang membincangkan pelbagai perkara. Antara berikut, manakah bukan perkara yang terkandung dalam undang-undang tersebut?

a)

Jenayah

b)

Peranan pembesar dan sultan

c)

Kekeluargaan

d)

Tanggungjawab nakhoda di atas kapal

4.

Peranan pemerintah ialah menjaga keselamatan dan memelihara keamanan rakyat. Apakah pula peranan rakyat?

a)

Mematuhi arahan pemerintah

b)

Menjadi tentera sukarela

c)

Mengutip hasil cukai

d)

Meningkatkan ekonomi negara

5.

" Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri"

Petikan di atas merupakan pendapat seorang tokoh mengenai maksud nasionalisme. Siapakah tokoh tersebut?

a)

Dato Onn bin Jaafar

b)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

c)

Dr. R. Suntharalingam

d)

Dr. Khoo Kay Kim

6.

Idea nasionalisme di Barat berkembang disebabkan penentangan terhadap sistem pemerintahan beraja yang menindas rakyat sehingga timbul beberapa bentuk revolusi untuk tujuan tersebut seperti Revolusi Keagungan, Revolusi Amerika dan Revolusi Perancis. Apakah faktor tercetusnya Revolusi Keagungan pada tahun 1688?

a)

Tindakan British yang tidak melindungi penduduk

b)

Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak rakyat

c)

Perjuangan kebebasan, persamaan dan persaudaraan

d)

Keunggulan suara rakyat menjamin kesejahteraan

7.

Semangat bushido telah dijadikan asas nasionalisme dalam kalangan rakyat Jepun semasa era pemerintahan Meiji. Apakah maksud semangat bushido?

a)

mengutamakan kebenaran

b)

memperbaiki kehidupan

c)

mengukuhkan peradaban

d)

menanggung risiko

8.

Nasionalisme awal di Filipina diadakan dalam bentuk Gerakan Propaganda yang dipimpin oleh.....

a)

Jose Rizal

b)

Andres Bonifacio

c)

Emilio Aguinaldo

d)

Ferdinand Marcos

9.

Senarai berikut merupakan tokoh gerakan nasionalisme di negara kita pada awal abad ke-20.


  • Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin
  • Haji Abbas Mohd Taha
  • Syed Syeikh al-Hadi


Apakah yang boleh dikaitkan dengan tokoh-tokoh tersebut?

a)

Pejuang berhaluan kiri

b)

Penulis karya kreatif

c)

Perintis gerakan Islah

d)

Pengasas pengajian pondok

10.

Penulisan kreatif merupakan salah satu penyebab kemunculan gerakan nasionalisme di negara kita. Antara karya yang terkenal ialah Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila tulisan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako). Apakah yang diketengahkan dalam karya tersebut?

a)

Meningkatkan kemajuan ekonomi bangsa

b)

Mengkritik peranan raja dan pembesar

c)

Mewujudkan perundangan

d)

Menyindir penjajah

11.

Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) ditubuhkan pada tahun 1922. Apakah mata pelajaran yang dianggap penting dalam kurikulum maktab pada masa tersebut?

a)

Matematik dan sains

b)

Anyaman dan kesihatan

c)

Kesenian dan pertukangan

d)

Sejarah dan kewarganegaraan

12.

Mengapakah Majalah Bulan Melayu diterbitkan pada tahun 1930 di Johor Bharu?

a)

Menyeru masyarakat bersatu padu

b)

Menyampaikan maklumat politik semasa

c)

Memuatkan berita kemajuan wanita

d)

Memaparkan tentang hal ehwal semasa

13.

Bagaimanakah British membendung pengaruh idea gerakan Islam di Tanah Melayu?

a)

memperkenalkan badan penyiasat

b)

menubuhkan suruhanjaya khas

c)

mengharamkan penulisan karya

d)

meningkatkan ekonomi penduduk

14.

Perang Dunia Pertama telah tercetus di Eropah pada tahun 1914-1918. Mengapakah perang tersebut berlaku?

a)

Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailes

b)

Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

c)

Krisis pembunuhan Archduke Ferdinand

d)

Kemunculan Ideologi baharu

15.

Gerakan politik radikal berlaku di Jerman dan Itali berpunca daripada pemimpinnya yang berfahaman melampau. Apakah fahaman tersebut?

a)

Liberalisme dan Sekularisme

b)

Komunisme dan sosialisme

c)

Fasisme dan liberalisme

d)

Nazisme dan fasisme

16.

Dalam Perang Dunia Kedua dia Asia Pasifik, Jepun telah memperkenalkan konsep orde baharu Asia di Asia Timur merangkumi negara Jepun, Korea, _______ dan _________.

a)

China / Manchuria

b)

Tanah Melayu / Australia

c)

Thailand / Singapura

d)

Rusia / Hong Kong

17.

Untuk mencapai matlamatnya, Jepun telah menggunakan slogan seperti Asia untuk orang Asia dan Semangat Asia. Mengapakah slogan tersebut digunakan?

a)

Menyatukan negara-negara Asia

b)

Menjalankan peluasan kuasa

c)

Menyebarkan fahaman Jepun

d)

Menamatkan penjajahan negara

18.

Bagi mendapatkan sokongan penduduk dan mengatasi masalah kekurangan pegawai, Jepun telah menubuhkan Insititusi Latihan pemimpin-pemimpin muda atau Koa Kunrenjo. Apakah matlamat penubuhan tersebut?

a)

Menguruskan pemerintahan tentera Jepun

b)

Memperjuangkan cita-cita politik Jepun

c)

Menggabungkan sistem pentadbiran

d)

Menjadi tentera yang dipercayai

19.

Tokoh ini merupakan tokoh yang terkorban semasa pertempuran dengan Jepun. Siapakah beliau?

a)

Leftenan Ibrahim Alla Ditta

b)

Leftenan Adnan Saidi

c)

Koperal Yaakob Bidin

d)

Mejar Tengku Mahmood Mahyiddeen

20.

Kegiatan penduduk Sarawak dikawal oleh persatuan yang ditaja oleh tentera Jepun iaitu gabungan persatuan Cina yang dikenali sebagai ....

a)

Kampeitai

b)

Kakeo Kokokai

c)

Giyu Gun

d)

Koa Kunrenjo

21.

Bintang Tiga telah menguasai Tanah Melayu hampir 14 hari kerana kelewatan pendaratan semula tentera British. Bagaimanakah penguasaan tersebut berlaku?

a)

Menyusahkan kehidupan masyarakat

b)

Merosakkan bangunan pentadbiran

c)

Memaksa pembinaan landasan kereta api

d)

Menjalankan undang-undang sendiri

22.

Pada 12 September 1945, British telah memperkenalkan British Military Administration (BMA). Mengapakah sistem tersebut diperkenalkan?

a)

Mengawal keselamatan pemimpin

b)

Memulihkan kepercayaan rakyat

c)

Menentang penyerahan Sarawak

d)

Melatih ketenteraan rakyat

23.

Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran British di Tanah Melayu.


  • Diketuai oleh Gabenor British
  • Prinsip kerakyatan sama rata
  • Pesuruhjaya negeri di setiap negeri


Apakah sistem yang berkaitan dengan maklumat tersebut?

a)

Malayan Union

b)

Pentadbiran Tentera British

c)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

d)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

24.

Berikut merupakan cara bantahan terhadap Malayan Union oleh Raja-raja Melayu kecuali ...

a)

Menyokong Kongres Melayu

b)

Membuat bantahan melalui akhbar

c)

Memulaukan upacara pelantikan Gabenor

d)

Memimpin gerakan menentang Malayan Union

25.

Mengapakah Vyner Brooke bertindak menyerahkan Sarawak kepada British?

a)

Masalah kewangan

b)

Masalah pemberontakan

c)

Masalah sosial

d)

Masalah perbalahan

26.

Kemusnahan bandar Jesselton, Kudat dan Sandakan di Sabah selepas pemerintahan tentera Jepun memerlukan kos yang besar bagi SBUB untuk membaikpulih semua keadaan. Apakah tindakan SBUB atas ketidakmampuan tersebut?

a)

Meminta bantuan daripada kuasa besar Eropah

b)

Memastikan penglibatan rakyat memajukan ekonomi

c)

Meningkatkan pengeluaran tanaman komersial

d)

Menyerahkan Sabah kepada kerajaan British

27.

Apakah tindakan British bagi melumpuhkan gerakan nasionalisme di Sabah?

a)

Menawarkan jawatan kenaikan pangkat

b)

Mengugut ahli dan pemimpin persatuan

c)

Menggunakan nama sultan dan pembesar

d)

Memaksa pemimpin Sabah menandatangani perjanjian

28.

Matlamat penubuhan Jawatankuasa Kerja adalah bagi membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan memulakan tugasnya pada Ogos 1946. Manakah antara berikut merupakan cadangan Jawatankuasa Kerja tersebut?

a)

Menyatukan semua negeri Melayu termasuk Singapura

b)

Menjadikan Raja-raja Melayu sebagai pemerintah

c)

Mengenakan syarat kewarganegaraan jus soli

d)

Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu

29.

Manakah antara berikut merupakan faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Cadangan pegawai British di Tanah Melayu

b)

Sokongan Ratu England di London

c)

Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union

d)

Tidak puas hati dengan cara pemerintahan kerajaan British

30.

Kewarganegaraan jus soli masih dilaksanakan dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948 tetapi khusus untuk rakyat Raja dan rakyat British sahaja. Apakah yang dimaksudkan dengan rakyat Raja?

a)

Lahir dan bermastautin di Tanah Melayu selama 15 tahun

b)

orang Melayu dan orang Asli lahir di negeri mempunyai sultan

c)

Penduduk asal Tanah Melayu lahir sebelum Persekutuan

d)

Mempunyai tingkah laku yang baik dan tiada rekod jenayah

31.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah berjaya mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu, menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan membuka ruang kewarganegaraan. Apakah lagi kesan penubuhan persekutuan selain daripada yang disebutkan di atas?

a)

Ekonomi Tanah Melayu semakin meningkat

b)

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan

c)

Mewujudkan kerjasama antara kaum

d)

Hak memerintah negara sepenuhnya

32.

Parti Komunis Malaya ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 30 April 1930. Antara berikut, bagaimanakah PKM menyebarkan ideologi dan fahaman mereka?

a)

Menerbitkan akhbar Cina

b)

Melalui kempen

c)

Mengadakan demonstrasi

d)

Menggunakan radio

33.

Apakah peristiwa yang menyebabkan Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di bawah undang-undang Darurat?

a)

Peluasan ideologi Komunis semakin kuat

b)

Penduduk tempatan menyokong kegiatan komunis

c)

Komunis membunuh tiga orang pengurus ladang Eropah

d)

Komunis semakin menunjukkan sikap agresif masing-masing

34.

Semua di bawah merupakan usaha menangani ancaman komunis kecuali ...

a)

Pemerkasaan Pasukan Keselamatan

b)

Pendaftaran Kad Pengenalan

c)

Rancangan Kampung Baru

d)

Kempen Benci Komunis

35.

Kerajaan telah membelanjakan sebanyak $250 ribu hingga $300 ribu sehari untuk pertahanan negara antara tahun 1948 hingga tahun 1960.


Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?

a)

Menamatkan konfrontasi

b)

Membendung rusuhan kaum

c)

Menghapuskan kegiatan lanun

d)

Membanteras ancaman komunis

36.

Idea negara merdeka muncul hasil daripada kesedaran politik di merata tempat. Apakah persatuan paling awal yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air?

a)

PKMM

b)

KMM

c)

UMNO

d)

API

37.

Apakah isu politik yang dibincangkan dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?

a)

Pelantikan penduduk tempatan menerajui pemerintahan

b)

Peningkatan ekonomi orang Melayu

c)

Persediaan ke arah berkerajaan sendiri

d)

Pertambahan bilangan penduduk

38.

Sistem Ahli dilaksanakan selaras dengan dasar dekolonisasi dan menyediakan Tanah Melayu ke aras berkerajaan sendiri. Manakah antara berikut benar mengenai Ahli dan jawatannya di dalam Sistem Ahli.

a)

Dato' Onn Jaafar : Ahli Pelajaran

b)

Lee Tiang Keng : Ahli Kesihatan

c)

E.E.C. Thuraisingham : Ahli Dalam Negeri

d)

Dr Ismail Abdul Rahman : Ahli Pertanian

39.

Berikut merupakan maklumat mengenai salah satu laporan cadangan untuk sistem pendidikan kebangsaan negara kita.


  • Sekolah Umum (rendah) menggunakan bahasa Melayu
  • Sekolah Jenis Umum (rendah) menggunakan sama ada bahasa Inggeris, Cina atau Tamil
  • Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib


Apakah yang dapat dikaitkan dengan penyata pendidikan di atas?

a)

Laporan Barnes

b)

Ordinan Pelajaran

c)

Penyata Jawatankuasa Pelajaran

d)

Laporan Woodhead

40.

Berikut merupakan matlamat sebuah parti politik di Tanah Melayu pada tahun 1950-an.


  • Menuntut kemerdekaan dengan kerjasama semua kaum
  • Membentuk satu parti bagi semua rakyat


Parti apakah yang mempunyai perjuangan dan matlamat seperti penyataan di atas?

a)

Pergerakan Pemuda Melayu

b)

Parti Islam se-Tanah Melayu

c)

Barisan Pemuda Sarawak

d)

Parti Negara

41.

Berapakah kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya majlis perbandaran Kuala Lumpur?

a)

9

b)

12

c)

26

d)

226

42.

Pendaftaran pengundi untuk pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 telah dilaksanakan mulai 18 Oktober 1954. Antara yang berikut, manakah syarat untuk menjadi pengundi selain daripada mendaftar jadi pemilih?

a)

Berpengetahuan asas dalam bahasa Inggeris

b)

Warganegara berumur 21 tahun ke atas

c)

Tinggal di Tanah Melayu 12 bulan sebelum penamaan

d)

Tinggal di Tanah Melayu dalam tempoh 7 bulan terdahulu

43.

Apakah persamaan antara Majlis Perundangan Persekutuan 1948 dengan Majlis Perundangan Persekutuan 1955?

a)

Keanggotaannya terdiri daripada 52 orang ahli

b)

Ahli rasmi terdiri daripada 11 orang ahli

c)

Residen British mewakili 9 buah Majlis Negeri

d)

11 orang Menteru Besar mewakili negeri

44.

Kabinet pada tahun 1955 dibarisi oleh ____ orang Menteri dan dianggotai oleh _______ orang pegawai British.

a)

10 / 4

b)

10 / 3

c)

10 / 2

d)

10 / 5

45.

Rombongan kemerdekaan Tanah Melayu ke london diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau merancang perjalanan rombongan ke Karachi dengan menaiki kapal laut. Mengapakah beliau membuat rancangan tersebut?

a)

Kos dapat dijimatkan dan lebih mudah

b)

Menyimpan tenaga ahli rombongannya

c)

Berbincang dengan wakil Raja-raja Melayu

d)

Merancang tindakan selanjutnya di London

46.

Apakah isyarat yang ditunjukkan oleh Tunku Abdul Rahman seperti dalam gambar di atas?

a)

Tanah Melayu akhirnya merdeka

b)

Tanah Melayu dikuasai orang Melayu

c)

Kemerdekaan kini dalam genggaman

d)

Kemerdekaan bersama-sama Indonesia

47.

Suruhanjaya Reid telah memulakan tugasnya pada akhir bulan Jun 1956. Apakah peranan Suruhanjaya Reid?

a)

Memantau pendapat penduduk Tanah Melayu

b)

Menyusun dan merangka perlembagaan Persekutuan

c)

Menemui pemimpin Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan

d)

Membantu sistem pentadbiran di Tanah Melayu

48.

Intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu meliputi 5 perkara iaitu pengamalan Raja Berperlembagaan dan sistem Demokrasi Berparlimen, Kewarganegaraan, Kedudukan istimewa Melayu dan kepentingan sah kaum lain serta __________________________

a)

Kedudukan agama Islam dan bahasa Inggeris

b)

Kedudukan agama Islam dan bahasa Cina

c)

Kedudukan agama Islam dan bahasa Tamil

d)

Kedudukan agama Islam dan bahasa Melayu

49.

Gambar merupakan lambang yang dibentuk sebelum pengisytiharan kemerdekaan negara. Mengapakah lambang tersebut dibentuk?

a)

Bukti kegigihan

b)

Lambang keagungan

c)

Identiti kenegaraan

d)

Simbol kegemilangan

50.

Apakah kesan kepada negara kita setelah menandatangani perjanjian tersebut?

a)

Kemajuan pertanian

b)

Pengukuhan pertahanan

c)

Kemasukan modal asing

d)

Perhubungan diplomatik meluas