wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KIMIA SPM

Total questions: 67

Worksheet time: 1hrs 21mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah benar tentang Teori Kinetik Jirim?

a)

Zarah-zarah sentiasa bergerak atau bergetar

b)

Kelajuan zarah-zarah akan bertambah jika lebih tenaga diperoleh

c)

Zarah-zarah dalam cecair bergerak lebih laju berbanding dalam gas

d)

Pergerakan zarah-zarah dalam cecair melibatkan getaran sahaja

2.

Satu atom unsur Y mempunyai 17 proton dan 20 neutron di dalam nukleus. Yang berikut yang manakah merupakan susunan elektron atom Y?

a)

2.1

b)

2.8.7

c)

2.8.8

d)

2.8.8.2

3.

Satu atom boron boleh ditulis sebagai 115B. Berapakah elektron valens bagi satu atom boron?

a)

1

b)

3

c)

5

d)

6

4.

Jisim dua atom unsur Y sama dengan jisim tiga atom oksigen. Berapakah jisim atom relatif unsur Y? (JAR O = 16)

a)

12

b)

24

c)

32

d)

36

5.

Yang berikut yang manakah padanan yang betul

a)

Natrium - N2

b)

Kuprum (II) sulfida - CuS2

c)

Ammonium nitrat - NH4(NO3)2

d)

Kalium oksida - K2O

6.

Satu unsur T mempunyai nombor proton 10 dan nombor nukleon 20. Antara pernyataan yang berikut, yang manakah BENAR?

a)

T bertindak balas dengan natrium untuk membentuk sebatian ion

b)

T wujud sebagai molekul dwiatom

c)

T ialah konduktor haba yang baik

d)

T merupakan gas pada suhu bilik

7.

Unsur M membentuk ion M+ yang mempunyai susuna n elektron 2.8. Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang unsur M?

a)

Unsur M terbakar dalam gas bromin untuk membentuk sebatian dengan formula MBr

b)

Unsur M terletak dalam Kala 2 Jadual Berkala

c)

Unsur M bertindak balas dengan cergas dalam air

d)

Unsur M mengalirkan arus elektrik dalam keadaan pepejal

8.

Yang berikut yang manakah menerangkan saiz atom unsur berkurang apabila merentas Kala 3?

a)

Bilangan elektron valens bertambah apabila merentas Kala 3

b)

Bilangan proton bertambah apabila merentas Kala 3

c)

Bilangan petala berisi elektron berkurang apabila merentas Kala 3

d)

Jisim atom relatif unsur bertambah apabila merentas Kala 3

9.

Unsur J berada dalam Kumpulan 8 dan Kala 4 dalam Jadual Berkala Unsur. Yang berikut yang manakah BENAR?

a)

Unsur J membentuk ion berwarna di dalam larutan akueus

b)

Unsur J mempunyai hanya satu nombor pengoksidaan

c)

Unsur J tidak boleh mengalirkan arus elektrik

d)

Unsur J mempunyai ketumpatan yang rendah

10.

Terdapat Unsur Peralihan yang berfungsi sebagai mangkin dalam industri

a)

Benar

b)

Salah

11.

Kumpulan 1 dalam Jadual Berkala dikenal juga sebagai Kumpulan Halogen

a)

Benar

b)

Salah

12.

Jika valens sesuatu unsur itu ialah 2, kita boleh letakkan ia dalam Kumpulan 12 dalam Jadual Berkala Unsur.

a)

Benar

b)

Salah

13.

Salah satu kegunaan unsur Helium ialah dalam lampu kalimantang.

a)

BENAR

b)

SALAH

14.

Jika logam Litium dimasukkan ke dalam air, larutan yang terhasil akan mengubah warna kertas litmus merah ke biru.

a)

BENAR

b)

SALAH

15.

Nukleus mengandungi neutron yang tidak bercas

Siapakah saintis ini?

a)

Niels Bohr

b)

John Dalton

c)

James Chadwick

d)

Ernest Rutherford

16.

Persamaan berikut mewakili satu tindak balas.

CuO + 2HCl → CuCl2 + H2O

Apakah hasil-hasil tindak balas dalam persamaan ini?

a)

Kuprum(II) oksida dan asid hidroklorik

b)

Kuprum(II) klorida dan air

c)

Kuprum(II) klorida dan asid hidroklorik

d)

Kuprum(II) oksida dan air

17.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar berkenaan unsur-unsur di dalam Jadual Berkala Unsur?

a)

Sifat logam meningkat dari kiri ke kanan merentasi Jadual Berkala Unsur

b)

Unsur-unsur dari kumpulan yang sama mempunyai sifat fizikal yang sama

c)

Unsur-unsur Kumpulan 18 mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah

d)

Unsur-unsur Kumpulan 17 wujud sebagai monoatom

18.

Bahan manakah yang mengion separa di dalam air?

a)

HCl

b)

NaOH

c)

CH3OH

d)

HCOOH

19.

Apakah kation yang hadir di dalam larutan zink sulfat?

a)

Zn2+

b)

Zn2+, SO4 2-

c)

Zn2+ , H+

d)

OH- , SO4 2-

20.

Pernyataan manakah menerangkan maksud perlanggaran berkesan?

a)

Perlanggaran yang menyebabkan tindak balas

b)

Perlanggaran yang mempunyai tenaga yang tertinggi

c)

Perlanggaran berlaku sebelum tindak balas

d)

Tenaga perlanggaran adalah kurang dari tenaga pengaktifan

21.

Sebatian manakah yang boleh menjalani pempolimeran tambahan?

a)

Propena

b)

Butana

c)

Etil etanoat

d)

Asid butanoik

22.

Pasangan asid dan alkali manakah yang memberikan haba peneutralan tertinggi?

a)

Asid etanoik dan kalium hidroksida

b)

Asid etanoik dan larutan ammonia

c)

Asid nitrik dan natrium hidroksida

d)

Asid sulfurik dan larutan ammonia

23.

Selenium, Se dan sulfur, S berada dalam kumpulan yang sama dalam Jadual Berkala Unsur.

Apakah formula bagi natrium selenida?

[Nombor proton: Na = 11, S = 16]

a)

NaSe

b)

NaSe2

c)

Na2Se

d)

Na2Se3

24.

x g natrium sulfat, Na2SO4 mempunyai 1.806 x 1023 zarah.

Berapakah nilai x?

[Jisim molar Na2SO4= 142 g mol-1 , pemalar Avogadro = 6.02 x 10 23 mol-1 ]

a)

4.26

b)

4.73

c)

42.6

d)

47.3

25.
___________  ialah sebarang bahan yang terbentuk daripada gabungan kimia dua atau lebih unsur
a)
atom
b)
sebatian
c)
ikatan
d)
homogen
26.
Elektron membentuk hubungan yang dipanggil ______________ di antara atom-atom.
a)
optik
b)
sebatian
c)
ikatan kimia
d)
molekul
27.
Gas adi dikenali sebagai  __________
a)
logam
b)
gas lengai
c)
natrium
d)
oksigen
28.
Gas adi mempunyai susunan elektron yang sangat _______
a)
rapuh
b)
stabil
c)
kukuh
d)
mantap
29.
______  mempunyai 2 elektron pada petala luarnya, yang dikenali sebagai susunan elektron duplet.
a)
helium
b)
neon
c)
argon
d)
kripton
30.
Ikatan kimia dapat dibentuk melalui 2 cara iaitu __________ elektron dan ________ elektron.
a)
kesatuan, gabungan
b)
perpecahan, kesatuan
c)
pemindahan, perkongsian
31.
Pemindahan elektron akan membentuk ______________
a)
ikatan kimia
b)
ikatan sebenar
c)
ikatan ion
d)
ikatan kovalen
32.
Perkongsian elektron akan membentuk ___________
a)
ikatan ion
b)
ikatan kovalen
c)
ikatan kimia
d)
sebatian
33.
ikatan elektrovalens adalah daya tarikan _____________  yang kuat di antara ion yang berlawanan cas.
a)
elektrik
b)
kimia
c)
elektrostatik
d)
magnet
34.
Atom logam akan melepaskan satu atau lebih elektron dan membentuk logam positif iaitu
a)
anion
b)
kation
c)
kripton
d)
neon
35.
Semua sebatian ion merupakan pepejal yang mempunyai takat lebur dan takat didih yang _______ pada keadaan bilik.
a)
rendah
b)
tinggi
c)
sederhana
36.
Apakah yang terbentuk apabila sesuatu atom menderma elektron?
a)
Anion
b)
Kation
c)
Ikatan ion
d)
Ikatan kovalen
37.
Apakah yang berlaku kepada atom-atom unsur semasa penbentukan ikatan kovalen?
a)
Menerima elektron
b)
Menderma elektron
c)
Berkongsi elektron
d)
Saling bertukar elektron
38.
Unsur M merupakan unsur logam.Ia mempunyai empat petala berisi elektron. Antara susunan elektron berikut yang manakah benar bagi unsur M? 
a)
2.8.1   
b)
2.8.2
c)
2.8.8.3
d)
2.8.8.8
39.
Unsur X dan karbon bertindak balas menghasilkan sebatian dengan formula CX4. Apakah jenis ikatan dan formula sebatian yang terbentuk jika unsur X bertindak balas dengan magnesium?
a)
Ikatan ionik, MgX
b)
Ikatan Ionik, MgX2
c)
Ikatan kovalen, MgX
d)
Ikatan kovalen, MgX2
40.

Antara berikut yang manakah tidak benar mengenai atom natrium (Nombor Proton=11) yang telah membentuk ikatan dengan atom klorin (Nombor Proton=17) bagi menghasilkan sebatian Natrium Klorida?

a)

melepaskan satu elektronvalens

b)

memiliki cas 1+

c)

mencapai kestabilan oktet

d)

memiliki konfigurasi elektron 2.8.1

41.

Setiap atom Cl pada molekul Cl2 masing-masing menyumbangkan elektron terluarnya untuk membentuk ikatan sebanyak …

a)

5 elektron

b)

4 elektron

c)

2 elektron

d)

1 elektron

42.

Berapakah pasangan elektron yang dikongsi oleh molekul N2? (Nombor Proton N=7)

a)

1 pasang

b)

2 pasang

c)

3 pasang

d)

4 pasang

43.

Antara berikut, sebatian yang manakah mempunyai ikatan kovalen?

a)

Natrium klorida

b)

Magnesium oksida

c)

Kalsium flourida

d)

Karbon dioksida

44.

Pilih pernyataan yang benar mengenai Rajah berikut.


I. Ion B mempunyai cas +1 kerana mendermakan satu elektron kepada atom E

II. Atom E memerlukan satu elektron untuk mencapai kestabilan oktet

III. Ikatan ionik terbentuk antara Atom B dan E

IV. B ialah unsur logam manakala E ialah unsur bukan logam

a)

I,II dan III

b)

I,II dan IV

c)

I,III dan IV

d)

Semua di atas

45.

Proses manakah yang mempunyai kadar tindak balas yang paling tinggi?

a)

Pengaratan

b)

Respirasi

c)

Pembakaran

d)

Fotosintesis

46.

antara yang berikut,yang manakah tidak boleh berlaku semasa proses pengoksidaan?

a)

menerima oksigen

b)

menderma elektron

c)

kelilangan hidrogen

d)

pengurangan nombor pengoksidaan

47.

Antara yang berikut,yang manakah kegunaan isotop kobalt-60?

a)

rawatan kanser

b)

pensterilan serangga

c)

sinar-X untuk pemeriksaan badan

d)

pentarikhan usia fosil dan artifak

48.

antara ubat berikut ,yang manakah suatu analgestik?

a)

insulin

b)

penisilin

c)

streptomisin

d)

parasetamol

49.

antara yang berikut,yang manakah agen pengoksidaan?

a)

klorin

b)

sulfur dioksida

c)

hidrogen sulfida

d)

kalium bromida

50.

antara yang berikut,yang manakah kegunaan penuetralan dalam kehidupan harian?

a)

cuka merawat sengatan lebah

b)

batu kapur memulihkan tanah yang berasid

c)

serbut penaik merawat sengatan tebuan

d)

asid metanonik menghalang penggumpalan lateks

51.

antara yang berikut,yang manakah bukan fungsi elektrolisis dalam kehidupan seharian ?

a)

mencegah hakisan

b)

penjanaan tenaga elektrik

c)

penyaduran logam

d)

pengekstrakan logam

52.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan unsur?

a)

Stim

b)

Ferum

c)

Udara

d)

Tetraklorometana

53.

Bahan yang manakah akan memejalwap apabila dipanaskan?

a)

Ais

b)

Iodin

c)

Bromin

d)

Kalium klorida

54.

Rajah 1 menunjukkan simbol bagi atom X.

Apakah bilangan neutron bagi atom X?

a)

9

b)

10

c)

19

d)

28

55.

Dalam suatu eksperimen, unsur X ditambahkan pada baja untuk megkaji penyerapan baja oleh tumbuhan. Apakah unsur X?

a)

Iodin-131

b)

Natrium-24

c)

Karbon-14

d)

Fosforus-32

56.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan unsur?

a)

Stim

b)

Ferum

c)

Udara

d)

Tetraklorometana

57.

Formula kimia bagi natrium hidroksida ialah

a)

Na2OH

b)

NaOH

c)

NaOH2

d)

Na3OH

58.

Formula kimia bagi kuprum (II) karbonat

a)

Cu3CO3

b)

CuCO3

c)

Cu2CO3

d)

CuCO

59.

Formula kimia bagi magnesium hidroksida

a)

MgOH2

b)

Mg2OH

c)

Mg2OH2

d)

Mg(OH)2

60.

Formula kimia bagi kalium karbonat

a)

K2CO3

b)

K(CO3)2

c)

K2(CO3)2

d)

KCO

61.

Formula kimia bagi aluminium oksida

a)

Al3O2

b)

Al2O3

c)

AlO

d)

AlO3

62.

Formula kimia bagi kalsium bromida

a)

KBr2

b)

CaBr2

c)

Ca2Br

d)

K2Br

63.

Formula kimia bagi ferum (III) klorida

a)

Fe3Cl

b)

Fe3Cl2

c)

FeCl3

d)

FeCl2

64.

Formula kimia bagi plumbum (II) nitrat

a)

PbNO3

b)

Pb(NO3)2

c)

Pb2NO3

d)

Pb3NO2

65.

Formula kimia bagi argentum klorida

a)

AgCl

b)

Ag2Cl

c)

AgCl2

d)

Ag2Cl2

66.

Formula kimia bagi zink nitrat

a)

Zn(NO3)2

b)

ZnNO3

c)

Zn2NO3

d)

Zn2(NO3)2

67.

Formula kimia bagi sebatian ferum(III) oksida ialah Fe3O2.

a)

BENAR

b)

SALAH