Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ OBJEKTIF BAHASA MELAYU

Total questions: 40

Worksheet time: 2hrs 10mins

Name
Class
Date
1.

Kepetahan ________________tersebut menyampaikan hujah-hujahnya mengagumkan para tamu yang hadir.

a)

A. pemidato

b)

B. pengacara

c)

C. pengerusi

d)

D. penceramah

2.

Samad dan Salleh yang sedang belajar ilmu silat itu sedang asyik mendengar sambil memerhatikan tunjuk ajar ________mereka.

a)

A. pengajar

b)

B. jurulatih

c)

C. mahaguru

d)

D. penyelia

3.

“Pada pendapat _____________baik kita kerahkan bala tentera kita supaya berkubu di atas bukit,” kata Bendara Ali kepada Sultan Mahmud.

a)

A. Patik

b)

B. hamba

c)

C. tuanku

d)

D. beta

4.

Dalam pertengkaran itu, saya tidak menyebelahi ______________pihak.

a)

A. apa-apa

b)

B. mana-mana

c)

C. sapa-sapa

d)

D. bila-bila

5.

Mak Limah _____________apabila diberitahu bahawa anak kesayangannya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya.

a)

A. tercengang

b)

B. tergamam

c)

C. terpukau

d)

D. terpacul

6.

Akibat terlalu asyik menonton televisyen, nasi yang dimasak oleh kakak berbau


______________.

a)

A. Masam

b)

B. tengik

c)

C. hangit

d)

D. panas

7.

______________tindakan dan usaha telah dilakukan oleh Encik Ali dan Puan Aini untuk mencari anak gadis mereka yang hilang.

a)

A. Bertubi-tubi

b)

B. Berkali-kali

c)

C. Berlembar-lembar

d)

D. Bermacam-macam

8.

Rumah pangsa yang ____________ itu disahkan tidak selamat untuk didiami.

a)

A. sendeng

b)

B. miring

c)

C. serong

d)

D. condong

9.

Punca rusuhan itu berlaku adalah kerana penunjuk perasaan tidak dapat ____________ perasaan mereka

a)

A mengawas

b)

B mengawal

c)

C menjaga

d)

D meneliti

10.

Keropok yang dibelinya itu sedap dimakan kerana ____________.

a)

A reput

b)

B empuk

c)

C lunak

d)

D rangup

11.

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


Perlawanan bola sepak antara pasukan Melaka dan pasukan Perak amat hebat sehingga penonton berasa sangat teruja. Tiada kesalahan.

a)

A. antara

b)

B. dan

c)

C. sehingga

d)

D. Tiada kesalahan

12.

Selepas semua agenda mesyuarat dikemukakan, pengerusi membuka perbincangan pada mesyuarat itu kepada hal-hal lain. Tiada kesalahan.

a)

A. semua agenda

b)

B. perbincangan

c)

C. Hal-hal lain

d)

D. Tiada kesalahan

13.

Beberapa naskhah manuskrip lama masih tersimpan dengan cermat di pusat sumber itu supaya tidak padam. Tiada kesalahan.

a)

A. lama

b)

B. cermat

c)

C. padam

d)

D. Tiada kesalahan

14.

Nasihat ayah akan saya simpan pada hati hingga akhir hayat. Tiada kesalahan

a)

A. akan

b)

B. pada

c)

C. hingga

d)

D. Tiada kesalahan

15.

Abang ke pasar bersama-sama dengan isterinya untuk membeli sayur sawi, bayam dan kentang berdasarkan pada pesanan ibu. Tiada kesalahan.

a)

A. bersama-sama

b)

B. membeli

c)

C. berdasarkan

d)

D. Tiada kesalahan

16.

Komunikasi merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan dan

memastikan keutuhan sesebuah organisasi. Tiada kesalahan.

a)

A. merupakan

b)

B. menentukan

c)

C. memastikan

d)

D. Tiada kesalahan

17.

Ambilan pil makanan tambahan berlebihan menjadi budaya di kebanyakan negara maju. Tiada kesalahan.

a)

A. Ambilan

b)

B. tambahan

c)

C. kebanyakan

d)

D. Tiada kesalahan

18.

“Mengapa kamu bermain di dalam rumah yang tidak berorang itu?” Tiada kesalahan.

a)

A. Mengapa

b)

B. di dalam

c)

C. berorang

d)

D. Tiada kesalahan

19.

Sementara menunggu keputusan SPM, Fikri bekerja sebagai jurujual di syarikat jualan terus itu. Tiada kesalahan.

a)

A. Sementara

b)

B. jurujual

c)

C. jualan terus

d)

D. Tiada kesalahan

20.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Bahagian daripada tembikai itu disimpan di dalam peti sejuk agar lambat busuk.


II Abang akan membaiki beberapa bahagian rumah yang rosak sebelum menjelang hari raya.


III Rashid memberikan bahagian harta pusaka yang diperolehnya kepada adiknya, Rashidi.


IV Mala berjumpa dengan doktor kerana dia sering mengalami kesakitan di bahagian rusuk kirinya.

a)

A I dan II sahaja.


b)

B II dan IV sahaja.


c)

C II dan III sahaja.


d)

D II, III dan IV sahaja.

21.

I Abang menggondol bola ping pong menggunakan sudu dalam acara sukaneka.


II Penjaja sayur itu berjalan sambil menggondol dua buah bakul di bahunya.


III Ibu menyuruh Ali menggondol sebatang pokok pisang yang baru ditebangnya.


IV Syahida gembira kerana dia telah berjaya menggondol hadiah pertama dalam peraduan itu.

a)

A I dan IV sahaja.


b)

B I dan II sahaja.


c)

C I, II dan III sahaja.


d)

D II, III dan IV sahaja.

22.

I Lantai yang licin di ruang dapur itu telah menyebabkan pembantu rumah Encik Malik tergelincir.


II Kereta api dari utara ke selatan telah tergelincir, tetapi penumpang-penumpangnya telah terselamat.


III Perompak itu tergelincir kerana telah melakukan pecah rumah.


IV Tergelincir matahari menandakan hari hampir gelap dan bulan akan muncul.

a)

A I dan II sahaja.

b)

B II dan III sahaja.

c)

C I, II dan IV sahaja.


d)

D I, III dan IV sahaja.

23.

I Kepercayaan kepada bomoh dan jin bertentangan dengan ajaran Islam.

II Segala ajaran Ustaz Idris dapat difahami oleh murid-muridnya dengan baik.

III Guru besar berharap agar hukuman itu menjadi ajaran kepada pelajar itu.

V Sistem ajaran di negara kita ini menekankan aspek-aspek membaca, menulis dan mengira.

a)

A I dan II


b)

B II dan IV

c)

C I, II dan III

d)

D II, III dan IV

24.

I Para pelajar dilarang berjalan di atas rumput yang baru ditanam itu.

II Persiapan menyambut hari kemerdekaan pada tahun ini berjalan dengan lancar

III Dia bercadang untuk berjalan ke kampungnya pada Hari Raya Puasa akan datang.

V Operasi kilang itu masih lagi berjalan seperti biasa walaupun Pengurus Besarnya telah meninggal dunia.

a)

A I dan II

b)

B II dan IV

c)

C I, II dan IV

d)

D I, II, III dan IV

25.

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika


Jika hidup bercerminkan bangkai, lebih baik mati berkalang tanah.

a)

A bercerminkan kepada bangkai

b)

B dicerminkan dengan bangkai

c)

C mencerminkan bangkai

d)

D bercerminkan bangkai

26.

Antara tempat yang mereka akan lawati semasa di Kuala Lumpur nanti ialah Muzium Negara dan KLCC.

a)

A yang akan mereka lawati

b)

B yang akan dilawati mereka

c)

C yang mereka akan melawati

d)

D yang mereka akan lawati

27.

Selepas waktu persekolahan, dia melakukan kerja sambilan demi untuk membiayai pelajarannya.

a)

A untuk membiayai pelajarannya

b)

B kerana membiayai pelajarannya

c)

C demi pembiayaan pelajarannya

d)

D demi untuk membiayai pelajarannya

28.

Antara tempat-tempat menarik yang akan saya lawati termasuklah Pusat Islam

a)

A Antara tempat menarik

b)

B Di antara tempat menarik

c)

C Di antara tempat-tempat menarik

d)

D Antara tempat-tempat menarik

29.

Dengan adanya pendingin hawa, barulah mereka dapat bekerja dengan selesa

a)

A Dengan adanya hawa dingin

b)

B Dengan adanya dingin hawa

c)

C Dengan adanya penghawa dingin

d)

D Dengan adanya pendingin hawa

30.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Seniwati veteran yang pernah diberi julukan “Sang Primadona” itu meninggal dunia kerana sakit tua.

II Di dalam rumah tidak berpenghuni itu masih banyak terdapat barang berharga

III Nazri berdoa, “Ya Allah, janganlah engkau biarkan hambamu ini terus berada dalam kesesatan.

IV Cikgu Khairani mengarahkan siapa-siapa yang tidak berkenan supaya keluar dari dewan itu.

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

31.

I Pondok yang didirikan oleh kami bertiga roboh dalam hujan lebat itu II Kasutnya yang longgar menyebabkan dia tidak dapat berjalan dengan pantas

III Keadaan laut yang menggelora menyukarkan pelayaran mereka.

IV Keinginannya untuk memiliki basikal baharu itu disampaikan kepada ayahnya.

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan IV

d)

D I, II dan IV

32.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.


Hujan lebat yang turun sejak semalam telah menghalang orang ramai daripada mengunjungi Pameran Flora yang berlangsung di situ.

a)

A Semalam, banyak orang yang terkandas untuk mengunjungi Pameran Flora kerana hujan turun lebat di situ.

b)

B Pameran Flora yang berlangsung di situ kurang didatangi orang kerana hujan turun lebat sejak semalam.

c)

C Pengunjung dihalang pergi ke Pameran Flora yang berlangsung di situ oleh hujan yang turun lebat sejak semalam.

d)

D Halangan yang dihadapi orang ramai untuk pergi ke Pameran Flora di situ ialah hujan yang turun dengan lebat.

33.

Kerajaan negeri Perak sedang giat membangunkan kawasan rezab Melayu yang lama terbiar di pinggir bandar itu.

a)

A Kawasan rezab Melayu yang sedang giat dimajukan oleh kerajaan Perak itu telah lama terbiar di pinggir bandar itu.

b)

B Kawasan rezab Melayu yang lama terbiar di pinggir bandar itu sedang pesat dimajukan oleh kerajaan negeri Perak.

c)

C Pembangunan pesat kawasan rezab Melayu yang lama terbiar di pinggir bandar itu diusahakan oleh kerajaan negeri Perak.

d)

D Pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan negeri Perak di kawasan rezab yang lama terbiar itu adalah untuk kegiatan orang Melayu.

34.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Ringan Tulang Berat Perut


Peribahasa di atas bermaksud orang yang ____________.

a)

A Kuat bekerja pasti kuat makan

b)

B Suka mencuri akan dihukum

c)

C Rajin bekerja banyak beroleh rezeki

d)

D Tekun berusaha akan beroleh kejayaan

35.

Tuk Amin sering dikunjungi para pemuda di kampung itu bagi mendapatkan pandangannya tentang pelbagai hal kerana pak Amin ____________.

a)

A Beraja di mata, bersultan di hati

b)

B Banyak makan garam

c)

C Cepat kaki, ringan tangan

d)

D Musang berbulu ayam

36.

Kita tidak seharusnya melakukan sesuatu kerja separuh jalan sahaja sebaliknya kerja itu perlu dilakukan hingga selesai.

Jika tidak kita akan dikatakan

a)

A bagai tikus membaiki labu

b)

B seperti kera mendapat bunga

c)

C bagai melepaskan batuk di tangga.

d)

D bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

37.

Peribahasa-peribahasa di bawah ini menggambarkan bahawa seseorang yang hendak berjaya perlulah berusaha, kecuali

a)

A di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

b)

B hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

c)

C ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

d)

D malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut.

38.

Baca petikan puisi tradisional di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Syair Burung Nuri

Bermula warkah surat rencana,

Ikatan fakir yang sangat hina,

Sajak dan nazam banyak tak kena,

Daripada pendapat kurang sempurna.


Gerangan sungguh amatlah leta,

Perinya akal gelap-gelita,

Hemat pun rendah daif berserta,

Tambahan badan miskin dan nista.


Beribu ampun kiranya tuan,

Atasnya hulu fakir nistawan,

Daripada masyghul gundah merawan,

Terperilah madah patik nin tuan.


Dituliskan sahifah supaya nyata,

Barang yang ghairah di dalam cinta,

Terfikir-fikir bukan menderita,

Dakwat dan kertas tempat berkata.


Sudahlah nasib untung yang malang,

Mengambah lautan berulang-ulang,

Mudaratnya bukan lagi kepalang,

Senantiasa di dalam nasib dan walang.


Hanyutlah badan ke sana ke mari,

Segenap pesisir desa negeri,

Bertambahlah pula sopan da negeri,

Santap nan tidak minum pun kari.


Bangun terjunun badan suatu,

Gundahlah fikir tiada tertentu,


Laksana cermin jatuh ke batu,

Remuk dan redam hancur di situ.


Remuk dan redam rasanya hati,

Lenyaplah fikir budi pekerti,

Jikalau kiranya hamba turuti,

Daripada hidup sebaiknya mati.


Dipetik daripada puisi tradisional Syair Burung Nuri,

Antologi Bintang, Tingkatan 3


Syair Burung Nuri menyentuh tentang tema ....?

a)

A adab yang patut dijadikan amalan dalam kehidupan seharian

b)

B kemiskinan menjadikan seseorang akan dipandang hina

c)

C sikap rasional dalam masyarakat

d)

D kasih sayang dalam masyarakat

39.

Berdasarkan petikan syair di atas, mengapakah seseorang itu dianggap hina di sisi masyarakat?

a)

A sombong

b)

B tidak berakal

c)

C hidup dalam kesedihan


d)

D berakhlak mulia

40.

Yang manakah tidak benar tentang syair Burung Nuri

a)

A terdiri daripada empat baris serangkap

b)

B tidak menggunakan bahasa klasik


c)

C rima a-a-a-a

d)

D terdiri daripada 3 hingga 6 patah perkataan