wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI SUKATAN PT3

Total questions: 40

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Belajar ilmu yang bermanafaat ialah contoh

a)

amalan zahir yang baik

b)

amalan batin yang baik

2.

Sesuatu yang tidak jelas hukum halal atau haram dikenali sebagai

a)

harus

b)

makruh

c)

syubhah

d)

sunat

3.

Berikut adalah contoh amalan bersedekah kecuali

a)

berlaku adil dalam tindakan

b)

mengungkapkan perkara yang baik

c)

bersiar-siar di taman jubli

d)

membantu rakan yang sakit

4.

Berikut adalah tugas lain para malaikat selain dari tugas khusus

I menanggung arash

II bertasbih kepada Allah

III memberi rezeki kepada manusia

IV mencabut nyawa makhluk

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

5.

# Tawas # Kapur sirih

Perkataan di atas merujuk kepada alat-alat

a)

wuduk

b)

istinjak

c)

samak

d)

sertu

6.

Gelaran bagi Saidatina Fatimah r.a ialah

a)

al-Tohiroh

b)

al-Humaira

c)

As-Siddiqah

d)

az-Zahra

7.

Khulafa' ar-Rasyidin yang ketiga ialah

a)

Saidina Abu Bakar

b)

Saidina Umar

c)

Saidina Usman

d)

Saidina Ali

8.

Di antara yang berikut yang manakah bukan air mutlak?

a)

air kelapa

b)

air perigi

c)

air paip

d)

air laut

9.

Antara yang berikut pernyataan yang manakah yang salah tentang kitab?

a)

Kitab al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw

b)

Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa as

c)

Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud as

d)

Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Harun as

10.

*ORANG YANG TINGGAL TETAP DI SESUATU TEMPAT*

Pernyataan di atas merujuk kepada maksud

a)

bermukim

b)

bermusafir

c)

bermustautin

d)

berhijrah

11.

Sahabat yang berhijrah secara terang-terangan ialah

a)

Saidina Umar al-Khattab

b)

Saidina Usman bin Affan

c)

Saidina Ali b Abi Talib

d)

Saidina Abu Bakar

12.
  • Pakaian yang menutup aurat
  • Tidak mencolok mata
  • sesuai dengan tatasusila masyarakat setempat

( Pernyataan di atas merujuk kepada ......)

a)

ciri pakaian formal

b)

ciri pakaian zaman kini

c)

ciri pakaian bermaruah

d)

ciri pakaian pelajar sekolah

13.

'Memusnahkan berhala di sekeliling berhala'

'Rasulullah saw mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai'

(Pernyataan di atas merujuk kepada.......

a)

langkah Rasulullah saw sebelum pembukaan kota Mekah

b)

langkah Rasulullah saw selepas pembukaan kota Mekah

c)

langkah Rasulullah saw sebelum Perjanjian Hudaibiyah

d)

langkah Rasulullah saw selepas Perjanjian Hudaibiyah

14.

Antara berikut yang manakah keadaan akidah masyarakat Arab setelah menerima dakwah Rasulullah saw?

I Meninggalkan kepercayaan syirik

II Hanya Allah yang disembah

III mengekalkan akhlak keji

IV menghapuskan semangat perkauman

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

15.

Salah satu syarat debu yang boleh digunakan untuk bertayamum ialah

a)

bercampur bahan lain

b)

tidak suci dan bernajis

c)

suci dan tidak bernajis

d)

terdiri daripada abu

16.

Saidatina Sumaiyah telah dibunuh oleh.....

a)

Abu Talib

b)

Abu Sufian

c)

Abu Lahab

d)

Abu Jahal

17.

Beliau merupakan seorang yang alim dalam ilmu halal dan haram. Beliau ialah.......

a)

Bilal bin Rabah

b)

Muaz bin Jabal

c)

Khalid bin al-Walid

d)

Abdul Rahman bin Auf

18.

Kesan tidak beradab kepada ibubapa terhadap individu ialah

a)

anggota keluarga berpecah belah

b)

berlakunya gejala sosial

c)

mendapat kemurkaan Allah swt

d)

negara tidak aman

19.

"Allah swt Maha Mencipta makhluk dengan pelbagai rupa dan identiti tersendiri contohnya cap jari manusia adalah berbeza antara satu sama lain."

Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian sifat Allah

a)

al-Qadir

b)

Al-Qawiy

c)

Al- Khaliq

d)

Al-Musawwir

20.

Nisab zakat kambing ialah

a)

30 ekor

b)

35 ekor

c)

40 ekor

d)

45 ekor

21.

Apakah malu yang dituntut dalam Islam?

a)

Malu melakukan kebaikan

b)

Malu melakukan kejahatan

c)

Malu dalam menuntut ilmu

d)

Malu melakukan perintah agama

22.

Maksud solat jamak ialah menghimpunkan _________ solat fardhu dalam satu waktu.

a)

dua

b)

tiga

c)

empat

d)

lima

23.

Berikut merupakan akibat menolak sunnah rasul kecuali

a)

Hidup sentiasa dalam kesesatan

b)

Mendapat rahmat Allah

c)

Jauh dari hidayah Allah

d)

Mendapat balasan seksa api neraka

24.

Faktor utama kejayaan peristiwa pembukaan kota Mekah adalah ?

a)

Pihak musyrikin menyerah kalah kepada tentera Islam

b)

Kelengkapan alatan perang tentera Islam yang sangat lengkap dan berkualiti

c)

Salah satu daripada intipati perjanji Hudaibiyah adalah pembukaan Kota Mekah

d)

Strategi peperangan oleh Baginda S.A.W yang bersepadu serta ketaatan tenteranya

25.

Sebagai umat Islam, apakah iktibar yang boleh kita ambil dan hayati daripada peristiwa pembukaan Kota Mekah?

a)

Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi dan menentang musuh Islam

b)

Kita hendaklah keluar ke lapangan luar dari bilik darjah seuntuk berdakwah dan menyebarkan agama Islam ke serata dunia

c)

Kita tidak boleh menerima agama lain dengan sewenang-wenangnya

d)

Kita hendaklah melakukan tugasan secara teratur dan terancang bagi memastikan ia dapat terlaksana dengan baik

26.

Apabila seseorang meminta maaf kepada kita, kita hendaklah..

a)

Mencari punca kesalahannya

b)

Memberi kemaafan dan melupakan kesalahannya

c)

Memaafkan tetapi berasa dendam dengan kesalahannya

d)

Memberi kemaafan secara lisan tetapi tidak ikhlas

27.

Maksud bersuci pada bahasa ialah membersihkan sesuatu dari .............................

a)

dosa

b)

kotoran

c)

tahi manusia

d)

maksiat

28.

Air yang panas disebabkan cahaya matahari pada negeri yang berhawa panas yang disimpan dalam bekas daripada besi atau tembaga yang boleh berkarat merujuk kepada air ...............................

a)

mutlak

b)

musta'mal

c)

musyammas

d)

mutanajjis

29.

Air yang kurang dari 2 kolah yang telah digunakan untuk mengangkat hadas merujuk kepada air ..........................?

a)

mutlak

b)

musta'mal

c)

musyammas

d)

mutanajjis

30.

Surah Ali Imran ayat ke 8 ini merupakan doa yang perlu kita panjatkan kepada Allah s.w.t untuk memperoleh hidayah. Pilih pernyataan yang benar berkenaan hidayah yang bertepatan dengan ayat Al-Quran tersebut.

a)

Hanya diperoleh dengan cara berdoa

b)

Merupakan petunjuk dan rahmat daripada Allah s.w.t

c)

Seseorang itu akan kekal dalam hidayah yang diberikan Allah s.w.t

31.

Bezakan antara makmum muwafiq dan makmum masbuk

a)

Makmum muwafiq sempat membaca surah Al-Fatihah dengan sempurna, manakala makmum masbuk tidak sempat membaca surah Al-Fatihah dengan sempurna

b)

Makmum muwafiq tertinggal tiga rukun panjang, manakala makmum masbuk sempurna rukun solatnya

c)

Makmum muwafiq menyempurnakan rakaat selepas imam memberi salam, manakala makmum masbuk menyempurnakan rakaat bersama-sama imam

32.

Malaikat yang mencatat amalan baik manusia ialah

a)

Malaikat Izrail

b)

Malaikat Raqib

c)

Malaikat Atid

d)

Malaikat Malik

33.

Pilih pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai bilangan suhuf dan penerimanya

a)

Nabi Musa menerima 10 Suhuf

b)

Nabi Ibrahim menerima 10 Suhuf

c)

Nabi Idris menerima 30 Suhuf

d)

Nabi Syis menerima 40 Suhuf

34.

Penduduk asal Madinah yang telah memeluk Islam dan membantu perjuangan Rasulallah SAW di Madinah. Mereka terdiri daripada kaun Aus dan Khazraj. Siapakah mereka?

a)

Muhajirin

b)

Ansar

c)

Quraisy

d)

Yahudi

35.

Berikut adalah sebab-sebab diharuskan tayammum KECUALI

a)

tiada air atau tidak cukup kerana keperluan lain

b)

sejuk yang boleh memudharatkan

c)

tidak boleh menggunakan air kerana sakit

d)

air berada di daerah sebelah

36.

Kalam Allah SWT yang mengandungi hukum-hukum dasar, kata-kata hikmah dan pengajaran kepada manusia. Pernyataan berikut merujuk kepada

a)

al-Quran

b)

suhuf

c)

kitab Allah SWT

d)

hadis Nabi SAW

37.

Berikut merupakan syarat sah solat berjemaah kecuali

a)

Memerlukan sekurang-kurangnya 40 makmum pada satu masa

b)

Pergerakan makmum mengikut semua rukun fe’li imam

c)

Makmum mengetahui pergerakan imam

d)

Makmum berniat mengikut imam

38.

Siapakah nama pemilik Sumayyah semasa beliau menjadi hamba?

a)

Abu Ubaidah bin Hamat

b)

Ahmad bin Hanbal

c)

Abu Huzaifah Al-Makhzumi

d)

Abu Hurairah

39.

Hukum bersuci juga adalah ia menjadi syarat ....................... ibadah kepada Allah.

a)

sah

b)

batal

40.

Ali dan Ahmad menetap di Selangor. Mereka ingin menziarahi rakannya, Amin yang berada di Kedah. Mereka bercadang untuk mengambil tiket bas pada hari Jumaat pukul 5:00 pagi. Namun, Ahmad terpaksa menangguhkan perjalanannya ke pukul 12 tengah hari kerana dia mempunyai temujanji dengan pensyarahnya.


Berdasarkan penilaian yang telah dilakukan mengenai situasi di atas, apakah hukum solat jumaat bagi Ahmad?

a)

Wajib

b)

Harus

c)

Sunat