wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan kecergasan fizikal?

a)

Kecergasan fizikal merujuk keupayaan melakukan aktiviti harian dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa letih dan masih mempunyai tenaga yang lebih.

b)

Kecergasan fizikal merujuk keupayaan melakukan aktiviti harian dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa letih, masih mempunyai tenaga yang lebih untuk melakukan aktiviti riadah dan menghadapi sebarang kecemasan.

c)

Kecergasan fizikal merujuk kepada kesihatan yang terdiri daripada daya tahan kardiovaskular, kelenturan, daya tahan otot, kekuatan otot dan komposisi badan.

d)

Kecergasan fizikal merujuk keupayaan jantung dan salur darah untuk mengedarkan darah beroksigen kepada otot yang bekerja semasa melakukan senaman secara berterusan.

2.

Berikut merupakan prinsip untuk melakukan aktiviti bagi meningkatkan kapasiti aerobik KECUALI

a)

Dinamik

b)

Frequency

c)

Intensity

d)

Type

3.

Berikut adalah komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan

a)

Kapasiti aerobik

b)

Masa reaksi

c)

Kuasa

d)

Komposisi badan

4.

Antara berikut yang manakah BUKAN kompenan kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan?

a)

daya tahan Kardiovaskular

b)

Kelenturan

c)

Fleksibiliti

d)

Daya tahan otot

5.

Antara berikut yang manakah BUKAN faktor yang mempengaruhi tahap kecergasan fizikal individu?

a)

Kekerapan

b)

Kesihatan

c)

Intensiti

d)

Jenis senaman

6.
Kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu:
a)
i) Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan
ii) kecergasan berasaskan perlakuan motor
b)
i) kecergasan berasaskan mental
ii) kercergasan berasaskan lokomotor
c)
i) kecergasan berasaskan mental
ii) kercergasan berasaskan mental
d)
i) kecergasan berasaskan kesihatan 
ii) kecergasan berasaskan kebersihan
7.

* Keupayaan menjalankan tugas harian secara berkesan, bertenaga untuk menikmati aktiviti riadah atau mampu menghadapi sebarang kecemasan


Konsep asas Kesejahteraan di atas merujuk kepada.

a)

Emosi

b)

Mental

c)

Fizikal

d)

Sosial

8.

Mengapakah prinsip latihan fizikal rehat dan pemulihan penting semasa menjalankan program latihan?

a)

Atlet dapat mempelbagaikan aktiviti latihannya

b)

mengelakkan kebosanan melakukan latihan yang sama

c)

tubuh atlet dapat pulih dan adaptasi kepada beban latihan

d)

mengelakkan penurunan faedah latihan yang telah diperolehi

9.

Yang manakah bukan komponen kecergasan berdasarkan lakuan motor?

a)

Kekuatan Otot

b)

Kepantasan

c)

Kuasa

d)

Koordinasi

10.

Yang manakah komponen kecergasan berdasarkan kesihatan?

a)

Fleksibiliti

b)

Kuasa

c)

Ketangkasan

d)

Imbangan

11.

Latihan yang manakah sesuai untuk meningkatkan Kapasiti Aerobik?

a)

Latihan Fartlek

b)

Tekan Tubi

c)

Bangkit Tubi

d)

Burpees

12.

Nama penuh 'BMI' adalah?

a)

Body Measurement Index

b)

Body Maximum Intensity

c)

Body Mass Index

d)

Body Mass Intensity

13.

"Komponen ini merujuk kepada daya yang dihasilkan oleh otot untuk mengatasi rintangan"


Apakah komponen tersebut?

a)

Daya tahan kardiovaskular

b)

Daya tahan otot

c)

Kekuatan otot

d)

Kelenturan

14.

Aktiviti yang manakah meningkatkan kelenturan?

a)

Tekan tubi

b)

Regangan quadricep

c)

jangkauan melunjur

d)

larian zig zag

15.

Apakah ujian yang digunakan bagi menguji komposisi badan?

a)

Ujian trunk lift

b)

ukuran lipatan kulit

c)

ukuran lilitan kepala

d)

ukuran lilitan tangan

16.

"Keupayaan menggerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakan yang maksimum"


Kenyataan diatas merujuk kepada......

a)

Kelenturan

b)

Daya tahan otot

c)

Daya tahan kardiovaskular

d)

Kekuatan otot

17.

Antara berikut yang manakah BUKAN cara menilai komposisi badan?

a)

Indeks jisim badan

b)

Ukuran lipatan kulit

c)

Ukuran lilitan

d)

Ketinggian

18.

"Keupayaan jantung dan salur darah untuk mengedarkan darah beroksigen kepada otot semasa melakukan senaman secara berterusan"


Penyataan tersebut merujuk kepada kompenan....

a)

Daya tahan kardiovaskular

b)

Daya tahan otot

c)

Kekuatan otot

d)

Kelenturan

19.

Apabila daya tahan kardiovaskular rendah, seseorang akan mudah letih atau lesu semasa melakukan aktiviti kerana …………..

a)

Saiz ruang jantung bertambah.

b)

Oksigen berlebihan di dalam otot.

c)

Pengumpulan asid laktik yang berlebihan di dalam otot.

d)

Kandungan karbon dioksida dalam darah berlebihan.

20.

“ Keupayaan otot atau kumpulan otot melakukan kerja secara berulang-ulang atau berterusan dalam jangka masa yang panjang”


Pernyataan di atas merujuk kepada:

a)

daya tahan Otot

b)

kekuatan otot

c)

daya tahan kardiovaskular

d)

kecergasan fizikal

21.

Semasa latihan bebanan untuk meningkatkan kekuatan otot, cara pernafasan sangat penting. Ketika bebanan diangkat kita hendaklah ………………….. nafas.

a)

inhale

b)

exhale

c)

Tahan

d)

rehat

22.

Fleksibiliti merujuk kepada

a)

keupayaan otot mengatasi rintangan dalam masa yang lama

b)

keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen bergerak pada julat pergerakan yang maksimum

c)

keupayaan otot mengatasi rintangan

d)

nisbah lilitan pinggang ke pinggul

23.

" Nisbah lilitan pinggang ke pinggul yang diambil bagi menentukan komposisi badan berdasarkan carta norma"


Kenyataan di atas merujuk kepada...

a)

Daya Tahan otot

b)

Kecergasan Fizikal

c)

Komposisi Badan

d)

Fleksibiliti

24.

Antara berikut yang manakah BUKAN komponen kesihatan berdasarkan kesihatan?

a)

Daya tahan Otot

b)

Komposisi Badan

c)

Fleksibiliti

d)

Ketangkasan

25.

Antara berikut merupakan latihan fartlek KECUALI...

a)

berlari perlahan

b)

striding

c)

turun bukit

d)

Kettlebell swing