wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JKD MUAR PN T5 TRIAL PERLIS 2020

Total questions: 41

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah tujuan sesuatu perniagaan itu wujud dalam masyarakat.

a)

Mewujudkan peluang pekerjaan

b)

Membantu masyarakat setempat

c)

Menambahkan pendapatan negara

d)

Penawaran barang dan perkhidmatan

2.

Pernyataan yang manakah menerangkan tentang koperasi?

a)

Kawalan secara autokratik

b)

Menanggung liabiliti tidak terhad

c)

Pulangan syer dalam bentuk elaun

d)

Semua anggota terlibat dalam proses pembuatan keputusan

3.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan kelebihan saiz perniagaan tersebut?

Pilih 2 jawapan

a)

Menerapkan dasar birokrasi

b)

Menikmati ekonomi bidangan

c)

Mewujudkan pengkhususan setiap bahagian

d)

Menanggung risiko kerugian yang tinggi

4.

Apakah industri yang membantu dalam sektor perniagaan X?

a)

Industri perkhidmatan

b)

Industri pembuatan dan perkilangan

c)

Industri pembekalan tenaga

d)

Industri perlombongan

5.

Apakah kesan perubahan ekonomi tersebut?

a)

Mewujudkan inflasi

b)

Penawaran barang menurun

c)

Permintaan barang tidak berubah

d)

Meningkatkan kuasa beli isi rumah

6.

Pernyataan manakah yang tepat menerangkan visi perniagaan?

a)

Tujuan penubuhan organisasi

b)

Penilaian organisasi secara spesifik

c)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

d)

Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja

7.

Apakah faktor luaran yang mempengaruhi persekitaran perniagaan tersebut?

a)

Teknologi

b)

Pemasaran

c)

Sosiobudaya

d)

Penyelidikan dan pembangunan

8.

Antara yang berikut, yang manakah kesan perubahan persekitaran terhadap organisasi perniagaan dari aspek undang-undang?

a)

Meningkatkan peluang pekerjaan

b)

Menekankan kadar upah minimum

c)

Memastikan tempat kerja yang selesa

d)

Menekankan diskriminasi antara pekerja

9.

Apakah kesan trend menurun kepada ekonomi negara?

a)

Permintaan barangan pengguna meningkat

b)

Perbelanjaan mengurus perniagaan meningkat

c)

Peningkatan pembayaran cukai kepada kerajaan

d)

Peningkatan kawalan kuantiti pengeluaran produk

10.

Syarikat Megastar Sendirian Berhad mengeluarkan perabot untuk pasaran tempatan. Syarikat mempunyai sebuah kilang dan seramai 30 orang pekerja. Jumlah untung bersih terkumpul untuk 5 tahun yang lepas adalah sebanyak RM5.5 juta. Syarikat juga mengambil keputusan untuk memasuki pasaran antarabangsa dalam jangka masa setahun. Justeru, syarikat menimbangkan untuk membina sebuah kilang baharu bernilai RM150 juta dan mengambil seramai 250 orang pekerja baharu.

Apakah ciri objektif baik yang gagal dipenuhi oleh Syarikat Megastar Sendirian Berhad?

a)

Spesifik (spesific)

b)

Munasabah (realistik)

c)

Boleh dicapai (attainable)

d)

Jangka masa (time frame)

11.

Pernyataan manakah merupakan kepentingan objektif kepada perniagaan?

a)

Mengenal pasti tujuan penubuhan

b)

Mengenal pasti sasaran yang ingin dicapai

c)

Membantu perniagaan membuat perancangan

d)

Memudahkan perniagaan menilai prestasi perniagaan

12.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan aspek penting dalam carta organisasi?

a)

Persamaan kuasa

b)

Hierarki pengurusan

c)

Peraturan dalam organisasi

d)

Panduan keselamatan pekerja

13.

Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan peranan bahagian fungsian pengeluaran?

Pilih 2 jawapan

a)

Membuat pesanan pembelian

b)

Mencari pembekal yang sesuai

c)

Memenuhi keperluan dan kehendak

d)

Menghasilkan barang dan perkhidmatan

14.

Ujian ke atas prototaip dijalankan untuk mengenal pasti penerimaan pengguna terhadap produk yang dibangunkan.

Apakah peringkat pembangunan produk baharu yang sesuai?

a)

Ujian pemasaran

b)

Penyaringan idea

c)

Analisis perniagaan

d)

Pembangunan produk dan pengujian konsep

15.

Mengapakah pelanggan sangat penting kepada sesebuah organisasi perniagaan?

a)

Membekalkan perkhidmatan

b)

Meningkatkan ekonomi negara

c)

Memberi pendapatan kepada pasaran

d)

Membeli produk yang dihasilkan dalam perniagaan

16.

Antara yang berikut manakah merupakan kepentingan pengurusan sumber manusia?

a)

Penetapan gaji yang tinggi

b)

Menjaga kebajikan semua pekerja

c)

Pengagihan sumber manusia secara rawak

d)

Pengeluaran bertujuan untuk memenuhi keperluan pengguna

17.

Pengurusan ini merangkumi aspek menarik sumber manusia, membangun sumber manusia, dan mengekalkan sumber manusia dalam sesebuah organisasi perniagaan.

Apakah pengurusan tersebut?

a)

Pengurusan sumber manusia

b)

Pengurusan sumber teknologi

c)

Pengurusan sumber maklumat

d)

Pengurusan sumber kewangan

18.

Cik Husni - lepasan universiti

Puan Aina - menjadi tukang jahit selama 7 tahun

Apakah kelebihan Puan Aina berbanding Cik Husni jika mereka memohon jawatan sebagai penyelia di sebuah kilang pakaian?

a)

Berpengalaman dalam pengurusan

b)

Kelayakan yang bersesuaian

c)

Boleh berkomunikasi dengan baik

d)

Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan

19.

Antara berikut, yang manakah merupakan penggajian?

Pilih 2 jawapan

a)

Gaji

b)

Elaun

c)

Faedah

d)

Prestasi

20.

Apakah tindakan perniagaan untuk melindungi produknya daripada ditiru oleh perniagaan lain?

a)

Mendaftar paten

b)

Mendaftar lesen perisian

c)

Mendaftar cap dagangan

d)

Mendaftar hak cipta terpelihara

21.

Antara berikut, yang manakah merupakan sumber fizikal yang dimiliki oleh syarikat PROTON?

Pilih 2 jawapan

a)

Trek ujian

b)

Bilik pameran

c)

Reka bentuk kereta

d)

Pengalaman pekerja

22.

Antara berikut, yang manakah merupakan jenis-jenis modal dalam perniagaan?

Pilih 2 jawapan

a)

Inventori

b)

Kenderaan sendiri

c)

Peralatan pejabat

d)

Bangunan kilang

23.

Puan Azie memulakan perniagaan kedai makan yang berhampiran dengan kawasan rumahnya dengan menggunakan wang simpanannya sebanyak RM 7, 000

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan sumber pembiayaan tersebut?

Pilih 2 jawapan.

a)

Memerlukan penjamin

b)

Cepat dan ringkas

c)

Tidak melibatkan kos tambahan

d)

Tertakluk pada syarat dan terma

24.

Apakah kelemahan sumber pembiayaan luaran daripada bank atau institusi kewangan?

a)

Modal terhad

b)

Jumlah pinjaman terhad

c)

Memerlukan cagaran dalam bentuk harta

d)

Sukar menambah modal dalam masa yang singkat

25.

Menilai pretasi perniagaan.

Membuat pertimbangan untuk pemberian ganjaran seperti bonus dan dividen.

Membuat perbandingan prestasi kewangan antara tahun semasa dengan tahun.

Siapakah pihak yang berkepentingan terhadap penyata kewangan berdasarkan pernyataan di atas?

a)

Pihak pengurusan

b)

Pelabur

c)

Pembiaya

d)

Pembekal

26.

Mengapakah analisis Titik Pulang Modal (TPM) sangat penting kepada sesebuah perniagaan?

a)

Membolehkan perniagaan merancang pengeluaran untuk memperoleh keuntungan sasaran

b)

Menjamin keberuntungan perniagaan

c)

Memerlukan cagaran dalam bentuk harta

d)

Memastikan produk yang dijual disukai ramai

27.

Berdasarkan penyata kewangan berikut kirakan nisbah Pusing Ganti Stok bagi Syarikat Wira Digital Sdn Bhd bagi tahun 2019?

a)

2.38 kali

b)

3.33 kali

c)

3.81 kali

d)

4.76 kali

28.

Perlu berkebolehan untuk menukar cara dan menyesuaikan pendekatan perniagaan dengan situasi dan keadaan tertentu.

Apakah ciri keperibadian usahawan tersebut?

a)

Fleksibel

b)

Kreatif dan inovatif

c)

Berinisiatif dan bertanggungjawab

d)

Kebolehan menentukan visi dan misi

29.

Berikut ialah faktor penyumbang untuk memulakan perniagaan kecuali

a)

Modal

b)

Pelanggan

c)

Kemahiran

d)

lokasi yang sesuai

30.

Antara berikut, yang manakah kelebihan memilih berniaga sebagai kerjaya?

Pilih 2 jawapan

a)

Peluang kerjaya

b)

Matlamat peribadi

c)

Objektif kemasyarakatan

d)

Keberuntungan perniagaan

31.

Antara perniagaan berikut, milikan perniagaan yang manakah tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956?

a)

Koperasi Nelayan

b)

Restoran Mohd Rafi

c)

Sime Darby Berhad

d)

Citra Digital Sdn Bhd

32.

Encik Saiful ingin menubuhkan sebuah Syarikat Sendirian Berhad.

Apakah prosedur penubuhan perniagaan tersebut?

a)

Permohonan carian nama syarikat >Melantik setiausaha syarikat >Permohonan pemerbadanan syarikat

b)

Permohonan kelulusan nama perniagaan> Notis pemerbadanan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

c)

Permohonan carian nama syarikat Permohonan pemerbadanan syarikat>Notis pemerbadanan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

d)

Permohonan kelulusan nama perniagaan> Mengisi borang A Menghantar borang bersama dokumen ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

33.

Apakah tanggungjawab peniaga setelah memperoleh sijil perakuan pendaftaran?

a)

Menyimpan sijil

b)

Mempamerkan sijil

c)

Memulakan perniagaan

d)

Mencetak kad perniagaan

34.

Encik Salim ialah pemilik Restoran Nasi Kandar Repoh. Beliau mengeluarkan cek untuk membayar sewa rumah kediamannya.

Apakah dua rekod perniagaan yang terlibat?

a)

Rekod transaksi bank > Rekod pembelian

b)

Rekod kos operasi > Rekod pembelian

c)

Rekod kos operasi > Rekod kos ambilan

d)

Rekod kos ambilan > Rekod transaksi bank

35.

Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan?

a)

Dokumen bertulis yang menerangkan tentang perniagaan

b)

Dokumen perniagaan yang menunjukkanurus niaga perniagaan yang telah berlaku

c)

Dokumen bertulis yang menerangkan maklumat perniagaan yang akan dijalankan

d)

Dokumen bertulis yang menjelaskan secara terperinci tentang visi, misi dan objektif perniagaan

36.

Pilih pernyataan yang benar tentang dokumen di atas.

a)

Dokumen yang mengandungi senarai pembelian secara tunai

b)

Dokumen yang mengandungi senarai pembelian secara kredit

c)

Dokumen yang mengesahkan bahawa jumlah bayaran telah diterima

d)

Dokumen yang dikeluarkan oleh pihak bank kepada pemegang akaun semasa

37.

Berapakah nilai Y ?

a)

RM25,704

b)

RM12,000

c)

RM26,704

d)

RM40,408

38.

Berapakah nilai Y ?

a)

RM25,704

b)

RM12,000

c)

RM26,704

d)

RM40,408

39.

Apakah campuran pemasaran yang berkaitan?

a)

Publisiti

b)

Pengiklanan

c)

Promosi jualan

d)

Jualan langsung

40.

Apakah skim bantuan yang disediakan oleh agensi tersebut?

a)

Skim Pembiayaan Mudah Jaya

b)

Skim Pembiayaan Kontrak-I

c)

Skim Pembiayaan Ekonomi Desa

d)

Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres

41.

Bagaimanakah rancangan perniagaan yang baik dapat meyakinkan pihak bank?

Pilih 2 jawapan.

a)

Kemampuan membayar hutang

b)

Jumlah pinjaman yang dimohon

c)

Jumlah deposit dalam akaun bank

d)

Kadar keuntungan yang diperolehi