wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Unit 7 Wahai Anak Remaja

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud perhubungan maya?

a)

Komunikasi dalam talian telefon yang disambungkan dengan Internet.

b)

Komunikasi dalam talian yang menggunakan peralatan yang disambungkan dengan Internet.

c)

Komunikasi secara bersemuka yang menggunakan peralatan seperti telefon atau komputer.

2.

Apakah maksud perhubungan bukan maya?

a)

Apabila haiwan berinteraksi secara bersemuka.

b)

Apabila manusia berinteraksi secara bersekaki.

c)

Apabila manusia berinteraksi secara bersemuka.

3.

Contoh aktiviti sihat dalam perhubungan maya ialah__________

a)

Membawang di Whatsapp

b)

Kelas atas talian menggunakan Google Meet_

c)

Mengutuk rakan di ruangan komen Instagram

4.

Apakah cabaran perhubungan maya?

a)

penipuan dan pergaduhan

b)

permusuhan dan penculikan

c)

penyamaran dan penipuan

5.

Aminah mendapati gambar yang dimuat naik olehnya telah disalahgunakan dan di'viral'kan (ditularkan). Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukannya?

a)

Memadam gambar asalnya

b)

Membalas dendam kepada orang yang menyalahgunakan gambarnya

c)

Melaporkan kepada pihak yang berkuasa

6.

Pilih 2 jawapan.

Antara berikut, apakah langkah terbaik ketika melayari internet?

a)

Berkongsi gambar privasi untuk tontonan umum termasuk orang yang tidak dikenali.

b)

Perlu menetapkan masa untuk melayari Internet.

c)

Mengelakkan daripada melayari Internet secara bersendirian atau di tempat tersembunyi.

d)

Bebas melayari pelbagai laman web.

7.

Pilih 3 etika yang baik dalam perhubungan maya.

a)

Menghantar gambar yang terlalu privasi atau menjolok mata.

b)

Menghantar surat untuk bertanyakan khabar kepada rakan melalui e-mail.

c)

Tidak mudah mempercayai orang yang dikenali dalam perhubungan maya

d)

Menggunakan kata-kata kesat ketika berbual bersama rakan.

e)

Mencari maklumat tambahan melalui internet untuk meningkatkan pemahaman dalam pelajaran.

8.

Berikut merupakan contoh akhlak terpuji, kecuali

a)

Saling menolong

b)

Jujur

c)

Sombong

d)

Baik hati

9.

Apakah contoh aktiviti sihat bukan maya ?

a)

Gotong royong

b)

Menghisap rokok

c)

Menonton filem sehingga lewat malam

10.

Apakah tindakan kamu jika mengetahui ada rakan sekelas yang sering menghabiskan masa dengan kenalan melalui hubungan maya?

a)

Tidak menghiraukan rakan itu

b)

Menghebohkan perbuatan rakan itu kepada semua orang

c)

Menasihati rakan itu agar lebihkan masa untuk fokus dengan pelajaran

d)

Mengikut jejak langkah rakan itu

11.

Sebagai anak mestilah ................. sebelum membuat sesuatu keputusan.

a)

meminta kebenaran daripada ibu bapa

b)

membuat keputusan sendiri

12.

Tandakan peranan anak remaja dalam kehidupan. (Jawapan boleh ditanda lebih daripada satu)

a)

Mematuhi peraturan

b)

Menjaga Kesihatan

c)

Menunjukkan Kemegahan Diri

d)

Berasa diri sudah besar

e)

Menjaga tingkah laku

13.

Sekiranya anda dipelawa oleh seseorang yang tidak dikenali untuk bertemu di sesuatu tempat, apakah yang akan anda lakukan? (Jawapan lebih daripada satu)

a)

Memberitahu ibu bapa

b)

Pergi seorang diri

c)

Membawa rakan/ahli keluarga bersama

d)

Mencari kawasan yang sunyi

14.

Sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga kurang berjaya dalam kehidupan, apakah tindakan anda? (Jawapan lebih daripada satu)

a)

Memarahinya

b)

Menasihatinya

c)

Memberikan hukuman

d)

Memberikan sokongan

15.

Antara yang berikut, manakah yang bukan dikategorikan sebagai remaja yang berwawasan?

a)

Suka mempersendakan rakan lain.

b)

Memberikan pandangan dan idea yang matang apabila diperlukan.

c)

Memberikan kerjasama dalam permintaan daripada ahli keluarga mahupun guru.

d)

Sentiasa bercita-cita untuk berjaya.