wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

subjek perniagaan bahagian-bahagian fungsian utama

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Rajah di atas menunjukkan bahagian fungsian utama bagi Kedai Runcit Hajah Minah.

Mengapakah bahagian-bahagian fungsian tersebut penting kepada Kedai Runcit Hajah Minah?

a)

Sebagai hala tuju perniagaan

b)

Untuk meminimumkan kos operasi

c)

Sebagai garis panduan kepada pekerja

d)

Untuk memaksimumkan untung perniagaan

2.

Pernyataan yang manakah merupakan peranan pengurusan pertengahan?

a)

Merangka polisi organisasi

b)

Menyelaraskan aktiviti bahagian masing-masing

c)

Memastikan tugas operasi dijalankan dengan lancar

d)

Merancang segala aktiviti untuk keseluruhan organisasi

3.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan pengurusan.


Encik Ahmad merupakan seorang penyelia akaun di sebuah syarikat. Beliau bertanggungjawab memasukkan data akaun.


Apakah tahap pengurusan Encik Ahmad?

a)

Pengurusan atasan

b)

Pengurusan pasukan

c)

Pengurusan bawahan

d)

Pengurusan pertengahan

4.

Gambar di atas menunjukkan suatu bahagian fungsian bagi Butik Alisa.

Apakah bahagian fungsian yang terlibat?

a)

Jualan

b)

Pemasaran

c)

Pengeluaran

d)

Pengurusan sumber manusia

5.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan pemasaran kepada organisasi perniagaan?

a)

Menjimatkan kos

b)

Meningkatkan kecekapan

c)

Meluaskan pasaran produk

d)

Meningkatkan kualiti produk

6.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan suatu bahagian fungsian.


Mengawal kecekapan penggunaan sumber

Mengawal kualiti produk dan perkhidmatan

Memastikan keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi


Apakah bahagian fungsian tersebut?

a)

Pemasaran

b)

Pengeluaran

c)

Pentadbiran

d)

Khidmat pelanggan

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan oleh suatu bahagian fungsian.

X mungkin sekali ialah bahagian fungsian ...

a)

pembelian

b)

pemasaran

c)

pengagihan

d)

pengeluaran

8.

Gambar di atas menunjukkan tugas-tugas yang dilaksanakan di suatu bahagian fungsian.

Mengapakah bahagian fungsian ini penting kepada sesebuah perniagaan?

a)

Melancarkan operasi perniagaan

b)

Menukarkan input kepada output

c)

Memberikan nasihat teknikal kepada pengguna

d)

Mengawal kualiti barangan yang dikeluarkan

9.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan bahagian fungsian.


Encik Izzuddin adalah pemilik XYZ Trading. Baru-baru ini XYZ Trading telah menerima pesanan sebanyak 500 unit Produk A.


Antara yang berikut, bahagian fungsian yang manakah perlu digerakkan bagi memastikan produk sampai ke tangan pelanggan?

a)

Pemasaran

b)

Pentadbiran

c)

Pengagihan

d)

Pengeluaran

10.

Pernyataan yang manakah benar tentang fungsi bahagian penyelidikan dan pembangunan?

a)

Menetapkan harga produk

b)

Memasarkan produk di pasaran

c)

Menambah baik produk yang sedia ada

d)

Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan

11.

Apakah peranan utama bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam perniagaan?

a)

Menyimpan dan melindungi semua maklumat organisasi

b)

Mengubah dan memindahkan data dengan cepat dan selamat

c)

Menyimpan dan memproses data dengan mudah dan serta merta

d)

Membolehkan maklumat digunakan untuk memaksimumkan produktiviti

12.

Pengantara teknologi maklumat dan komunikasi manakah yang memudahkan komunikasi dalaman?

a)

Internet

b)

Intranet

c)

e-dagang

d)

e-banking

13.

Pernyataan manakah yang merujuk kepada tujuan utama bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sesebuah organisasi perniagaan?

a)

Sentiasa menghasilkan produk baharu

b)

Mengubah suai produk sedia ada supaya lebih bermutu

c)

Menghasilkan produk yang mampu memuaskan keperluan masyarakat

d)

Membolehkan perniagaan menghasilkan produk yang sentiasa berdaya saing

14.

Bagaimanakah kawalan selepas dapat membantu sesebuah organisasi perniagaan yang menghasilkan barang industri?

a)

Menjamin permintaan untuk barang keluaran

b)

Dapat meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan

c)

Mengelakkan barang yang rosak sampai ke tangan pengguna

d)

Dapat membantu meningkatkan kepakaran pasukan pemasaran

15.

Rajah di atas berkaitan dengan proses pengeluaran.

Apakah X ?

a)

Proses kawalan

b)

Proses penilaian

c)

Proses transformasi

d)

Proses perancangan

16.

Antara yang berikut, manakah unsur input dalam proses pengeluaran?

(Pilih 2 jawapan)

a)

Buruh

b)

Teknologi

c)

Usahawan

d)

Barang siap

17.

Mengapakah aktiviti pemasaran penting bagi sesebuah organisasi perniagaan?

a)

Dapat mengagihkan barang ke pasaran

b)

Dapat memuaskan keperluan pengguna

c)

Dapat mencipta permintaan untuk keluaran

d)

Dapat memujuk pengguna membeli barang

18.

Produk adalah salah satu unsur penting dalam sesuatu campuran pemasaran.

Manakah yang merupakan ciri sesuatu produk?

a)

Kos

b)

Diskaun

c)

Publisiti

d)

Jaminan

19.

Gambar di atas menunjukkan sejenis keluaran.

Apakah jenis saluran agihan yang paling sesuai digunakan untuk mengagihkan keluaran di atas?

a)

Pengeluar -> Pemborong -> Peruncit -> Pengguna

b)

Pengeluar -> Pemborong -> Pengguna

c)

Pengeluar -> Ejen -> Pengguna

d)

Pengeluar -> Peruncit -> Pengguna

20.

Maklumat di bawah ini berkaitan Encik Azman.


Encik Azman mengusahakan labu sayong. Pesanan yang diterima adalah daripada pengguna dari seluruh dunia yang mengunjungi laman web beliau.


Apakah saluran agihan yang digunakan oleh Encik Azman untuk mengedarkan keluarannya?

a)

Pengeluar -> Pengguna

b)

Pengeluar -> Ejen -> Pengguna

c)

Pengeluar -> Ejen -> Peruncit -> Pengguna

d)

Pengeluar -> Pemborong -> Peruncit -> Pengguna