Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN/ULANGKAJI SEJARAH PT3

Total questions: 39

Worksheet time: 1hrs 18mins

Name
Class
Date
1.

Apakah gelaran ketua negeri bagi Negeri Sembilan?

a)

Raja

b)

Sultan

c)

Yang di-Pertua

d)

Yang di-Pertuan Besar

2.

______________ berperanan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara dalam kerajaan

a)

Raja

b)

Perdana Menteri

c)

Menteri Besar

d)

Ketua Menteri

3.

Selain Malaysia, terdapat beberapa negara lain di Asia yang masih mengekalkan institutsi raja. Antara yang berikut negara Asia manakah yang tidak mempunyai institutsi raja?

a)

Indonesia

b)

Arab Saudi

c)

Kemboja

d)

Brunei

4.

Kerajaan Melayu Awal yang menerima agama Islam ialah ______________ dan Kedah Tua.

a)

Sumatera Utara

b)

Terengganu

c)

Melaka

d)

Sarawak

5.

Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, agama Islam ialah Agama ________________

a)

Rasmi

b)

Persekutuan

c)

Utama

d)

Tidak rasmi

6.

Nilai tolong-menolong dan ziarah-menziarahi adalah antara nilai yang dituntut oleh Islam dalam perhubungan dengan ___________________

a)

alam sekitar

b)

masyarakat

c)

haiwan

d)

flora dan fauna

7.

Dari rumpun manakah Bahasa Melayu berasal?

a)

Oceania

b)

Austronesia

c)

Malaysia

d)

Indonesia

8.

Apakah cara untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?

a)

Digunakan apabila perlu sahaja

b)

Menggunakan bahasa Melayu semasa berada di luar negara

c)

Digunakan di bank-bank sahaja

d)

Melancarkan kempen bulan bahasa kebangsaan

9.

Pada tahun bilakah Portugis mula menjajah Melaka?

a)

1512

b)

1511

c)

1513

d)

1514

10.

Antara yang berikut yang manakah Negeri-negeri Melayu Bersekutu?

a)

Kedah

b)

Kelantan

c)

Terengganu

d)

Negeri Sembilan

11.

Semasa pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, jalan kereta api telah dibina dari Taiping ke

a)

Ipoh

b)

Batu Gajah

c)

Port Weld

d)

Seremban

12.

Apakah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan kuasa luar mengambil hasil bumi dan menjajah negara kita semula?

a)

Rakyat perlu bergaduh

b)

Mementingkan diri sendiri

c)

Memanfaatkan hasil bumi negara

d)

Meningkatkan pendapatan keluarga

13.

Pejuang tempatan bernama Dato' Maharaja Lela dikaitkan dengan negeri

a)

Johor

b)

Perak

c)

Selangor

d)

Pahang

14.

Penentangan terhadap British di Perak disebabkan oleh ____________

a)

kehilangan hak mengutip cukai

b)

pembinaan balai polis oleh British

c)

pembakaran kampung oleh British

d)

kehilangan kawasan pengaruh

15.

Penentangan terhadap British di Perak disebabkan oleh ____________

a)

kehilangan hak mengutip cukai

b)

pembinaan balai polis oleh British

c)

pembakaran kampung oleh British

d)

kehilangan kawasan pengaruh

16.

Tunku Antah telah dilantik menjadi Yamtuan __________________ pada tahun 1875

a)

Seri Menanti

b)

Sungai Ujong

c)

Terachi

d)

Jempol

17.

Apakah gelaran Tunku Abdul Rahman?

a)

Bapa Pemodenan

b)

Bapa Perpaduan

c)

Bapa Kemerdekaan

d)

Bapa Transformasi

18.

Berapa kali laungan kemerdekaan yang dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman?

a)

Empat

b)

Lima

c)

Enam

d)

Tujuh

19.

Berapa lamakah seseorang Yang di-Pertuan Agong memegang jawatan?

a)

5 tahun

b)

6 tahun

c)

7 tahun

d)

8 tahun

20.

Maklumat berikut berkaitan hierarki pemerintahan di Negeri-negeri Melayu

·

Sistem Kesukuan

·

Sistem Kesultanan

·

Sistem Ketua Bebas

Apakah kerajaan yang melaksanakan system pemerintahan tersebut?

a)

SABAH

b)

PAHANG

c)

SARAWAK

d)

TERENGGANU

21.

Orang Eropah memerlukan barangan mewah dari China.

Apakah barangan mewah tersebut?

I. TEH

II. EMAS

III. REMPAH

IV. TEMBIKAR

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan IV

d)

III dan IV

22.

Mengapakah berlaku pertikaian antara British dengan Belanda di Alam Melayu?

a)

Mengalami perang saudara di Eropah

b)

Menyaingi perebutan kawasan jajahan

c)

Menganggap masing-masing lebih kuat

d)

Mendakwa Singapura di bawah pengaruhnya

23.

Antara berikut, yang manakah merupakan syarat Perjanjian London 1824 terhadap British?

a)

Berundur dari Sumatera

b)

Mengiktiraf pelabuhan Singapura

c)

Menyerahkan Melaka kepada Belanda

d)

Membuka petempatan baharu di Johor

24.

Apakah strategi Perlis untuk mengelakkan gangguan kuasa lain?

a)

Pertahanan diperkukuhkan

b)

Dasar tutup pintu diteruskan

c)

Hubungan baik dengan Siam

d)

Pentadbiran pusat diperkenalkan

25.

Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor telah tubuhkan pada tahun 1885.

Mengapakah pasukan tersebut ditubuhkan?

I. Melindungi institusi diraja

II. Mengawal perairan negeri

III. Mengatasi masalah jenayah

IV. Menjaga keselamatan Sultan

a)

I DAN II

b)

I DAN IV

c)

II DAN IV

d)

III DAN IV

26.

Apakah asas pembentukan sistem kesukuan di Sarawak dan Sabah?

a)

Kepatuhan kepada adat

b)

Kesatuan mengikut kaum

c)

Kesetiaan pada pemimpin

d)

Ketaatan ada undang-undang

27.

Sultan Abdul Mumin telah menyerahkan Sungai Rajang kepada James Brooke dengan bayaran 4500 Dolar Sepanyol setahun.

Mengapakah baginda bertindak demikian?

a)

Mengelakkan penguasaan Barat di kawasan pemerintahannya

b)

Membanteras ancaman lanun yang berleluasa di Sarawak

c)

Membantu menghapuskan kebangkitan orang tempatan

d)

Mengekalkan kedudukannyu sebagai raja Sarawak

28.

Mengapakah British meninggalkan kawasan berikut pada bulan November 1805?

|||| Pulau Balambangan||||

a)

Serangan lanun

b)

Masalah kewangan

c)

Lokasi tidak strategik

d)

Pemberontakan penduduk

29.

Terusan Suez telah dibuka dan menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterrenian dan Suez di Laut Merah.

Apakah kesan yang dibawa oleh pembukaan Terusan Suez terhadap negara kita?

a)

Mutu hasil dagangan meningkat

b)

Kedatangan orang Barat merosot

c)

Perusahaan maritim diperkenalkan

d)

Urusan perdagangan bertambah cepat

30.

Apakah syarat yang ditetapkan oleh Sultan Abdullah ketika Francis Light ingin membuka penempatan di Pulau Pinang?

a)

SHTI menyerang Siam

b)

Pulau Pinang dimajukan

c)

Kedah diberi perlindungan

d)

Kedaulatan Pulau Pinang dipelihara

31.

Apakah persamaan negeri Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sebelum dibentuk menjadi Negeri-negeri Selat

a)

Pusat Keagamaan

b)

Pelabuhan perdagangan

c)

Pangkalan tentera British

d)

Pusat kebudayaan Alam Melayu

32.

Antara berikut, pilih DUA faktor tarikan Sungai Linggi sehingga mendapat perhatian pembesar-pembesar kerajaan Negeri Sembilan?

a)

Laluan perdagangan

b)

Sumber pungutan cukai

c)

Benteng pertahanan utama

d)

Lokasi kegiatan dagangan

33.

Apakah DUA kaedah yang digunakan oleh James Brooke untuk menguasai pemerintahan di Sarawak?

a)

Tipu muslihat

b)

Ketenteraan

c)

Rundingan

d)

Pajakan

34.

Apakah DUA faktor Syarikat Borneo Utara British (SBUB) ingin menguasai Sabah?

a)

Kedudukan stratergik

b)

Kebangkitan rakyat

c)

Tawaran pemerintah

d)

Kekayaan hasil negeri

35.

Siapakah Residen British Pertama di Perak?

a)

J.W.W. Birch

b)

Martin Lister

c)

J.G. Davidson

d)

William Jervouis

36.

Dialog berikut mungkin dituturkan ketika berlaku pertikaian antara British dengan Belanda mengenai Singapura.


Belanda : Singapura milik kami!

British : Tidak! Singapura milik kami!


Bagaimanakah perbalahan ini diselesaikan?

a)

Menubuhkan Negeri-negeri Selat

b)

Menandatangani Perjanjian Pangkor

c)

Menandatangani Perjanjian London, 1824

d)

Membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu

37.

Apakah peristiwa yang menjayakan campur tangan British di Selangor?

a)

Serangan rumah api di Tanjung Rachado

b)

Pergaduhan kongsi gelap cina

c)

Kemangkatan Raja Sulaiman

d)

Perang saudara di Klang

38.

Pilih kerajaan yang terawal di negara kita.

a)

JOHOR

b)

PERLIS

c)

KEDAH

d)

KELANTAN

39.

Mengapakah usaha British untuk menggabungkan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri Negeri Melayu Bersekutu gagal?

a)

Melibatkan kos yang besar

b)

Tercetusnya Perang Dunia Kedua

c)

Berlaku perubahan dasar di Britain

d)

Mendapat tentangan raja Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu