Font size
WorksheetsPengurusan Mental dan emosi Ting. 2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
_____________ merupakan keadaan wujudnya ketidaksesuaian antara situasi yang diinginkan dengan keadaan dan keseimbangan psikologi, biologi atau sistem sosial individu yang terlibat
KONFLIK
STRES
BIMBANG
Kemurungan ialah satu penyakit psikologi yg melibatkan masalah kesihatan....
Diri
Rohani
Mental
Jasmani
Teknik komunikasi berkesan dapat membantu mengurangkan______ yang dihadapi oleh remaja.
Tekanan
Risiko
Keyakinan
Semangat
Cara mengurus kesihatan mental dan emosi ialah...
Tidak bergaul dengan orang lain
Berpegang pada ajaran agama
Bersikap negatif
Tiada keyakinan diri
Pernyataan manakah BUKAN Cara menangani konflik?
Berbincang dengan ibu bapa, guru, sahabat karib atau kaunselor
Berbincang untuk menyelesaikan masalah
Tidak bersabar
Didik diri untuk sentiasa menerima hakikat terhadap sesuatu kejadian yang berlaku
Bersikap toleransi terhadap sesuatu isu
Berikut merupakan cara yang salah untuk menangani konflik dan stres kecuali
Antara berikut yang manakah Tindakan Negatif
Apakah maksud konflik?
Perselisihan atau pertentangan idea
Pergaduhan besar
Masalah dalaman
Konflik dan stres perlu diurus dengan bijak. Jika perlu, dapatkan bantuan daripada:
i. ahli keluarga
ii. guru kaunseling
iii. rakan
iv. musuh
i dan ii
i, ii dan iii
ii, iii dan iv
iii dan iv
Berikut ialah contoh keadaan stres yang dialami oleh seorang remaja kecuali
Dibuli oleh rakan sekelas
Remaja perempuan dipandang serong kerana bermain futsal
Gembira kerana mendapat tempat pertama dalam pertandingan melukis
Berbeza pendapat dengan ibu bapa
Sekiranya anda mengalami stres, apakah yang tidak patut anda lakukan?
Berehat dengan secukupnya
Melakukan aktiviti riadah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
Merujuk masalah kepada kaunselor, guru atau ibu bapa
Mengambil bahan terlarang seperti alkohol atau dadah
Pilih cara- cara yang betul untuk menangani konflik (jawapan boleh lebih daripada 1)
Banyakkan bersabar
Berbincang untuk menyelesaikan masalah
Melepaskan kemarahan kepada ahli keluarga
Bersikap toleransi terhadap sesuatu isu
Berikut merupakan Kesan konflik dan stres terhadap kesihatan diri KECUALI
Emosi menjadi tidak stabil dan tidak mampu menyelesaikan masalah
Kecewa serta cepat naik darah dan marah
Mudah risau walaupun terhadap perkara kecil dan sering berasa cemas.
Fokus terhadap pekerjaan yang dilakukan
Kepentingan pengurusan mental dan emosi adalah untuk,
suka-suka
tidak berpanjangan
menjadikan seseorang itu lebih positif
menambahkan masalah
Pilih cara mengurus dan mengawal kesihatan mental dan emosi...
Lalai dan tidak patuh ajaran agama
Kurang tidur dan tidak berselera makan
Sentiasa berfikiran negatif
Sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat
Anda mendapati rakan baharu yang berpindah ke sekolah anda sentiasa berdiam diri semasa berada di dalam kelas dan jarang bergaul dengan orang lain. Apakah tindakan yang anda boleh ambil bagi mengetahui masalah dirinya?
Bertegur sapa dengannya semata-mata
Membiarkan sahaja kerana itu adalah personaliti dirinya
Berhadapan dengannya dan mula menyoal siasat
Membantu dirinya dengan menghulurkan salam persahabatan terlebih dahulu
Donald kerap bersikap panas baran di sekolah, walaupun kesalahan yang dilakukan oleh rakannya hanya melibatkan perkara kecil sahaja. Pada pendapat anda, bagaimana cara untuk membantu Donald mengurangkan sikapnya ini?
Mengasingkan diri daripadanya agar anda tidak dimarah seperti rakan lain
Menyebarkan berita mengenai sikapnya yang panas baran itu supaya orang lain boleh menjaga diri masing - masing
Meminta nasihat dan bantuan daripada guru kaunseling dan guru disiplin
Memarahinya kembali
Anda mendapati terdapat garisan halus umpama bekas dihiris pada pergelangan tangan rakan anda. Sebagai seorang rakan yang prihatin, apa yang patut anda lakukan?
Memberitahu kepada guru kelas anda mengenainya
Menghiris tangan sama seperti yang dilakukan rakan anda
Memaksa rakan anda menceritakan kejadian itu
Memilih untuk membiarkan sahaja kerana dia memang sukakan perhatian
Thor adalah seorang atlet rumah sukan yang aktif dan sentiasa bersikap ceria di sekolah. Pada suatu hari, anda mendapat tahu bahawa dia ingin lari dari rumahnya kerana dirinya stress dan menceritakan niatnya kepada anda.
Apakah jalan penyelesaian yang kamu boleh cadangkan kepada Thor?
Mencadangkan agar dia tinggal di rumah kamu
Membantu dirinya lari daripada rumah dengan memberikan sedikit wang
Menyarankan dirinya agar menceritakan masalah kepada guru kaunseling
Menasihati dirnya ala kadar kerana kamu tahu dia hanya meluahkan rasa sahaja
Sekiranya anda sudah mencuba pelbagai cara untuk menangani stres tetapi anda masih lagi merasa stres, apa yang harus anda lakukan?
Menonton tv
Mendengar muzik
Berjumpa dengan pakar
Tidur
