NEW
Font size
WorksheetsSMKBBBK: CERPEN GERHANA MANUSIA
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
Berikut kenyataan benar tentang Nusia, kecuali ................
Seorang jururawat yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi.
Dia seorang yang akur akan perintah ketua.
Watak utama dalam Cerpen Gerhana Matahari.
Seorang yang kurang prihatin dan bertanggungjawab.
Berikut keperibadian tentang Nusia kecuali......................
penyayang
bertanggungjawab
berhati mulia
kering hati
Apakah bukti menunjukkan Nusia seorang yang sangat bersimpati.
sayu hati melihat keadaan Tuan Besar Musa.
Menitiskan air mati melihat penderitaan yang dialami oleh Solehah.
simpati dengan kesungguhan Prof. Doktor Juaidi merawat semua pesakit.
simpati dengan nasib Doktor Murni dipaksa meletakkan jawatan.
Siapakah Doktor Murni?
Seorang pegawai perubatan muda di sebuah hospital.
Bertugas merawat pesakit di wad pembedahan dan sakit puan.
Meletakkan jawatan kerana kenaikan pangkat.
Terlalu emosional ketika merawat pesakit.
Berikut tepat tentang Profesor Doktor Juaidi, kecuali.........
seorang pegawai perubatan senior di hospital.
Ketua jabatan kepada Doktor Murni dan Nusia
dia bertolak ansur dan tidak pentingkan ganjaran material
dia seorang yang bijak dalam menyelesaikan masalah
Apakah bahan yang diminta oleh Prof. Doktor Juaidi kepada Nusia agar dapat menggantikan darah tulen untuk dimasukkan ke dalam tubuh Solehah?
gelafundin
gelatin
morfin
dadah
Apakah bukti/contoh persoalan mengutamakan nilai kemanusiaan dalam menjalankan tugas?
Profesor Doktor Juaidi lebih fokus kepada Tuan Besar Musa kerana mengenang jasanya.
Nusia sangat takut dan terlalu akur dengan perintah ketuanya.
Doktor Murni sangat prihatin dan sanggup menderma darah.
Doktor Murni mahu pesakit yang kritikal mendapat rawatan segera bukan hanya tertumpu pada Tuan Besar Musa yang peluang hidupnya amat tipis.
Berikan bukti/contoh persoalan kehidupan disaluti dosa namun masih mengamalkan sikap pemurah.
Kehidupan Tuan Besar Musa bergelumang dengan dosa dan maksiat tetapi banyak menyumbang kepada kelab elit dan jamuan makan.
Profesor Doktor Juaidi sangat mewah kehidupannya tetapi banyak melakukan dosa.
Doktor Murni masih muda walau kedekut namun banyak menyumbang darah.
Nusia sangat rapat dengan Tuan Besar Musa namun sangat prihatin dengan nasib pesakit.
Berikan contoh/bukti persoalan kesanggupan menghadapi risiko demi menyelamatkan nyawa pesakit.
Doktor Murni sanggup memanfaatkan sisa darah yang tinggal di hospital untuk menyelamatkan nyawa pesakit lain di Unit Rawatan Rapi.
Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan untuk bekerja di hospital lain.
Profesor Doktor Juaidi sanggup menggunakan berbotol-botol darah untuk menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa.
Mengapakah Profesor Doktor Juaidi bersungguh-sungguh hendak menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa?
....kerana Tuan Besar Musa banyak menyumbang dana kepada Kelab Elit dan menaja makan malam tahunan mereka.
---kerana Tuan Besar Musa seorang prihatin, dermawan dan kakitangan hospital.
...kerana Tuan Besar Muda seorang kaya dan perlu diselamatkan nyawanya.
...kerana Tuan Besar Musa empunya hospital.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang patut dilakukan untuk menggalakkan orang ramai supaya menderma darah? Jawapan yang tidak tepat ialah.....
memperhebat kempen kesedaran tentang kepentingan menderma darah.
memberikan keistimewaan rawatan kesihatan kepada penderma darah.
menghargai dan melayan baik para penderma darah.
salah satu cara untuk menguruskan badan.
Jelaskan satu nilai murni yang terdapat dalam cerpen Gerhana Manusia.
Nilai murni baik hati. Contohnya aku dan Doktor Murni sangat baik hati dan bersimpati terhadap pesakit yang memerlukan darah.
Nilai murni kasih sayang. Buktinya Profesor Doktor Juaidi sanggup menderma darah demi sayang pada Tuan Besar Musa.
Nilai murni pemurah. Buktinya Tuan Besar Musa sanggup menderma semua hartanya kepada hospital.
Berikut etika-etika yang seharusnya anda amalkan sekiranya menjadi seorang dokor perubatan ketika merawat pesakit, kecuali .........
tidak bersikap pilih kasih ketika merawat pesakitnya.
menjaga adab sopan dan tutur kata ketika merawat pesakitnya.
sentiasa memberi semangat agar pesakitnya tidak berputus asa.
lebih memberi tumpuan kepada pesakit yang ada harapan untuk hidup sahaja.
Berpandukan cerpen Gerhana Manusia berikan contoh latar masyarakat yang mementingkan ganjaran material.
Profesor Doktor Juaidi berusaha menyelamatkan Tuan Besar Musa kerana beliau penyumbang dana kepada kelab elit serta penaja makan malam tahunan mereka.
Doktor Murni meletakkan jawatan kerana mencari peluang lain yang lebih tinggi gajinya.
Nusia terlalu patuh kepada arahan ketua demi menjaga periuk nasinya.
Tuan Besar Musa sentiasa menjaga hubungan baik dengan pihak hospital bagi mendapat ganjaran pada masa akan datang.
Berdasarkan cerpen Gerhana Matahari, berikan bukti tentang latar masyarakat yang berhati mulia dan murah hati.
Profesor Doktor Juaidi sanggup bekerja keras menyelamatkan nyawa pesakit .
Doktor Murni seorang yang sangat prihatian dan suka membantu pesakit dalam kesusahan.
Tuan Besar Musa seorang dermawan dan suka menyumbang dana kepada pihak hospital.
Nusia dan Doktor Murni bersama-sama ke bank darah untuk menderma darah bagi kegunaan pesakit di hospital itu.
Apakah tema cerpen Gerhana Manusia?
Sikap mementingkan diri sendiri hingga nyawa orang lain terkorban.
Sikap mementingkan ganjaran sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan.
Sikap mementingkan hak orang lain hingga hak sendiri terabai.
Sikap mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan kebajian keluarga sendiri.
Persoalan tentang keberanian membuat keputusan.
Contohnya Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan sebagai doktor daripada melakukan ketidakadilan terhadap orang lain.
Tamsilnya, Doktor Murni sanggup menderma darah bagi menyelamatkan nyawa pesakit lain.
Buktinya Nusia sanggup mengikut Doktor Murni ke Bank Darah untuk menderma darah.
Analoginya Profesor Doktor Juaidi sanggup memasukkan berbotol-botol darah ke dalam tubuh Tuan Besar Musa.
Kita haruslah prihatin terhadap nasib orang yang dalam kesusahan.
Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu mereka mengambil satu pek darah daripada bank darah.
Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu mereka mengambil sepuluh pek darah daripada bank darah.
Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu mereka mengambil tiga pek darah daripada bank darah.
Apakah gaya bahasa yang digunakan bagi ayat di bawah.
cupingnya diusapi suara lembut Doktor Murni,
renungan mata Doktor Murni menikam anak mataku.
repetisi
personifikasi
anafora
metafora
"Doktor Murni, semalam 50 pek darah masuk ke tubuhnya, 50 pek darah juga yang keluar."
Apakah gaya bahasa yang digunakan?
Sinkope
Repitisi
Hiperbola
Anafora
