Font size
WorksheetsTINGKATAN 4 : PENYAKIT TALASEMIA
Total questions: 15
Worksheet time: 30mins
Apakah maksud Talasemia?
Penyakit kronik disebabkan oleh serangan terhadap jantung secara mendadak dan berterusan.
Penyakit genetik yang melibatkan ketidaknormalan hemoglobin (hemoglobin disorder) secara genetik iaitu anak mendapat gen talasemia daripada ibu-bapa.
Penyakit genetik yang melibatkan ketidaknormalan bentuk tulang secara genetik melalui ibu bapa
Penyakit yang disebabkan oleh kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik akan pemakanan tidak seimbang.
Berapakah jumlah anggaran rakyat Malaysia yang membawa penyakit talasemia menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (2012)?
1 nisbah 20
1 nisbah 30
1 nisbah 40
1 nisbah 10
Talasemia Minor - Ibu-bapa yang mempunyai gen talasemia tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda sebagai pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak.
BETUL
SALAH
Talasemia Intermedia - kedua-dua ibu bapa yan mempunyai gen talasemia sepenuhnya kemungkinan melahirkan bayi berpenyakit talasemia.
BETUL
SALAH
Antara berikut yang manakah bukan tanda-tanda penyakit talasemia?
Pertumbuhan perlahan dan terbantut
Kekejangan otot
Jaundis
Kecacatan tulang muka
Manakah antara berikut BUKAN kesan Talasemia kepada keluarga?
Peruntukan kewangan untuk perbelanjaan kos perubatan
Pemindahan sum-sum tulang
Tekanan dan gangguan emosi
Keluarga berpecah belah
Apakah bahagian darah yang bertanggungjawab untuk membawa oksigen dan karbon dioksida ke sel-sel badan?
Sel darah merah
Sel darah putih
Platelet
Plasma
Apakah kesan talasemia kepada diri?
Rawatan sepanjang hayat
Semua yang tersenarai
Pemindahan darah setiap bulan
Membawa kepada kematian
Langkah awal pencegahan talasemia adalah ...........
menjalani Ujian Saringan Awal Talasemia sebelum berkahwin.
mengambil zat besi dengan banyak.
menjalankan transfusi darah setiap hari
menjalani pembedahan pemindahan sumsum tulang.
Adalah penting untuk melakukan pengesanan awal dan rawatan penyakit talasemia untuk sebab-sebab berikut:
mencegah talasemia daripada terus menular.
mengelakkan kos perubatan yang tinggi.
mengelakkan perkahwinan antara pembawa talasemia.
mengurangkan permintaan bekalan darah.
Ketidaknormalan sel darah merah penghidap talasemia adalah digambarkan seperti dalam gambar ini:
Terdapat dua jenis talasemia iaitu .............
pembawa gen talasemia (talasemia minor)
pembawa gen talasemia (talasemia akut)
pesakit talasemia (talasemia major)
pesakit talasemia (talasemia kronik)
Antara makanan yang tinggi zat besi ialah .............
kuning telur
kekacang
sayuran hijau berdaun
organ dalaman haiwan
Apakah nama protien apabila berkurangan dalam hemoglobin boleh menyebabkan penyakit talasemia?
Alpha-globin & Beta-globin
Alpha-globin & Theta-globin
Beta-globin & Delta-globin
Theta-globin & Delta-globin
Apakah yang dimaksudkan dengan penyakit anemia?
Sel darah merah yang berlebihan dan meyebabkan pengidap berasa cepat lesu.
Kekurangan sel darah putih dan menyebabkan hilang keupayaan melawan penyakit.
Kekurangan sel darah merah atau hemoglobin dan menyebabkan penghidapnya berasa lemah.
Ketidakstabilan platlet yang menyebabkan luka lambat sembuh.
