wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Sem. 3

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Fatma : Lambat kau sampai hari ni Shim!

Hashim : Haah, jalan sesak. Lampu isyarat rosak.

Akmal : Nasib baik aku tak ikut jalan itu, selamatlah aku.

Ikram : Lambat sikit sampai pejabat tidak mengapa. Ketua jabatan kita faham.


Dialog siapakah yang mengandungi penanda wacana leksikal kata berkolokasi?

a)

A Fatma dan Hashim

b)

B Fatma dan Akmal

c)

C Hashim dan Ikram

d)

D Akmal dan Ikram

2.

Soalan 2-3 berdasarkan petikan di bawah ini.


Dia berusaha keras untuk berjaya dalam kerjayanya. Begitupun, setelah sedekad berlalu dia masih belum berhasil memperoleh apa yang diimpikannya itu. Akhirnya , setelah hampir dua puluh tahun, barulah cita-citanya tercapai.


Penanda wacana penghubung yang terdapat dalam petikan di atas ialah penanda penghubung

a)

A tambahan dan tempoh

b)

B musabab dan kesimpulan

c)

C tambahan dan kesimpulan

d)

D tentangan dan tempoh

3.

Dia berusaha keras untuk berjaya dalam kerjayanya. Begitupun, setelah sedekad berlalu dia masih belum berhasil memperoleh apa yang diimpikannya itu. Akhirnya , setelah hampir dua puluh tahun, barulah cita-citanya tercapai.


Selain penanda wacana penghubung, petikan di atas juga mengandungi penanda wacana leksikal

a)

A kata berkolokasi

b)

B kata berhiponim

c)

C kata yang serupa

d)

D kata bersinonim

4.

Pembantu rumah jiran saya pulang ke negara asalnya setiap hujung tahun.


Untuk membentuk sebuah wacana yang memperlihatkan kesinambungan idea dari segi sebab dan tujuan, ayat yang manakah yang sesuai mengikuti ayat di atas?

a)

A Segala perbelanjaan untuk pulang ditanggung oleh majikannya.

b)

B Pembantunya itu selalu merindui ahli keluarga yang ditinggalkannya.

c)

C Dia menziarahi ayah ibu serta neneknya yang sering sakit di kampung.

d)

D Memang demikian perjanjiannya dengan majikannya itu selama ini.

5.

Wacana yang manakah yang ideanya menunjukkan kesinambungan aditif?

a)

A Banjir kilat kerap berlaku di bandar-bandar besar. Longkang dan saliran yang tidak terurus dikenal pasti menjadi puncanya.

b)

B Peluang pekerjaan pada masa ini adak terhad. Ramai siswazah dalam pelbagai bidang kini menganggur.

c)

C Fenomena El-Nino boleh mendatangkan kesan buruk kepada banyak negara. Biasanya, fenomena ini terjadi dalam tempoh 6 hingga 8 tahun sekali.

d)

D Penurunan harga petroleum amat banyak manfaatnya kepada orang ramai. Orang ramai dapat menikmati penurunan kadar tambang dan harga sesetengah barang.

6.

- Penulisan bertujuan untuk mengemukakan gagasan

- Gagasan disertai alasan atau bukti atau contoh

- Sokongan yang diberikan lojik dan meyakinkan


Ciri-ciri di atas menepati retorik

a)

A penghujahan

b)

B pemujukan

c)

C pendedahan

d)

D pemerian

7.

I Dasar Kebudayaan Kebangsaan dirangka untuk membentuk suatu budaya yang dapat memperlihatkan jati diri rakyat sesebuah negara. Lazimnya, dasar ini berasaskan budaya tempatan negara yang berkenaan.


II Bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang dikenali sebagai KLIA yang dibina dengan belanja hampir RM2.0 bilion itu amat besar dan cantik.


III Kerajaan telah sekian lama memajukan sektor industri berat dengan sungguh-sungguh. Industri berat merupakan sektor industri yang berteknologi tinggi, memerlukan modal yang besar dan melakukan pengeluaran secara besar-besaran.


IV Orangnya tinggi, tampan, dan kacak. Rambutnya hitam bersisir rapi. Kulitnya sawo matang seperti orang Melayu. Tutur katanya teratur dan sopan sekali.


Contoh retorik pendedahan ialah teks

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV

8.

Wanita itu diserang strok. Dia terlantar di hospital sejak beberapa minggu yang lalu dan telah diziarahi oleh ramai ahli keluarga. Dia tidak sedarkan diri dan masih memerlukan bantuan mesin penyokong hayat.


Petikan di atas menepati retorik


I pendedahan

II pemerian

III penceritaan

IV pemujukan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

9.

Yang manakah contoh dialek daerah?


I Tak po, ambo koci molek doh kuto tu!

II Aiyaa, ini ikan manyak sidap lo!

III Lu yangan mikin gua pining.

IV Depa tu memang tak mau habaq!

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

10.

- Tidak terikat kepada ciri kegramatisan

- Wujud kerana perbezaan penggunaan

- Ada kosa katanya tiada dalam bahasa baku

- Perbezaan ketara dari segi sebutan


Ciri-ciri di atas merujuk kepada

a)

A slanga

b)

B bahasa pasar

c)

C bahasa basahan

d)

D dialek geografi

11.

Antara yang berikut, yang manakah ayat yang menunjukkan penggunaan bahasa tidak formal?


I Kenapa dia bising sangat-sangat?

II Lelaki hidung belang itu selalu mengenyit mata.

III Bila senang-senang datanglah ke sini.

IV Dia sekarang sedang mengandung.

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV

12.

- Mementingkan keharmonian emosi

- Menggunakan kata singkatan

- Menggunakan ganti nama diri tidak formal


Ciri-ciri di atas menepati bahasa

a)

A pasar

b)

B mesra

c)

C dialek

d)

D slanga

13.

Laras bahasa ialah


I bentuk penggunaan bahasa yang berkesan

II variasi bahasa yang digunakan mengikut situasi

III ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidangnya

IV penggunaan bahasa yang mementingkan kesinambungan idea

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

14.

Aspek yang manakan yang tidak menimbulkan laras bahasa yang berbeza?

a)

A Lokasi kediaman

b)

B Hubungan sosial

c)

C Perkara yang diperkatakan

d)

D Fungsi sosial lakuan bahasa

15.

Yang manakah laras bahasa yang mementingkan kreativiti penggunaan bahasa dan kesan emosi terhadap khalayak?


I Laras resipi

II Laras sukan

III Laras agama

IV Laras iklan

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV

16.

- Ayah mengurut kaki adik yang sakit itu.

- Ibu memerlukan sebuah rak yang panjangnya dua kaki.

- Dia membetulkan kaki mejanya yang patah.


Kata kaki dalam ayat di atas ialah


I hiponim

II sinonim

III homonim

IV polisemi

a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV

17.

Frasa yang berikut mempunyai makna denotatif dan konotatif, kecuali

a)

A singa betina

b)

B ikan bilis

c)

C periuk belanga

d)

D lampu hijau

18.

Naik seperti semut, turun seperti ribut


Peribahasa di atas membawa maksud

a)

A keadaan berbahaya dan tiada jalan keluar

b)

B keadaan keluh-kesah kerana berada dalam kesusahan

c)

C melakukan perbuatan yang sia-sia dan susah tiada manfaatnya

d)

D untuk memperoleh kejayaan memang lambat tetapi untuk gagal mudah sekali

19.

Siapakah yang rujukan kehormatnya ialah Yang Amat Berhormat?

a)

A Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

b)

B Senator atau Ahli Dewan Negara

c)

C Timbalan Ketua Menteri

d)

D Speaker Dewan Rakyat

20.

Faktor yang manakah yang menentukan kesantunan berbahasa?


I Fokus perbualan atau tajuk sesuatu diskusi

II Status peserta dalam sesuatu komunikasi

III Latar atau suasana sesuatu interaksi

IV Tahap penguasaan bahasa peserta

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV