wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latih Tubi Tatabahasa 7

Total questions: 24

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

______ radio itu amat petah berceloteh untuk menghiburkan pendengar sambil menyampaikan maklumat tentang isu semasa.

a)

Jurubahasa

b)

Juruacara

c)

Jurucakap

d)

Juruhebah

2.

Puan Fatimah ______ udang-udang geragaunya di bawah terik matahari sehingga kering untuk dibuat belacan.

a)

menampi

b)

menghidang

c)

menjemur

d)

mencuci

3.

Puan Airina berasa _______ apabila melihat dua orang penunggang motosikal yang lalu-lalang di hadapan kedainya sejak beberapa hari yang lalu.

a)

curiga

b)

malu

c)

ceria

d)

keliru

4.

"_______, cantiknya hiasan di dalam bilik ini!" puji kawan-kawan Syahidah.

a)

Hei

b)

Eh

c)

Amboi

d)

Syabas

5.

Cikgu Murni meminta Jessica beratur di barisan paling ______ kerana dia tertinggi di dalam kelasnya.

a)

tepi

b)

belakang

c)

hujung

d)

depan

6.

Sufi berasa kasihan apabila melihat tangan orang tua itu ______ semasa menyuap makanan.

a)

terketar-ketar

b)

tercungap-cungap

c)

terhuyung-hayang

d)

bergoyang-goyang

7.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Kereta itu terbabas lalu dilanggar seekor lembu.

b)

Cili sos initidak boleh dimakan kerana tarikh luputnya telah berlalu.

c)

Mereka akan datang ke sini bila?

d)

Baju yang berwarna ungu itu mahal harganya.

8.

Betulkan kesalahan perkataan yang bergaris dalam ayat berikut:


Air sungai itu mengalir kencang.

a)

kuat

b)

deras

c)

laju

d)

cepat

9.

Betulkan kesalahan perkataan yang bergaris dalam ayat berikut:


Ayah meletakkan tali ampaian yang telah kendur.

a)

menaikkan

b)

mengendurkan

c)

menjulang

d)

membetulkan

10.

Betulkan kesalahan perkataan yang bergaris dalam ayat berikut:


Jelingan adik sangat parah.

a)

tawar

b)

manis

c)

tajam

d)

serong

11.

Betulkan kesalahan perkataan yang bergaris dalam ayat berikut:


Beberapa pucuk tembakan kedengaran semasa adegan kejar-mengejar itu.

a)

das

b)

buah

c)

butir

d)

laras

12.

Para pengunjung dapat melihat banyak kelawar berada di dinding ______ itu.

a)

tasik

b)

gua

c)

perigi

d)

kolam

13.

Ibu segera mengangkat pakaian di ______ apabila langit kelihatan gelap.

a)

bengkel

b)

garaj

c)

ampaian

d)

loteng

14.

Mekanik itu sedang ______ kereta Encik Rizal yang rosak akibat kemalangan.

a)

merawat

b)

menyembuhkan

c)

membaiki

d)

mencuci

15.

Penjaga gol itu berjaya ______ bola yang ditendang oleh pemain pasukan lawan.

a)

menangkap

b)

merangkul

c)

menyumbat

d)

menggenggam

16.

Prakash bangun lalu ______ kepalanya apabila guru bertanya soalan kepadanya.

a)

mencakar

b)

menguis

c)

mengelap

d)

menggaru

17.

Murid-murid _______ membeli makanan yang dijual di luar kawasan sekolah.

a)

didenda

b)

ditegah

c)

diusir

d)

disekat

18.

Buah limau yang sudah siap ______ itu dimasukkan oleh ibu ke dalam peti sejuk.

a)

dikupas

b)

dikopek

c)

disagat

d)

dilapah

19.

Suasana di ibu kota kelihatan sungguh ______ semasa perintah kawalan pergerakan diadakan kerana orang ramai diminta untuk berada di rumah bagi mengelak penularan virus covid-19.

a)

lengang

b)

seram

c)

kabur

d)

diam

20.

Hakimi ______ tidak dapat hadir ke sekolah kerana kakinya masih sakit.

a)

akan

b)

mungkin

c)

mesti

d)

hendak

21.

Adik menangis ______ apabila mengetahui kucing kesayangannya mati dilanggar kereta.

a)

terbahak-bahak

b)

tersedu-sedan

c)

terhuyung-hayang

d)

lintang-pukang

22.

Agar-agar yang dihidangkan sebagai _______ itu sangat manis rasanya.

a)

pencuci mulut

b)

buah tangan

c)

buah mulut

d)

pemanis kata

23.

Encik Fadil mengadakan sesi ________ untuk memilih calon yang sesuai bagi jawatan setiausaha.

a)

temu ramah

b)

temu bual

c)

temu duga

d)

temu janji

24.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Pelbagai kuih-muih dijual di pasar pagi itu.

b)

Masalah jenayah di ibu kota semakin dibimbangkan.

c)

Sudahkah kamu menyiapkan projek Bahasa Melayu?

d)

Cuaca pada hari ini sangat terik.