WorksheetsKESALAHAN BAHASA
Total questions: 35
Worksheet time: 15mins
Cari kesalahan tatabahasa dalam ayat di bawah dan tulis kesalahan tatabahasa tersebut.
Kebanyakan pengguna-pengguna lebuh raya tidak mematuhi had laju yang ditetapkan.
(a)
Cari kesalahan tatabahasa dalam ayat di bawah dan tulis kesalahan tatabahasa tersebut.
Semua anggota pertubuhan itu bersetuju untuk membincangkan agenda lain-lain hal dalam mesyuarat itu.
(a)
Cari kesalahan tatabahasa dalam ayat di bawah dan tulis kesalahan tatabahasa tersebut.
Rumah-rumah yang cantik-cantik itu sudah habis dijual.
(a)
Cari kesalahan tatabahasa dalam ayat di bawah dan tulis kesalahan tatabahasa tersebut.
Dia menaiki mini bas ke tempat kerja.
(a)
Pilih jawapan yang betul
Pak Leman menghalau anak itik-anak itik yang berada di atas tangga rumahnya.
anak itik-anak itik - itik
anak itik-anak itik - anak itik
anak itik - anak itik - anak itik-itik
anak itik-anak itik - anak-anak itik
Pilih jawapan yang betul.
Pak Abu mengalami kerugian yang besar apabila kandang ayamnya musnah dalam kebakaran.
kandang ayam - kandang ayam Pak Abu
kandang - reban
menghadapi kerugian - menghadapi kesusahan
Pak Abu mengalami - Pak Abu berhadapan
Pilih jawapan yang betul
Tahap kesedaran tentang penjagaan kesihatan semakin meninggi dalam kalangan masyarakat
Tiada kesalahan
semakin meninggi - makin meninggi
dalam kalangan - di kalangan
meninggi - meningkat
Pilih jawapan yang betul
Penduduk Kampung Seraya bergotong-royong bagi membaiki jambatan yang jatuh akibat banjir.
bergotong-royong - gotong royong
jatuh - roboh
membaiki jambatan - memperbetul jambatan
Tiada kesalahan
Pilih jawapan yang betul.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor bertitah kepada semua pihak agar tampil untuk membantu mangsa banjir dengan segera.
Sultan Johor - Sultan Pahang
agar tampil - agar bersama
semua pihak - semua-semua pihak
Tiada kesalahan
Pilih jawapan yang betul.
Hadif gugup ketika mahu menyerahkan surat amaran berkaitan kes ponteng sekolah yang dikirim oleh guru kelas pada ibunya.
Hadif gugup - hadif cemas
pada - kepada
dikirim oleh guru kelas - guru kelas kirim
tiada kesalahan
Pilih jawapan yang betul.
Kompleks membeli-belah bebas cukai sering menjadi tumpuan pelancong asing ketika melawat negara kita.
membeli-belah - beli-belah
Kompleks - komplek
pelancong asing - pelancong
Tiada kesalahan
Pilih jawapan yang betul.
"Wah, cantiknya pemandangan sawah padi di sana!" kata Nabil yang teruja akan keindahan kampung ibunya.
di sana - di sini
Wah - Aduh
teruja - terkesima
Tiada kesalahan
Pilih jawapan yang betul.
Para murid-murid Tingkatan Dua Bukhari didenda oleh Cikgu Rahimah kerana tidak menyiapkan latihan Bahasa Melayu.
Para murid-murid - para murid-para murid
Para murid-murid - murid
Para murid-murid - Murid-murid
Tiada kesalahan
Pilih jawapan yang betul.
"Beta mahu Datuk Laksamana datang menghadap pada petang ini," titah Sultan Mansor.
Beta - Patik
Tiada kesalahan
menghadap - berjumpa
titah - kata
Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahi ke bandar yang berhampiran.
berkhidmat
pedalaman
dipindahi
Tiada Kesalahan
Beraneka jenis kuih-muih tradisional Melayu dihidangkan oleh Puan roslinda kepada tetamu yang berkunjung ke rumah baharunya.
kuih-muih
tetamu
baharunya
Tiada Kesalahan
Pesawat daripada Alor Setar telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6:00 petang .
daripada
di
pada
Tiada Kesalahan
Atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan lancarnya kerana halangan angin yang bertiupkncang dari arah bertentangan.
tersohor
lancarnya
kencang
Tiada Kesalahan
Baginda telah berkenan untuk mencemar duli bagi menyempurnakan majlis pertandingan berbalas pantun itu.
berkenan
mencemar
menyempurnakan
Tiada Kesalahan
Saban hari , media massa sama ada media cetak ataupun media eletronik sering menguar-uarkan masalah gejala sosial di dalam kalangan remaja.
sama ada
ataupun
di dalam
Tiada Kesalahan
Kak Long sanggup berhenti kerja demi untuk menjalankan projek cili fertigasi.
berhenti kerja untuk
henti kerja demi untuk
diberhentikan kerja demi untuk
Tiada Kesalahan
"Apakah nama pengawal keselamatan yang bertugas pada hari ini?" tanya Encik Murad.
Siapakah nama
Berapakah nama
Bagaimanakah nama
Tiada Kesalahan
Ayah menghadiahkan ibu seutas jam tangan.
Ayah hadiah ibu
Ayah menghadiah ibu
Ayah menghadiahi ibu
Tiada kesalahan
Qayuni menangis teresak-esak apabila mengetahui semua barang-barang mainannya tertinggal di kampung.
semua barang mainannya
semua barang mainan-mainannya
kesemua barang-barang mainannya
Tiada Kesalahan
Kami berharap agar kerusi roda yang disumbangkan oleh kami kepada pesakit itu dapat meringankan bebannya.
kami menyumbang
disumbangkan kami
kami sumbangkan
Tiada Kesalahan
