wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

REKABENTUK FESYEN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Piih dua jenis rekabentuk fesyen

a)

Langsir

b)

Pakaian

c)

Aksesori

d)

Kelengkapan alatan

2.

Manakah antara berikut takrifan pada pakaian

a)

Selimut digunakan untuk menutup seluruh badan ketika tidur

b)

Baju sejuk yang dipakai pada masa tertentu seperti ketika musim sejuk

c)

Kain yang digunakan untuk menutup seluruh badan

d)

Penutup kepada badan dan anggota badan seperti tangan, kaki dan kepala

3.

Manakah antara berikut takrifan pada aksesori

a)

Perhiasan yang dipakai oleh individu pada bahagian kaki

b)

Peralatan kecantikan yang digunakan oleh individu semasa majlis tertentu seperti perayaan

c)

Benda yang dipakai oleh individu sebagai perhiasan atau tambahan kepada pakaian

d)

Barang kemas yang dipakai oleh individu supaya kelihatan anggun dan bergaya

4.

Apakah fungsi mesin jahit

a)

menjahit jahitan lurus dan cantuman fabrik

b)

mendraf pola jahitan

c)

menjahit hiasan sulaman

d)

menjahit jahitan tangan

5.

Pilih maksud reka bentuk fesyen yang betul

a)

Rekabentuk fesyen adalah merujuk kepada gaya atau stail yang mengikut peredaran masa dan trend terkini

b)

rekabentuk fesyen ialah menterjemah idea kepada suatu produk yang lebih kreatif

c)

rekabentuk fesyen ialah seni atau proses mereka bentuk dan mencipta produk atau fesyen kepada pengguna.

d)

Penyusunan bahan secara terancang untuk membuat suatu fesyen

6.

Apakah kegunaan alatan ini?

a)

digunakan untuk melukis pola sebelum menjahit

b)

digunakan untuk menanda garis pemadan dan memindahkan garis tanda pola pada fabrik.

c)

digunakan untuk menanda garisan putus-putus

d)

digunakan untuk menyemat pola pada fabrik dan menetapkan kepingan fabrik sebelum menjahit

7.

apakah perbezaan diantara lakaran 2D dan 3D?

a)

lakaran 2D merupakan lakarann yang senang dilukis berpanding lakaran 3D

b)

lakaran 3D memerlukan kepakaran yang tinggi berbanding lakaran 2D

c)

lakaran 2D hanya untuk tatapan umum manakala 3D untuk dalaman sahaja

d)

Lakaran 2D adalah dari 1 pandangan manakala lakaran 3D adalah dari 3 pandangan.

8.

Antara yang berikut yang manakah tergolong dalam aksesori.

a)

Baju kurung

b)

Jam tangan

c)

Kemeja

d)

Kasut

9.

seluar, blaus dan tudung adalah jenis reka bentuk fesyen

a)

pakaian

b)

aksesori

10.

Apakah pengaruh psikologi bagi warna merah?

a)

melambangkan kesucian dan si pemakai berasa yakin dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan tenang.

b)

membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah serta mendorong si pemakai agar berani mencuba sesuatu yang baharu

c)

memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis.

d)

melambangkan kasih sayang dan tumpuan aura positif.

11.

Fesyen mencerminkan ................. dan .................. kepada inovasi dalam sesuatu masyarakat.

a)

trend

b)

simbolik

c)

budaya

d)

stail

e)

gaya

12.

Kerjaya dalam bidang reka bentuk fesyen memerlukan individu yang

a)

kreatif

b)

terkenal

c)

segak

d)

minat

e)

kecenderungan tinggi

13.

Rekabentuk fesyen dipengaruhi oleh

a)

pekerjaan

b)

budaya

c)

sosial

d)

tempat

e)

umur

14.

Antara berikut yang manakah ialah rekabentuk aksesori

a)

skaf

b)

jam

c)

topi

d)

kemeja

e)

tudung

15.

Pilih bahan yang boleh digunakan dalam kaedah tampalan

a)

gam panas

b)

pita selofan

c)

pengokot

d)

cecair lilin

16.

Alatan memotong terdiri daripada

a)

gunting fabrik, penetas, kacip/snipper

b)

gunting kertas,gunting fabrik, jarum peniti

c)

gunting fabrik tweezer, penetas

d)

Gunting fabrik , gunting kertas, jidal

17.

teknik cantuman mempunyai 4 jenis iaitu

a)

jahitan

b)

sulaman

c)

tampalan

d)

kaedah lain

e)

lekatan

18.

penetas digunakan untuk membuka jahitan.

a)

betul

b)

salah

19.

terlibat dalam proses mereka bentuk fesyen pakaian dan aksesori

pernyataan diatas merujuk kepada?

a)

pereka fesyen

b)

peramal fesyen

c)

tenaga pengajar fesyen

d)

perunding imej

20.

Pakaian ditakrifkan sebagai

a)

penutup kepada badan dan anggota badan

b)

benda yang dipakai oleh individu sebagai perhiasan