wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

"Masyarakat berfikir" ______ asas penting bagi mencorakkan perubahan masyarakat maju pada ______ ke-21.

a)

adalah...zaman

b)

ialah...abad

2.

Minit mesyuarat itu ada ______ pengetua untuk ______ oleh beliau sebelum dibentangkan dalam mesyuarat bulanan.

a)

pada...disemak

b)

dengan...ditatap

3.

Ketua kampung akan ______ masalah-masalah yang ditempuhi oleh anak ______ pada minggu depan.

a)

membincangkan tentang...mukimnya

b)

membincangkan...buahnya

4.

Sebahagian besar ______ di kawasan utara tanah air mengalami kerugian yang besar akibat banjir yang melanda ______ ini.

a)

para petani...baharu-baharu

b)

petani...baru-baru

5.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara dan sikap saling ______adalah prasyarat utama bagi memupuk ______ di negara ini.

a)

membantu...perpaduan

b)

bantu-membantu...perkumpulan

6.

Pemakanan ______ dapat membantu tumbesaran dan mengelakkan seseorang itu daripada dijangkiti pelbagai ______ berbahaya.

a)

setara...penyakit-penyakit

b)

seimbang...penyakit

7.

Orang yang rajin berusaha kebanyakannya ______ orang yang tidak mengenal erti kecewa dan putus asa untuk mencapai segala ______nya.

a)

adalah...amanah

b)

ialah...impian

8.

Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang tidak ______ kerana memberikan manfaat yang banyak kepada ______ penduduk dunia sejak terciptanya alam ini lagi.

a)

berharga...berjuta

b)

ternilai...berjuta-juta

9.

Kejayaan pelakon itu yang ______ sebagai pelakon wanita terbaik telah disambut gembira ______ peminatnya.

a)

dianugerahi...oleh

b)

dimasyhurkan...daripada

10.

______ diingatkan agar ______ sekolah dengan berhemah bagi mengelakkan sebarang masalah.

a)

Guru besar-guru besar...memerintah

b)

Guru-guru besar...mentadbir

11.

Pekerja itu masih kekok kerana tidak pandai ______ diri ______tempat yang baharu.

a)

menyesuaikan...di

b)

meletakkan...ke

12.

______ orang suka mengambil kesempatan apabila seseorang ______ kesusahan.

a)

Sesetengah...ditimpa

b)

Setengah...ditindih

13.

______ pensyarah itu ______ kertas kerja pelajarnya amat positif.

a)

Kritikan...terhadap

b)

Ulasan...tentang

14.

Kami ______dengan pembentangan dan penerangan tentang projek yang bakal ______ di kampung kami tidak lama lagi.

a)

sangat berpuas hati...dibangunkan

b)

berpuas hati sangat...diadakan

15.

Sukan SEA 2017 memberi pengiktirafan kepada Malaysia apabila dilantik menjadi tuan rumah bagi sukan ______ dan diakui oleh masyarakat ______ itu.

a)

berprestij...seantero dunia

b)

berpotensi...dunia seantero

16.

Tumbuhan yang ada di bukit batu kapur sangat _______ berbanding dengan tumbuhan yang ada di hutan dataran rendah yang mengelilinginya _________ segi komposisi spesies tumbuhan.

a)

pelik - daripada

b)

berbeza - dari

c)

pelik - dari

d)

berbeza - daripada

17.

Kebanyakan tumbuhan bukit batu kapur tiada nama tempatan kerana tumbuhan__________ daripada petempatan manusia __________ masa dulu.

a)

dalam - di

b)

di dalam - sejak

c)

jauh - pada

d)

jauh - di

18.

Pokok pisang yang ditebang oleh saya mempunyai buah yang banyak.


Jawapan yang sebetulnya ialah?

a)

ditebang oleh saya

b)

saya ditebang oleh

c)

saya tebang

d)

menebang oleh saya

19.

Lengkap ayat berikut dengan pilihan perkataan yang paling tepat.

Zamani diminta oleh bapanya mencantas __________ kelapa yang sudah kekuningan di kebun mereka pada petang itu.

a)

daun

b)

pokok

c)

batang

d)

pelepah

20.

Lengkap ayat berikut dengan pilihan perkataan yang paling tepat.

Surat Pekeliling itu telah ditampalkan __________ papan kenyataan.

a)

di

b)

atas

c)

pada

d)

kepada

21.

Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan __________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

a)

gelap mata

b)

pisau cukur

c)

mata duitan

d)

tumbuk rusuk

22.

Kesan satu kesalahan bahasa dalam ayat berikut dan pilih pembetulan yang tepat.

Anna meminta Yasmin membelikannya sutera batik yang dijual di pasar pagi Ahad di Kampung Kota Lama.

a)

meminta --> merayu

b)

sutera batik --> batik sutera

c)

pasar pagi --> pasar pada pagi

d)

membelikannya --> membelinya

23.

Lengkap ayat berikut dengan pilihan perkataan yang paling tepat.

Sewaktu tergesa-gesa, menuju ke dapur kaki Nadirah __________ pada bendul pintu biliknya.

a)

tersadung

b)

tersepak

c)

terpijak

d)

terselit

24.

Lengkap ayat berikut dengan pilihan perkataan yang paling tepat.

Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan _________ kerana dia pernah mempelajari seni pertahanan diri.

a)

lasak

b)

cekap

c)

tangkas

d)

kencang

25.

Lengkap ayat berikut dengan pilihan perkataan yang paling tepat.

Cikgu Kharizah telah diamanahkan oleh pihak PIBG untuk __________ mata pelajaran Bahasa Melayu semasa cuti persekolahan kepada sekumpulan pelajar yang lemah.

a)

mengajar

b)

mengajari

c)

mengajarkan

d)

menunjuk ajar

26.

Lengkap ayat berikut dengan pilihan perkataan yang paling tepat.

Adik mengambil songkok hitamnya lalu __________ ke atas kepalanya.

a)

menyerkupkan

b)

menyerkapkan

c)

menyarungkan

d)

menyorongkan

27.

Kesan satu kesalahan bahasa dalam ayat berikut dan pilih pembetulan yang tepat.

Sarimah betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya yang telah lama berpisah.

a)

betul-betul --> benar-benar

b)

dengan--> akan

c)

kepulangan --> pulang

d)

berpisah --> terpisah

28.

Kesan satu kesalahan bahasa dalam ayat berikut dan pilih pembetulan yang tepat.

Aisyah masih rindukan kehidupannya di desa, walaupun telah lama berpindah ke kota

a)

rindukan --> merindui akan

b)

rindukan --> rindu akan

c)

walaupun --> namun

d)

walaupun --> sedangkan

29.

Kesan satu kesalahan bahasa dalam ayat berikut dan pilih pembetulan yang tepat.

Anna meminta Yasmin membelikannya sutera batik yang dijual di pasar pagi Ahad di Kampung Kota Lama.

a)

meminta --> merayu

b)

sutera batik --> batik sutera

c)

pasar pagi --> pasar pada pagi

d)

membelikannya --> membelinya

30.

Kesan satu kesalahan bahasa dalam ayat berikut dan pilih pembetulan yang tepat.

Kuih-kuih ini mereka hantar ke kedai kopi berhampiran stesen bas sebelum pergi ke sekolah.

a)

ke --> di

b)

berhampiran --> berhampiran dengan

c)

mereka hantar --> dihantar mereka

d)

mereka hantar --> mereka menghantar