wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN PENGUKUHAN SAINS SUKAN T5

Total questions: 70

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.
Dasar Sukan Negara adalah Sukan Untuk Semua dan..
a)
Sukan Untuk Kesejahteraan
b)
Sukan Untuk Kesihatan
c)
Sukan Untuk Kecemerlangan
d)
Sukan Massa
2.
Tugas jawatankuasa kewangan dalam sesebuah organisasi adalah
a)
Menyediakan tempat untuk melaksanakan program
b)
Memberi arahan kepada ahli untuk melaksanakan tugas
c)
Mencari dana untuk organisasi tersebut
d)
Menyediakan bajet perbelanjaan dan laporan kewangan
3.
Dalam 1 pertandingan badminton, jumlah pemain yang menyertai adalah seramai 23 orang. Berapakah jumlah bye sekiranya pertandingan dijalankan secara kalah mati.
a)
9
b)
7
c)
3
d)
12
4.
Otot Biceps adalah otot..
a)
Agonis
b)
Isokinetik
c)
Antagonis
d)
Isometrik
5.
Bahagian jantung yang mengepam darah ke paru-paru ialah..
a)
Ventrikel kiri
b)
Ventrikel kanan
c)
Atrium kanan
d)
Atrium kiri
6.
Sendi lesung terletak pada bahagian
a)
Lutut
b)
Siku
c)
Bahu
d)
Leher
7.
Kelenjar yang menghasilkan hormon insulin adalah kelenjar
a)
Pituitari
b)
Pankreas
c)
Adrenal
d)
Testis
8.
Komponen kecergasan utama untuk acara tersebut
a)
Daya tahan kardiovaskular
b)
Imbangan
c)
Kuasa
d)
Kelajuan
9.
Rajah menunjukkan konsep latihan
a)
JEDA
b)
Fartlek
c)
Litar
d)
Bebanan
10.
Sistem kawalan postur yang mengawal keseimbangan.
a)
Sistem Vestibular
b)
Sistem Visual
c)
Sistem persepsi
d)
Sistem Somatosensori
11.
Pemain tenis melakukan pukulan stroke tanpa perlu memikirkan pelaksanaan kemahiran tersebut.
a)
Tahap kognitif
b)
Tahap Asosiatif
c)
Tahap Autonomus
d)
Tahap praktis
12.
Hukum Newton Kedua menjelaskan tentang.
a)
Hukum Aksi dan Reaksi
b)
Hukum Stabiliti
c)
Hukum Inersia
d)
Hukum pecutan
13.
Tekanan darah normal  ialah 
a)
120/60 mmHg
b)
110/70 mmHg
c)
120/80 mmHg
d)
110/90 mmHg
14.
apakah proses yang berlaku apabila oksigen dan karbon dioksida meresap masuk antara alveolus dengan salur darah?
a)
respirasi luaran
b)
respirasi atas
c)
respirasi dalaman
d)
respirasi bawah
15.
apakah gas yang diperlukan untuk respirasi sel?
a)
oksigen
b)
nitrogen
c)
hidrogen
d)
karbon dioksida
16.
apakah maksud respirasi dalaman?
a)
kemasukan oksigen ke dalam paru-paru
b)
pengeluaran karbon dioksida ke persekitaran
c)
pemindahan oksigen dari darah ke dalam sel sahaja
d)
kemasukan oksigen dan pengeluaran karbon dioksida dari sel.
17.
hormon apakah yang dirembeskan kalenjar dalam gambar?
a)
Insulin
b)
Tiroksin
c)
hormon tumbesaran (GH)
d)
Adrenalin
18.
Apakah hormon yang merangsang penyimpanan kalsium?
a)
Insulin
b)
Tiroksin
c)
Paratiroid
d)
Kalsitonin
19.
Hormon manakah yang diperlukan untuk tukarkan glikogen kepada glukosa?
a)
Kortisol
b)
Timosin
c)
Insulin
d)
Glukagon
20.
Apakah hasil sampingan proses anaerobik laktik?
a)
fosfat
b)
glikogen
c)
asid laktik
d)
asid piruvik
21.
berapakah bilangan perlawanan perlawanan bagi pertandingan badminton (36 orang peserta) menggunakan sistem kalah mati sekali?
a)
34
b)
35
c)
36
d)
38
22.
Apakah definisi keluaran jantung?
a)
Keluaran darah dalam 10 saat denyutan jantung.
b)
Keluaran darah dalam seminit denyutan jantung.
c)
Keluaran darah dalam sesaat denyutan jantung.
d)
Keluaran darah dalam setiap denyutan jantung.
23.
terdapat 16 pasukan yang mewakili negeri mengambil bahagian dalam satu pertandingan. sistem pertandingan manakah yang sesuai dijalankan?
a)
liga 4 kumpulan
b)
kalah mati 2 kali
c)
liga tiga kumpulan
d)
liga 2 kumpulan
24.
namakan otot utama yang menyebabkan fleksi kaki semasa hendak menendang bola.
a)
hamstring
b)
kuadriceps
c)
gastroknemius
d)
sartorius
25.
apakah acara sukan yang menggunakan sistem tenaga yang sama dengan lontar peluru?
a)
lumba jalan kaki 10 km
b)
lari berpagar 400m
c)
lari pecut 100m
d)
larian 1500m
26.

RICER adalah satu teknik rawatan bantu mula bagi kecederaan dalam sukan. Kecederaan yang manakah yang sesuai dirawat mengunakan teknik RICER?

a)

Kulit tercalar kerana terkena kuku pemain lawan semasa bermain bola jaring

b)

Kaki terseliuh semasa melompat dalam bola tampar

c)

Pengsan semasa melakukan aktiviti berintensiti tinggi dalam waktu yang lama

d)

Kaki terpijak paku sewaktu latihan

27.

Apakah tujuan keadah pengurusan kecederaan RICER diberikan seawal yang mungkin?

I Kembalikan kecerdasan atlet kepada keadaan asal seperti sebelum bertanding

II Meningkatkan julat pergerakan sendi

III Mencegah tisu tisu lain mengalami kecederaan

IV Mengurangkan bengkak yang dialami oleh atlet

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

· Kecederaan tisu lembut .

· Kontraksi otot.

· Kekurangan vitamin.

· Masalah peredaran darah.

Apakah jenis kecederaan tersebut?

a)

Kontusi

b)

Konkusi

c)

Dislokasi

d)

Kekejangan otot

29.

· Hilang ingatan

· Loya

· Hilang imbangan seketika

Apakah jenis keederaan tersebut?

a)

Kontusi

b)

Konkusi

c)

Dislokasi

d)

Ketegangan otot

30.

Antara yang berikut, yang manakah bukan jenis luka?

a)

Cakaran

b)

Potongan

c)

Tusukan

d)

Hentakan

31.

Risiko kecederaan atlet boleh dielakkan dengan cara

I Memakai alat perlindungan.

II Memeriksa kawasan permainan.

III Melakukan sesi pemanasan badan.

IV Melakukan aktiviti bedasarkan kemahuan jurulatih.

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

32.

· Kehilangan air dan elektrolit melalui perpeluhan

· Berlaku kerana terdedah kepada suhu tinggi dan dehidrasi

Maklumat di atas merujuk kepada

a)

Strok haba

b)

Ruam haba

c)

keletihan haba

d)

kekejangan haba

33.

Apakah yang dimaksudkan dengan sains sukan?

a)

Kajian terkini yang diaplikasi dalam sukan.

b)

Prinsip sukan diaplikasikan dalam sains.

c)

Aktiviti sains diaplikasikan dalam sukan.

d)

Prinsip sains diaplikasikan dalam sukan.

34.

“Fairplay” adalah penting dalam mewujudkan suasana dan situasi permainan yang bersih

dan adil. Apakah yang dimaksudkan dengan “Fairplay”?

a)

Meningkatkan peranan pengurusan sukan.

b)

Mengembangkan peranan sains sukan.

c)

Menunjukkan nilai persahabatan yang tinggi semasa bermain.

d)

Mengembangkan peranan jurulatih

35.

apakah fungsi pelan tindakan?

a)

pengelolaan akan lebih mudah

b)

memudahkan utk membuat pertandingan sebelum pertandingan

c)

mengenalpasti perkara2 yg perlu direkodkan apabila mengelolakan sesuatu kejohanan sukan.

d)

merancang, memperlengkapkan keperluan dan mengambil tindakan awal jika berlaku hal yg tidak dijangka

36.

apakah yg dmaksudkan dgn sistolik?

a)

tekanan darah tinggi

b)

tekanan darah rendah

c)

tekanan darah tertinggi semasa penguncupan ventrikel

d)

tekanan darah minimum di akhir pengunduran ventrikel

37.

Rama adalah atlet renang , manakala Malik pula merupakan peserta catur. Keduanya merupakan atlet negara. Pilih kenyataan di bawah yang membezakan perubahan struktur jantung antara kedua atlet di atas.

a)

Kaviti ventrikel Rama adalah lebih besar dari kaviti ventrikel Malik

b)

Saiz jantung Rama lebih kecil daripada saiz jantung Malik

c)

Isipadu strok Rama adalah lebih tinggi dari isipadu Malik

d)

Dinding ventrikel jantung Malik lebih besar dari dinding ventrikel jantung Rama.

38.

Nyatakan satu cara bagaimana haba dinyahkan daripada tubuh atlet tersebut

(a)  

39.

Aktiviti sukan yang manakah dapat dikelaskan sebagai kemahiran terkawal?

a)

Menerima bola yang dibaling

b)

Acara Merejam lembing

c)

Acara tinju

d)

Acara boling padang

40.

Antara bahagian yang berlabel A, B, C dan D yang manakah kedudukan fulkrum

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

41.

Keupayaan mengawal perasaan diri, optimistik, positif dalam menangani cabaran hidup.

Konsep asas kesejahteraan di atas merujuk kepada...

a)

Fizikal

b)

Mental

c)

Emosi

d)

Sosial

42.

>Daya Tahan Otot

>Komposisi Badan

>kekuatan Otot


Lengkapkan komponen kecergasan fizikal berdasarkan Kesihatan.


i Kelajuan

ii Daya Tahan

Kardiovaskular

iii Flesibiliti

iv Ketangkasan

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i dan iii

d)

iii dan iv

43.

-SPORRTIVE-


Bebanan harus dilakukan secara beransur-ansur dan bukan secara mendadak


Berdasarkan prinsip di atas merujuk kepada.

a)

Kebolehbalikan

b)

Kekhususan

c)

Kepelbagaian

d)

Progresif

44.

Latihan ini melibatkan aktiviti larian laju pada jarak yang meningkat, dan diselang-seli dengan rehat dan pemulihan pada jarak yang sama.


Pernyataan di atas merujuk kepada...

a)

latihan piramid

b)

latihan fartlek

c)

latihan jarak jauh perlahan

d)

latihan jeda jarak jauh

45.

Tahap kecergasan pelaku didapati menurun setelah berhenti berlatih selepas musim pertandingan. Apakah prinsip latihan fizikal yang dapat menerangkan keadaan tersebut?

a)

kebosanan

b)

kepelbagaian

c)

rehat dan pulih

d)

kebolehbalikan

46.

Psikologi merujuk kepada

a)

kajian saintifik mengenai perlakuan kognitif manusia

b)

kajian saintifik mengenai perlakuan, kogniif dan afektif manusia

c)

kajian saintifik mengenai tingkahlaku manusia

d)

kajian saintifik berkaitan psikologi manusia

47.

Terdapat dua jenis motivasi iaitu

a)

motivasi ekstrinsik

b)

motivasi intrinsik

c)

motivasi terarah

d)

motivasi logistik

48.

Berikut merupakan pernyataan yang berkaitan dengan motivasi intrinsik

a)

Ali bermain bola kerana meminati Mohamed Salah

b)

Ridzuan menyertai kejohanan e-sport kerana ganjaran hadiah yang lumayan

c)

Bernard puas apabila dapat membuat catatan peribadi yang lebih baik

49.

Ganjaran ekstrinsik seperti

a)

piala

b)

wang tunai

c)

biasiswa

d)

pujian jurulatih

50.

Gambar berikut berkaitan dengan

a)

keagresifan ketara

b)

keagresifan asertif

c)

keagresifan instrumental

51.

Pilih pernyataan yang betul

a)

Keagresifan instrumental dilakukan bertujuan mendapatkan ganjaran

b)

Keagresifan asertif dilakukan kerana provokasi pihak lawan

c)

Keagresifan ketara dilakukan mengikut undang-undang dan peraturan permainan

52.

Berikut merupakan faktor yang mempengaruhi keagresifan

a)

Persepsi individu

b)

Perbezaan jaringan

c)

Lokasi perlawanan

d)

Mengambil bahan terlarang

53.

Gambar menunjukkan

a)

keagresifan ketara

b)

keagresifan instrumental

c)

keagresifan asertif

54.

Pemakanan sukan mengaplikasikan strategi pemakanan untuk

a)

Pemulihan selepas latihan.

b)

Meningkatkan tahap kesihatan

c)

Menyesuaikan diri dengan program latihan

d)

Mengekalkan status kesihatan serta mencapai prestasi optimum ketika latihan dan pertandingan

55.

Antara berikut yang manakah fungsi utama kumpulan makanan seperti susu, ikan dan ayam ?

a)

Pertumbuhan badan

b)

Membekalkan tenaga

c)

Mengelakkan penyakit

d)

Melambatkan proses pencernaan

56.

Tenaga daripada sumber makanan didapati daripada makronutrien berikut kecuali

a)

Lemak

b)

Protein

c)

Vitamin

d)

Karbohidrat

57.

Antara kumpulan makanan berikut, yang manakah dominan bagi atlet bina badan?

a)
b)
c)
d)
58.

Apakah acara yang menggunakan tokokan karbohidrat?

a)

Marathon

b)

Gimnastik

c)

Angkat berat

d)

Renang berirama

59.

Apakah fungsi kreatina dalam penggunaan bantuan ergogenik pemakanan?

a)

Menambahkan jisim otot

b)

Meneutralkan asid semasa aktiviti fizikal

c)

Meningkatan simpanan glikogen otot

d)

Meningkatkan sintesis asid amino

60.

Walaupun protein tidak merupakan sumber tenaga yang utama, pengambilannya tetap penting. Apakah kepentingan protein?

a)

Mengekalkan keadaan tisu dan sel seperti sediakala

b)

Memastikan pembinaan tisu dan pembaik pulih sel tidak terganggu

c)

Menambah jumlah tisu dan sel menjadi lebih banyak

d)

Menjadikan tisu dan sel lebih bertenaga

61.

Mengapakah pengambilan kuantiti minuman yang dicadangkan bertambah selepas menjalani latihan fizikal?

a)

Meningkatkan suhu dalam badan dan otot

b)

Mengelakkan pengumpulan darah dalam kaki

c)

Melengahkan pembentukan asid laktik dalam darah

d)

Mengawal imbangan cecair dan elektrolit dalam badan

62.

Manakah antara berikut acara sukan yang atletnya menggunakan sumber tenaga utama eksogenus?

a)

Merejam lembing

b)

Lompat Tinggi

c)

200 meter

d)

5000 meter

63.

Sistem tenaga yang manakah menggunakan sumber tenaga utama eksogenus.

a)

Sistem aerobik

b)

Sistem anaerobik laktik

c)

Sistem anaerobik alaktik

d)

Sistem anaerobk glikolisis

64.

Berdasarkan rajah diatas, yang manakah bantuan ergogenik pemakanan yang paling popular digunakan untuk atlet sukan tersebut ?

a)

Bikarbonat

b)

Kafein

c)

Kreatina

d)

Whey protein

65.

3 jenis gerakan ialah:

  • Gerakan Linear
  • Gerakan Bersudut
  • Gerakan Umum
a)

BETUL

b)

SALAH

66.

Gerakan linear terhasil apabila daya diaplikasikan ke pusat jasad. Daya yang menghasilkan gerakan linear ialah daya sentrik.

a)

Betul

b)

Salah

67.

Gerakan bersudut terhasil apabila titik aplikasi daya esentrik berada diluar pusat graviti jasad dan daya yang menghasilkan gerakan bersudut ialah daya esentrik.

a)

Betul

b)

Salah

68.

Sistem tubuh manusia manakah yang berhubung kait dengan membekalkan sumber untuk pembakaran nutrient dalam sel dan menghasilkan tenaga untuk bergerak?

a)

Sistem saraf

b)

Sistem rangka

c)

Sistem endokrina

d)

Sistem Kardiorespiratori

69.

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan tulang panjang?

a)

skapula dan klavikel

b)

fibula dan tibia

c)

serviks dan pelvis

d)

humerus dan metakarpal

70.

Aktiviti manakah yang memenuhi dasar sukan untuk kecemerlangan?

a)

Karnival Sukan Rakyat

b)

Larian Jambatan Pulau Pinang

c)

Ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu

d)

Kejohanan Badminton Piala Thomas