NEW
Font size
WorksheetsAKTIIVITI UP 6: TEKNIK UCAPAN
Total questions: 16
Worksheet time: 9mins
Berikut merupakan aspek bukan lisan dalam komunikasi, KECUALI
Penggunaan masa
Hubungan mata
Sifat suara
Tulisan dan perkataan
Bagi menghasilkan ucapan yang berkesan dan berpengaruh, seseorang pengucap perlu?
Meniru gaya pengucap yang profesional
Membuka ucapan dengan pembukaan yang panjang
Mempunyai pengalaman yang luas
Menggunakan intonasi yang mendatar sahaja
Semasa berucap terdapat pantang larang yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah
Meminta maaf dan memberi janji kosong
Penutup yang ringkas dan padat
Memulakan dengan pembukaan yang baik
Membuat pendahuluan sebelum memulakan ucapan
Berikut merupakan penggunaan kata ganti nama diri yang kedua, iaitu ‘Tuan’ KECUALI
panggilan halus bagi kaum lelaki yang berwibawa
sapaan hormat untuk lelaki yang baru/belum dikenali
digunakan untuk merujuk kepada diri penutur
sapaan hormat untuk pemilik harta ada kaitan dengan penutur
Yang manakah tepat berdasarkan gelaran dengan rujukan hormat di Malaysia?
Duta Pesuruhjaya Tinggi = Yang Berhormat
Ketua Menteri Sarawak = Yang Amat Berhormat
Setiausaha Kerajaan Negeri = Yang Berbahagia
Mufti = Sahibul Fadilah
Dalam teknik ucapan yang berkesan dan berpengaruh aspek kejelasan bahasa bermaksud
menggunakan bahasa konotatif
menggunakan istilah-istilah khusus
menggunakan istilah teknikal dengan kerap
menggunakan perkataan yang biasa digunakan umum
Bahasa yang digunakan dalam teks ucapan haruslah
I. jelas
II. tersirat
III. konotatif
IV. ekonomis
I dan II sahaja
I dan IV sahaja
II dan III sahaja
II dan IV sahaja
“Pada suatu hari pada pertengahan bulan Julai, 1929, di sebuah rumah nelayan di sisi Sungai Sedili yang tenang telah lahir seorang bayi lelaki kepada keluarga Awang Cik…”(ucapan Prof. Dr. Muhamad Haji Salleh di Anugerah Sasterawan Negara).
Petikan di atas merupakan teknik penulisan pendahuluan ucapan
madah
lukisan
ringkasan
imbasan lalu
Tiga cara pengucap mempengaruhi khalayak dengan menggunakan kata-kata sebagai alat ucapan menurut Aristotle kecuali
berkomunikasi dengan berjaya dan berkualiti.
mempengaruhi khalayak dengan membentangkan hujah atau bukti.
memberitahu khalayaknya bahawa dia berpengalaman luas tentang perkara yang diperkatakan.
mempengaruhi khalayak dengan menyentuh hati mereka dengan membangkitkan emosi atau perasaan marah, kasih, simpati, harapan, semangat ingin berjuang atau melawan, dan sebagainya.
Penyataan berikut benar bagi menghasilkan ucapan yang berkesan dan berpengaruh kecuali, seseorang pengucap perlu
I. menguasai bahasa.
II. mempunyai pengalaman yang luas.
III. meniru gaya pengucap yang terkenal.
IV. membuka ucapan dengan pengenalan yang meleret-leret.
I dan II
II dan III
III dan IV
I, II dan IV
Majlis yang melibatkan protokol diraja dan diadakan di istana dikenali sebagai
Majlis rasmi tetapi tidak formal
Majlis penuh istiadat
Majlis tidak rasmi tetapi formal
Majlis tidak rasmi dan tidak formal
Manakah antara berikut merupakan contoh penutup ucapan dengan rayuan?
"Jadi, bagaimana dengan anda, adakah anda akan berhenti merokok?"
"Terima kasih kerana sudi hadir."
"Sekian sahaja ucapan saya."
"Mari kita bersurai."
Apakah fungsi frasa penyambung dalam ucapan?
Mengulangi maklumat penting
Menghiburkan pendengar
Menunjukkan peralihan dari satu idea ke idea lain
Memperkenalkan topik baru
Apakah ciri bahasa yang perlu dielakkan dalam ucapan?
Jelas
Ekonomis
Konotatif
Menarik
Ucapan yang bersifat informatif dan padat dengan fakta dikenali sebagai:
Ucapan motivasi
Ucapan politik
Ucapan penghargaan
Ucapan makluman
Komunikasi bukan lisan merujuk kepada:
Penggunaan teknologi digital
Tulisan dan perkataan
Perbincangan formal
Bahasa isyarat seperti gerakan badan dan pernyataan wajah
