Font size
WorksheetsT4 EKO: KERTAS 1 (SET 5)
Total questions: 20
Worksheet time: 5hrs 40mins
Pernyataan manakah yang betul berkaitan konsep kekurangan?
A Cuaca panas menyebabkan bekalan ikan dan sayur-sayuran terjejas
B Petani beralih ke tanaman jagung yang harganya lebih tinggi di pasaran
C Kerajaan bercadang untuk membina sebuah hospital di Nilai, Negeri Sembilan
D Tiada bonus bagi pekerja syarikat yang tidak mencapai petunjuk prestasi utama
A
B
C
D
Seorang penganggur telah menerima tawaran untuk bekerja sebagai pelayan restoran. Kos lepas untuk keputusan penganggur tersebut adalah
A masa luang yang terpaksa dilepaskan
B upah yang diterima sebagai pelayan restoran
C kos latihan yang terpaksa ditanggung oleh pemilik restoran
D kos pengangkutan yang ditanggung berulang alik ke tempat kerja
A
B
C
D
Situasi manakah yang berkaitan dengan sumber ekonomi?
I Keindahan pantai Pulau Tioman menjadi tumpuan pelancong
II Puan Siti membeli bahan mentah untuk perniagaan nasi lemaknya
III Encik Rosman melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan
IV Penggunaan teknologi moden meningkatkan kecekapan pengeluaran
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Titik manakah yang menyelesaikan masalah pilihan?
A B dan E
B B dan D
C D dan E
D B dan C
A
B
C
D
Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh Syarikat Z?
Syarikat Z mengeluarkan minyak masak dengan menggunakan kaedah insentif modal bagi kegunaan industri makanan ringan.
I Apakah yang hendak dikeluarkan?
II Berapakah yang hendak dikeluarkan?
III Untuk siapa hendak dikeluarkan?
IV Bagaimanakah hendak dikeluarkan?
A. I,II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
Pernyataan manakah yang benar menurut hukum permintaan?
A Apabila harga naik, pengguna akan menambahkan kuantiti diminta
B Apabila harga turun, pengguna akan menambahkan kuantiti diminta
C Apabila harga turun, pengguna akan mengurangkan kuantiti diminta
D Apabila harga tetap, pengguna akan mengurangkan kuantiti diminta
A
B
C
D
Peralihan keluk permintaan ke kanan disebabkan oleh
I Harga barang pada masa depan naik
II Harga barang itu sendiri jatuh
III Harga barang pengganti jatuh
IV Harga barang penggenap jatuh
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Apakah yang akan berlaku ke atas titik-titik pada keluk permintaan jika kerajaan menurunkan cukai pendapatan individu
A. Titik F beralih ke titik G
B. Titik F beralih ke titik E
C. Titik G beralih ke titik E
D. Titik G beralih ke titik H
A
B
C
D
Situasi manakah yang akan meningkatkan penawaran terhadap sesuatu barang?
I Pemberian subsidi oleh kerajaan
II Peningkatan kadar upah
III Peningkatan kadar sewa kilang
IV Peningkatan teknologi pengeluaran
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Pasaran buah durian berada dalam keseimbangan. Peningkatan citarasa terhadap buah durian menyebabkan
A Keluk permintaan beralih ke kiri
B Keluk permintaan beralih ke kanan
C Keluk penawaran beralih ke kanan
D Keluk penawaran beralih ke kiri
A
B
C
D
Pernyataan manakah yang betul tentang fungsi wang sebagai alat bayaran tertunda?
A Dapat membuat perbandingan harga sebelum membeli barang
B Boleh menangguhkan pembelian barang pada masa hadapan
C Dapat menggunakan barangan sebelum bayaran dijelaskan
D Boleh memiliki barang yang dijual oleh perniaga
A
B
C
D
Sebuah bank perdagangan telah dilantik sebagai bank pusat negara X. Apakah fungsi tambahan yang perlu dijalankan oleh bank tersebut?
A Memberi pinjaman
B Menerima deposit tetap
C Mengawal kestabilan nilai mata wang
D Menjalankan urus niaga pertukaran asing
A
B
C
D
Maklumat di atas menunjukkan kadar faedah akaun simpanan tetap di sebuah bank tempatan.
Seorang individu menyimpan sebanyak RM50 000 dalam tempoh setahun. Berapakah faedah yang diterimanya?
A RM350
B RM1 500
C RM3 500
D RM53 500
A
B
C
D
Antara yang berikut, yang manakah faedah sampingan dalam faktor pemilihan pekerjaan?
I Rawatan perubatan
II Suasana tempat kerja
III Prospek pekerjaan
IV Bonus tahunan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Cik Natasha merupakan graduan perakaunan dan telah menolak tawaran bekerja sebagai akauntan dengan sebuah bank di ibu kota dengan gaji RM3 500. Sebaliknya, dia menerima tawaran bekerja sebagai guru tadika di kampung halamannya di Terengganu. Apakah faktor yang mungkin dipertimbangkan oleh beliau dalam pemilihan pekerjaan tersebut?
I Upah wang
II Kelayakan akademik
III Kepuasan kerja
IV Waktu berkerja
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Antara berikut, manakah yang betul berkaitan kos?
A Kos berubah wujud pada output sifar
B Jumlah kos sama dengan kos tetap pada output sifar
C Kos tetap wujud dalam jangka masa pendek dan jangka panjang
D Kos marginal diperoleh dengan membahagikan jumlah kos dengan output
A
B
C
D
Pernyataan manakah yang menerangkan tentang kos sut?
A Kos yang wujud pada output sifar
B Diperolah apabila jumlah kos dibahagi dengan jumlah keluaran
C Perbelanjaan ke atas penggunaan input tetap dan inpur berubah
D Kos tambahan yang ditanggung akibat pertambahan seunit keluaran
A
B
C
D
Jadual di atas menunjukkan hubungan antara tingkat keluaran dengan kos.
Berapakah kos purata pada tingkat keluaran 3 unit?
A RM60.00
B RM53.33
C RM40.00
D RM33.33
A
B
C
D
Apakah yang dimaksudkan dengan kos eksplisit?
A Kos yang dikeluarkan oleh firma dalam memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
B Kos yang digabungkankan oleh firma dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan
C Kos yang dibayar dengan nyata oleh firma terhadap penggunaan input dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan
D Kos yang dihasilkan oleh firma dalam menggabungkan input tetap dan input berubah untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
A
B
C
D
Mengapakah peningkatan produktiviti meningkatkan taraf hidup rakyat sesebuah negara?
A Firma mampu meningkatkan kualiti barang
B Firma mampu menjual barang dengan harga yang lebih murah
C Firma mampu mengeluarkan barang dengan kos yang lebih rendah
D Firma mampu membayar upah yang lebih tinggi kepada pekerjanya
A
B
C
D
