wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH KSSM 3 IXORA 2020

Total questions: 150

Worksheet time: 1hrs 18mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah kestabilan negara kita kita dapat ditingkatkan?

a)

Sistem pemerintahan yang mantap

b)

Hasil alam yang dimanfaatkan

c)

Perpaduan antara rakyat

d)

Hubungan luar yang berkesan

2.

Baginda menjadi lambang kedaulatan negeri.

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Sultan

b)

Pembesar

c)

Penghulu

d)

Bangsawan

3.

Sistem kesukuan dan kesultanan diamalkan di negeri

a)

Sabah

b)

Perlis

c)

Negeri Sembilan

d)

Sarawak

4.

Hierarki paling rendah dalam pemerintahan di Negeri Sembilan ialah

a)

Lembaga

b)

Buapak

c)

Anak Buah dan Ibu Soko

d)

Buapak

5.

Di bawah ini ialah contoh undang-undang bertulis KECUALI

a)

Hukum Kanun Pahang

b)

Undang-Undang Laut Melaka

c)

Adat Perpatih

d)

Undang-Undang 99 Perak

6.

Masyarakat Alam Melayu mempunyai sifat kreatif dengan menghasilkan semua barangan di bawah KECUALI

a)

tikar dan bakul daripada daun mengkuang

b)

kertas daripada pokok balak

c)

perabot daripada rotan

d)

menempa alat senjata tradisional

7.

Antara pelabuhan di Negeri-negeri Melayu yang menjadi pusat mengumpul barangan dari Timur dan Barat ialah

a)

Kelantan

b)

Johor

c)

Selangor

d)

Pahang

8.

Orang Melayu mengambil sistem timbangan dari pedagang China iaitu

a)

kepul, leng dan kal

b)

mayam dan bungkal

c)

cupak dan gantang

d)

kati, tahil dan pikul

9.

Mata wang logam yang digunakan dalam urusan perdagangan diperbuat daripada

a)

timah dan emas

b)

emas dan perak

c)

tembaga dan aluminium

d)

perak dan tembaga

10.

Pendidikan tidak formal merupakan pendidikan awal atau asuhan dalam institusi keluarga.

Cara penerapannya adalah melalui

a)

pendidikan pondok

b)

pengajian di masjid

c)

madrasah

d)

cerita rakyat

11.

Faktor kedatangan kuasa Barat pada abad ke-16 adalah didorong oleh barangan mewah dari negara China iaitu

a)

emas

b)

minyak wangi

c)

kain cindai

d)

teh

12.

Selepas berlakunya Revolusi Perindustrian sejak abad ke-17, dasar kuasa Barat berubah corak.

Apakah kesan perubahan tersebut?

a)

Kuasa Barat tidak lagi datang ke Alam Melayu

b)

Hubungan diplomatik dijalinkan dengan Alam Melayu

c)

Kuasa Barat meluaskan tanah jajahan

d)

Pengeluaran kilang dihasilkan untuk pasaran tempatan

13.

Kedatangan kuasa Barat pada abad ke-19 dan ke-20 didorong oleh

a)

perkembangan kilang elektronik

b)

kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi

c)

industri tekstil

d)

jemputan pembesar Melayu

14.

Apakah keistimewaan Terusan Suez?

a)

mempercepat urusan perdagangan

b)

menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dengan Lautan Hindi

c)

Meningkatkan jumlah kapal dagang di Eropah

d)

perdagangan antara Benua Eropah dan negara Arab meningkat

15.

Penciptaan kapal wap pada abad ke- 19 merupakan faktor penggalak kedatangan kuasa Barat kerana

a)

dapat mengelakkan serangan kapal lanun

b)

belayar dengan bantuan angin monsun

c)

perjalanannya lebih cepat dan menjimatkan kos

d)

menjadi alternatif selain kapal layar

16.

Kuasa Barat bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan di Timur.

Pilih padanan yang betul.

a)

Keluarga Brooke menguasai wilayah Sabah

b)

Sepanyol menakluki Indochina

c)

British menjadikan Kesultanan Brunei negeri naungan.

d)

Amerika Syarikat ingin bertapak di Pulau Langkawi

17.

Belanda menggunakan pelbagai strategi untuk menguasai negara kita.

Pilih padanan yang BETUL

a)

Perjanjian dengan Negeri Sembilan untuk mendapatkan bijih timah

b)

Pakatan dengan Portugis untuk mendapatkan Melaka

c)

Berperang dengan Pahang untuk mengusai hasil emas

d)

Berperang dengan angkatan Selangor di Kuala Selangor

18.

Tindakan mengambil kesempatan atas sesuatu perkara sehingga dapat mencapai tujuan yang dikehendaki.

Apakah nama strategi di atas?

a)

Ugutan

b)

Manipulasi

c)

Tipu helah

d)

Pakatan

19.

Strategi tipu helah digunakan oleh British untuk meguasai negeri

a)

Perlis

b)

Selangor

c)

Pulau Pinang

d)

Kedah

20.

British menggunakan pelbagai strategi untuk menguasai negara kita.

Pilih padanan yang BETUL

a)

Desakan kepada Sultan Selangor dan Pahang untuk menerima Residen British

b)

Perjanjian dengan Sultan Sulu untuk mengiktiraf James Brooke

c)

Manipulasi konflik perebutan lombong emas di Pahang

d)

Pakatan dengan Belanda untuk mengusir Portugis

21.

Masyarakat manakah yang membuka kawasan berikut dan menjadikannya sebagai pelabuhan terawal di Pulau Pinang?


BATU UBAN

a)

Arab

b)

Siam

c)

Minangkabau

d)

Melayu Sumatera

22.

Mengapakah lokasi Pulau Pinang disifatkan sebagai strategik?

a)

Berhampiran dengan India

b)

Terletak di kawasan pertanian utama

c)

Berperanan sebagai pelabuhan bebas

d)

Berada di pertengahan laluan perdagangan Timur dan Barat

23.

Bilakah wilayah berikut menjadi sebahagian daripada Kesultanan Johor Riau?


SINGAPURA

a)

Abad ke-14

b)

Abad ke-15

c)

Abad ke-16

d)

Abad ke-17

24.

Mengapakah Sultan Muhammad Jiwa berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan daripada SHTI?

a)

Ancaman Siam

b)

Ancaman Bugis

c)

Membanteras lanun

d)

Mengambil balik Pulau Pinang

25.

Bagaimanakah Francis Light berjaya menduduki Pulau Pinang?

a)

Desakan

b)

Manipulasi

c)

Tipu helah

d)

Serangan bersenjata

26.

Pada tahun 1641, Melaka telah dikuasai oleh Belanda. Apakah peranan pelabuhan Melaka ketika itu?

a)

Pusat perdagangan utama

b)

Pengeluar lada hitam utama

c)

Pusat pengumpulan hasil bijih timah

d)

Pusat penyadbiran Belanda di Timur

27.

Mengapakah SHTI enggan membantu Sultan Abdullah apabila Kedah diancam Siam?

a)

Tiada perjanjian ditandatangani

b)

Menyokong tindakan Francis Light

c)

Utamakan hubungan dengan Siam

d)

Merancang untuk menghapuskan Kedah

28.

Pakatan British-Belanda dapat mengelakkan e berulang kembali antara kuasa tersebut.

Peperangan antara kedua-dua kuasa tersebut penah tercetus pada?

a)

Abad ke-14

b)

Abad ke-15

c)

Abad ke-16

d)

Abad ke-17

29.

Mengapakah British berusaha mendapatkan pelabuhan baharu di Singapura?

a)

Memajukan perdagangan

b)

Pulau Pinang hilang kesesuaian

c)

Bersaing dengan Belanda

d)

Singapura sebagai pusat pengumpulan

30.

Tindakan berikut dilakukan oleh pemerintahan Kesultanan Johor Riau.


MENINGGALKAN KAMPUNG GELAM,SINGAPURA DAN BERPINDAH KE BANDAR HILIR MELAKA


Siapakah pemerintah yang dimaksudkan?

a)

Bendahara Tun ALI

b)

Temenggung Abdul Rahman

c)

Sultan Muzzafar Shah

d)

Sultan Hussein Muhammad Shah

31.

Perak mengalami 2 masalah iaitu

a)

Perang Klang

b)

Perang Larut

c)

Perebutan Takhta

d)

Perebutan Kawasan Cukai

32.

Apakah kesan daripada Perang Larut?

a)

Raja Ismail menjadi sultan

b)

Pengeluaran bijih timah merosot

c)

Tunku Kudin minta bantuan

d)

British campur tangan di Perak

33.

Apakah punca Perang Klang berlaku?

a)

Perebutan Daerah Klang

b)

Perebutan Takhta

c)

Perebutan kawasan bijih timah

d)

Perebutan hak memungut cukai

34.

Apakah alasan yang digunakan oleh British untuk masuk campur di Selangor?

a)

Rompakan Kapal Dagang British

b)

Pembunuhan Go Hui

c)

Perlantikan Raja Ismail sebagai Sultan

d)

Serangan Rumah Api

35.

Mengapakah Sungai Linggi menjadi rebutan pembesar di daerah Sungai Ujong?

a)

Kaya dengan bijih timah

b)

Laluan ke pelabuhan

c)

Hak memungut cukai

d)

Kaya dengan emas

36.

Siapakah yang telah meminta bantuan ketenteraan British bagi mendapat hak Sungai Linggi?

a)

Dato' Laksamana

b)

Dato' Kelana

c)

Dato' Muda Linggi

d)

Dato' Syahbandar

37.

Apakah strategi yang digunakan British untuk masuk campur di Pahang?

a)

Desakan

b)

Paksaan

c)

Pajakan

d)

Serangan Fizikal

38.

Siapakah yang telah membantu British untuk memujuk Sultan Ahmad di Pahang?

a)

Sultan Abdullah, Perak

b)

Sultan Ali, Perak

c)

Sultan Abdul Samad, Selangor

d)

Sultan Abu Bakar, Johor

39.

Bagaimanakah desakan boleh berlaku di Pahang?

a)

Pergaduhan perlombong cina

b)

Desakan sultan Abu Bakar

c)

Kematian Goh Hui yang ditikam di hadapan istana

40.

Dimanakah rumah api Tanjung Rachado?

a)

Jugra

b)

Tanjung Tuan, Selangor

c)

Tanjung Tuan, Port Dickson

d)

Teluk Rachado

41.

Apakah tugas wakil British?

a)

Memungut cukai dan hal ehwal kewangan

b)

Mengurus dan melindungi rakyat British di negeri lain

c)

Menjaga keselamatan negeri yang diselia

d)

Menjaga hal pelaburan dan perlombongan

42.

Bilakah perjanjian Pangkor termeterai?

a)

1873

b)

1874

c)

1973

d)

1974

43.

Siapakah pemimpin yang tidak menyertai rundingan di Pangkor bersama British?

a)

Dato' Sagor

b)

Raja Yusuf

c)

Ngah Ibrahim

d)

Raja Abdullah

44.

Apakah gelaran bagi Ngah Ibrahim di dalam perjanjian Pangkor?

a)

Raja Muda

b)

Orang-orang Kaya

c)

Orang Kaya menteri Larut

d)

Orang Besar Perak

45.

Apakah perjanjian British di Negeri Sembilan?

a)

Perjanjian Port Dickson

b)

Perjanjian British - Linggi

c)

Perjanjian British - Sungai Ujong

d)

Perjanjian Sungai Ujong

46.

Siapakah wakil British yang dilantik di Pahang?

a)

J.G. Clifford

b)

J.G. Davidson

c)

Hugh Clifford

d)

Frank Hugh

47.

Bilakah perjanjian British - Sungai Ujong termeterai?

a)

1873

b)

1874

c)

1973

d)

1974

48.

Dalam perjanjian British - Sungai Ujong, siapakah yang menjadi pemungut cukai?

a)

Pihak British

b)

Dato' Syahbandar

c)

Dato' Kelana

d)

Dato' Bendahara

49.

Yang manakah bukan negeri dalam Negeri-Negeri Melayu Bersekutu?

a)

Johor

b)

Kelantan

c)

Perak

d)

Terengganu

50.

Negeri Perlis dibahagikan kepada berapa mukim?

a)

21

b)

22

c)

23

d)

24

51.

Mengapakah Kedah menjalinkan hubungan luar dengan Siam?

a)

Mendapatkan pengiktirafan Siam

b)

Mempertahankan negeri daripada ancaman Burma

c)

Menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk kedah

d)

Menjamin kedaulatan Kedah

52.

Selain jawatan Menter Besar, jawatan apakah yang diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran Kesultanan Johor?

a)

Setiausaha Kerajaan

b)

Bentara negeri

c)

Bendahara

d)

Penghulu bendahari

53.

Manakah pasangan kuasa barat dan kawasan di Negeri Malayu Utara yang dikuasai?

a)

Jerman-Terengganu

b)

Amerika Syarikat-Pulau Langkawi

c)

Perancis-Segenting Kra

d)

Rusia-Perlis

54.

Negeri-negeri berikut merupakan penampan usaha kuasa-kuasa Barat lain untuk campur tangan kecuali...

a)

Perlis

b)

Pahang

c)

Kedah

d)

Kelantan

55.

Yang manakah bukan faktor peluasan kuasa British di Negeri-negeri Melayu Utara?

a)

Kedudukan yang strategik

b)

Menghalang kemasukan kuasa Barat lain

c)

Kemakmuraan dan kekayaan sumber hasil

d)

Menghubungkan Vietnam dengan Pulau Pinang

56.

Mengapakah British menggunakan strategi perjanjian untuk meluaskan kuasanya?

a)

Menyedari konfrontasi secara bersemuka akan merugikan mereka

b)

Strategi paling berkesan

c)

Memastikan kepentingan mereka terjaga

d)

Menjaga keamanan di laluan perdagangan

57.

Mengapakah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911 diperkenalkan?

a)

Menyaingi kedudukan Johor

b)

Memastikan keaman negeri

c)

Menghalang kemaraan kuasa Barat

d)

Mengukuhkan kuasa dan kedudukan Sultan

58.

Perjanjian berikut merupakan perjanjian yang ditandatangani antara British dengan Siam sebelum tahun 1909, kecuali...

a)

Perjanjian Sempadan 1899

b)

Perjanjian Pangkor 1874

c)

Perjanjian Burney 1826

d)

Perjanjian Sulit 1897

59.

Siapakah yang menguasai Sarawak sebelum kurun ke-19?

a)

British

b)

Kesultanan Sulu

c)

Kesultanan Brunei

d)

Ketua-Ketua Tempatan

60.

Apakah tugas seorang pemimpin dalam sistem kesukuan di Sarawak?

a)

Memastikan nilai-nilai tradisi masyarakat diamalkan

b)

Menyelesaikan pertikaian dan memastikan keharmonian

c)

Memupuk amalan kerjasama dan gotong-royong

d)

Menjalankan pentadbiran dan mengutip cukai

61.

Mengapakah penduduk tempatan tidak menyenangi Pangeran Indera Mahkota?

a)

Beliau bersekongkol dengan Brooke

b)

Beliau membunuh ramai rakyat tempatan

c)

Beliau menaikkan cukai dan kerahan tenaga

d)

Beliau mengambil alih tanah penduduk tempatan

62.

Apakah strategi yang digunakan oleh James Brooke untuk mendapatkan kuasa pemerintahan?

i. Ugutan

ii. Peperangan

iii. Manipulasi

iv. Perjanjian

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

63.

Apakah tujuan pembahagian kawasan di Sarawak oleh Brooke?

a)

Memudahkan urusan pembalakan

b)

melicinkan pentadbiran

c)

Memudahkan urusan kewangan

d)

Meringankan tugas Brooke untuk memantau

64.

Apakah asas penting kepada sistem kesukuan di Sarawak dan Sabah?

a)

Kepatuhan kepada ketua masyarakat

b)

Mentaati adat resam nenek moyang

c)

Mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat

d)

Pegangan dan kepatuhan kepada adat masyarakat

65.

Bagaimanakah kuasa Sistem Ketua Bebas dilaksanakan di Sabah?

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

66.

Pilih kenyataan yang benar berkaitan dengan individu rajah di atas.

a)

Menjalankan aktiviti pengembaraan bersama kapalnya Royalist

b)

Mendapat sokongan pihak Belanda

c)

Merupakan Raja Putih yang kedua di Sarawak

d)

Menerima pelawaan Pengeran Indera Mahkota untuk menyelesaikan masalah di Sarawak

67.

Perjanjian di antara James Brooke dengan Pengeran Raja Muda Hashim telah berlaku pada 1841. Apakah kesan perjanjian tersebut?

a)

Sultan Brunei menyerahkan Sarawak dari kawasan Tanjung datu ke Sungai Samarahan

b)

James Brooke memberi ufti tahunan sebanyak 2500 dolar kepada sultan Brunei

c)

Sultan mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Putih

d)

James Brooke memerintah Sarawak dan menguasai hasilnya

68.

Berikut adalah langkah yang diambil oleh James Brooke untuk mengukuhkan kuasanya di Sarawak kecuali;

a)

Memperoleh bantuan dan sokongan daripada tentera laut British

b)

Memperoleh sokongan sebahagian masyarakat tempatan

c)

Bekerjasama dengan tokoh tempatan seperti Sharif Masahor

d)

Memperkukuh pertahanan Sarawak

69.

Siapakah Gabenor SBUB yang pertama?

a)

Alfred Dent

b)

Charles Lee Moses

c)

William Hood Treacher

d)

Sir Rutherford Alcock

70.

Apakah syarat utama yang perlu dipatuhi oleh SBUB untuk menerima Piagam Diraja daripada pihak British?

a)

Mempertahankan masyarakat peribumi

b)

Membayar konsesi kepada pihak British

c)

Memajukan tanaman dagangan

d)

Mengiktiraf kuasa British

71.

Sistem kedatuan merupakan;

a)

Sistem pemerintahan tradisi masyarakat Melayu di sarawak

b)

Sistem kesukuan tradisi masyarakat melayu

c)

Sistem pemerintahan masyarakat sarawak

d)

Sistem ketua bebas di sabah

72.

Apakah nama mahkamah yang diwujudkan untuk mengadili kesalahan masyarakat tempat di Sarawak?

a)

Mahkamah Adat

b)

Mahkamah Residen

c)

Mahkamah Majistret

d)

Mahkamah Anak Negeri

73.

Brooke telah membahagikan sistem pentadbirannya kepada beberapa peringkat. Siapakah yang mengetuai pentadbiran di peringkat bahagian?

a)

Ketua kampung

b)

Residen

c)

Ketua kaum bumiputera

d)

Penolong pegawai Daerah

74.

Tokoh berikut pernah berkhidmat semasa pentadbiran SBUB di Sabah.


Apakah jawatan beliau ketika itu?

a)

Residen

b)

Pegawai tadbir

c)

Presiden

d)

Gabenor

75.

Siapakah hakim Mahkamah Anak Negeri di Sabah?

a)

Ketua Kampung

b)

Ketua Adat

c)

Ketua Anak Negeri

d)

Ketua Majistret

76.

Maklumat berikut berkaitan kegiatan melombong di negeri-negeri Melayu Sarawak dan Sabah. Apakah persamaan ketiga-tiga syarikat tersebut?

I. Modal yang besar

II. Teknologi moden

III. Memonopoli pasaran

IV. Membawa masuk pemodal Eropah

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

77.

Gambar 1, menunjukkan gudang tembakau di Segama Lahat Datu, Sabah. Mengapakah SBUB melakukan pelaburan dalam penanaman tersebut?

a)

Harga yang tinggi

b)

Keuntungan

c)

Pasaran

d)

Mengekploitasi kekayaan

78.

Kejatuhan harga kopi di pasaran dunia pada hujung abad ke-19 telah menyebabkan perkembangan perusahaan getah. Mengapakah berlaku kejatuhan harga kopi tersebut?

I. Serangan penyakit

II. Pengeluaran yang berlebihan

III. Penggunaan tenaga buruh

IV. Permintaan yang tinggi

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

79.

Gambar 2 menunjukkan Pengarah Taman Botanikal Singapura yang memperkenalkan teknik torehan sistem ibedem. Apakah tujuan teknik ini diperkenalkan?

a)

Meningkatkan hasil tanaman

b)

Memanjangkan hayat pokok

c)

Mudah diangkut

d)

Tanah sentiasa lembap

80.

Mengapakah British membawa masuk buruh dari luar terutamanya orang Cina Foochow ke Sarawak?

a)

Perkilangan

b)

Mengisi kekosongan

c)

Mengusahakan lombong

d)

Buruh ladang

81.

Mengapakah pemodal Eropah menawarkan harga yang tinggi untuk membeli tanah masyarakat tempatan?

a)

Menjaga hak milik tanah peribumi

b)

Membuka tanah untuk pertanian

c)

Melindungi kepentingan ekonomi British

d)

Melindungi masyarakat peribumi

82.

Apakah yang ditubuhkan oleh Majlis Perundangan Singapura pada tahun 1908 bagi melindungi buruh dari India?

a)

Land Order

b)

Tabung Imigran

c)

Jambatan Hal Ehwal

d)

Proklamasi

83.

British menubuhkan Jabatan Pertanian pada tahun 1905 yang bertanggungjawab memajukan tanaman ekonomi dan membangunkan industri getah.

Apakah tujuan penubuhan jabatan tersebut?

a)

Meningkatkan industri getah

b)

Melicinkan sistem pentadbiran

c)

Penyelidikan tanaman

d)

Memberikan modal

84.

British telah memperkenalkan sistem kewangan moden dan insurans untuk melicinkan urusan kewangan ke negeri-negeri Melayu dari luar negara.

Namakan syarikat insurans yang terkenal pada tahun 1860?

a)

Syarikat Royal Insurance Company

b)

Khen Guan Insurance Limited

c)

Commercial Union

d)

Ban Hin Lee Bank

85.

Peta 1 menunjukkan pembinaan landasan kereta api pada akhir abad ke-19. Mengapakah British memperkenalkan perkhidmatan kereta api di negara kita ?

a)

Mengangkut bahan mentah

b)

Kegiatan pembukaan ladang

c)

Menghubungkan bandar sedia

d)

Mengeksploitasi kekayaan ekonomi

86.

Apakah kesan kemunculan bandar-bandar baharu tersebut kepada masyarakat di negara kita?

a)

Lokalisasi

b)

Psikografi

c)

Geografi

d)

Demografi

87.

Kedatangan British membawa sistem pendidikan sekular kepada masyarakat di negara kita sehingga berkembangnya sekolah-sekolah vernakular mengikut kumpulan etnik masing-masing.

Apakah kesan pendidikan vernakular tersebut kepada masyarakat tempatan?

a)

Masalah perpaduan

b)

Ketidakpuasan hati

c)

Semangat individualistik

d)

Keunikan warisan

88.

Berapa kalikah Dinasti Brooke melakukan percubaan untuk mematahkan perjuangan Rentap?

a)

Satu

b)

Dua

c)

Tiga

d)

Empat

89.

Apakah faktor yang menyebabkan Kebangkitan Tani di Terengganu?

I Pencabulan adat resam

II Peraturan tanah baharu

III Pengaruh pemimpin agama

IV Pengambilan hak memungut cukai

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

90.

Apakah tuduhan yang dibuat oleh British sehingga Haji Abdul Rahman Limbong menerima hukuman buang negeri?

a)

Mengetuai Kebangkitan Tani 1928

b)

Membunuh wakil British yang dihantar untuk berunding

c)

Mengemukakan bukti palsu ketika menjadi peguam mewakili penduduk Ulu Telemong

d)

Menghasut petani supaya menentang undang-undang tanah yang diperkenalkan British

91.

Berikut menunjukkan tokoh-tokoh yang berjuang menentang British.

• Mat Salleh

• Mat Sator

Apakah strategi yang digunakan kedua-dua tokoh tersebut untuk menentang British?

a)

Berunding

b)

Pembinaan kubu pertahanan

c)

Mencabar perjanjian

d)

Menggunakan sistem perundangan

92.

Apakah tindakan British yang menyebabkan kuasa Menteri Ngah Ibrahim terjejas?

I Pembinaan balai polis

II Pengenalan cukai baharu

III Diberi jawatan yang rendah

IV Pelantikan Penolong Residen di Larut

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

93.

Berikut merupakan jawatan baharu yang diwujudkan oleh British.

PEGAWAI MAJISTRET DAN PEMUNGUT HASIL

Apakah kesan akibat kewujudan jawatan tersebut?

a)

Kehidupan rakyat semakin ditindas

b)

Perkenalan cukai baharu yang banyak

c)

Urusan pembayaran cukai menjadi lebih mudah

d)

Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan punca pendapatan

94.

Apakah peraturan yang ditetapkan dalam persidangan Majlis Mesyuarat Negeri selepas peristiwa penentangan masyarakat tempatan?

I Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

II Tulisan jawi digunakan dalam urusan surat-menyurat

III Sultan diberi kuasa untuk menggubal undang-undang

IV Orang Melayu diberi keutamaan menjawat jawatan kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

95.

Dialog berikut menggambarkan semangat perjuangan Rentap menentang Brooke.

"Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada orang Eropah"

Mengapakah Rentap mempunyai keyakinan sedemikian?

a)

Pengikut yang ramai

b)

Mendapat sokongan sultan

c)

Kubu pertahanan yang kukuh

d)

Kelengkapan perang yang canggih

96.

Bagaimanakah SBUB melemahkan perjuangan Mat Salleh?

a)

Berpakat dengan Belanda

b)

Menggunakan nama sultan

c)

Menggunakan tipu muslihat

d)

Memecah-belahkan pengikut Mat Salleh

97.

Apakah peranan Majlis Mesyuarat Negeri yang ditubuhkan oleh British?

I Badan penasihat sultan

II Merangka undang-undang

III Melaksanakan undang-undang

IV Meluluskan perintah atau peraturan Sultan dalam Majlis Mesyuarat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

98.

Melalui Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909, Perlis kehilangan satu wilayah yang terletak di utara Sungai Perlis kepada Siam iaitu

a)

Wilayah Sadao

b)

Wilayah Setul

c)

Wilayah Pujoh

d)

Wilayah Tabal

99.

Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909 menyebabkan Kedah kehilangan wilayah. Sultan Kedah yang terkilan kerana tidak diajak berunding ialah

a)

Sultan Abdul Halim Muazam Shah

b)

Sultan Abdul Hamid Halim Shah

c)

Sultan Muhammad Jiwa

d)

Sultan Mahmood Shah

100.

Mengapakah Sultan Zainal Abidin III tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok 1909?


I Tidak dibawa berunding

II Kedaulatan negeri tergugat

III Dipaksa menghantar bunga emas

IV Bercanggah dengan janji British

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

101.

Melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, Siam telah menyerahkan satu daerah Kelantan kepada Siam. Wilayah tersebut ialah

a)

Sungai Golok

b)

Rantau Panjang

c)

Tumpat

d)

Tabal

102.

Gambar di atas menunjukkan Duli Yang Mulia Sultan Abu Bakar, pemerintah yang menyumbang kepada permodenan negeri Johor pada kurun ke-19. Bagaimanakah Baginda menangani tekanan British?

a)

Amalan Berdiplomasi

b)

Mengadakan Perjanjian

c)

Melantik pegawai barat dalam pentadbiran

d)

Memperkenalkan perlembagaan negeri

103.

Mengapakah Sultan Kelantan tidak bersetuju dengan pelantikan J.S. Mason sebagai Penasihat British?

a)

Menggugat kedaulatan negeri

b)

Menyekat aktiviti perdagangan

c)

Mencabul adat istiadat Melayu

d)

Menjejaskan hubungan dengan Siam

104.

Apakah isi kandungan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang diisytiharkan pada 14 April 1895?


I Raja dipilih melalui sistem giliran

II Cukai tanah dikuatkuasakan

III Islam sebagai agama rasmi

IV Raja mestilah berbangsa Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

105.

Maklumat berikut tentang cara Kedah menghadapi pengaruh British.

Apakah nilai yang dapat dikaitkan dengan peristiwa di atas?

a)

Diplomasi

b)

Jati diri

c)

Toleransi

d)

Berhemah

106.

Rajah berikut menunjukkan sumbangan seorang tokoh di Johor. Apakah X ?

a)

Mewajibkan pendidikan

b)

Melukis peta negeri

c)

Mendaulat bahasa

d)

Menggubalkan perlembagaan

107.

Apakah sumbangan Wan Mat Saman sebagai Perdana Menteri Kedah yang pertama?

a)

Memodenkan sistem pengangkutan

b)

Memperkenalkan pentadbiran baru

c)

Menentang penjajahan

d)

Memajukan pertanian

108.

Senarai berikut merupakan pemimpin yang berwibawa di Johor.


Dato' Jaafar bin Hj. Muhammad

Dato' Abdul Rahman bin Andak


Apakah persamaan pemimpin tersebut?

a)

Mengekalkan kedaulatan negeri

b)

Memajukan sekolah Inggeris

c)

Melaksanakan sistem Kangcu

d)

Menggubal perlembagaan negeri

109.

O.K.K Haji Mohammad Arshad dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dalam pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah. Apakah tugas Ketua Anak Negeri?

a)

Menjaga kebajikan buruh

b)

Mentadbir jabatan kerajaan

c)

Menjamin keamanan rakyat

d)

Menyelaras bidang pendidikan

110.

Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi seorang tokoh yang telah berjasa kepada negeri Johor. Apakah sumbangan beliau?

a)

Memartabatkan Bahasa Melayu

b)

Menyekat kemaraan kuasa British

c)

Melukis peta pembangunan negeri

d)

Mewajibkan pendidikan semua rakyat

111.

Siapakah yang bertanggungjawab memperkenalkan Perak sebagai pengeluar bijih timah di dunia?


I Long Jaafar

II Ngah Ibrahim

III Sultan Ismail

IV Raja Abdullah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

112.

Maklumat berikut berkaitan dengan perlembagaan negeri


  • Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
  • Undang-undang Tubuh Kerajaan


Apakah persamaan perlembagaan tersebut?

a)

Menerap pengaruh Barat

b)

Menghalang campur tangan asing

c)

Mempelopori amalan demokrasi

d)

Menjadi asas perjanjian Persekutuan

113.

Berikut adalah Logo Pasukan Rejimen Askar Melayu.

Apakah moto pasukan tersebut?

a)

Taat Setia

b)

Bersatu Bersetia

c)

Bersetia Berkhidmat

d)

Bersekutu Bertambah Mutu

114.

Apakah tuntutan Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad dalam Persidangan DURBAR di Kuala Lumpur pada tahun 1903?

a)

Memberi perhatian kepada orang Melayu yang tiada tanah

b)

Memberi perhatian kepada orang Melayu yang tiada pekerjaan

c)

Bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan

d)

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi

115.

Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah dan Abang Haji Bolhassan telah menubuhkan sekolah khas bagi kaum wanita untuk mempelajari ilmu agama yang dikenali sebagai

a)

Sekolah Puteri

b)

Sekolah Wanita

c)

Sekolah Kajang

d)

Sekolah Titian Kasih

116.

Pembesar yang bertanggungjawab menjadikan negeri Kedah sebagai Jelapang Padi ialah

a)

Wan Abd Halim

b)

Tunku Mahmud

c)

Tuanku Abd Hamid

d)

Wan Muhammad Saman

117.

Negeri yang terakhir menerima Penasihat British setelah menandatangani perjanjian pada tahun 1919 ialah negeri

a)

Perlis

b)

Johor

c)

Kedah

d)

Kelantan

118.

Rajah berikut berkaitan dengan sistem kerajaan berpelembagaan di Terengganu.

Siapakah tokoh X berikut ___________________

a)

Sultan Ibrahim

b)

Sultan Muhammad II

c)

Sultan Zainal Abidin III

d)

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah

119.

Gambar berikut merupakan tokoh yang terlibat dalam pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah?

Apakah peranan tokoh tersebut kepada masyarakat tempatan ?

a)

Pegawai daerah

b)

Mengetuai Jabatan

c)

Mengusahakan pembalakan

d)

Hakim di Mahkamah Anak Negeri

120.

Antara berikut, perjanjian manakah yang tidak diterima oleh sultan di Negeri-negeri Melayu Utara?

a)

Persetiaan British dengan Sultan Kedah 1791

b)

Perjanjian Bangkok 1909

c)

Perjanjian British- Johor 1914

d)

Perjanjian British-Kedah 1923

121.

Mengapakah pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara tidak mahu menerima penasihat British selepas perjanjian Bangkok 1909?

a)

Kedudukan politik raja dan pembesar terancam

b)

Berusaha mempertahankan hak dan identiti negeri

c)

British mengambil alih peranan pemerintah di negeri masing masing

d)

British memberi layanan buruk kepada pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara

122.

Apakah tujuan kerajaan Johor dan Terengganu menggubal Undang-Undang Tubuh ?

a)

Memudahkan pentadbiran negeri

b)

Memperkenalkan Birokrasi Barat

c)

Memperkukuh kuasa pemerintahan negeri

d)

Memperkenalkan sistem pentadbiran secara demokrasi

123.

Jadual berikut merupakan inisiatif Sultan yang telah memperkenalkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing.

Apakah iktibar yang dapat diambil daripada perlaksanaan Undang-undang tersebut?

a)

Berwaspada terhadap anasir luar

b)

Bijak dalam membuat keputusan

c)

Sentiasa berusaha memajukan negara

d)

Bekerjasama menegakkan undang-undang

124.

Apakah sumbangan Wan Muhammad Saman sebagai Perdana Menteri Kedah yang pertama?

a)

Membangunkan bidang pertanian

b)

Memodenkan sistem pengangkutan

c)

Meningkat aktiviti perlombongan

d)

Menggubal undang-undang tubuh negeri

125.

Gelaran berikut diberikan kepada tokoh pemodenan negeri Johor


  • Digelar Dato’ Bentara Dalam
  • Digelar Bapa Pendidikan Melayu Johor

Siapakah pembesar berwibawa tersebut?

a)

Dato’ Jaafar bin Muhammad

b)

Dato’ Abdul Rahman bin Andak

c)

Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi

d)

Dato’ Muhammad Salleh bin Perang

126.

Tengku Menteri Ngah Ibrahim mempelajari sistem pentadbiran daripada Sultan Johor bagi memajukan daerah Larut.

Mengapakah usaha beliau terhenti?

a)

Pembangunan tergendala akibat campurtangan British

b)

Beliau dipaksa oleh British untuk bersara awal

c)

Beliau dijatuhkan hukuman mati

d)

Beliau dibuang negeri

127.

Persidangan Raja- raja Melayu dikenali sebagai Durbar merupakah wadah pertemuan

antara Raja-raja Melayu dengan British.

Apakah peranan Raja-raja Melayu dalam Durbar?


I . Menyelesaikan pertikaian

II. Berperanan sebagai jurubicara

III. Melindungi kepentingan bangsa

IV. Penggubal undang-undang kerajaan negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

128.

Apakah nilai yang dicontohi dari usaha pembesar negeri memajukan negeri-negeri Melayu?

a)

Berkorban

b)

Bijaksana

c)

Taat setia

d)

Berani

129.

Apakah persamaan di antara Raja Chulan, Raja Di Hilir Perak dengan Dato’ Abdullah Haji Dahan, Undang Luak Rembau?

a)

Merupakan Ahli Majlis Persekutuan

b)

Menjawat jawatan Syeikhul Islam

c)

Merupakan tokoh pejuang kemerdekaan

d)

Merupakan pembesar negeri yang dibersarakan awal oleh British

130.

Siapakah tokoh yang telah menjadikan Kedah sebagai negeri Jelapang Padi di negara kita.

a)

Tengku Menteri Ngah Ibrahim

b)

Wan Muhamad Saman

c)

Tengku Muhammad

d)

Long Jaafar

131.

Berikut adalah sumber utama negeri Sarawak


Antimoni

Emas

X

Pada tahun 1820-an Sarawak merupakan pengeksport utama antimoni, emas dan X .

Apakah X ?

a)

Bijih timah

b)

Sagu

c)

Kelapa

d)

Petroleum

132.

Kemunculan ekonomi di Sarawak dan Sabah telah mewujudkan pelabuhan seperti Kota Batu, Santubung , Banjarmasin dan Sambas.

Apakah kegiatan utama penduduk ketika itu?

a)

Pertanian

b)

Perikanan

c)

perdagangan

d)

Pembalakan

133.

Tindakan diplomasi membuktikan kesungguhan Raja-raja Melayu menghadapi cabaran perluasan kuasa Barat. Apakah usaha yang dilakukan Sultan Abu Bakar dalam

mengekalkan kedaulatan kesultanan Johor sehingga tahun 1914.


I Menubuhkan Lembaga Penasihat

II Menandatangani perjanjian dengan British

III Membuat rundingan untuk menyelesaikan masalah

IV Mengadakan hubungan baik dengan kerajaan Negeri-negeri Selat.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

134.

Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu mengandungi 53 fasal.

Apakah kandungan penting berkaitan perlantikan Ahli Mesyuarat Negeri?


I Boleh terdiri daripada orang bukan beragama Islam

II Mestilah rakyat negeri

III Bersemangat patriotik

IV Berbangsa Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

135.

Apakah tindakan yang telah diambil oleh tokoh di bawah untuk menyekat kemaraan British di Johor?

I Memastikan perairan Johor dan Singapura selamat untuk Perdagangan

II Memindahkan pusat pentadbiran Johor ke Teluk Belanga, Singapura

III Memperkenalkan Sistem Kangani

IV Memodenkan pentadbiran negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

136.

Peranan pemerintah tempatan dan pembesar negeri telah berjaya melambatkan perluasan kuasa British di negara kita. Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada kenyataan tersebut. .

a)

Sikap berhati-hati dan berwaspada

b)

Bekerjasama dengan penjajah

c)

Menandatangani perjanjian

d)

Menghormati penjajah

137.

Saya suka matapelajaran SEJARAH

a)

SANGAT SETUJU

b)

SETUJU

c)

TIDAK SETUJU

d)

SANGAT TIDAK SETUJU

138.

Jika saya diberi pilihan, saya tidak akan mengambil subjek SEJARAH.

a)

SANGAT SETUJU

b)

SETUJU

c)

TIDAK SETUJU

d)

SANGAT TIDAK SETUJU

139.

Saya TIDAK FAHAM apa yang saya pelajari dalam subjek SEJARAH selama setahun ini.

a)

SANGAT SETUJU

b)

SETUJU

c)

TIDAK SETUJU

d)

SANGAT TIDAK SETUJU

140.

Guru SEJARAH saya membosankan.

a)

SANGAT SETUJU

b)

SETUJU

c)

TIDAK SETUJU

d)

SANGAT TIDAK SETUJU

141.

Saya tiada masalah untuk melaksanakan tugasan/kerja sekolah yang diberi oleh guru SEJARAH saya.

a)

SANGAT SETUJU

b)

SETUJU

c)

TIDAK SETUJU

d)

SANGAT TIDAK SETUJU

142.

Subjek yang saya MINATI ialah...... (mengikut susunan yang utama kepada yang kurang diminati).

4 lines
143.

Guru yang saya suka dan faham apabila beliau mengajar ialah ..........(boleh senaraikan lebih daripada seorang).

4 lines
144.

SEJARAH adalah subjek mudah bagi saya.

a)

SANGAT SETUJU

b)

SETUJU

c)

TIDAK SETUJU

d)

SANGAT TIDAK SETUJU

145.

SEJARAH merupakan subjek paling sukar bagi saya.

a)

SANGAT SETUJU

b)

SETUJU

c)

TIDAK SETUJU

d)

SANGAT TIDAK SETUJU

146.

Jika saya diberi pilihan, saya ingin menukar guru SEJARAH saya kepada guru lain.

a)

SANGAT SETUJU

b)

SETUJU

c)

TIDAK SETUJU

d)

SANGAT TIDAK SETUJU

147.

Siapa pun guru yang mengajar saya, saya mampu mendapat keputusan yang baik dalam matapelajaran SEJARAH.

a)

SANGAT SETUJU

b)

SETUJU

c)

TIDAK SETUJU

d)

SANGAT TIDAK SETUJU

148.

Saya akui saya jarang membaca buku SEJARAH walaupun telah diingatkan oleh guru.

a)

SANGAT SETUJU

b)

SETUJU

c)

TIDAK SETUJU

d)

SANGAT TIDAK SETUJU

149.

Kajian Kes Sejarah menyusahkan hidup saya.

a)

SANGAT SETUJU

b)

SETUJU

c)

TIDAK SETUJU

d)

SANGAT TIDAK SETUJU

150.

Saya TIDAK FAHAM LANGSUNG apa perlu buat tentang Kajian Kes Sejarah.

a)

SANGAT SETUJU

b)

SETUJU

c)

TIDAK SETUJU

d)

SANGAT TIDAK SETUJU