wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kecergasan Fizikal Tingkatan 4 Jati

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan kecergasan fizikal?

a)

Kecergasan fizikal merujuk keupayaan melakukan aktiviti harian dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa letih dan masih mempunyai tenaga yang lebih.

b)

Kecergasan fizikal merujuk keupayaan melakukan aktiviti harian dengan bersungguh-sungguh tanpa rasa letih, masih mempunyai tenaga yang lebih untuk melakukan aktiviti riadah dan menghadapi sebarang kecemasan.

c)

Kecergasan fizikal merujuk kepada kesihatan yang terdiri daripada daya tahan kardiovaskular, kelenturan, daya tahan otot, kekuatan otot dan komposisi badan.

d)

Kecergasan fizikal merujuk keupayaan jantung dan salur darah untuk mengedarkan darah beroksigen kepada otot yang bekerja semasa melakukan senaman secara berterusan.

2.

Kecergasan Fizikal terbahagi kepada dua komponen, iaitu:

a)

Kesihatan

b)

Daya Tahan Otot

c)

Lakuan Motor

d)

Kepantasan

3.

Yang manakah bukan komponen kecergasan berdasarkan lakuan motor?

a)

Kekuatan Otot

b)

Kepantasan

c)

Kuasa

d)

Koordinasi

4.

Yang manakah komponen kecergasan berdasarkan kesihatan?

a)

Fleksibiliti

b)

Kuasa

c)

Ketangkasan

d)

Imbangan

5.

Latihan yang manakah sesuai untuk meningkatkan Kapasiti Aerobik?

a)

Latihan Fartlek

b)

Tekan Tubi

c)

Bangkit Tubi

d)

Burpees

6.

Latihan yang manakah meningkatkan Daya Tahan Otot

a)

Menyanyi

b)

Zumba

c)

Jogging

d)

Burpees

7.

Nama penuh 'BMI' adalah?

a)

Body Measurement Index

b)

Body Maximum Intensity

c)

Body Mass Index

d)

Body Mass Intensity

8.

Aiman adalah seorang pelajar tingkatan 5 di SMK X, ketinggian Aiman adalah 1.75m, manakala berat badan Aiman pula 60kg. Apakah bacaan BMI Aiman?

a)

19.59

b)

19.58

c)

18.59

d)

18.58

9.

Berapa bahagian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan?

a)

3

b)

4

c)

5

d)

6

10.

Dalam prinsip FITT, F bermaksud .......

a)

Kekerapan melakukan aktiviti fizikal atau senaman

b)

Bebanan atau tahap kesukaran

c)

Masa yang digunakan

d)

Jenis aktiviti fizikal

11.

"Komponen ini merujuk kepada daya yang dihasilkan oleh otot untuk mengatasi rintangan"


Apakah komponen tersebut?

a)

Daya tahan kardiovaskular

b)

Daya tahan otot

c)

Kekuatan otot

d)

Kelenturan

12.

Aktiviti yang manakah meningkatkan kelenturan?

a)

Tekan tubi

b)

Regangan quadricep

c)

jangkauan melunjur

d)

larian zig zag

13.

Latihan yang manakah digunakan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular?

a)

bangkit tubi

b)

regangan groin

c)

regangan pectoral

d)

Aktiviti berbasikal

14.

Apakah ujian yang digunakan bagi menguji komposisi badan?

a)

Ujian trunk lift

b)

ukuran lipatan kulit

c)

ukuran lilitan kepala

d)

ukuran lilitan tangan

15.

"Keupayaan menggerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakan yang maksimum"


Kenyataan diatas merujuk kepada......

a)

Kelenturan

b)

Daya tahan otot

c)

Daya tahan kardiovaskular

d)

Kekuatan otot

16.

Berapakah kompenan ujian SEGAK dijalankan?

a)

8

b)

4

c)

5

d)

3

17.

"Keupayaan jantung dan salur darah untuk mengedarkan darah beroksigen kepada otot semasa melakukan senaman secara berterusan"


Penyataan tersebut merujuk kepada kompenan....

a)

Daya tahan kardiovaskular

b)

Daya tahan otot

c)

Kekuatan otot

d)

Kelenturan

18.

Berikut adalah komponen kecergasan lakuan motor kecuali...

a)

ketangkasan

b)

Kepantasan

c)

kordinasi

d)

kemampuan

19.

Berapakah Kadar Nadi Maksimum (KNM) bagi Saiful sekiranya umur Saiful ialah 20 tahun?

a)

220

b)

150

c)

180

d)

200

20.

Pilih aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kekuatan otot

a)
b)
c)
d)
21.

Apakah aktiviti yang ditunjukkan pada gambar rajah tersebut?

a)

Memegang leher dan pergelangan tangan

b)

Mengambil dan mengira kadar nadi

c)

merasa degupan jantung.

d)

mencari tahap kecergasan.

22.

Sistem Jantung, Sistem Paru-Paru dan Persedaran darah berkaitan dengan ________________________

a)

Daya Tahan Kardiovaskular

b)

Daya Tahan Otot

c)

Kekuatan Otot

d)

Kelenturan

23.

Ujian Kecergasan Fizikal Berdasarkan Kesihatan yang terdapat dalam SEGAK adalah seperti berikut:

a)

Tekan tubi

b)

Indeks Jisim Badan (BMI)

c)

Naik turun bangku

d)

Lompat bintang

24.

Apakah maksud kapasiti aerobik?

a)

jumlah kekuatan otot yang digunakan.

b)

jumlah tenaga yang dikeluarkan ketika melakukan aktiviti.

c)

jumlah penggunaan oksigen yang maksimum oleh tubuh badan semasa melakukan aktiviti fizikal.

d)

jumlah penggunaan tenaga yang minima digunakan oleh tubuh badan ketika melakukan aktiviti fizikal.

25.

Antara berikut yang manakah BUKAN termasuk dalam prinsip FITT?

a)

Type

b)

Intensity

c)

Frequency

d)

Touch