Font size
WorksheetsK1 TARGET SPM2020
Total questions: 100
Worksheet time: 50mins
Apakah X ?
Kemajuan sistem perhubungan
Hubungan antara kerajaan
Kehidupan berorganisasi
Perkembangan ekonomi
Mengapakah tamadun Mesopotamia, tamadun Indus, tamadun Mesir Purba tertumpu di lembah sungai?
I Mempunyai tanah yang subur
II Mengekalkan warisan tradisi
III Mendapat mandat tuhan
IV Memudahkan perhubungan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kedua-dua bandar berikut terdapat dalam tamadun Indus.
*Mohenjo Daro
*Harappa
Apakah faktor kemajuan bandar tersebut?
Penambahan penduduk
Penguasaan ilmu geometri
Perubahan struktur organisasi
Perkembangan sistem pengangkutan
Apakah kepentingan kandungan karya The Art Of War yang ditulis oleh Sun Tzu kepada masyarakat hari ini?
Menerangkan sistem pemerintahan
Mengatur strategi perniagaan
Menentukan bentuk hubungan luar
Membantu pelaksanaan peperiksaan awam
Apakah persamaan sistem demokrasi yang diamalkan di Yunani dengan sistem demokrasi yang diamalkan pada masa kini?
Penglibatan rakyat dalam pembentukan kerajaan
Golongan agama menjadipenasihat pemerintah
Pilihan raya diadakan setiap lima tahun
Raja menjadi ketua pentadbir negara
Julius Caesar-> Rom
Chandragupta Maurya-> India
Apakah sumbangan mereka?
Membentuk empayar pemerintahan
Memperkenalkan pemerintahan monarki
Mengasaskan pentadbiran secara birokrasi
Melaksanakan sistem pemerintahan republik
Athens merupakan sebuah negara kota dalam Tamadun Yunani. Apakah matlamat pendidikan di negara kota tersebut?
Melahirkan pegawai kerajaan yang berpendidikan
Mewujudkan masyarakat yang celik huruf
Membentuk warganegara yang taat
Melahirkan manusia yang seimbang
Pada tahun 509 S.M Rom mengamalkan sistem pemerintahan republik yang ditadbir oleh dua orang konsul.
Mengapakah dua orang konsul tersebut dilantik?
Memudahkan perluasan empayar
Mengukuhkan hubungan luar
Menghalang pemusatan kuasa
Memilih pemimpin berwibawa
Kerajaan Srivijaya dan Kedah Tua berkembang kerana
banyak bekalan hasil pertanian
mendapat perlindungan kuasa asing
terdapat perlabuhan untuk kegiatan perdagangan
terletak di kawasan pedalaman yang subur
Mengapakah kerajaan maritim sangat bergantung kepada kerajaan agraria?
Mendapat bekalan makanan
Memperkuat sistem pertahanan
Meningkatkan kutipan cukai
Memperluas kawasan taklukan
Raja Indravarman I memerintah kerajaan Angkor mulai tahun 877 Masihi. Apakah sumbangan baginda terhadap kerajaan Angkor ?
Menyediakan kemudahan pelabuhan
Memajukan perusahaan perkapalan
Menghapuskan cukai tanaman
Membina takungan air
Mengapakah kerajaan Funan berkembang daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim?
Kekayaan hasil laut
Peningkatan hasil pertanian
Perubahan dasar pemerintahan
Kedudukan Oc-Eo yang strategik
Dalam kerajaan awal di Asia Tenggara, raja dikaitkan dengan konsep berikut.
*Dewa Raja
*Orde Kosmos
Mengapakah konsep tersebut dikaitkan dengan raja?
Mengekalkan pemerintahan yang adil
Memantapkan adat istiadat di istana
Mempelbagai upacara keagamaan
Memantapkan kuasa pemerintahan
Orang musyrikin Quraisy Makkah menentang penyebaran ajaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW kerana
I Kepercayaan
II persamaan taraf
III menghormati tetamu
IV mentaati pemimpin
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut merujuk kepada peperangan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Arab pada zaman jahiliah.
Perang al-Basus
*Berlaku antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar
*Berlangsung selama 40 tahun
Mengapakah perang tersebut berlarutan selama 40 tahun?
Campur tangan orang Yahudi
Hasutan kerajaan Parsi
Kawasan pertanian terhad
Kerajaan pusat tiada
Surah berikut adalah wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang mengandungi perintah supaya menyebarkan Islam.
*Surah al-Muddasir ayat 1 hingga 7
Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW melaksanakan perintah tersebut?
Mendirikan kerajaan yang berpusat di Makkah
Mengarahkan sahabat menyampaikan dakwah di Madinah
Menawarkan kedudukan tinggi kepada kaum bangsawan Quraisy
Menyampaikan dakwah terhadap keluarga terdekat terlebih dahulu
*Sistem kabilah
*Semangat assabiah
Bagaimanakah amalan tersebut boleh menghalang kejayaan “ Gagasan 1M ”
I Menggalakkan mobiliti sosial
II Menyukarkan perpaduan rakyat
III Menggalakkan semangat perkauman
IV Menghalang pelbagai kegiatan ekonomi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah Nabi Muhammad SAW digelar sebagai al-Amin?
Keturunan baginda dihormati
Memiliki kebijaksanaan
Berpengalaman luas
Sentiasa dipercayai
Pada tahun 630 Masihi, Nabi Muhammad SAW telah menguasai semula kota Makkah. Apakah kesan peristiwa tersebut?
Pembahagian wilayah
Bilangan penduduk bertambah
Sistem kabilah diteruskan
Unsur jahiliah dihapuskan
Apakah kepentingan Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammaad SAW pada tahun 622 Masihi?
Memberi panduan pemerintahan negara
Melindungi tradisi masyarakat Arab
Menamatkan permusuhan dengan Rom
Menyediakan strategi menghadapi ancaman Quraisy Makkah
Selepas dua tahun perjanjian Hudaibiyah dimeterai, orang Quraisy Makkah mencabuli perjanjian tersebut dengan menyokong Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.
Apakah kesan daripada pencabulan tersebut?
Penyebaran Islam tergendala
Pembukaan semula kota Makkah
Penduduk Madinah semakin terancam
Penghijrahan Nabi Muhammad SAW terhalang
Antara berikut keadaan yang manakah membenarkan perang dalam Islam?
I Meluaskan wilayah
II Mempertahankan diri
III Menjaga harta benda
IV Menguasai ekonomi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
*Abdullah bin Abu Bakar
*Amir bin Fuhairah
*Abdullah bin Arqat
Apakah sumbangan tokoh tersebut?
Menamatkan pemulauan terhadap orang Islam
Membantu Rasulullah berhijrah ke Madinah
Meneruskan dakwah ke Taif
Menandatangani Perjanjian Hudaibiyah
Sumbangan Khalifah Umar bin Al-Khattab.
*Empangan Abu Musa di Basyrah
*Terusan Amirul Mukminin di Mesir
Mengapakah beliau membina kemudahan tersebut?
Membekalkan air bersih
Mengelakkan banjir berlaku
Meningkatkan produk pertanian
Meningkatkan kegiatan perdagangan
Antara yang berikut, yang manakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq kepada kerajaan Islam Madinah?
I Memerangi golongan al-Riddah
II Memperkenalkan pelbagai cukai
III Menubuhkan Jabatan Kehakiman
IV Menyelesaikan perpecahan umat Islam
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan r.a. berjaya meluaskan wilayah Islam?
Semangat jihad dipupuk
Armada laut diperkukuh
Perkahwinan politik digalakkan
Perjanjian dengan pemimpin tempatan dimeterai
Kerajaan Bani Umaiyah telah mewujudkan sistem hijabah. Bagaimanakah sistem tersebut dilaksanakan?
Penetapan peraturan di istana
Halangan mengkritik pemerintah
Pemeriksaan untuk menemui khalifah
Kebebasan bersuara dihadkan
Apakah sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam bidang pendidikan?
I memperkenalkan sistem madrasah
II menubuhkan akademi pelayaran
III menubuhkan institut pertanian
IV membina kolej perubatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pedagang Islam telah dilantik sebagai syahbandar oleh pemerintah kerajaan Islam di Asia Tenggara.
Mengapakah pedagang Islam diberi keutamaan dalam pelantikan jawatan syahbandar tersebut ?
Cekap dalam pentadbiran
Mengamalkan sifat jujur
Mahir dalam perniagaan
Setia kepada bangsawan
Mengapakah nasab keturunan sultan yang memerintah di Asia Tenggara sering dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain?
Mengelakkan perpecahan rakyat
Memperkukuh hubungan perdagangan
Meningkatkan kewibawaan pemerintah
Mengekalkan amalan adat tradisional
*Islam dari Semenanjung Tanah Arab
*Islam dari China
*Islam dari India
Mengapakah pakar sejarah fokus kepada wilayah tersebut apabila membincangkan tentang teori kedatangan Islam?
I Kedudukan wilayah tersebut di tengah-tengah kawasan Asia Tenggara
II Unsur budaya wilayah tersebut mempengaruhi budaya Asia Tenggara
III Hubungan wilayah tersebut dengan Asia Tenggara telah lama terjalin
IV Wilayah tersebut pernah menjadi sebahagian wilayah Asia Tenggara
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah mengubah sistem pemerintahan dan pentadbiran.
Apakah bukti pernyataan di atas?
I Wazir dilantik mentadbir wilayah
II Institusi kesultanan diperkenalkan
III Undang-undang syariah dilaksanakan
IV Jawatan tradisional dimansuhkan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Ulama berikut telah memberikan sumbangan penting dalam memperkukuh sistem pemerintah kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
*Makhdum Sayid Abdul Aziz
*Maulana Abu Bakar
Bagaimanakah mereka membantu memperkukuh sistem pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ?
Menjadi penasihat raja
Mengurus kegiatan ekonomi
Menjadi utusan ke luar negeri
Menggubal peraturan rasmi istana
Sekolah pondok merupakan institusi pendidikan penting di Tanah Melayu pada abad ke-17.
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan institusi tersebut?
Peperiksaan secara berpusat
Waktu pembelajaran tidak terbatas
Mufti mengawal sukatan pembelajaran
Bangunan dibina oleh pemerintah
Senarai berikut merujuk kepada undang-undang bertulis dalam kerajaan Melayu tradisional.
*Undang-undang Pahang
*Undang-undang Kedah
*Undang-undang Perak
Apakah kesan perlaksanaan undang-undang tersebut?
Melicinkan sistem pentadbiran
Menyekat pengaruh asing
Memantapkan sistem pendidikan
Mengeratkan hubungan diplomatik
Golongan raja di Asia Tenggara menggunakan gelaran berikut setelah kedatangan Islam.
*Zillullah fil-alam
*Zillullah fil-ardh
Mengapakah gelaran tersebut digunakan?
Melambangkan kemakmuran kerajaan
Mengekalkan warisan tradisi
Mengesahkan kewibawaan
Memelihara hak penduduk
Antara yang berikut yang manakah ciri zaman gelap di Eropah?
I Sistem feudal runtuh
II Kerajaan pusat lemah
III Ilmu pengetahuan terhad
IV Institusi agama merosot
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Revolusi Pertanian berlaku di Eropah pada abad ke-18.
Apakah sumbangan Revolusi Pertanian terhadap Revolusi Perindustrian?
Membekalkan tenaga mahir
Menyediakan kawasan
Membekalkan modal
Menyediakan kemudahan asas
Apakah tujuan penjelajahan orang Eropah ke Asia pada abad ke-16?
Mengaut keuntungan
Memperoleh hamba abdi
Menyebarkan ilmu pengetahuan
Memperkenalkan sistem pemerintahan
Zaman Renaissance di Eropah berlaku dari tahun 1350 hingga tahun 1600. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan zaman tersebut ?
Pengukuhan sistem feudal
Penghargaan terhadap seni
Peningkatan kuasa gereja
Peluasan tanah jajahan
Mengapakah undang – undang berikut dilaksanakan di Tanah Melayu ?
*Enakmen Pendaftaran Sekolah 1920
Menyebarkan ajaran agama
Membasmi pengaruh komunis
Menyekat kemasukan imigran
Mewajibkan pendidikan vernakular
Dasar British dalam perusahaan tanaman getah di Tanah Melayu.
1920 - Rancangan Sekatan Stevenson diperkenalkan
Mengapakah dasar tersebut diperkenalkan?
Menstabilkan harga
Mengurangkan import
Meningkatkan pengeluaran
Menyekat kegiatan orang tengah
Cara kemasukan buruh dari luar ke Tanah Melayu pada kurun ke-19.
*Sistem Kontrak
*Sistem Kangani
Mengapakah sistem tersebut dipilih oleh para imigran?
Keselamatan dijamin oleh pihak berkuasa
Latihan kemahiran disediakan oleh kerajaan
Tambang pengangkutan dibayar oleh majikan
Tempat penginapan disediakan oleh agensi yang dilantik
Mengapakah pengeluaran pemodal Eropah meningkat selepas tahun 1926?
Pelaburan orang Cina berkurangan
Penggunaan teknologi moden
Kawalan harga oleh kuasa Eropah
Sokongan daripada pembesar Melayu
Penjajah Sepanyol memaksa penduduk Filipina menerima Sistem Encomienda.
Mengapakah sistem tersebut menimbulkan kebencian penduduk tempatan terhadap penjajah?
Syarat kerakyatan ketat
Harga komoditi rendah
Imigran bertambah
Cukai tinggi
Apakah faktor yang membolehkan Thailand mengekalkan kemerdekaannya?
Kekuatan tentera
Perkongsian kuasa
Kedudukan strategik
Pemodenan pentadbiran
Bagaimanakah pembesar Mandarin tersebut dilantik?
Keputusan pembesar tradisional
Pemilihan oleh rakyat
Perlantikan oleh penjajah
Melalui sistem peperiksaan
Bercorak sederhana -> Bercorak radikal
Mengapakah perubahan corak perjuangan tersebut berlaku?
Blok kuasa dunia dibentuk
Perjuangan awal kurang berjaya
Kerjasama dengan negara serantau
Sumber kewangan tidak mencukupi
Mengapakah Gerakan Islah sukar bergerak di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berbanding dengan Negeri-Negeri Selat?
Kekurangan sumber modal
Penolakan ideologi Kaum Muda
Penguatkuasaan undang-undang
Ketiadaan pemimpin berkebolehan
Mengapakah kedatangan British ditentang oleh pemimpin setempat?
I Menguasai daerah mereka
II Mempengaruhi masyarakat tempatan
III Menyelaraskan penggunaan mata wang
IV Memperkenalkan sistem pentadbiran baru
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Novel berikut adalah karya Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).
*Anak Mat Lela Gila
*Putera Gunung Tahan
Apakah persamaan tema dalam novel tersebut?
Menghargai warisan bangsa
Menghargai sumbangan tokoh
Kepentingan pendidikan moden
Cinta akan tanah air
Apakah tindakan J.W.W Birch yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang British di Pasir Salak, Perak?
Larangan mengutip hasil hutan
Menghalang kemasukan imigran
Campur tangan dalam pentadbiran
Mengambil alih aktiviti perlombongan
2. Senarai berikut adalah undang-undang tubuh kerajaan Melayu.
*Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
*Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911
Mengapakah undang-undang tersebut digubal ?
Meningkatkan kecekapan pemerintah
Membentuk pentadbiran demokratik
Memperkukuhkan sistem pertahanan
Mengekalkan kedaulatan negeri
Otto Eduard von Bismarck mengamalkan konsep realpolitik serta politik darah dan besi semasa memerintah Jerman pada abad ke-19.
Mengapakah beliau mengamalkan konsep tersebut?
Menyatukan negara
Melicinkan pentadbiran
Menghapuskan sistem beraja
Menggubal perlembagaan moden
Kata perbilangan adat berikut berkaitan dengan Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan.
Alam beraja
Luak berpenghulu
Suku berlembaga
Anak buah berbuapak
Perbilangan tersebut dapat dikaitkan dengan
Protokol istana
Upacara perkahwinan
Menyambut kelahiran
Pemilihan pemimpin
Dalam konteks negara moden, bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dari segi ...
I agama
II Bahasa
IIII Adat Resam
IV kegiatan ekonomi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke mengisytiharkan penyerahan Sarawak kepada British.
Mengapakah penyerahan tersebut mendapat bantahan penduduk tempatan?
Sistem beraja tergugat
Sempadan wilayah berubah
Negeri menjadi tanah jajahan
Kegiatan perdagangan terjejas
Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Kekuatan perpaduan orang Melayu
Pertambahan bilangan kaum imigran
Memenuhi desakan orang dagang
Akur tuntutan golongan radikal
Malayan Union memperkenalkan prinsip kerakyatan jus soli. Mengapakah orang Melayu menentang kerakyatan tersebut ?
Menggugat kedudukan raja
Memusnahkan status quo
Pembentukan pelbagai budaya
Penghapusan ekonomi tradisional
*Piagam Atlantik
Apakah gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terkandung dalam piagam di atas?
Dasar liberalisasi
Amalan realpolitik
Dasar dekolonisasi
Amalan monarki
Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951. Sejauh manakah sistem tersebut menepati matlamat British untuk mematuhi proses dekolonisasi.
Kabinet bayangan bebas daripada kawalan kerajaan pusat
Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan
Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja
Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir
Pada tahun 1956, Suruhanjaya Reid telah dibentuk.
Apakah peranan suruhanjaya tersebut?
Merancang pembangunan ekonomi
Melatih rakyat tempatan dalam pentadbiran
Membentuk Jawatankuasa Perpaduan Kaum
Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Mengapakah beliau menubuhkan parti tersebut?
Memantapkan kedudukan UMNO
Mendapatkan bantuan daripada British
Mewujudkan kerjasama pelbagai kaum
Melemahkan ancaman pengganas komunis
Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan London?
Pembentukan Jawatankuasa Antara Kaum
Kelonggaran syarat mendapatkan kerakyatan
Penubuhan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan
Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan
Pada 27 Mei 1961, Tuanku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah mencadangkan pembentukan Malaysia di Singapura.
Mengapakah beliau bertindak demikian?
I Memperkasa sistem beraja
II Memperkukuh politik negara
III Memantapkan kerjasama ekonomi
IV Mengimbangi pengaruh kuasa pembesar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah Parti Tindakan Rakyat bimbang kemenangan Barisan Sosialis dalam pilihanraya Hong Lim di Singapura pada tahun 1961?
I Menggugat proses kemerdekaan
II Memecahbelahkan perpaduan kaum
III Membantutkan perkembangan ekonomi
IV Melemahkan kepimpinan Lee Kuan Yew
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah Indonesia melancarkan kempen Ganyang Malaysia pada tahun 1963?
Menguji kekuatan senjata
Mempertahan wilayah asal
Desakan pemimpin komunis
Hasutan penjajah Belanda
Mengapakah parti politik berikut menentang penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada peringkat awal?
*Sarawak Chinese Association
*Parti Pesaka Anak Sarawak
Bimbang ancaman komunis
Tekanan daripada Indonesia
Ingin merdeka terlebih dahulu
Menyokong Persekutuan Borneo
Muthu adalah warganegara Malaysia yang ingin mengundi dalam pilihan raya umum ke- 14.
Apakah syarat yang perlu Muthu penuhi?
I Tidak muflis
II Berumur 21 tahun
III Mendaftar sebagai pemilih
IV Menjadi ahli dalam parti
politik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah jata negara penting kepada negara dan bangsa Malaysia?
I Memperkukuh perpaduan rakyat
II Melahirkan rakyat bersemangat waja
III Mempertahan semangat kenegerian
IV Melambangkan kemajuan ekonomi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan hak Yang di-Pertuan Agong berdasarkan sistem tersebut?
I Bertindak atas nasihat Perdana Menteri
II Boleh menggunakan kuasa budi bicara
III Berkuasa penuh dalam hal kewangan negara
IV Berhak membatalkan sesuatu undang-undang
I dan II
I dan IV
II dan III
III da IV
Pilihan raya kecil diadakan di mana-mana kawasan di negara kita sekiranya wakil rakyat
Meninggal dunia
Dipecat dari parti
Menyertai parti lain
Hilang sokongan
Dasar Penswastaan dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Keempat. Apakah matlamat dasar tersebut?
I Mengimbangi pemilikan harta antara kaum
II Mengurangkan beban kewangan kerajaan
III Meningkatkan kemajuan ekonomi
IV Memperhebatkan pembukaan tanah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Rukun Negara?
I Memupuk keharmonian
II Menanamkan taat setia
III Memelihara agama
IV Memberi kebebasan mutlak
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
*Majlis Amanah Rakyat ( MARA)
*Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Apakah persamaan agensi kerajaan di atas dalam Rancangan Malaya Pertama?
Mempelbagaikan jenis tanaman
Menumpukan pembangunan luar bandar
Mengawal kemasukan bahan makanan import
Melatih bumiputera dalam bidang perindustrian
Temasya Sukan Malaysia ( SUKMA ) yang diadakan dua tahun sekali.
Apakah kepentingan sukan tersebut terhadap Malaysia ?
Mengeratkan perpaduan kaum
Memantapkan hubungan serantau
Memperkasa semangat kenegerian
Memudahkan perkongsian kepakaran
MAPHILINDO yang ditubuhkan pada tahun 1963 adalah pertubuhan serantau yang dianggotai oleh Malaysia, Filipina, dan Indonesia.
Mengapakah pertubuhan tersebut ditubuhkan?
I Meningkatkan hubungan persahabatan
II Menyelesaikan pertelingkahan
III Menggalakkan kerjasama pendidikan
IV Mewujudkan kerjasama dalam bidang ketenteraan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah sumbangan Malaysia untuk menghapuskan Dasar Aparteid di Afrika Selatan?
Membantah campur tangan asing
Mencadangkan pemerintah yang baru
Menggugurkan keahliannya dalam Komanwel
Mengesyorkan penglibatan tentera Komanwel
Adolf Hitler adalah pemimpin Jerman yang dituduh mengingkari Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919.
Apakah bukti tuduhan tersebut?
Memperbesar angkatan tentera
Menakluki wilayah Itali
Menyertai Kuasa Bersekutu
Mengamalkan pemerintahan dic
ktator
Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara-negara di Asia Tenggara?
Kuasa raja dipulihkan
Kerajaan republik dibentuk
Semangat kebangsaan meningkat
Wujud pelbagai aliran politik
Apakah ciri kehidupan bandar yang bertamadun menurut Ibn Khaldun?
Kebebasan beragama
Kemajuan infrastruktur
Kemakmuran sosioekonomi
Ketinggian tatasusila
Stresthin adalah sebuah pertubuhan perdagangan yang ditubuhkan di India. Apakah matlamat pertubuhan tersebut?
Melahirkan pekerja mahir
Mengawal gaji pekerja
Menjaga kepentingan majikan
Menetapkan had masa bekerja
Seni bina Tamadun Yunani
- Binaan berbentuk kubah
- Tempat memuja dan menyimpan patung dewa
Apakah binaan tersebut?
Acropolis
Aqueduct
Pantheon
Colloseum
Apakah kepentingan peristiwa Nabi Muhammad SAW membuka semula kota Makkah terhadap kerajaan Islam Madinah?
Meningkatkan kemajuan ekonomi
Penerusan sistem kabilah
Memperkukuh negara
Pertambahan penduduk
Apakah tujuan penciptaan kolar kuda di Tamadun China?
Menarik kenderaan
Membawa penumpang
Menambah kelajuan
Membuat pengairan
Sultan Iskandar Musa Mahkota Alam telah menubuhkan institusi baitulmal di Acheh. Apakah fungsi institusi tersebut?
Menjaga perbendaharaan negara
Menguruskan adat istiadat istana
Menyeragamkan sistem pentadbiran
Mengawal pelaksanaan undang-undang
Golongan Patron muncul di Eropah pada zaman Renaissance. Apakah peranan golongan tersebut?
Menyebarkan agama
Menjelajah ke kawasan luar
Menganggotai pasukan tentera
Menaungi golongan pelukis
Pergerakan Luddite adalah gerakan sosial oleh pekerja industri tekstil di Britain pada abad ke19. Mengapakah gerakan tersebut muncul?
Menentang penggunaan mesin
Menentang penggunaan buruh wanita
Membantah pengurangan masa bekerja
Membantah penubuhan persatuan pekerja
Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold dalam menjayakan pembentukan Malaysia?
Memujuk Singapura menyertai Persekutuan
Menggalakkan penubuhan Parti Perikatan
Melaksanakan sistem birokrasi Barat
Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak
Laporan Rahman Talib 1960 diperkenalkan dengan penekanan kepada perpaduan kaum. Antara berikut yang manakah syor laporan tersebut?
I Aliran vokasional diperkenalkan
II Sistem persekolahan bercorak integrasi
III Sekolah kebangsaan menggantikan sekolah umum
IV Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah menengah
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Apakah kunci utama yang menentukan kejayaan dasar k-ekonomi?
Inovasi
Integriti
Ketekunan
Sokongan pihak swasta
Melalui Komanwel, Malaysia dengan lantang menentang Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan. Mengapakah Malaysia menentang ideologi tersebut?
Ideologi komunis berkembang
Perdagangan antarabangsa terjejas
Keselamatan negara jiran terancam
Penindasan terhadap rakyat berleluasa
FELDA adalah agensi yang ditubuhkan dibawah Rancangan Malaya Pertama. Apakah matlamat agensi tersebut?
Menstabilkan harga pasaran
Menggalakkan pelaburan modal asing
Meransang penglibatan sektor swasta
Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914. Apakah faktor yang menyebabkan perang tersebut?
Perancis bersekutu dengan Rusia
Wilayah Jerman diceroboh
Bakal raja Austria dibunuh
Pearl Harbour diserang
Apakah ciri blok kapitalis?
Kebebasan individu dikawal
Mengamalkan pemerintahan demokratik
Mengamalkan sistem satu parti
Memiliknegarakan perniagaan
Apakah persamaan matlamat perjuangan parti Hizbul Muslimin dan Parti Islam Se Tanah Melayu(PAS)?
Menggalakkan perpaduan
Menyatukan orang Melayu
Mencapai kemerdekaan
Menubuhkan negara Islam
Apakah fungsi Jemaah Menteri Penasihat Raja?
Menguruskan pembangunan
Menjaga hal ehwal luar
Menjaga keselamatan raja
Menguruskan perkara bukan rahsia
Antara sumbangan Mohammad Eunos Abdullah terhadap orang Melayu di Singapura ialah
mewartakan tanah pertanian
memberi peluang pendidikan
mendapatkan petempatan khas
menyediakan tapak perniagaan
Brunei telah menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia. Apakah kesan sekiranya Brunei menyertai Malaysia?
Kerajaan Kalimantan Utara menjadi semakin kuat
Hubungan dengan Filipina dapat diperkukuh
Pengaruh golongan sosialis meningkat
Sumber ekonomi bertambah banyak
Deklarasi Langkawi dihasilkan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel(CHOGM) di Kuala Lumpur pada tahun 1989.
Apakah persetujuan yang dicapai dalam deklarasi tersebut?
Penyelarasan bantuan teknikal
Menyediakan dana pendidikan
Mengatasi masalah pencemaran
Membanteras penyalahgunaan dadah
