WorksheetsPENILAIAN AKHIR TAHUN PDPR RBT TING 2
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Antara berikut, yang manakah maksud masalah inventif?
Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan
Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan
Masalah yang memerlukan penambahbaikan
Masalah yang sukar untuk diselesaikan
Antara berikut, yang manakah benar tentang konsep analisis fungsi?
Produk = melaksanakan tugas tertentu bagi melengkapkan sistem fungsi produk
Fungsi = tugas yang dilakukan oleh produk untuk merubah objek sasaran
Objek = terdiri daripada gabungan beberapa komponen yang membentuk produk lengkap
Komponen = menerima kesan daripada fungsi produk
Antara berikut, yang manakah kaedah pemisahan ruang?
Meja perlu tinggi untuk murid yang tinggi dan perlu rendah untuk murid yang rendah
Meja makan yang boleh dibuka bila ingin digunakan dan boleh dilipat untuk memudahkan penyimpanan
Khemah perlu besar semasa digunakan dan perlu kecil semasa disimpan
Payung perlu besar semasa digunakan dan perlu kecil semasa disimpan
Antara berikut, yang manakah proses pembuatan menggunakan kaedah moden?
Mengecat menggunakan berus cat
Memutar skru menggunakan pemutar skru
Meratakan permukaan kayu menggunakan ketam kayu
Melicinkan permukaan bahan menggunakan mesin pelelas
Berikut ialag carta alir menghasilkan acuan menggunakan plaster of paris. Susun langkah itu mengikut turutan.
I Sapu lapisan minyak pada model awal 3D
II Masukkan ke dalam bekas bersesuaian
III Sediakan plaster of paris dan campurkan dengan air sehingga menjadi pes
IV Celupkan sebahagian model awal 3D ke dalam pes plaster of paris dan biarkan ia kering
III, II, I dan IV
III, I, II dan IV
I, III, II dan IV
I, II, III dan IV
Antara berikut, komponen mekanikal yang manakah berfungsi sebagai penghubung sesuatu komponen atau bahan bagi melengkapkan suatu sistem?
Rantai (chain)
Pautan (linkage)
Gelongsor (slider)
Galas bebola (ball bearing)
Rajah menunjukkan salah satu komponen mekanikal. Nyatakan fungsi komponen mekanikal itu?
Komponen yang digunakan untuk memindahkan kuasa
Sebagai pengantara bagi penghantaran kuasa antara dua gear
Sebagai pengurang geseran bagi menggerakkan sesuatu komponen
Sebagai penghubung sesuatu komponen bagi melengkapkan suatu sistem
Pernyataan berikut adalah tentang elemen sistem elektrik.
* Perantara antara sumber dengan beban
* Berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik
Berdasarkan pernyataan tersebut, nyatakan elemen yang dimaksudkan.
Beban
Sumber
Kawalan
Medium
Rajah menunjukkan satu litar lengkap.
Diberi nilai voltan adalah 3V dan nilai arus adalah 0.5A. Cari nilai rintangan bagi litar itu.
0.17 Ω
6.0 Ω
1.5 Ω
3.5 Ω
Antara berikut, yang manakah fungsi bahagian input pada mikropengawal?
Menghasilkan isyarat kepada mikropengawal dalam bentuk digital
Menerima isyarat dan menghantarkannya kepada Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
Menerima isyarat daripa Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan menghantarnya kepada peranti output
Isyarat yang diterima daripada input akan diproses oleh CPU, kemudian CPU akan menghasilkan isyarat kepada output
Pernyataan berikut adalah tentang peranti input digital.
Berdasarkan pernyataan tersebut, nyatakan jenis peranti input digital tersebut.
Suis tekan tutup
Suis tekan buka
Suis mikro
Suis togel
Antara berikut, yang manakah benar tentang akuaponik secara kitaran?
Ikan dipelihara di dalam bekas dan tanaman berada di atas permukaan air dengan akar yang terendam
Menggunakan kolam, tangki atau bekas yang sama untuk ikan dan tanaman
Menggunakan tangki ikan dan bekas tanaman secara berasingan
Menggunakan media tanaman seperti sabut kelapa
Rajah menunjukkan satu model akuaponik.
Berdasarkan rajah, apakah model akuaponik itu?
Sistem NFT (Nutrient Film Technique)
Sistem Ebb & Flow
Sistem takungan
Sistem Raft
Antara berikut, yang manakah mempengaruhi reka bentuk makanan?
I Cara dikomersialkan mengikut trend
II Cara hidup masyarakat
III Permintaan pengguna
IV Geografi penduduk
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Apakah fungsi alatan itu?
Digunakan utnuk mengukir buah-buahan dan sayur-sayuran
Digunakan untuk membentuk, merapi pada buah-buahan
Digunakan untuk membentuk doh, sayur-sayuran berubi, dan buah-buahan
Digunakan untuk mendapatkan bentuk bulat pada makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran
Apakah fungsi di X?
Menjalankan fungsi
Membentuk sistem
Merubah objek sasaran
Menghubungkan produk dengan objek
Pernyataan manakah yang benar tentang fasa penyelesaian masalah inventif? (Pilih 2)
Fasa penyelesaian masalah inventif terdiri daripada empat fasa
Dalam fasa pertama, masalah dikesan menerusi analisis fungsi
Masalah inventif perlu diselesaikan dengan memilih dua kaedah
Analisis fungsi merupakan proses kerja yang terdapat dalam fasa model penyelesaian
Pilih pernyataan yang tepat tentang proses pembuatan produk.
Pembuatan produk yang menepati cita rasa dan keperluan pengguna
Proses pembuatan yang mengambil kira kemahiran individu dan kos yang dikeluarkan
Kaedah dan teknik tentang sumber tenaga kerja, mesin dan bahan yang diubah untuk menghasilkan produk siap
Perbandingan antara produk yang dihasilkan menggunakan kaedah konvensional dan kaedah moden
Apakah aspek penilaian bagi model 3D yang dihasilkan? (Pilih 2)
Rupa bentuk model
Fungsi produk
Elemen reka bentuk
Prinsip reka bentuk
Rajah menunjukkan salah satu kelas bagi sistem tuas.
Manakah padanan yang tepat yang menunjukkan bahagian pada sistem tuas?
Fulkrum
Daya
Beban
Tapak
Sebuah basikal terdiri daripada beberapa komponen mekanikal yang menggerakkannya. Apakah komponen-komponen tersebut? (Pilih 2)
Galas bebola
Gelongsor
Tuas
Bindu
Tenaga elektrik boleh diperoleh daripada sumber angin, air, matahari, dan ombak. Sumber tenaga ini dikenali sebagai...
Sumber baharu
Sumber berulang-ulang
Sumber boleh diperbaharui
Sumber tidak boleh diperbaharui
Rajah ini menunjukkan sebuah suis mikro.
Manakah antara simbol yang berikut mewakili suis mikro dengan tepat?
Peranti-peranti yang berikut adalah peranti input analog kecuali...
Penderia jarak
Penderia cahaya
Penderia air
Penderia suhu
Antara pernyataan yang berikut, manakah menerangkan sistem NFT?
Sistem NFT menggunakan media penanaman seperti cocopeat dan hidroton
Sistem ini membenarkan akar tanaman menyentuh lapisan air yang mengalir
Air bagi sistem ini dibiarkan bertakung sehingga suatu tahap sebelum dilepaskan
Air yang digunakan adalah dalam kuantiti yang banyak dan dialirkan keluar dengan perlahan
Apakah langkah pengiraan kos upah dalam menyediakan kos pengeluaran projek?
Bilangan pekerja x Kadar upah x Tempoh masa
(Bilangan pekerja x Kadar upah) / Tempoh masa
(Bilangan pekerja + Kadar upah) x Tempoh masa
BIlangan pekerja x (Kadar upah + Tempoh masa)
Maklumat yang berikut perlu dinyatakan pada sesebuah reka bentuk makanan kecuali...
bahan yang digunakan
elemen reka bentuk
kos bahan
dimensi
Rajah menunjukkan prinsip reka bentuk.
Apakah prinsip reka bentuk itu?
Kesatuan
Kepelbagaian
Pengulangan
5. Rajah di bawah ini menunjukkan garisan interaksi. Apakah maksud garisan tersebut?
Berguna
Bermasalah
Berguna tetapi tidak mencukupi
Antara berikut, yang manakah bukan punca sumber tenaga?
Bateri
Solar
Wayar
Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang benar tentang teknologi pembuatan produk menggunakan kaedah konvensional?
Menggunakan teknologi asas
Alatan dikendalikan dengan menggunakan tangan
Produk yang terhasil dalam kuantiti yang banyak
Sesebuah produk dapat dihasilkan dalam tempoh yang singkat
Antara jenis litar yang berikut, manakah yang menghasilkan percikan bunga api yang menyebabkan kebakaran?
Litar tertutup
Litar terbuka
Litar pintas
Apakah fungsi tipografi dalam pembungkusan makanan?
Menggambarkan produk yang dibungkus
Mencipta satu jenama kepada suatu produk
Nama yang diberikan kepada produk
Hubung kait produk dengan objek manakah yang betul?
Bekas makanan memegang biskut
Bekas makanan melindungi biskut
Bekas makanan menyimpan biskut
Antara berikut yang manakah benar tentang teknologi pembuatan?
Alatan seperti pemutar skru dan gergaji tangan akan mempercepatkan proses pembuatan
Menghasilkan produk menggunakan alatan tangan dan mesin
Salah satu aktiviti pembuatan moden ialah menggerudi lubang menggunakan mesin gerudi tangan
Apakah komponen mekanikal yang digunakan dalam alatan di atas?
Tuas
Gear
Rantai
Antara berikut yang manakah benar tentang mikropengawal?
Mempunyai sistem bus
Tidak mempunyai CPU dalam binaannya
Menjalankan kawalan mudah pada peranti elektronik
Gambar rajah di atas menunjukkan jenis reka bentuk ...........
pada makanan
susunan makanan dalam pinggan atau bekas
Antara gambar rajah yang manakah merupakan alatan menghidang makanan?
NYATAKAN KAEDAH PEMBUATAN BAGI DEFINISI BERIKUT:
PROSES MENGUBAH BENTUK SESUATU BAHAN MENJADI BENTUK LAINYANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBINA PRODUK
TUANGAN
PEMISINAN
PEMBENTUKAN
Namakan kaedah pembuatan produk dalam gambar
Kaedah mesin
Kaedah tangan
Kaedah moden
Kaedah konvensional
Pisau tumpul untuk menyiang ikan. Pisau diasah menjadi tajam. Masalah dapat diselesaikan tanpa kesan sampingan. Situasi ini adalah contoh penyelesaian .........................
Masalah inventif
Kaedah pemisahan masa
Kaedah pemisahan ruang
Masalah bukan inventif
Apakah perbezaan tali sawat dengan rantai?
Tali sawat adalah pendek manakala rantai adalah panjang
Tali sawat dipasang pada motor elektrik manakala rantai dipasang antara dua gear
Tali sawat digunakan pada basikal manakala rantai digunakan pada motosikal berkuasa besar
Tali sawat berbentuk komponen kecil yang disambungkan manakala rantai berbentuk tali
Bagi tuil dan tuas Kelas 2, susunan yang betul adalah :
Daya, Fulkrum, Beban
Daya, Beban, Fulkrum
Fulkrum, Daya, Beban
Beban, Daya, Beban
Berikan maksud simbol tersebut.
Berguna (normal)
Berguna tetapi tidak mencukup
Bermasalah (harmful)
Berguna tetapi berlebihan
Yang manakah bukan prinsip inventif bagi kaedah pemisahan masa?
pengembangan terma
pembuangan dan pemulihan
tindakan berterusan yang berfaedah
filem nipis dan cengkerang boleh lentur
Kapsul ubat yang boleh larut menggunakan cadangan prinsip inventif ...........
tindakan berkala
pengembangan terma
pembuangan dan pemulihan
tindakan berterusan yang berfaedah
Antara yang berikut, yang manakah contoh produk yang menggunakan cadangan prinsip inventif filem nipis dan cengkerang boleh lentur?
antena radio
sarung tangan ketuhar
pelindung cahaya cermin kereta
unit luar dan dalam pendingin hawa
Antara berikut yang manakah definisi masalah bukan inventif?
Masalah yang perlu diselesaikan dengan segera.
Masalah yang banyak digunakan dalam industri.
Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku.
Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan berlaku.
Antara berikut prinsip inventif yang manakah dikategorikan dalam kaedah pemisahan ruang?
Pembahagian.
Kedinamikan.
Tindakan awal.
Tindakan berkala.
