wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TATABAHASA

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan bergaris.


Bunga Mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar

a)

layu

b)

hidup

c)

kuncup

d)

kembang

2.

Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan bergaris.


Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan.

a)

kuat

b)

berani

c)

gentar

d)

kasar

3.

Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan bergaris.


Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu.

a)

petang

b)

senja

c)

malam

d)

subuh

4.

Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan bergaris.


Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk.

a)

leka

b)

lena

c)

mudah

d)

selesa

5.

Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan bergaris.


Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam.

a)

sepi

b)

nyata

c)

jelas

d)

kabur

6.

Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan bergaris.


Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin larut.

a)

riuh

b)

hiba

c)

tenang

d)

lengang

7.

Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan bergaris.


Keluarga Khalidi memberi dorongan kepadanya untuk berjaya.

a)

sumbangan

b)

cadangan

c)

hasutan

d)

galakan

8.

Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan bergaris.


Encik Jamali menunaikan amanat datuk dengan sebaik-baiknya.

a)

wasiat

b)

arahan

c)

utusan

d)

siasatan

9.

Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan bergaris.


Mak Cik Zainab memukul ular yang melulur anak ayamnya petang semalam.

a)

menelan

b)

mematuk

c)

memakan

d)

memagut

10.

Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan bergaris.


Adik Suhaila fasih berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun.

a)

laju

b)

yakin

c)

tegas

d)

petah

11.

Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus _________ kawat berduri.

a)

utas

b)

gulung

c)

gelung

d)

bidang

12.

_________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia.

a)

Sejambak

b)

Sekuntum

c)

Sejambangan

d)

Sebatang

13.

Sapu tangan itu dijahit dengan se_________ benang.

a)

utas

b)

untai

c)

gulung

d)

lembar

14.

"Masukkan se_________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmah kepada Jamilah.

a)

cuit

b)

cubit

c)

colet

d)

genggam

15.

_________ awan mendung berarak ditup angin ke arah utara.

a)

Segugus

b)

Sekelompok

c)

Sehamparan

d)

Sekumpulan

16.

Beberapa _________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.

a)

kelompok

b)

tompak

c)

buah

d)

biji

17.

Se_________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.

a)

patah

b)

potong

c)

cebis

d)

untai

18.

Ayah membeli dua _________ durian di pasar.

a)

biji

b)

ulas

c)

buah

d)

buku

19.

Kakak menggunakan se _________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.

a)

cebis

b)

bentuk

c)

lembar

d)

cucuk

20.

Polis melepaskan lima _________ tembakan ke arah perompak itu.

a)

butir

b)

das

c)

biji

d)

pucuk

21.

Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _________.

a)

buta hati

b)

buta huruf

c)

buta kayu

d)

buta gaji

22.

Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ________.

a)

anak buah

b)

anak emas

c)

anak tunggal

d)

anak bongsu

23.

Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ____________.

a)

otak cair

b)

otak udang

c)

mulut murai

d)

mulut tempayan

24.

Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai ____________ sebelum pergi ke sekolah.

a)

alas perut

b)

ikat perut

c)

perut busuk

d)

perut kosong

25.

Kesemua __________ Tuan Haji Azhar dan Puan Rosnah sudah mendirikan rumah tangga.

a)

anak kacukan

b)

anak tiri

c)

anak bini

d)

anak beranak

26.

Azizi dan anak-anaknya ___________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.

a)

langkah kanan

b)

langkah bendul

c)

langkah seribu

d)

langkah kiri

27.

Puan Basrah masih __________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.

a)

geli hati

b)

makan hati

c)

cekal hati

d)

isi hati

28.

Semua barang itu dijual dengan ____________ dalam Pemeran Jom Heboh.

a)

harga diri

b)

harga mati

c)

tanda mata

d)

tanda harga

29.

Yoke Lan __________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.

a)

pekak bapak

b)

lepas tangan

c)

makan hati

d)

tidur mati

30.

Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana _____________ semasa mengadili perlawanan tersebut.

a)

banyak mulut

b)

berat sebelah

c)

angkat kaki

d)

lepas tangan

31.

Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.

a)

kisi-kisi

b)

orang-orang

c)

tupai-tupai

d)

layang-layang

32.

Pawangan menjadi __________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.

a)

riuh-rendah

b)

gelap-gelita

c)

porak-peranda

d)

terang-benderang

33.

Baju Jaswan Singh __________ kerana terkena warna air ketika meyertai aktiviti mewarna.

a)

comot-momot

b)

koyak-rabak

c)

serba-serbih

d)

compang-camping

34.

Ideanya telah ditolak ___________ oleh majikannya.

a)

hidup-hidup

b)

bulat-bulat

c)

betul-betul

d)

terang-benderang

35.

Pak Chee suka makan sup __________ ikan

a)

bebola

b)

jejari

c)

dedaun

d)

kekabu

36.

Mereka ketawa _______ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.

a)

teresak-esak

b)

terkebil-kebil

c)

terbahak-bahak

d)

tergelak-gelak

37.

Kemalangan sering berlaku di jalan yang _____________ itu.

a)

berkelip-kelip

b)

berpinar-pinar

c)

berderet-deret

d)

berliku-liku

38.

Bantal yang berisi ___________ amat lembut sekali.

a)

dedaun

b)

kekabu

c)

bebola

d)

bebiri

39.

Keadaan menjadi ___________ apabila sesebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu.

a)

haru-biru

b)

keluh-kesah

c)

kusut masai

d)

tunggang-langgang

40.

Ayah menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.

a)

dedaun

b)

kekabu

c)

bebola

d)

bebiri

41.

Semua murid dikehendaki ___________ di dewan sekolah.

a)

mengumpul

b)

berkumpul

c)

kumpulan

d)

dikumpul

42.

Farah ialah anak _________ dalam keluarganya.

a)

kedua

b)

berdua

c)

berduaan

d)

berdua-duaan

43.

Budak itu ____________ ke dalam rumahnya.

a)

pelari

b)

berlari

c)

dilarikan

d)

melarikan

44.

Daging itu __________ oleh anjing.

a)

memakan

b)

termakan

c)

pemakan

d)

dimakan

45.

Bas yang dinaiki oleh Amir telah ___________ dalam kemalangan.

a)

penglibatan

b)

melibatkan

c)

terlibat

d)

dilibat

46.

Surat itu __________ oleh Amirah.

a)

penulis

b)

tuliskan

c)

menulis

d)

ditulis

47.

Fatimah amat ___________ oleh ibu saudaranya.

a)

dikasihi

b)

mengasihi

c)

berkasih

d)

pengasih

48.

Imran _____________ pasukan bola sepak sekolahnya ke pertadingan peringkat zon.

a)

tertua

b)

diketuai

c)

mengetuai

d)

kepengetuan

49.

Apabila adik ___________ daripada tidur, dia terus menangis.

a)

menjaga

b)

berjaga

c)

terjaga

d)

dijaga

50.

Pesawah itu ____________ di bawah pokok kerana penat bekerja.

a)

ditidur

b)

tertidur

c)

menidur

d)

ketiduran

51.

Amir __________ kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.

a)

merintih

b)

mengeluh

c)

mengenang

d)

mengerang

52.

Badan Nabilah _________ kerana ketakutan.

a)

menggeliat

b)

menggeletar

c)

menggelupur

d)

menggelepar

53.

Pengemis itu _________ oleh pekerja restoran tersebut.

a)

dihalang

b)

dibuang

c)

dihalau

d)

ditindas

54.

Mak Cik Hasnah sedang _________ bawang di dapur.

a)

menumbuk

b)

mengetuk

c)

memukul

d)

memalu

55.

Ibu _________ kelapa untuk mendapatkan santannya.

a)

memicit

b)

melenyek

c)

memerah

d)

menindih

56.

Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ______________.

a)

merenggut

b)

menyambar

c)

merampas

d)

mengambil

57.

Persatuan Seni Lukisan Sekolah Kebangsaan Seri Lengkap akan ___________ pameran lukisan.

a)

melaksanakan

b)

menjalankan

c)

mengadakan

d)

melahirkan

58.

Kampung Berlian dan Kampung Permata ____________ oleh sebatang sungai.

a)

terbelah

b)

terpisah

c)

terpecah

d)

terbahagi

59.

Ular sawa itu _________ seekor kambing.

a)

melulur

b)

menegak

c)

mengunyah

d)

menghisap

60.

Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah ___________nya terlebih dahulu.

a)

merancang

b)

menimbang

c)

melaksana

d)

melihat