NEW
Font size
WorksheetsKSSM SEJARAH TINGKATAN 4
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Raja menjadi tonggak utama kerajaan. Pernyataan di bawah berkaitan dengan raja sebelum kedatangan Barat KECUALI
Pentadbiran raja dibantu oleh pembesar
Raja memperoleh ketaatan daripada rakyatnya
Raja sentiasa ditaati dan dianggap suci
Raja disembah sebagai wakil dewa
Kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas meliputi kawasan berikut KECUALI
Sungai Mekong
Teluk Cam Ranh
Langkasuka
Segenting Kra
"Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya".
Siapakah tokoh sejarawan yang memberikan tafsiran tersebut?
Hans Kohn
Dato' Onn Jaafar
Dr. Burhanuddin al-Helmi
Prof. William R. Roff
Peristiwa yang mencetuskan gerakan nasionalisme di India ialah kebangkitan penduduk tempatan semasa _______
Arya Samaj
Brhamo Samaj
Dahagi India
Perang Dunia Pertama
Berikut merupakan pembesar berempat dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan Kesultanan Melayu Melaka KECUALI
Syahbandar
Bendahara
Temenggung
Laksamana
Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal.
Fasal 4 menyatakan perkara berkaitan
Tugas sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari
Hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan
Pernikahan memerlukan empat orang saksi, jika tidak cukup memadai dua orang sahaja
Amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan
Apakah matlamat gerakan nasionalisme?
Membina jati diri untuk kukuhkan negara
Menghasilkan persefahaman politik dan ekonomi
Memperbaiki mutu kehidupan dan kesejahteraan
Membina bangsa yang bersatu dan negara berdaulat
'Pemerintahan beraja menjadi simbol penindasan yang menggugat hak rakyat.'
Apakah peristiwa berlaku di Barat yang dapat dikaitkan dengan pernyataan di atas?
Revolusi perindustrian
Revolusi pertanian
Revolusi Keagungan
Revolusi Rakyat
Apakah yang menyebabkan berlakunya krisis rantau Balkan?
Akibat keperluan bahan mentah
Persaingan mendapatkan tanah jajahan
Permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia
Berlakunya Perang Dunia Kedua
Pakatan Bertiga terdiri daripada ....
Britian, Perancis dan Rusia
Romania, Portugal, Jerman
Serbia, Itali, Bulgaria
Britian, Perancis,Rusia, Serbia, Itali, Romania, Portugal, Greece
Apakah implikasi daripada Perjanjian Versailles 1919 terhadap Jerman?
Pilih jawapan yang tepat.
Bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang
Membayar pampasan kepada Pakatan Bertiga
Mengehadkan saiz angkatan tentera
Semua jawapan adalah betul.
Perang Dunia Pertama telah menamatkan sistem pemerintahan beraja di Eropah KECUALI
Kerajaan Republik Jerman didirikan
Pemerintahan Dinasti Hansburg berakhir
Kerajaan komunis pertama terbentuk di Rusia
Penubuhan negara baharu seperti Poland
Apakah yang berlaku di Tanah Melayu selepas tentera Jepun menyerah kalah pada tahun 1945?
Tanah Melayu bebas daripada penjajah
British Military Administration mengambil alih
Tentera Bersekutu menakluk Tanah Melayu
British menubuhkan kerajaan baru
Mengapakah Jepun menyerah kalah dan akhirnya meninggalkan Tanah Melayu pada akhir September 1945?
Bom atom di Hiroshima
Tentera Bersekutu lebih kuat
Kekurangan dana
Tentera ramai terkorban
Apakah peranan British Military Administration berada di Tanah Melayu?
Mengukuhkan pengaruh
Membantu tentera Jepun
Memerangi tentera Jepun
Mengembalikan kestabilan
Siapakah tokoh British di atas?
Sir Henry Gurney
Sir Edward Gent
Sir Malcolm Mc Donald
Sir Harold MacMichael
Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa yang membincangkan asas Perjanjian PTM 1948, kecuali
Wakil Raja² Melayu
Wakil UMNO
Wakil Kerajaan British
Wakil Tentera
Berikut merupakan Wakil UMNO yang terlibat dalam membincangkan asas Perjanjian PTM 1948, kecuali
Dato’ Onn Jaafar
Dato’ Abdul Rahman Mohd Yassin
Haji Megat Yunus
Dato’ Hamzah Abdullah
Antara cadangan yang dikemukakan dalam perbincangkan asas Perjanjian PTM 1948 adalah seperti berikut, kecuali
Menyatukan semua negeri Melayu dalam satu pentadbiran dan 2 buah Negeri² Selat
Memulihkan kedudukan dan kedaulatan Raja² Melayu
Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain
Melonggarkan syarat kewarganegaraan
Gabungan PUTERA terdiri daripada Parti berikut, kecuali
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Angkatan Pemuda Insaf (API)
Gerakan Angkatan Muda (GERAM)
Malayan Democratic Union (MDU)
Parti Komunis Indonesia (PKI) telah berusaha untuk membuka cawangan di Tanah Melayu. Apakah faktor yang mendorong PKI bertindak demikian?
Kekejaman tentera Jepun
Keinginan meluaskan pengaruh
Kegagalan menguasai Pulau Jawa
Kekosongan politik di Tanah Melayu
Apakah kesan daripada peristiwa pembunuhan tiga orang pengurus ladang British di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948?
Rancangan Brigss diperkenalkan
Parti Komunis Malaya diharamkan
Pasukan keselamatan diperkukuhkan
Undang-undang darurat diisytiharkan
Mengapakah pengganas komunis pada tahun 1948 bertindak dengan membakar kilang, menyerang balai polis dan merosakkan landasan kereta api?
Menamatkan Malayan Union
Menentang pentadbiran Jepun
Menubuhkan kerajaan demokrasi
Melumpuhkan ekonomi negara
Mengapakah Parti Komunis Malaya (PKM) menyerang pasukan keselamatan dan balai polis?
Mencetuskan keadaan huru - hara
Menerima sokongan masyarakat
Menggugat keselamatan masyarakat
Menunjukkan kekuatan kerajaan
Apakah matlamat Parti Kebangsaan Melayu Malaya?
Memperjuangkan idea negara merdeka menekankan pemerintahan Demokrasi
Memperjuangkan kemerdekaan tanah air melalui konsep Melayu Raya
Menanam semangat kebangsaan dan bekerjasama dengan kaum lain
Menyatukan orang melayu dan mempertahankan kedudukan Raja-raja melayu
Hizbul Muslimin diterajui oleh ulama berpengaruh.Sila tandakan gambar dibawah?
Apakah objektif utama pembentukan CLC?
Mengasingkan tiga kaum utama di Tanah Melayu
Meningkatkan ekonomi semua kaum
Mengkaji hubungan kaum secara mendalam
Mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu
Laporan Barnes diperkenalkan pada tahun 1951.Apakah matlamat utama laporan tersebut?
Mewajibkan penggunaan bahasa inggeris di sekolah
Menekankan penggunaan bahasa pengantar di sekolah
Mewujudkan sekolah vernakular mengikut bahasa
Mewartakan Akta Pendidikan 1951
Apakah pilihan raya yang terawal di negara kita?
Pilihan raya negeri
Pilihan Raya Majlis Bandaran Kota Bharu
Pilihan Raya Majlis Perbandaran George Town
Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
pakah tujuan kerajaan mengadakan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
Perpaduan kaum dibentuk
Proses memilih wakil rakyat
Penggubalan undang-undang
Penyatuan negara diperkukuh
Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji hal ehwal pilihan raya yang akan dijalankan.
Apakah jawatankuasa tersebut?
Jawatankuasa Pilihan Raya
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Jawatankuasa Perundangan Persekutuan
Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 1955, Parti Perikatan memperoleh kemenangan besar iaitu sebanyak 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
Parti manakah yang turut memenangi kerusi dalam pilihan raya tersebut?
Parti Negara
Parti Kemerdekaan Malaya
Parti Progresif Perak
Parti Islam Se-Tanah Melayu
Apakah matlamat utama rundingan Kemerdekaan London.
Mewujudkan kerjasama dengan British
Menyusun strategi pertahanan ketenteraan
Membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu
Mengumumkan keputusan pilihan raya umum
Apakah tugas Suruhanjaya Reid?
Memantapkan pentadbiran Tanah Melayu
Memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu
Merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
Meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak berkaitan dengan gagasan Malaysia
Apakah isu penting dalam memorandum yang dinamakan Testament Amanah Politik Perikatan sehingga menimbulkan perbezaan pendapat dalam Parti Perikatan.
Isu Pendidikan
Isu Pentadbiran
Isu Kewarganegaraan
Isu Keistimewaan orang Melayu
Warganegara asing yang berjasa kepada Malaysia boleh menjadi warganegara jenis?
Kuatkuasa Undang-Undang
Permohonan
Naturalisasi
Penggabungan Wilayah
Berikan takrif perkataan " Merdeka "?
Kebebasan dan usaha mendaulatkan nusa dan bangsa
Kebolehan seseorang individu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri
Hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan pentadbiran
Sejenis Pentadbiran jajahan Empayar British
Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan Sambutan Hari Merdeka melalui media?
Pada tahun 30 Mei 1957,Apakah yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja - raja Melayu digunakan sebagai simbol negara?
Jawatankuasa Persediaan Fizikal dibentuk bagi memastikan segala perancangan yang di atur dapat dijalankan dengan sebaiknya menjelang detik pemasyhuran kemerdekaan negara. Apakah nilai yang diamalkan oleh anggota jawatankuasa tersebut?
Toleransi
Rasional
Kasih sayang
Kesederhanaan
