wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

exercises

Total questions: 59

Worksheet time: 57mins

Name
Class
Date
1.

Kimia merupakan satu bidang sains yang mengkaji tentang

I struktur jirim

II sifat jirim

III komposisi jirim

IV interaksi jirim

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

2.

Antara berikut, yang manakah merupakan bahan kimia yang lazim dijumpai dalam perubatan?

a)

Analgesik

b)

Pengawet

c)

Pewarna

d)

Polimer

3.

Kerjaya yang manakah tidak memerlukan pengetahuan kimia?

a)

Doktor

b)

Hakim

c)

Ahli farmasi

d)

Ahli kimia

4.

Susunan keadah saintifik yang manakah dalam turutan yang betul?

a)

Membuat pemerhatian → Mengenal pasti masalah → Membuat hipotesis → Mengawal pemboleh ubah → Merancang eksperimen → Mengumpul data → Membuat kesimpulan

b)

Membuat pemerhatian → Membuat hipotesis → Mengenal pasti masalah → Merancang eksperimen → Mengawal pemboleh ubah → Mengumpul data → Membuat kesimpulan

c)

Membuat pemerhatian → Mengenal pasti masalah → Mengawal pemboleh ubah → Membuat hipotesis → Merancang eksperimen → Mengumpul data → Membuat kesimpulan

d)

Membuat pemerhatian → Mengenal pasti masalah → Membuat hipotesis → Mengawal pemboleh ubah → Mengumpul data → Merancang eksperimen → Membuat kesimpulan

5.

Antara berikut, yang manakah bukan alat pelindung diri?

a)

Kaca mata keselamatan

b)

Eyewash

c)

Topeng muka

d)

Kasut keselamatan

6.

Kasim telah mencampurkan etanol ke dalam air suling secara tidak sengaja. Cadangkan satu kaedah saintifik yang paling sesuai kepada Kasim untuk mengasingkan campuran tersebut.

a)

Peneutralan

b)

Pentitratan

c)

Penyulingan

d)

Elektrolisis

7.

Bahan manakah yang boleh dibuang ke dalam singki makmal?

a)

Etanol

b)

Asid hidroklorik pekat

c)

Hidrogen peroksida pekat

d)

Merkuri

8.

Agar tepat dalam penyimpanan dan penggunaanya bahan -bahan kimia dalam botol atau kemasannya diberi label tertentu. Bahan kimia yang memiliki sifat mudah terbakar diberi simbol…

a)
b)
c)
d)
e)
9.

Bahan manakah terdiri daripada atom?

a)

Stim

b)

Udara

c)

Karbon

d)

Naftalena

10.

Bahan manakah terdiri daripada ion?

a)

karbon dioksida

b)

sulfur dioksida

c)

kalsium klorida

d)

hidrogen klorida

11.

Bahan R mempunyai takat lebur 

 100°C-100\degree C  dan takat didih  35°C-35\degree C  .
Apakah bahan R? 

a)

sulfur

b)

karbon dioksida

c)

alkohol

d)

natrium hidroksida

12.

Siapakah yang menjumpai neutron?

a)

Neils Bohr

b)

J.J.Thomson

c)

James Chadwick

d)

Ernest Rutherford

13.

Pernyataan berikut merujuk kepada sumbangan seorang ahli sains dalam perkembangan idea tentang struktur atom.


- menemui proton

-kebanyakan jisim atom tertumpu di nukleus

-elektron bergerak dalam ruang kosong

a)

Neils Bohr

b)

John Dalton

c)

J.J.Thomson

d)

Ernest Rutherford

14.

Ion kalium dan atom kalium mempunyai bilangan zarah subatom yang berbeza.

Antara yang berikut, yang manakah betul mengenai ion kalium berbanding atom kalium?

a)

bilangan neutron berbeza

b)

bilangan elektron berkurang

c)

nombor proton lebih besar

d)

nombor nukleon yang lebih kecil

15.

Apakah maksud isotop?

a)

atom bagi unsur yang sama yang mempunyai bilanagan proton yang sama tetapi nombor neutron yang berbeza.

b)

atom bagi unsur yang sama yang mempunyai bilanagan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza.

c)

atom bagi unsur yang sama yang mempunyai bilanagan proton yang sama tetapi bilangan nucleon yang berbeza.

d)

atom bagi unsur yang sama yang mempunyai bilanagan elektron yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza.

16.

Seorang ahli teknologi makanan ingin memusnahkan bakteria yang merosakkan ubi kentang dengan menggunakan radio isotop. Antara yang berikut, yang manakah yang sesuai digunakan?

a)

Karbon-14

b)

Kobalt-60

c)

Fosforus-32

d)

Natrium-24

17.

Seorang pesakit didiagnosiskan mempunyai kanser. Isotop manakah yang digunakan untuk merawat pesakit itu?

a)

Karbon-14

b)

Natrium-24

c)

Fosforus-32

d)

Kobalt-60

18.

Antara bahan berikut, yang manakah mempunyai 3.01 x 1023 atom?

a)

0.25 mol air

b)

0.5 mol karbon

c)

0.5 mol gas oksigen

d)

0.3 mol gas hidrogen

19.

Antara berikut, yang manakah merupakan formula kimia yang betul bagi kuprum(II) iodida?

a)

CuI

b)

Cu2I

c)

CuI2

d)

Cu2I2

20.

Apakah isi padu pada keadaan bilik bagi satu sampel gas ammonia, NH3 dengan jisim 5.1 g?

[Isi padu molar gas = 24 dm3 pada keadaan bilik]

a)

7.2 dm3

b)

12 dm3

c)

14.4 dm3

d)

18 dm3

21.

1.2 g unsur Y berpadu dengan bromin untuk menghasilkan 6 g sebatian dengan formula empirik YBr2. Apakah jisim atom relatif bagi unsur Y?

[Jisim atom relatif: Br = 80]

a)

20

b)

36

c)

40

d)

56

22.

Berikut ialah satu persamaan kimia:

H2SO4(ak) + 2KOH(ak) → K2SO4(ak) + xH2O(ce)

Apakah nilai x?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

23.

Pembakaran lengkap etanol adalah seperti berikut:

C2H5OH(ce) + 3O2(g) → 2CO2(g) + 3H2O(ce)

Berapakah isi padu gas oksigen yang diperlukan pada keadaan bilik untuk membakar 9.2 g etanol dengan lengkap?

[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16; Isi padu molar = 24 dm3 mol-1 pada keadaan bilik]

a)

4.8 dm3

b)

9.6 dm3

c)

14.4 dm3

d)

19.2 dm3

24.

Berapakah bilangan atom dalam 0.5 mol gas sulfur dioksida, SO2?

[Pemalar Avogadro = 6.02 × 1023 mol-1 ]

a)

6.02 × 1023

b)

0.5 × 6.02 × 1023

c)

0.5 × 2 × 6.02 × 1023

d)

0.5 × 3 × 6.02 × 1023

25.

Rajah menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik plumbum(II) oksida.

Penyataan manakah yang menerangkan mengapa kaedah ini tidak sesuai untuk menentukan formula empirik plumbum(II) oksida?

a)

Plumbum adalah logam yang kurang reaktif

b)

Plumbum terbakar dengan perlahan dalam oksigen

c)

Plumbum meletup apabila dipanaskan

d)

Plumbum kurang elektropositif daripada magnesium

26.

22.0 g oksida R diturunkan untuk membentuk 12.4 g logam R. Apakah formula empirik bagi oksida R?

[Jisim atom relatif: O=16, R=31]

a)

RO

b)

R2O

c)

R3O2

d)

R2O3

27.

Rajah menunjukkan formula struktur bagi sebatian T.

Berapakah peratus nitrogen mengikut jisim dalam sebatian T?

[Jisim atom relatif: H=1; C=12; N=14; O=16]

a)

14.00%

b)

28.00%

c)

46.67%

d)

53.33%

28.

Rajah menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik magnesium oksida.

Antara pernyataan berikut yang manakah benar bagi penutup diangkat dan ditutup dengan cepat sekali sekala semasa pemanasan?

a)

Untuk mengelak mangkuk pijar dari retak

b)

Untuk mengelak wasap putih daripada terbebas keluar

c)

Untuk mengelak tekanan dalam mangkuk pijar

d)

Untuk mengelak wap air daripada memasuki mangkuk pijar

29.

Manakah sebatian yang mempunyai formula empirik CH3O?

a)

CH2OHCH2OH

b)

C6H5COOH

c)

HCOOC2H5

d)

CH3CHO

30.

Satu sebatian berformula X2CO3 mempunyai jisim formula relatif 138. Berapakah jisim atom relatif bagi X? [Jisim atom relatif: C = 12 dan O = 16]

a)

39

b)

69

c)

78

d)

110

31.

Veronal ialah ubat pelali yang digunakan untuk merangsang pesakit mental untuk tidur. Formula molekul bagi veronal ialah C4H2N2O3(C2H5)2. Tentukan jisim molekul relatif bagi veronal. (Jisim atom relatif; H=1, C=12, N=14, O=16)

a)

186

b)

184

c)

180

d)

182

32.

Apakah sumbangan Lothar Meyer dalam perkembangan Jadual Berkala Unsur?

a)

Memplot graf isi padu atom melawan jisim atom unsur

b)

Menyusun unsur mengikut pertambahan jisim atom

c)

Mengklasifikasi unsur kepada triad

d)

Memperkenalkan Hukum Oktaf

33.

Lajur menegak dalam Jadual Berkala Unsur moden dinamakan sebagai

a)

kumpulan

b)

kala

34.

Litium mempunyai nombor proton 3. Unsur litium terletak dalam kumpulan

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

35.

Mengapa gas adi tidak reaktif ?

(lebih dari satu jawapan)

a)

telah mencapai bilangan elektron yang mencukupi

b)

Mempunyai petala valens yang telah diisi penuh dengan elektron

c)

telah mencapai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil

d)

atom gas adi tidak menderma, menerima atau berkongsi elektron dengan atom unsur lain

36.

Apakah fungsi Radon?

a)

digunakan dalam ubat bius

b)

digunakan di dalam tangki oksigen penyelam

c)

digunakan dalam rawatan kanser

d)

digunakan di dalam laser untuk rawatan retina mata

37.

Pembakaran Natrium di dalam gas klorin akan menghasilkan

a)

Natrium hidroksida

b)

Natrium klorida

c)

Natrium oksida

d)

Natrium bromida

38.

Antara gambar rajah berikut, yang manakah mewakili susunan electron bagi suatu unsur Kumpuan 1?

a)
b)
c)
d)
39.

Pernyataan manakah unsur yang menerangkan mengapa saiz atom unsur-unsur Kumpulan I bertambah apabila

menuruni kumplan iiu dalam Jadual Berkala.

a)

Bilangan proton bertambah

b)

Jisim atom relatif bertambah

c)

Jisim atom relatif bertambah

d)

Bilangan petala yang berisi elektron bertambah.

40.

Pernyataan yang manakah menerangkan mengapa kereaktifan unsur Kumpulan I meningkat apabila menuruni

kumpulan itu?

a)

Keadaan fizik bagi unsur berubah daripada gas kepada cecair dan kemudian kepada pepejal pada suhu

bilik.

b)

Daya tarikan antara elektron valens dengan nukleus semakin kuat.

c)

Elektron valens semakin jauh dari nuklues.

d)

Takat lebur bagi unsur menurun.

41.

Unsur manakah boleh membentuk oksida yang bersifat bes?

a)

Karbon

b)

Sulfur

c)

Natrium

d)

Klorin

42.

Antara berikut pasangan unsur yg manakah berada dlm kumpulan sama dlm Jadual Berkala?

a)

T + U

b)

V + W

c)

T + V

d)

U + W

43.

Pasangan unsur yg manakah mempunyai sifat kimia yg sama?

a)

W + Y

b)

X + Y

c)

X + Z

d)

W + Z

44.

Kereaktifan unsur Kumpulan 17 semakin berkurang apabila menuruni Kumpulan 17. Ini disebabkan oleh

a)

saiz atom berkurang menuruni kumpulan

b)

takat didih dan takat lebur semakin berkurang

c)

warna unsur semakin gelap menuruni kumpulan

d)

daya tarikan nukleus terhadap elektron semakin lemah

45.

Perubahan sifat fizik unsur merentasi Kala 3 dari kiri ke kanan dalam Jadual Berkala Unsur adalah disebabkan oleh

a)

pertambahan nombor proton

b)

jejari atom semakin bertambah

c)

keelektronegatifan semakin berkurang

d)

perubahan keadaan fizik daripada gas kepada cecair dan akhirnya kepada pepejal

46.

Unsur ini mempunyai nombor pengoksidaan yang berbeza serta membentuk sebatian yang mempunyai warna yang berbeza. Unsur ini merupakan unsur

a)

metaloid

b)

amfoterik

c)

peralihan

d)

logam alkali bumi

47.

Unsur dengan konfigurasi elektron: 2, 8, 8, 2, jika akan mengikat unsur lain untuk membentuk senyawa, maka langkah terbaik dengan … .

a)

Pelepasan 1 elektron, sehingga bermuatan 1+

b)

Pelepasan 2 elektron, sehingga bermuatan 2+

c)

Penangkapan 1 elektron, sehingga bermuatan 1–

d)

Penangkapan 2 elektron, sehingga bermuatan 2–

e)

Memasangkan 2 elektron dengan 2 elektron lainnya

48.

Ikatan hidrogen pada struktur tersebut terdapat pada nomor ....

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

e)

5

49.

Berikut ini merupakan sifat logam yang berkaitan dengan ikatan yang terjadi pada logam, yaitu ....

a)

daya hantar listrik dan panas dari logam yang sangat buruk

b)

massa jenis logam sangat besar dan keras

c)

logam mudah membentuk ion negatif

d)

mudah membentuk ikatan ion

e)

titik didih dan titik lebur logam sangat tinggi

50.

Hitungkan isipadu larutan natrium karbonat 2 moldm-3 yang diperlu untuk menyediakan 50cm3 larutan natrium karbonat 0.1 moldm-3?

a)

2.50 cm3

b)

7.50 cm3

c)

12.50 cm3

d)

17.50 cm3

51.

Apakah kemolaran larutan natrium hidroksida apabila 30 cm3 air ditambahkan kepada 50 cm3 larutan natrium hidroksida 0.5 moldm-3?

a)

0.02 moldm-3

b)

0.2 moldm-3

c)

0.31 moldm-3

d)

0.5 moldm-3

52.

Berapakah isipadu 10.8 moldm-3 HCl yang diperlukan untuk menghasilkan 100.0 cm3, 3.00 moldm-3?

a)

27.8 cm3

b)

27.78 cm3

c)

2.8 cm3

d)

278 cm3

53.

Manakah contoh nama garam?

a)

CuSO4

b)

PbO

c)

HNO3

d)

Mg(OH)2

54.

Garam manakah digunakan sebagai perisa di dalam masakan?

a)

Natrium klorida, NaCl

b)

Natrium nitrat, NaNO3

c)

Ammonium nitrat- NH4NO3

d)

Ammonium klorida, NH4Cl

55.

Manakah BUKAN sifat hablur garam?

a)

Mempunyai bentuk geometri tertentu

b)

Mempunyai rasa masam

c)

Sisi yang lurus

d)

Bucu yang tajam.

56.

H2SO4 + X --> garam sulfat + H2O


Persamaan di atas menunjukkan tindak balas untuk mendapatkan garam sulfat terlarutkan.


Apakah bahan X?

a)

Kalsium oksida

b)

Barium hidroksida

c)

Plumbum

d)

Kalium hidroksida

57.

Garam S menunjukkan pemerhatian seperti berikut apabila dipanaskan.


  • Garam S berwarna hijau
  • Baki pemanasan berwarna hitam
  • Gas yang dibebaskan menyebabkan air kapur menjadi keruh.


Apakah garam S?

a)

Kuprum (II) karbonat

b)

Ferum (II) karbonat

c)

Kuprum (II) nitrat

d)

Ferum (II) nitrat

58.

Cu(NO3)2 ---------------------> CuO + gas X + O2


Berikut merupakan ciri gas X:

  • Wasap perang
  • Menukarkan kertas litmus biru lembap kepada merah


Apakah gas X?

a)

Oksigen

b)

Karbon dioksida

c)

Sulfur dioksida

d)

Nitrogen dioksida

59.

ZnCO3 ---------------------> ZnO + gas X


Persamaan di atas menunjukkan tindak balas apabila garam zink karbonat dipanaskan.


Nyatakan bahan yang sesuai untuk menguji gas X?

a)

Kayu uji bernyala

b)

Kertas litmus biru lembap

c)

Air kapur

d)

Larutan kalium dikromat (VI) berasid