WorksheetsKuiz Sejarah Tingkatan 1 Bab 5 hingga 8
Total questions: 50
Worksheet time: 23mins
Yang manakah berikut merupakan tamadun awal dunia? Pilih 4
Tamadun Huang He
Tamadun Mesopotamia
Tamadun Mesir Purba
Tamadun Indus
Tamadun Islam
Sila pilih padanan sungai dengan tamadun yang betul.
Tamadun Huang He - Sungai Kuning
Tamadun Mesopotamia - Sungai Nil
Tamadun Indus - Sungai Indus
Tamadun Mesir Purba - Sungai Tigris dan Sungai Euphrates
Apakah kepentingan sungai kepada tamadun awal dunia?
Sumber makanan
Sumber air
Perhubungan dan pengangkutan
Suasana permandangan yang indah
Memudahkan kapal perdagangan untuk berlabuh
Raja dalam tamadun Mesopotamia berfungsi sebagai apa? Pilih 2.
Tuhan / Wakil Tuhan
Pemilik negara kota yang berkuasa
Pendeta yang berkuasa
Bangsawan yang kaya
Tulisan tamadun Mesopotamia bermula dengan gambar, seterusnya menjadi simbol yang dikenali sebagai?
Kuneiform
Hieroglif
Piktograf
Holograf
Apakah sumbangan tamadun Mesopotamia yang penting kepada zaman kini?
Undang-Undang Kod Hammurabi
Kalendar tahunan selama 365 tahun
Hasil cipta sutera
Kemajuan matematik dan geometri
Tamadun Mesir Purba dibahagikan kepada tiga tahap iaitu? Pilih 3.
Kerajaan Purba
Kerajaan Pertengahan
Kerajaan Baru
Kerajaan Akhir
Kerajaan Suku
Raja tamadun Mesir Purba berfungsi sebagai? Pilih 2
Pemilik negara-kota
Raja yang berkuasa mutlak dan suci
Jelmaan Tuhan
Ketua masyarakat dan keluarga
Apakah ciri-ciri tamadun Mesir Purba? Pilih 2.
Kepercayaan selepas mati
Pertanian sebagai kegiatan utama
Kemahiran dalam mencipta roda, sauh, dan bajak
Penciptaan wang syiling
Apakah tulisan yang digunakan dalam Tamadun Mesir Purba?
Hieroglif
Kuneiform
Piktograf
Hologram
Tamadun Indus membina kota yang sistematik. Ia mempunyai dua bahagian iaitu?
Pusat pentadbiran dan agama
Kawasan perumahan
Kawasan perdagangan
Kawasan pelabuhan
Apakah tulisan yang digunakan dalam Tamadun Indus?
Hieroglif
Piktograf
Kuneiform
Hologram
Tamadun Huang He telah mencipta kalendar lunar cina yang mempunyai ciri-ciri tersebut. Pilihkan 2.
30 hari sebulan
360 hari setahun
24 jam sehari
360 darjah
Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah kawasan dalam Tamadun Yunani.
✅ Pusat komuniti
✅ Dilindungi oleh kubu
✅ Terdapat bangunan kerajaan dan keagamaan
Apakah kawasan tersebut?
Polis
Agora
Istana
Acropolis
Masyarakat Tamadun Yunani menganggap setiap kota merupakan tanah suci yang dikurniakan Dewa.
Apakah kesan daripada anggapan tersebut?
Sistem pentadbiran sering berubah
Penduduk terlibat dalam urusan pentadbiran
Hubungan antara warganegara makin renggang
Rakyat bersatu padu untuk mempertahankan negara kota
Sebelum sistem demokrasi diamalkan, Athens telah melalui sistem pemerintahan bercorak monarki, oligarki, aristokrasi dan tirani.
Mengapakah berlaku perubahan tersebut?
Mengurangkan kuasa rakyat
Mengelakkan perang saudara
Memantapkan sistem pemerintahan
Menghapuskan pemerintahan tradisional
Maklumat berikut merupakan fungsi badan pentadbiran di Athens.
✅ Membuat perjanjian dengan negara lain
✅ Menerima duta asing
✅ Membuat deklarasi peperangan
Apakah badan pentadbiran tersebut?
Juri
Majlis
Majistret
Dewan Perhimpunan
Dalam sistem demokrasi Athens, Majlis dianggotai oleh 500 orang dan dikenal sebagai Majlis 500.
Apakah peranan majlis?
Melantik ahli Dewan Perhimpunan
Mengawasi urusan Dewan Perhimpunan
Membuat aduan kepada Dewan Perhimpunan
Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan
Di Athens, ahli-ahli Majlis dilantik oleh Dewan Perhimpunan.
Apakah tanggungjawab mereka?
Mengendalikan keadilan
Menggubal undang-undang
Melaksanakan dasar kerajaan
Menguruskan jabatan kerajaan
Di Athens, Juri dianggotai oleh 101 hingga 1001 orang.
Apakah tanggungjawab badan tersebut?
Menggubal undang-undang
Menguruskan pentadbiran
Melaksanakan segala dasar negara
Menguruskan hal berkaitan dengan keadilan
Juri merupakan badan yang bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan keadilan. Kuasa pengadilan terletak dalam tangan .....
Raja
Hakim
Pengerusi
Warganegara
Negara berikut telah mewarisi sistem pemerintahan demokrasi yang diperkenalkan oleh Tamadun Yunani.
✅ Indonesia
✅ Malaysia
✅ Britain
Apakah ciri demokrasi yang diamalkan oleh negara tersebut?
Raja menggubal undang-undang
Rakyat memilih pemimpin
Negara diketuai oleh Perdana Menteri
Anggota Dewan Rakyat dilantik oleh ketua negara
Di Sparta, lima orang pegawai dilantik sebagai ephors.
Apakah peranan ephors?
Mengetuai pentadbiran
Menggubal undang-undang
Memajukan ekonomi negara
Mengawal kuasa mutlak raja
Tamadun Rom mencapai zaman kegemilangan pada era Pax Romana (27M - 180M).
Apakah pencapaian Tamadun Rom pada era tersebut?
Keamanan empayar
Pembentukan republik
Pertambahan penduduk
Penyebaran agama
Gambar berikut menunjukkan binaan berkubah yang terbesar di dunia, iaitu Pantheon.
Apakah tujuan pembinaan bangunan tersebut?
Pusat pentadbiran
Pusat perniagaan
Tempat persembahan seni
Tempat penyembahan dewa-dewi
Dimanakah lokasi Tamadun China?
Sungai Tiber
Lembah Sungai Huang He
Sungai Nil
Siapakah nama individu yang bertanggungjawab menyatukan China?
Raja Zheng
Asoka
Maharaja Shi Huangdi
Chandragupta
Siapakah pengasas Dinasti Han?
Liu Bang
Shi Huangdi
Raja Zheng
Han Wu Di
Dinasti Han telah dibahagikan kepada dua tahap iaitu :
Han Awal dan Han Lambat
Han Akhir dan Han Cepat
Han Awal dan Han Akhir
Han Wu Di dan Han Shi
Apakah nama pusat pemerintahan Han Awal?
Loyang
Chang’an
Laluan sutera
Periuk
Apakah nama laluan daratan terpanjang di dunia yang melibatkan China dengan Empayar Rom?
Laluan pejalan kaki
Laluan Tembok
Laluan Sutera
Laluan Gurun Gobi
Terdapat 3 ahli falsafah yang terdapat dalam pendidikan Tamadun China. Antaranya Konfusius, Han Fei Zi dan?
Maharaja Zheng
Han Wu Di
Maharaja Gouzu
Cai Lun
Terdapat berapa matlamat sistem pendidikan Tamadun China
3
4
5
6
Terdapat 3 tahap peperiksaan perkhidmatan awam iaitu :
Xuicai, Huang He dan Qin
Juren, Jinshi dan Shoung
Xuicai , Juren dan Jinshi
Rendah, Menengah dan Tinggi
Nama gelaran bagi Liu Bang ialah Maharaja Gouzu
Betul
Salah
Ajaran konfusianisme merupakan ajaran yang menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perikemanusiaan, kesusilaan dan ketaatan kepada ibubapa.
Betul
Salah
Seseorang yang terpelajar akan berada pada hierarki terbawah dalam masyarakat di China.
Betul
Salah
Jahiliah berasal daripada perkataan Arab iaitu jahala.
Apakah maksud jahala?
Daif
Jahil
Degil
Kejam
Antara berikut, yang manakah menerangkan cara hidup masyarakat Arab Jahiliah?
Menghindarkan ancaman musuh
Mengamalkan semangat assabiyah
Menghindarkan pergaduhan kabilah
Mengamalkan kepercayaan politeisme
Apakah kesan amalan sistem kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah?
Mewujudkan kestabilan politik
Menimbulkan semangat assabiyah
Mengembangkan kemajuan sistem ekonomi
Mengeratkan semangat perpaduan antara suku
Senarai berikut berkaitan dengan berhala yang disembah oleh masyarakat Arab Jahiliah.
✅ Al-Latta
✅ Al-Uzza
✅ Al-Manat
Apakah kepercayaan atau agama tersebut?
Majusi
Yahudi
Nasrani
Wathani
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab melaksanakan pelbagai amalan dan adat yang diwarisi turun-temurun.
Apakah sikap baik yang diamalkan dalam kalangan mereka?
I Menepati janji
II Memuliakan tetamu
III Mengutamakan keamanan
IV Menghormati kaum wanita
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang kedua, iaitu Surah al-Mudassir (ayat 1-7).
Apakah kesan peristiwa tersebut?
Penyebaran agama Islam
Tamatnya zaman Jahiliah
Kemunculan kerajaan baharu Islam
Berlaku peristiwa hijrah ke Madinah
Al-Arqam bin Abu Arqam telah memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada peringkat awal di Makkah.
Bagaimanakah beliau membantu untuk menyebarkan Islam?
Mengumpulkan ayat al-Quran
Mengetuai umat Islam berhijrah ke Madinah
Mewakafkan rumah sebagai pusat kegiatan dakwah
Mengetuai tentera Islam menentang golongan Quraisy
Nabi Muhammad SAW telah berjaya mewujudkan sebuah kerajaan Islam yang adil dan maju di Madinah.
Bagaimanakah caranya?
Menggubal Piagam Madinah
Mendirikan Masjid al-Nabawi
Melantik pegawai yang berpengalaman
Mengislamkan semua penduduk Madinah
Apakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dalam usaha penyebaran agama Islam?
Menghapuskan golongan murtad
Menewaskan kerajaan Byzantium
Mengembangkan ilmu pengetahuan
Mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah
Maklumat berikut menunjukkan pusat pentadbiran kerajaan Islam.
✅ Damsyik (661M - 750M)
✅ Cordoba (756M - 1031M)
Apakah kerajaan Islam yang berpusat di kawasan tersebut?
Bani Umaiyah
Bani Abbasiyah
Turki Uthmaniyah
Khulafa al-Rasyidin
Kerajaan Bani Abbasiyah telah berjaya meneruskan kegemilangan Tamadun Islam.
Apakah pencapaian yang paling menonjol pada zaman tersebut?
Perkembangan ilmu pengetahuan
Pengukuhan perpaduan penduduk
Pembentukan pasukan tentera sukarela
Peningkatan kedudukan sesuatu kabilah
Apakah kepentingan Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad SAW?
I Persaudaraan umat Islam
II Pengislaman golongan Quraisy
III Pembukaan semula kota Makkah
IV Perpaduan masyarakat Madinah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Perjuangan menegakkan kesucian agama Islam dan mempertahankan bangsa dan negara Islam.
Apakah konsep yang dimaksudkan?
Jihad
Murni
Berani
Perpaduan
