NEW
Font size
WorksheetsKuiz Pendidikan Kesihatan Tahun 5
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Berikut merupakan perubahan fizikal semasa akil baligh bagi seseorang individu akibat perubahan hormon KECUALI :
Tumbuh jerawat
Tumbuh rambut kemluan
Berat badan bertambah
Tubuh badan menjadi gemuk
Berapakah umur kanak-kanak perempuan akan mula mengalami kedatangan haid ?
3 tahun hingga 7 tahun
8 tahun hingga 16 tahun
17 tahun hingga 20 tahun
21 tahun hingga 25 tahun
Tempoh kedatangan haid bagi kanak-kanak yang normal adalah
tiga hingga tujuh hari
satu hingga lapan hari
sebulan
sepanjang tahun
Apakah maksud pemakanan seimbang?
Makan makanan yang mempunyai sukatan yang sama
Tabiat memilih makanan dengan tujuan mengekalkan kesihatan
Makan makanan kegemaran
Tabiat memilih makanan mengikut nafsu
Berikut adalah merupakan kepentingan pemakanan seimbang KECUALI...
Tidak mudah jatuh sakit
Otak sihat dan cerdas
Mental stabil dan berdaya tahan
Menyebabkan obesiti
Tumbesaran fizikal yang sempurna
Apakah kesan tidak mengamalkan pemakanan seimbang?
Otak sihat dan cerdas
Mudah diserang penyakit
Badan cergas dan sihat
Berlaku keseimbangan dalam badan
Makanan berikut mengandungi
vitamin, mineral, serat yang tinggi
lemak dan kolesterol yang tinggi
kalori dan lemak yang tinggi
Apakah masalah yang akan kita hadapi jika terlalu banyak mengambil lemak
Obesiti
Kencing Manis
Kurus
Penyakit Buah Pingang
Apakah fungsi protein?
Sumber utama tenaga.
Membekalkan tenaga bagi proses metabolisme.
Memastikan metabolisme tubuh seperti pembinaan tisu dan pembaikpulih sel tidak terganggu.
Kita mendapat protein daripada
Nasi
Daging
Gula
Mee Goreng
Jenis komunikasi adalah
Lisan dan bukan lisan
Percakapan dan fizikal
Tingkah laku dan fizikal
Maksud komunikasi lisan
Percakapan untuk menyampaikan maklumat
Pergerakan badan dan intonasi
Kelengkapan bilik darjah
Apakah maksud perhubungan maya?
Perhubungan secara fizikal
Hubungan melalui alat komunikasi elektronik
Hubungan melalui khayalan
Perhubungan secara mental
Berikut merupakan contoh akhlaq terpuji, kecuali
Saling menolong
Jujur
Sombong
Baik hati
__________terjadi disebabkan oleh geseran pada kulit.
Melecet
Merapu
Demam
Sakit kepala
__________ialah kecederaan yang disebabkan oleh haba panas seperti air atau minyak panas.
Melecet
Melecur
Meragam
Menangis
Berikut adalah langkah-langkah bantu mula untuk kecederaan melecur kecuali________.
bawa ke tempat yang selamat.
siram bahagian yang melecur di bawah aliran air.
sapu bahagian melecur dengan mentega, minyak atau ubat gigi.
minta bantuan perubatan jika melecur teruk.
Berikut adalah kejadian kecemasan kecuali____________.
kebakaran
lemas
kemalangan
ketenangan
Jika mengalami kecemasan, anda boleh dail nombor __________untuk mendapatkan bantuan.
999
901
998
961
Panggilan palsu boleh didakwa dibawah_______________.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 233
Akta Pendidikan 1996
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Akta Darurat (kuasa-kuasa perlu) 1979
