wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGENALAN KEPADA RBT

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Berikut berkaitan dengan elemen reka bentuk.


"Ianya terhasil apabila hujung titik bertemu dengan titik permulaannya"


Apakah elemen reka bentuk tersebut?

a)

Rupa

b)

Bentuk

c)

Tekstur

d)

Garisan

2.

Rajah menunjukkan reka bentuk botol minuman.


Apakah prinsip reka bentuk yang digunakan?

a)

Kontras

b)

Harmoni

c)

Pengulangan

d)

Kepelbagaian

3.

Rajah menunjukkan teknik pembinaan objek.


Apakah teknik pembinaan itu?

a)

Peleraian

b)

Penyatuan

c)

Pembuangan

d)

Pembenaman

4.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri bentuk yang BETUL?

a)

Bersifat 3D

b)

Berstruktur

c)

Tiada bayangan

d)

Boleh dilihat dari 2 penjuru

5.

Pernyataan manakah yang BENAR tentang fungsi garisan dalam elemen reka bentuk?

a)

Menunjukkan ketidakseimbangan

b)

Menunjukkan pergerakan arah atau aliran

c)

Garisan nipis digunakan untuk menunjukkan objek itu dekat

d)

Membahagikan 3 ruang kawasan untuk menyatakan perbezaan ciri

6.

Antara berikut, yang manakah elemen reka bentuk?

a)

Kontras

b)

Garisan

c)

Harmoni

d)

Kesatuan

7.

Pernyataan manakah yang BENAR tentang kriteria reka bentuk yang baik?

a)

Reka bentuk tidak semestinya berkualiti

b)

Reka bentuk boleh ditiru tanpa meminta kebenaran

c)

Reka bentuk itu mempunyai ciri keselesaan kepada pelanggan

d)

Reka bentuk ialah hasil ilham pereka tanpa mengambil kira keperluan pelanggan

8.

Pernyataan manakah BENAR tentang kepentingan reka bentuk dan teknologi?

a)

Dapat memenuhi keperluan pengusaha

b)

Urusan kerja lebih sukar melalui inovasi

c)

Penciptaan robot, menutup peluang pekerjaan dan kerjaya

d)

Menyumbang kepada perkembangan teknologi moden

9.

Pilih penyataan yang BETUL

a)

Reka bentuk ialah pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang

b)

Teknologi ialah pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan menggunakan sumber semula jadi untuk menghasilkan alat, tenaga dan sistem

c)

Reka bentuk dan teknologi adalah gabungan pengetahuan secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan teknologi maklumat

10.

Objek yang mempunyai ruang, isi padu, dan mempunyai lebih daripada satu permukaan

a)

Garisan

b)

Rupa

c)

Bentuk

11.

Cantuman atau sambungan siri titik yang mempunyai ukuran panjang dan jarak

a)

Garisan

b)

Rupa

c)

Bentuk

12.

Idea yang kompleks diolah semula dalam bentuk visual yang lebih ringkas

a)

Keringkasan

b)

Harmoni

c)

Pengulangan

13.

Penglihatan yang dapat memberikan keamanan dan kedamaian

a)

Keringkasan

b)

Harmoni

c)

Pengulangan

14.

Penyusunan semula objek secara berulang-ulang dari segi saiz dan bentuk

a)

Keringkasan

b)

Harmoni

c)

Pengulangan

15.

Televisyen sekarang ini semakin nipis dan mempunyai pelbagai fungsi. Adakah ia invensi atau inovasi?

4 lines